Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Tuesday, December 15, 2009

Dia terasa hati

Semalam saya telah menyakitkan hati orang , tetapi tanpa saya sedari. Sebenarnya saya taktahu pun dia terasa, hanya selepas beberapa jam , ada orang yang mengkhabarkan kepada saya. Sebab musabab dia terasa hati ialah kerana perbualan kami semasa waktu makan tengahari.
Alkisahnya begini...

Saya keluar makan dengan geng anak-anak dara yang muda setahun dari saya dan mereka ini belum berkahwin mahupun berpunya. Perbualan sungguh rancak disamping gelak ketawa dan usikan sesama sendiri. Ada yang meramalkan si polan akan berkahwin sekian –sekian bulan tahun hadapan. Si Polan ni pulak bulan yang lain. Di akhir perjalanan yakni sampai di ofis, mereka menurunkan saya dahulu disebabkan lokasi ofis saya yang agak jauh dari mereka kerana mereka kasihankan saya untuk berjalan. Ketika itu, sempat saya melontarkan satu persoalan kepada salah seorang daripada mereka yang paling ketara berhujah.


“Apakah kesungguhan A ( bukan nama sebenar) untuk berkahwin ini?”.

Soalan saya terhenti di situ kerana destinasi saya telah tiba.



Selang 3 jam selepas itu, saya dikhabarkan yang A rasa terpukul dengan kata -kata saya..( terpukul tu kecik ati ek?)

Si B yang juga anak dara kata, ia mengambil kata-kata saya sebagai peringatan, tak ambil hati pun. Bagus juga sekali sekali diingatkan sebegitu.

Bila dapat tahu yang si A terasa hati,saya pun mula la mencari-kata kesilapan kata-kata saya itu. Ya lah , terlajak perahu boleh diundur,lajak kata ... ( apa sambungan dia, lupa pulak)

Nak menghangatkan cerita, seorang jejaka C yang agak berusia dan masih teruna mempersoalkan siapa saya untuk menyoal A sebegitu. Katanya itu semua bukan kerja saya, itu kerja Tuhan, jodoh , rezeki, ajal maut .saya tidak boleh mengadili/menghukum si A dengan soalan sedemikian rupa.

Maka kami pun berdebat la..agak lama juga seolah-olah tadak keja lain nak buat. Bertekak sampai waktu nak balik..huhuhu.

Saya pun dah lupa sebab banyak sangat yang diperdebatkan. Cuma beberapa hujah yang saya rakamkan di sini.

Antaranya si C berkata, kenpa jodoh kita manusia sibuk-sibuk persoalkan, kenapa tak usaha mencari, tak bersungguh la..awat tak kahwin-kahwin lagi...tu la keja sampai lewat malam, mana dan nak berkenal-kenalan,sedangkan bila cakap pasal ajal, kita tak pernah pun nak sibok-sibok. Tak pernah pun kita kata kat seseorang, “ makan ubat ni, nanti hang tak mati” . Memula nak tergelak jugak ada… Yalah mana pernah kita advise orang supaya makan sekian –sekian ubat untuk elak kematian. Selalunya kita orang melayu ni berlapik, kita akan kata, makanla ubat /vitamin ni, baru sihat sikit. Rajin-rajin la bersenam baru sihat.

Macam –macam lagi la dalil, hadith, sirah Nabi yang kami keluarkan bagi menyokong hujah masing-masing. Tapi saya tau siapa pun berdebat dengan si C, pasti kita akan kalah atau kita terpaksa pura-pura kalah.

Baik saya mahupun dia, masing-masing kami ada betul dan silapnya, Cuma saya tak puas hati bila ditujuh ‘ judgemental’ terhadap jodoh orang lain.

Dan ‘buah’ terakhir yang saya katakana pada si C.

“ I tak akan Tanya U soalan tentang kesungguhan sebab tau U dah lama bertahun-tahun bersungguh dan jodoh belum sampai.Memang soalan macamtu kat kena la untuk u. Yang I tanya pada si A sebab I tau dia masih muda, dlm keadaan dia yang keja sampai lewat malam + weekend, tengah sambung Master dan dia perempuan, bukan mudah macam lelaki nak dapat pasangan. Dia pun dok rasa awatla tadak couple lagi. Lelaki boleh senang-senang mengorat.I cuma tanya tentang kesungguhan tanpa mengharapkan apa-apa jawapan dari dia, Cuma untuk si A fikirkan sendiri, apa bentuk kesungguhan yang perlu ada. Kalau jodoh dia awal, dia tak berkawan dengan siapa pun, boleh kahwin nanti. Yang couple bagai nak rak tak tentu kahwin,Tapi tentunya kita sebagai manusia tidak boleh tunggu dan berharap. Paling kurang pun berdoa la dengan bersungguh-sungguh." wahhh..panjang lebaq sungguh kata-kata saya


Bukan nak sibok pasal jodoh dia, cuma satu soalan saya kira membuatkan mereka tersedar. Si B pun mengetahui, bila saya utarakan persoalan itu, dia pun koreksi dirinya sendiri. Selama ni gedik nak kawin, tapi kesungguhan, preparation tu tak ada sgt. Doa pun macam-macam tu ja.Kadang-kadang pun lupa nak berdoa.

