Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Wednesday, June 27, 2012

SGM Green Parenting Club-30th June in Kulim


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, March 15, 2012

Najah Yusayrah sudah sebulan...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, March 3, 2012

Sambungan labor story saya

Penantian dalam debar. Masih tidak putus-putus berdoa agar kedudukan baby masih cephalic. Selang sehari ke klinik kesihatan untuk checkup. Sampai hari due 4 feb, masih tidak ada tanda. Saya boleh relax lagi sebab pengalaman bersalinkan Mursyid juga post date 6 hari. Bekerja dari rumah walaupun cuti MTL dah bermula..

Tapi bila dah banyak hari sangat cuak juga. Doktor bagi tarikh 13 Feb masuk ward. Kerajaan kan allow 10 days after due, baru nak induce.Masa saya p checkup kat swasta doctor tu soh saya cepat2 induce sbb dia kata bila terlebih hari, uri dah matang, uterus kembang, sebab saya ada sejarah postpartum haerrmohage ( pph atau tumpah darah), so mungkin akan berlaku lagi sbb uterus dah mengembang lama. Dia pun xberani terima saya ..( saya pun bukan nak bersalin kat dia). Ingat lagi kata-kata doctor ni. “ U hanya boleh pergi GH ( hospital bersalin P.Pinang atau Hosp Seberang Jaya sahaja, Hosp Kepala Batas pun x tentu boleh terima u”..sampai begitu sekali. Saya perlu ke hospital yang ada tabung darah yang banyakkk…itu sahaja.

Dan kali ni saya memilih Hosp seberang Jaya despite of all bad reviews. Bagi saya (yang pernah bersalin di sini, lumrah la hosp kerajaan yang sibuk. Bukan kerana takdak duit/kedekut untuk ke swasta selain dari kes tumpah darah saya ni. Tapi HSJ punyai sentimental value bagi saya. Pijak saja di kawasan hospital boleh membuatkan air mata menitik mengenangkan arwah mama. Bekas staff nurse di sini



Post date 9hari : pagi2 ke hospital, admit ward, lalui pemeriksaan macam biasa.Doktor (HO) buat VE, biasalah tak bukak lagi. Saya ni kena MO atau pakar yg buat VE sbb kedudukan pintu servick yg posterior ( eh betul ka perkataan ini), yang sgt dalam dan ke atas . Dah 2 kali bersalin, saya boleh bezakan HO seluk dgn pakar seluk . Kalausetakat seluk-seluk manja, memang tak dpt cecah..hehe.

Lepas HO seluk, MO ( saya suka Dr ini..baik & solehah orangnya..) seluk, dah 2cm.dia pun terpaksa seluk ke dalam/atas baru dpt rasa 2 cm.

2.00pm. pakar round. Dia pegang perut dan tanya saya anak yang paling besaq berapa kilo. Saya kata 3.6. “ u rasa kali ni berat berapa”. Dia bagitau MO/HO ynag dok amik catitan 3.4-3.6kg

4.00pm : tandatangan surat utk induce. Husband pun kena sign. Kawan-kawan arwah mama ( yang bemasih bertugas) datang visit saya. Sangat terharu. Siap calling2 kawan yang ada di GH Penang bagitau saya nak bersalin

6.00pm – rasa ada discharge. Pergi toilet tengok ada show, lender + darah..excited saya dan berharap agar sakit contraction datang supaya tak payah induce.

8.00 -12.00am- Sakit dah mula datang. 10 minit ke 5 minit sekali. Tak dapat tidor dalam bilik, sbb kalau baring lagi sakit.saya tidur atas sofa dekat kaunter misi sambil dengar misi2 dok borak. Misi offer buat VE bila tengok saya dok tahan sakit. Again, bila kena seluk dalam skit, dia sampai kata tangan dia sakit..tapi dia dpt rasa, dah 3cm. dia kata kalau dah 4cm nanti tak payah induce , leh tolak masuk LR.

