Saya pernah menulis tentang hal-hal kenduri kendara di sini.
BARANG KEMAS
Teringat satu kisah yang pernah saya dengar. Tidak pasti ini satu rekaan atau kisah benar. Mungkin kita boleh amik pengiktibaran. Ada seorang makcik ni, dia menetap di kota metropolitan Kuala Lumpur. Setiap kali pulang ke kampung sama ada menghadiri kenduri atau berhari raya, pasti dia akan bercerita tentang koleksi barang kemas yang terbaru yang bersirat-sirat dipakainya kepada saudara mara. Apa agaknya yang ada dalam hati saudara-mara yang melihat atau mendengar ini?? Makcik ni sama ada memang kaya raya, salu beli koleksi terbaru, ataupun, dia tolak yang lama, amik pattern baru. Janji latest design, yang jenis gedabak. Kalau jenis halus , tak main la.
Tidak salah kita mempunyai koleksi barang kemas yang melimpah ruah. Tapi berpada-padala apabila pulang ke kampung terutama jika kita berhadapan dengan saudara mara atau warga kampung yang diketahui kurang berkemampuan. Tak molek le jika kita tubuh kita diselaputi emas, takut-takut bukan sekadar memenuhi kepuasan dan keyakinan diri , tapi unsur riyak’ hadir bersama. Moga dilindungi Allah..
PEMAKAIAN
Suami pernah mengingatkan saya apabila kami hendak menghadiri majlis di rumah saudara sebelah suami masa di awal-awal perkahwinan dulu. Pesannya, pilihla baju yang biasa-biasa aje. Yang tidak grand sbb saudara dia ni dari golongan sederhana . Tak yah nak ber'karang’..padahal saya bukan ada banyak barang kemas pun. Memula-mula saya tidak pernah amik pusing hal-hal macam ni. Sebab saya bukan ada baju yang mahal-mahal, yang grand-grand.
Sungguh, saya bukan jenis pandai memilih /membeli kain. Dulu arwah mama yang salu belikan kain, apa yang siap dijahit, itu yang saya pakai. Jarang sangat saya berkesempatan beli sendiri. Kadang-kadang pesan saja kawan yang dok di Kelantan, tolong belikan sekian warna, corak terpulanglah pada kawan saya tu. Ikut sedap dia memandang. Sejak arwah tak ada, saya mula belajar beli kain sendiri.Kadang-kdang terkedu jugak tengok harga kain ela yang mencecah beratus semeter.
Saya pernak dikutuk sedara sendiri sebab penampilan saya yang
Saya suka tengok gambar kawan-kawan blogger yang pandai bergaya , apa yang dipakai nampak cantik dan terletak. Lain orang lain citarasa befesyen. Pada saya ada prinsip dan syariat yang perlu saya patuhi.
ADAB DI MEJA MAKAN
Berbalik kepada adab menghadiri kenduri. Saya tak pasti sama ada negeri lain turut mengamalkan cara sebegini. Kalau di belah utara terutama kampong-kampung, tempat duduk/ khemah makan masih di asingkan antara lelaki dan perempuan. Dulu masa saya kecik-kecik, memang semua kenduri macam tu, tapi sejak dua menjak ni je, banyak walimah yang duduk bercampur. Baru-baru ini , saya ada menghadiri walimah anak kepada kenalan lama suami di Perlis. Tambah pulak tuan rumah ustaz, ustazah. Saya agak risau bila ke tempat yang saya tak kenai orang dan suami pula tidak berada di sisi. Takut jadi kera sumbang. Saya kata pada suami, nanti saya nak dok sembang dengan siapa. Siap pesan lagi, jangan pergi lama-lama. Sebab saya tau suami kalau dah jumpa sahabat lama, boleh terlupa isteri ni ha. Walaupun saya tak kenai sorang pun dari tetamu-tetamu yang ada , tapi saya duduk jugak dengan anak saya di khemah perempuan. Sambil-sambil tu beramah mesra, tegur-menegur untuk pertama kalinya.Tambahan pulak yang duduk semeja dari kalangan berusia. Sebagai yang muda, molek la kita mulakan silaturahhim.
Dah dijangka, suami leka bersembang. Saya dari makan nasi, amik bihun sup, suap lagi anak, amik the tarik pulak.. bak kata apa yang dihidang, semua saya sapu. Macam macam kurang beradab bunyi nya tapi memang pun dah dijamu, apa lagi..Tetamu bersilih ganti tapi saya tak berganjak. Nak masuk rumah pengantin segan pulak sebab tak kenal siapa. Cuma bersalaman dengan tuan rumah aja. Lagipun hujan, lepak kat bawah khemah aje la jawabnya.