Saya dah pun meminta maaf dari A, tapi dengan baiknya dia kata saya tak bersalah bahkan menyedarkan dia, cuma geram kat si jejaka C tu. Dia kot terasa lebih sebab dah 40++ tapi masih membujang.

Antara petikan saya dapat dari email seorang rakan


Doa termasuk penyebab berlaku takdir


KITA sering mendengar kenyataan 'jika sesuatu perkara memang sudah ditakdirkan, nescaya ia pasti terjadi, sama ada seseorang berdoa atau tidak.' Contohnya jika ditakdirkan seseorang berkahwin, mengapakah dia perlu berusaha dan berdoa.


Fadhil,
Kuala Lumpur.
Jawapan:
MEMANG tidak dapat dinafikan ada pihak berfikiran seperti itu. Mereka meninggalkan doa dengan alasan segalanya sudah ditetapkan, maka doa sudah tidak berfaedah sama sekali. Kesan kesilapan berfikir sedemikian menafikan salah satu bentuk atau penyebab berlaku sesuatu perkara.




Jika anda ditakdirkan kenyang tentu hal itu akan terjadi tanpa makan. Begitu juga jika takdir menjadikan anda kelaparan, makan banyak pun tidak memberi kesan rasa lapar yang menguasai anda.


Contoh lain ialah jika seseorang ditakdirkan memiliki anak, dia tetap akan memilikinya. Dia tidak perlu berkahwin kerana zuriatnya sudah termaktub di Lauh Mahfuz lagi. Namun, jika ditakdirkan tidak memiliki anak, dia tidak akan memilikinya walaupun berkahwin dengan ramai wanita. Oleh itu, tidak ada manfaat baginya berkahwin kerana dalam kedua-dua keadaan takdir sudah menentukannya.


Ada sesetengah manusia pula berpendapat doa ialah ibadat mahdah (seperti solat, haji dan puasa) yang disyariatkan Allah SWT untuk memberi pahala sedangkan ia tiada kesan sedikitpun kepada ketetapan Allah SWT.

Golongan yang berlagak pandai ini beranggapan tiada bezanya antara permintaan dengan lisan dan dengan hati untuk memohon suatu hajat. Perumpamaan seperti seseorang yang inginkan sesuatu tetapi dia berdiam diri kerana Allah SWT menjadikan sesuatu tanpa dipengaruhi oleh manusia dan doanya.

Ada golongan yang tidak kurang jahilnya mengatakan doa sekadar petanda hajat sudah dipenuhi. Jika Allah memberikan taufik kepada seseorang untuk berdoa, ia tanda hajatnya sudah dimakbulkan. Bandingannya seperti kedatangan awan hitam di langit tanda hujan.

Mereka turut berpandangan ketaatan adalah tanda pahala dan syurga seperti juga kemaksiatan petanda seseorang akan diseksa. Ia bukan penyebab kedua-duanya.

Kedua-dua pandangan yang sudah diberikan itu bertentangan dengan akal syariat dan fitrah. Pendapat yang benar adalah pandangan ketiga iaitu sesuatu berlaku mengikut takdir kerana ada beberapa sebab antaranya doa.

Tentulah akal tidak akan menerima berlaku sesuatu tanpa sebab. Jika manusia melakukan sesuatu perkara, ia menjadi sebab terjadi perkara ditakdirkan itu. Jika dia tidak melakukannya, apa yang ditakdirkan itu tidak terjadi.

Ia seperti contoh kenyang dengan sebab makan dan memperoleh anak dengan sebab perkahwinan, mati binatang sembelihan dengan sebab disembelih dan memasuki neraka atau syurga kerana amal perbuatan dan rahmat-Nya.

Demikian juga doa antara faktor penyebab yang paling kuat. Apabila apa yang diminta hamba dalam doanya ditakdirkan terjadi, maka tidak benar dikatakan doa tidak berperanan seperti dikatakan tidak ada gunanya makan minum, berkahwin dan bercucuk tanam kerana ia sudah ditakdirkan.

Kalangan sahabat adalah golongan paling bertakwa serta paling memahami ajaran Islam. Sejarah menunjukkan mereka paling banyak berdoa dan tetap melakukan syaratnya dan memenuhi adab dalam berdoa.

Umar al-Khattab menganggap doa adalah tentera yang hebat. Beliau berkata kepada sahabatnya: "Kalian tidak memperoleh pertolongan dengan banyak tetapi mendapat pertolongan dengan doa yang diterima dari langit."