6.30 am : dah siap mandi solat semua, sepatutnya time to induce.saya dipanggil masuk utk VE lagi sekali . Dah 5cm. Tolak masuk LR..tapi saya kata sat nak makan, tak breakfast lagi. Cepat2 bancuh milo, makan kurma and roti gardenia 6kupang tu. Dan lagi nak rendam akar Fatimah, tapi tak kembang2 pun. Kakak roommate saya kata kena rendam lama skit.ni tak dan 5 min, dah nak minum.hentam saja la labu..

7.00am : masuk LR, buat CTG , graf tak cantik. MO pecah air ketuban, tengok2 baby dah berak skit. Pakar soh monitor CTG. Alahai baby dah berak ni yg lagi cuak ni..bahaya sebab takut baby termakan tahi dia nanti..tak pasai pulak kena emergcy c-zer.

Saya Nampak kelibat orang yg saya kenai. Ya, dia colleague mama,makcik Nafisah mai buat round . Dia kata patut la tergerak hati dia nak mai sini, rupanya nak sambut cucu. Dia terus tukar baju LR dan dok jaga saya

8.15am : bukaan 6cm. contraction moderate. Sakit kali ni memang rasa moderate pun. Xmcm dulu..kali ni boleh sembang2 dgn student nurse..contraction pun hanya 25sc gitu.Kalau strong dlm 40 sc.

9.15am. rasa macam nak meneran. Bukaan baru 7cm. masa ni ada lagi kawan2 arwah mama mai bagi moral support. Semuanya pangkat2 belaka , bukan baju putih dah. Ada yang jadi magsa genggaman maut saya time contraction..nasib la..sapa soh pegang tangan saya..huhuh

10.15am doctor VE lagi..ok dah 10cm..wah cepatnya..standby utk teran. Ada sorang MO, HO and makcik Nafisah, few misi ( yang senior , I like )dan student. Semua perempuan , Alhamdulillah. Proses meneran kali ini agak sukar. Tak dan nak curi nafas..rasa macam nak hilang nafas bila part yg last utk push keseluruhan badan baby keluar.Makcik Nafisah kata , “ big baby” patutla payah gak meneran..Pastu doctor pulak kata “ aduh sakit perut aku”. MO ni mengandung dalam 8bulan. Dia takleh nak bend utk sambut baby sebab sangkut kat perut dia . So misi2 ni la yang continue sambut.

10.25 am. Alhamdulillah, selamat dah keluar baby. Diletakkan atas dada saya sambil misi dok process la apa yang patut.Dan seperti yang diramalkan, kali ni jadi lagi pph . darah kuar tak henti-henti. Depa terus angkat baby bawak p, misi terus massage perut saya. Saya lebih tenang sbb pernah jadi sebelum ni Cuma berdoa agar uterus mengecut dengan cepat dan darah stop.Kedua-dua tangan memang dah standby utk drip. Pihak hospital memang dah standby jika berlaku lagi pph kat saya. Takla macam kes masa bersalin Mursyid dulu. Cuma MO ni saja yang agak takut. Dia jerit “ panggil kak ayu, saya takmau tanggung risiko” Ayooo…risiko apa pulak ni.

Masa tu darah dah stop dan depa dok kira berapa byk blood lost. 800cc.lebih 100cc dari Mursyid. “ Kak ayu ( MO yang saya suka tu) datang. Saya senyum kat dia.. “ Oh, kawan kita ni. Senyum ja dia ”. Terus dia scan perut saya untuk pastikan tadak leftover uri ka bendasing ( rasanya la ). Dia kata “ xdak apa dah ni..ok dah.. terkejut saya ingat emergency apa tadi”. Dan kali ni makcik nafisah offer utk jahit ( termakbul doa saya ukt dapatkan senior staff nurse jahit sbb pengalamn masa Mursyid, HO yang jahit…sangat tak best, nasib jahitan cantik.). Makcik nafisah punya sembang sambil jahit, tanya pasal bapak , adik saya..mcmla..tak terasa masa berjalan, lebih cepat berbanding sebelum ini..tup tup dah habis..misi lain mai tengok sambil kata, amboi..comeeyy SN jahit…

Saya di tahan di LR agak lama sebab takut saya pitam. Tapi hb count saya tingg. Saya dengar HO report pada pakar yg round . before labor 13, after blood lost 14, pakar siap buat muka hairan.misi pun cakap , muka saya pink ja, tak macam org hilang darah..wah..berkat saya telan vitalea Shaklee and iron tablet, dengan izin Allah..supaya walau blood lost pun, hb saya maintain..memang tadak pening apa pun..macam biasa ja..Oh,dan saya Berjaya breastfeeding baby Najah buat kali pertama dalam sejam selepas melahirkan.