Kemudian datang pasangan muda, lagak seperti pengantin baru saya kira. Kalau dilihat dari penampilan, tak Nampak pun macam org kampong/ orang utara. Eh, macam ahli nujum pulak saya. Tidaklah, dari segi penampilan masing-masing ,nampak segak bergaya, tak
Jika dilihat, tidak ada yang salah atau pelik kan. Mereka kan suami isteri, apa salahnya duduk semeja. Tapi entahla, saya nampak macam something wrong somewhere . Mungkin hanya di mata saya. Pandangan saya yang amat rendah ini ( memang saya ni
Ada satu lagi kes, meja di tepi saya. Ada 2 orang tua lelaki yang duduk makan bihun sup, memandangkan kaunter bihun sup dekat dengan khemah perempuan.pastu ada sorang makcik yang agak berusia bersama anak dara dia. dah tak ada tempat lain, tapi dari riak wajah dia, dia segan nak dok meja tu.pastu pakcik tu kata .." takpa aihh, mai la dok.sat saja kami tumpang ni"..dia pun duduk dalam keadaan malu-malu.
Saya mintak maaf andai ada yang kurang bersetuju dengan pandapat saya ini. Maklumlah , pandangan saya seorang budak kampung yang naif. Ahaks...!!
Tapi jika tuan rumah bersungguh-sungguh untuk menjadikan majlis kenduri kawin anak mereka sebagai sesuatu yang berkat dan beroleh pahala, kita sebagai tetamu harapnya dapat sama-sama menolong tuan rumah mencapai matlamat itu. Contoh :
1) Jangan la tempat yang dah elok diasingkan lelaki dan perempuan, kita pulak yang men'sosial'kan nya. Pasti ada sebab kenapa orang dahulu mengasingkannya.
2) Bila tak dibuat upacara persandingan, jangan pula ada kata-kata sumbang kata tak menarikla tak ada pelamin. Tak berseri.
3)Tiada ada alunan muzik dari band boy atau kugiran, jangan pulak kita mengomel..sunyi nya majlis ni.
4) Tak ada goody bag, jangan dikata kedekut. tak ikut trend la ni .Mungkin setakat itu saja kemampuan mereka atau ingin mengelakkan pembaziran.
Moga ke atas kita juga pahala dan kaf ba ra, kaf alif ta nun..KEBERKATAN apabila menghadiri majlis seumpama itu.
p/s: mood menghadiri kenduri ni. hujung minggu bulan Dis saya dah pack dengan menghadiri kenduri. :)
tu lah molot org ni kita xleh nak tutup...mcm2 pagai dlm donia ni
ReplyDeletecam tu pya org pun ada smpi tahap nak kutuk org pki ape..bknnye pki duit depa pun kan...asalkan tutup segala dah syukur...kalo dah pki grand2 tu npk sgtlah nak menunjuk...
selamat ari raya yer dayah
El,
ReplyDeleteorang berduit nak la grand skit..sekali seumo idup le katakan... yg takde duit pun nak tumpang sekaki..jenoh buat loan la gitu...heheh
kalau yg beria nak ada emas tebal2 tu, jgn lak lupa byr zakat emas..hihihihi..
ReplyDeletemama-miya...
ReplyDeletea'a...yg tu kita salu lupa..beli emas ada duit, tetiba nak byr zakat, buat2 lupa la...duit takde la...mcmc2...thx
setuju! kalau dh diasingkn tmpt duduk, ikut la. mcm kat tmpt kite kat serdang tu wpun bkn kampung (area tmn), ramai juga yg masih asingkn tmpt duduk ms kenduri..
ReplyDeletersnya muzik tu (pendpt kite je) unnecessary la sbbnya bingit telinga. ms kenduri la ms utk merapatkn kembali ukhuwwah..nk bersembang bagai tp bila dh dipasang muzik (especially yg kuat la)...nk bercakap pun kena duk jerit2. mmg tak selesa la. kenduri kite dulu mmg takde muzik2 nih..bebas nak bersembang..hehe..
Nadiah... bila dikenang masa kenduri dulu..sedih sbb mama tgh sakit.biarpun segala persiapan mama yang buat tapi bila pelaksanaannya mama takdak...rasa kenduri sgt tak bermakna..orang lain pulak yg control keadaan
ReplyDeleteteringat pulak dayah p tegur DJ tu soh pelahankan muzik..kuat, nak meneymabng pun tak dengaq...pengantin selamba...