Beliau berkata: "Sesungguhnya yang aku fokus bukan doa dimakbul saja, tetapi doa itu sendiri disebabkan apabila kalian diilhamkan untuk berdoa, yakinlah Allah SWT akan mustajabkan doa itu"."

Kata-kata Umar al-Khattab adalah kematangan berfikir dan serasi dengan firman Allah SWT.

Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu mengenai Aku (Allah SWT) maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."


Surah al-Mukmin ayat 60 bermaksud: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."


Jelaslah kaitan antara usaha dan doa, bahawa kedua-duanya amat penting dan menyumbang kepada berlaku sesuatu ketetapan ataupun takdir daripada Allah SWT. Justeru, dalam contoh yang diberikan, individu itu hendaklah berusaha untuk berkahwin dengan wanita itu seperti merisik menerusi orang tengah yang diyakini, meminang dan seterusnya perkahwinan.


Mintalah hidayah dan taufik daripada Allah SWT dengan mengerjakan solat sunat seperti istikharah dan hajat disertai dengan doa agar dipermudahkan Allah SWT baginya menjalankan perkara ketaatan. Wallahualam.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

13 sharing:

Salwa said...

Dayah
sy suka entry ini
kerana ia berdasarkan kisah benar yg sy boleh relate kan dgn apa yg berlaku dalam kehidupan keluarga dan sahabat baik saya
saya rasa entry ini cukup sesaui utk saya share dgn mereka yg berkenaan
semoga semuanya mendapat kebaikan dari kisah ini
good job dayah

el said...

adohai sensitif jugak si A tu eh
smpi buat n3 psl kes ni..heheh
ko lak berdebat ngan depa lelain..hehehe
kagum den...
btw gud info

mamashasha said...

dayah...mamat tu sepatutnye cerminkan diri dia kan?yg si A takde pulak over mcm dia tu....

SlingMeMama said...

love ur entry...

tak dpt nak komen lebih sbb ngantuk....kakakakaka...tp nak komen jugak...

mmg kesungguhan sgt penting.esp dr pihak lelaki. kalau tak, tak kawin la akak ngan abg joe. harharhar... kesungguhan dia yg menawan hati.... (kami bercinta lepas nikah... boleh gitu.... sesuatu yg pelik di zaman moden ini)

Hanz Jamaludin said...

Dayah..thanks upkan topik pasal doa ni..hemmm..zaman sekarang..andartu memang ramai..ada yang tak disengajakan atau memang disengajakan....dunia akhir zaman orang kata...

Dayah @ Real Ummu said...

Cik Sal cantik,
moga ia jadi panduan..saya rasa senario ni dah byk berlaku skg ni...cuma bagaimana kita dan org sekeliling nak tanganinya..

Dayah @ Real Ummu said...

el..A sensitip, C lagi la sbb dia dah 40++..tapi dia lelaki..lain...


Bed,
mmg ..sebenaqnya byk lagi ayat menyakitkan hati bila kami bertekak tu..hang tau la org utagha, kalau bertekak, kasaq bukan main..heheh

Dayah @ Real Ummu said...

KakShida...
itu yg lebih manis, cinta pas kwin...

Hanz
tahla..lain padang lain belalang, lain org lain .... alamak lupa lahi..heheh

Sue.Aleen said...

well, bab jodoh ni memang sensitif bagi sesetengah orang. my cousin sebaya. belum berkahwin, mungkin ada yang nak tapi bila dengar ada PhD, terus bantut niat, wallahu'alam. akak pun tak pernah bertanya. biarlah...

dalam berkawan, tak kira siapa salah, siapa benar, baik kita ambik langkah tengah dengan meminta maaf.

akak nak komen tentang A ke C ke... dua² akak tak kenal. so I better reserve my comments about them both. :)

Dayah @ Real Ummu said...

kaksue..mmg betui, jodoh adalah sensitip bagi sesetengah orng..maka kita sentiasala berwaspada bila bercakap.tak mcm saya terlepas cakap..pada kita biasa je..tak sangka dia amik hati

Am said...

uihh..panjang nya n3 nih...mmm, mmg ada org yg sangat sensitif pasal2 camni... tp tu la, kagum gak dayah pandai berdebat ngan jejaka c nih hehe...kalo am, maleh nk komen.... padahal slalu gak terlajak kata huhu...

Unknown said...

salam dayah,

kakyong dah lalui kes mcm ni.. kdg2 bukan tiada kesungguhan tetapi ade tanggungjawab lain yg perlu diutamakan.. kakyong pernah tulis pasal ni.. mungkin leh jengah sini.. kot2 rajin nak baca my point of view

http://ibualiya.blogspot.com/2009/03/nak-kahwin-jodoh-lambat.html

Dayah @ Real Ummu said...

salam kyong..
rindu komen kyong..tkasih sbb sudi lagi singgah sini...