Oh ..dah penat menaip..setakat tu saja kot kisah labor saya kali ini.alhamdulillah..kuasa Allah, dari nak kena c-zer tak jadi, nak induce pun xsempat, saya berpeluang bersalin normal walaupun berlaku pph jugak kali ini..syukur Ya Allah..

“maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, March 2, 2012

Memperkenalkan cahayamata ke-3


Assalamualaikumwarahmatullah....

Setelah lama menyepi ( sebenarnya tak rajin nak update blog), masih ada yang singgah atau lalu lalang di sini ? kali ini haruslah saya update sebab nak announce elahiran cahayamata ke-3 kami.. Dok tak dok beranak sorang lagi.. hihihi. Catatan kelahiran haruslah diupdate sebagai kenangan. Ada orang baca ke tidak ke, itu lain cerita..


Memperkenalkan..baby baru dalam keluarga kami..



Nama : Najah Yusayrah binti Muhamad Kamal
D.O.B : 14 Feb 2012 ( post date 10 days...fuhh)
Berat masa lahir : 3.62kg ( the biggest among 3)










Sambung terus la dengan cerita labor story yang wajib ditulis. Entri panjang, harap tak bosan.

Tempoh kehamilan kali ini agak mencabar. Walaupun seperti 2 kehamilan sebelumnya, saya memang tidak ada alah..bahkan mengandung kali ini, sekali pun tidak muntah. Tapi saya alah kepada surf internet…huhu..memang jarang nak bersosial di internet.


Saya sihat, bertenaga macam kandungan sebelum ini .alhamdulillah dengan izin Allah dan ikhtiar saya menjaga kesihatan seperti yang disarankan. Vitamin klinik bagi makan ( walaupun kekadang terbabas) namun saya tidak risau sebab vitamin Shaklee memang saya amik constantly.


Mari kita ikuti kisah kali ini :


- 28wks :saya mendapat batuk yang sangat teruk..setiap kali batuk, sakit di bahagian abdomen, rasa macam nak putus urat perut. Dan ketika itu jugalah saya didiagnosis ada asthma.. Kena neb, dapat inhaler.


- 32wks: kedudukan baby breech (sonsang), kekadang tranverse ( melintang) tapi waktu itu biasa saja sebab misi/doctor kata nanti dia akan turun. Tunggu hingga minggu ke-36

- 36wks : kedudukan baby masih. tranverse Saya dirujuk ke Pakar untuk procedur selanjutnya. Bila jumpa pakar, scan semua,masih tranverse, trus dapat date untuk c-zer. 25 Jan (38wks). Saya Tanya doctor tu, takdak chance ka baby nak pusing. Dia kata 50-50%.


Tak suka c-zer sebab denar 2 cakap orang susah nak jaga, itu la ini la..saya ni dah la nak berpantang sendiri.Malas nak kacau mak sedara. Trus kol contact untuk cari ada sapa-sapa yang nak keja jaga orang dalam pantang yang beranak c-zer. Alhamdulillah hari yang sama dapat.

- 37wks : Ofis riuh la saya nak kena c-zer sebab re-submit maternity leave (MTL) application form . Tarikh MTL diawalkan. Ramai tanya saya tak p jumpa bidan ka mintak pusing sebelum ni, itu la ini la…Saya ni anak nurse, macam arwah mama, dia memang akan ikut cakap doctor. Bila doctor kata kat saya ( masa antara 28-35wks tu jangan jumpa bidan pusing kedudukan baby sebab takut tali pusat terbelit), so memang saya tak berani. Hanya berdoa saja.

- 38wks. 2 hari sebelum admit ward, sempat balik kg mertua adik sebab mak mertua dia nak bawak jumpa mak bidan, amik air tawar dan mintak mak bidan tu baca la apa yg patut.Mak bidan pegang jugak perut saya.. ( takut gila masa tu, kata kat dia, tak yah pusing-pusing la)..Dia usap perut saya sambil baca doa.Dia kata kita ikhitiar la sebab baby dah besaq.macam payah nak pusing.


- 38wks + 4days : admit ward pada 24 Jan. lalui pemeriksaan dan scan. MAsih lagi tranverse. Berserah saja la. Malam tu kena start posa dari jam 12am. Dapat roommate yg juga nak kena operate sebab GDM dan baby besaq. Giliran saya no.2, dia no.3



- 25 Jan 2012. 4.00am : Memang tak dapat lena sangat . Masa bersama ar-Rabb. pas subuh bersedia dengan baju operate, misi datang drip air . so menunggu dalam debar.


- 7.30 am : Houseman datang seawal 7.30 utk check up. Masa dia pegang perut saya, dia dok buat muka heran. Dia kata “ Baby’s head is not here “. Merujuk kepada sisi perut saya. Dia pegang pulak kat bawah. “ The head is here..eh..or this is his buttock “ Dia pun confuse. Saya kata kat dia. “if really not tranverse, please scan again to confirm before I go to OT “.Masa tu hati berbunga. Syukur


- 8.30 am : Sekupulan MO pulak dating. Sekali lagi mengesahkan kedudukan baby saya. Yes, is cephalic ( kepala dah di bawah). So diornag tolak roommate saya dulu masuk OT sebab saya mintak tangguh dan nak tunggu pakar mai and decide.


- 10.00 am. Pakar datang. Indian lady. Dia geleng kepala kat saya dan kata tak payah tunggu la sebab mungkin ini unstable lie.Saya kata “ I am praying hard for this and willing to wait”. Dia kata ok observe seminggu. Kalau within seminggu kepala dia naik, maka saya kena operate jugak. Pada 30 Jan 2012. Dh booking tempat tu..Maka berkampung la saya di hospital.

MO dan misi kata larat ka nak tunggu dok hospital. Boring..tapi saya tak kisah . Memang la boring tapi hanya itulah waktu yang tenang dan saya punya masa untuk mengadu denganNya.Kalau kat rumah, pasti banyak distraction yang menyebabkan saya akan lalai. Ini fasa yang genting dalam hidup saya dan saya bersungguh-sungguh mengadapNya. Di samping peluang untuk saya bantu bakal ibu2 yang tengah sakit contraction, yang dah melahirkan dan macam2 lagi. Oh lupa nak bagitau, Mursyid telah selamat dipos ke rumah ibu mertua di hari saya admit hospital sebab ibu mertua kasihankan saya kalau berpantang dengan ada Mursyid di rumah. Terima kasih mak !!


Setiap hari sebanyak 3-4 kali saya di check sebab doctor ni kena buat lie chart nak lihat kedudukan baby saya. Alhamdulillah hingga hari ke-4, baby masih cephalic dan saya dibenarkan discharge . Pakar kata, tunggu sakit saja , nanti mai lain…


Alhamdulillah.. Sepanjang di hospital, saya asyik teringatkan ayat ini.


“maka nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan” – Surah arRahman, dalam banyak ayat, diulang berkali-kali.


Ini nikmat , rahmat dan nusrah yang terbesar yang Allah kurniakan untuk saya. Hingga kadangkala saya rasa belum cukup lagi saya mengucapkan syukur padaNya..



Nanti sambung lain..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 4, 2011

Real Ummu back in action!

Subhanallah, sudah lebih 4 bulan blog Imtiyaz terbengkalai. Ntah dah tak ada yg datang ke sini. Tak kisah la..Memang mood nak update blog merudum sangat- sangat.

Sebab apa ye.. Sila baca sini..heheh...pasti ada cerita baru tentang saya.

Sebelum itu, post agak terbaru dari kami 3 beranak. Ummi, Shukrina Imtiyaz dan Umair Mursyid. Post ini ketika kami menghadiri Launching of Make Penang Breastfeeding Friendly di Strait Quay, Tanjong Tokong Penang







Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, June 21, 2011

Real Ummu bertukar alamat 'rumah'

URL address baru utk blog Real Ummu & Shaklee kini telah bertukar ye.Pastikan anda update bloglist anda :)

URl yang baru ialah : http://realummuvitstore.blogspot.com/

Berita baik buat semua kenalan cyber Real Ummu!

Kami menyediakan khidmat konsultasi secara tertutup untuk semua customer Euphoria Shaklee. Sila "add as friend" saya di FaceBook dahulu, dan maklumkan anda mahu menyertai kumpulan ini. Namun, tawaran ini hanya dibuka kepada existing customer Real Ummu (dengan kata lain, anda perlu menjadi customer kami terlebih dahulu). Sekiranya anda adalah customer, atau pernah membeli dari Real Ummu, namun belum didaftarkan ke forum khas tersebut, sila "add as friend" saya di FaceBook (KLIK SINI) dan nyatakan anda mahu didaftarkan dalam Shaklee GBS.

Apakah kelebihan menyertai Shaklee GBS?

1. Perkhidmatan konsultasi tentang produk, yang akan dipantau sebaiknya oleh ahli Euphoria.
2. Semua tawaran terkini seperti cabutan bertuah, aktiviti menarik dan harga istimewa khas untuk customer kami akan diwar-warkan di sini.
3. Ditubuhkan untuk menghargai semua customer kami.
4. Info dan tips terkini, EKSKLUSIF untuk customer kami sahaja.
5. Sehingga kini ahli telahpun melebihi 1000++ orang walaupun baru beberapa bulan dilancarkan. Tidak mahukah anda sertai mereka?

Jom sertai hari ini juga! Jika anda tiada akaun di FB, jom daftar hari ini supaya anda tidak ketinggalan aktiviti kami pada bulan Jun ini!

Makluman Penting!!!


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, June 4, 2011

Peluang beramal untuk anak-anak di FAMEkids

Adakah anda tahu akan kewujudan FAMEKids?

FAMEKids adalah kumpulan sokongan anak-anak istimewa, ditubuhkan untuk menjadi suatu platform untuk FAMEparents berhubung dan untuk mempromosikan FAMEKids kepada masyarakat. Gabungan 2 wanita yang berjiwa kuat iaitu MommyLyna dan Puan Watie telah menubuhkan kumpulan sokongan ini

Kini Real Ummu dan jaringan Euphoria GBS membuka peluang untuk beramal dengan tawaran terbaru kami " Membeli Sambil Beramal"..

Bagaimana? Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, June 1, 2011

Saya sakit lutut, dah jumpa penawarnya

Bila lepas confinement,saya dah tak rajin minum susu. Memang jenis yang tak suka minum susu pun. Walaupun tahu kepentingan susu dan kalsium pada tubuh terutama bagi saya ibu yang menyusu ni, namum diambil enteng. Sehinggalah lebih kurang 6 bulan bulan selepas anak kedua saya dilahirkan, saya terasa sakit lutut. Setiap kali nak dukung anak, pasti rasa sakit sangat lutut ni. Dalam 2 minggu jugaklah saya sakit macam ni. Saya bertanya kawan-kawan, agaknya kenapala saya sakit macam ni.Macam orang tua-tua aje lagaknya. Ada yang kata sakit ‘orat’ (sakit urat), ada yang kata angin tersumbat kat kepala lutut tu, Ada juga yang bertanya adakah saya minum susu secara konsisten? Saya pun rasa mungkin dari kekurangan kasium dalam tubuh. Isshh..umur dah nak masuk 30-an, dah nak kena osteoporosis (tulang poros)

Kemudian saya teringakan...... sila baca di sini untuk kesudahan kisah ini :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, May 18, 2011

MOM2MOM @ NORTH REGION GATHERING 201

Buat sekian kalinya, geng-geng ibu menyusu, ibu ber Cloth Diaper (CD), eh anak sepatutnya, Ibu Ber'Baby Wearing' (BW) , Ibu-ibu yang sokong Attachment Parenting bahagian Utara tanah air bakal mengadakan perjumpaan pada :

Tarikh : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Waktu : 9 am - 2pm
Tempat : Pantai Merdeka, Kedah


Tentatif program adalah seperti berikut:

9.30-10.00am : Arrival and registration


10.00-11.00am : Ice breaking session


11.00-12.00pm : The ABCs of Breastfeeding,
... Advantages of Breastfeeding from A to Z


12.00 -1.30pm : Luncheon with Cloth Diapering and
Babywearing demo


1.30 -2.00pm : Talk by En Halim Masnan on
Tips and Tricks on Children Discipline


2:00-2.45pm : Lucky Draw


3.00pm : Photo session and Departure.



*Food = pot luck style, please bring your own mat.

* Dress theme = purple (optional)


For more details, kindly contact us at
m2mnorth@gmail.com


We would appreciate if you can list your name here and what you will bring since the food will be pot luck style.


*** LUCKY DRAW or more like a GIFT EXCHANGE, each family is requested to bring along a gift of anything that you think suit and may be beneficial to the receiver. Minimum price is RM10 only (no maximum limit though :)).

So, bagi sape-sape yang tak ada plan lagi hujung minggu ni, pakat mai ramai-ramai, seisi keluarga, jumpa saya dan rakan-rakan lain di Pantai Merdeka..

Event updated in FB

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, May 12, 2011

Lelaki juga ambil suplemen

Ramai yang menyangka, geng Shaklee Trial Pack (GBS) hanya menjual produk kesihatan untuk wanita sahaja, kerana blog mereka sungguh padat dengan info untuk ibu mengandung, menyusu, kewanitaan, kecantikan luar dalam, dan pelbagai lagi berkaitan kesihatan wanita.

Namun, sebenarnya, banyak juga artikel yang membincangkan kesihatan umum, maknanya boleh diaplikasikan untuk lelaki dan juga wanita. Contohnya penjagaan berat badan, kesihatan kulit dan jantung, stress-relief supplement, mengekalkan tenaga, kesihatan warga emas dan lain-lain. Dan, kami turut mempunyai beberapa customer lelaki, samaada membelikan produk vitamin Shaklee untuk isteri mereka, mahupun untuk dirinya sendiri.

Klik di sini jika ingin mengetahui apakah feedback seorang pria tentang suplemen yang beliau amalkan.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, May 9, 2011

Peluang Miliki Pam Modu PERCUMA dalam Peraduan Ibu Gembira Keluarga Bahagia


Mempunyai impian untuk memiliki pam ini? Ianya pam terbaru yang berada dalam pasaran.
Kini hanya dengan menulis slogan, pam ini mungkin menjadi milik anda. Jom sertai

PERADUAN IBU GEMBIRA KELUARGA BAHAGIA

Klik di sini untuk syarat-syarat peraduan

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, May 8, 2011

Real Ummu dan Shaklee

Lama sudah ku menyepi,
kini ku kembali,
Lebih bersemangat lagi,
Dengan menjadi Pengedar Shaklee..


Wah..wah ..wah..berpantun empat kerat la pulak..Entry kali ini untuk mewar-warkan, saya kini menjadi " Independent Shaklee Distributor". ID 839391 Setelah menggunakan Shaklee dari tahun 2009 lagi. Bagi yang lama menajdi sahabat saya di Imtiyaz, mesti tahu bagaimana saya dan Shaklee bertemu kan ! boleh rujuk entry ini jika lupa :)

Kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk mendapatkan dietary supplement dari Shaklee, boleh la berkunjung ke blog Real Ummu & Shaklee di http://realummushaklee.blogspot.com/ . Blog ni khas untuk aktivity Shaklee sahaja. Blog Imtiyaz ini masih akan di'update seperti biasa. Cumanya macam ni la...dah tak aktif berblog semenjak ada anak 2 ni..huhu

Bagi warga Penang, Real Ummu menawarkan khidmat COD. Boleh hubungi saya pada bila-bila masa ya !!

Oh ya, boleh baca cerita saya dan Shaklee juga di GenkiMomma, orang pertama yang mengenalkan saya dengan Shaklee.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, February 22, 2011

SGM Kelab Susu Ibu Penang 26 Feb 2011

Salam semua...

Kemalasan yang melanda.Hanya copy paste dari blog KakShida . Jemput -jemput la ke SGM Penang Sabtu ni
******************************************************************

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Bagi memartabatkan lagi Penyusuan Susu Ibu di Pulau Pinang khasnya,
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor - Northen Region
telah menubuhkan 'Kelab Susu Ibu Penang'
Oleh itu, kami dengan rendah hati menjemput anda hadir untuk
berkongsi rasa dan jiwa di dalam Penyusuan Ibu (Breastfeeding)

Perjumpaan kumpulan sokongan ibu ke ibu diadakan bertujuan membantu anda menangani masalah dan cabaran penyusuan ibu.
Hadirlah demi fakta yang benar, maklumat yang tepat dan sokongan yang teguh.
Kami sedia membantu anda

Perjumpaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh :26 February 2011 (Sabtu)
Masa :10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Tempat :Kedai Mom 's Little One, Penang
Tajuk : Low Milk Supply VS Oversupply
70-3-65A D'Piazza Mall
Jalan Mahsuri, Bayan Baru,
11950 Bayan Lepas,Pulau Pinang
Email: penang@momslittleones.com
Mobile: +6 (012) 5538404




A bit high but lift are available, dont worry

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, January 20, 2011

New Venue for Kelab Susu Ibu Penang Meet Up


Perjumpaan Kelab Susu Ibu Penang akan berjalan seperti biasa, pada Sabtu Minggu ke-3 setiap bulan. Untuk bulan Januari ini, perjumpaan akan diadakan pada 22 Januari ini dari jam 10am-12noon. Kali ni kita akan ber 'SGM' di tempat baru iaitu di MomsLittleOne, cawangan Penang.. Lokasi adalah di Lot 65A, Tgkt 3, D'Piazza Mall, belakang Sunshine, berdekatan PISA . Sila rujuk peta dibawah

Marilah beramai-ramai..

Hubungi saya 019-4004210 untuk makluman lanjut bagi perjumpaan minggu ini.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, January 13, 2011

Makan-makan birthday SI

Entry pertama buat tahun 2011. Hanya sekadar mencoretkan sambutan hari jadi Shukrina. Kali ni buat 2 majlis. Pertama, sambutan bersama-sama sedara yang lahir bulan Disember. Yang kedua disambut di rumah pengasuh SI sempena public holiday 31 Dec 2010 ( kemenangan Piala Suzuki).

Kita layan je la gambar...

Majlis pertama ;BBQ





Majlis kedua : Meraikan rakan-rakan kejiranan di rumah pengasuh




Akhir sekali gambar kami anak-beranak

p/s : memang tak sempat nak menulis blog macam dulu-dulu..Rindu sangat..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, December 31, 2010

Happy 3rd Birthday Dear Shukrina Imtiyaz



Today (31 Dec ) is her 3rd birthday..




Selamat Hari Jadi Shukrina Imtiyaz , buah hati ummi dan abi. Sudah 3 tahun berlalu.Alhamdulillah, SI membesar dengan sihat , semakin bijak bercakap, cergas dan aktif. SI pun dah pandai layan adik Mursyid dan tolong jagakan Mursyid waktu ummi sibuk buat kerja. Shukrina juga penghibur hati kami kerana kepetahan berkata-kata menceriakan seisi rumah. Ummi dan abi bangga dengan setiap progress SI.



Doa kami agar Shukrina terus membesar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, anak solehah yang akan mendoakan abi dan ummi kelak..dan jundiah yang bersama-sama meninggikan islam.

p/s: esok 1 Jan 2011 , kiraan tahun ,SI dah melangkah ke 4 tahun...huhuhu

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, December 28, 2010

Bertunang








Sebulan satu entry pun susah ni. Datang membersihkan sawang dan update sedikit sebanyak cerita terbaru. Minggu lepas, adik saya yang seorang itu ( kami 2 beradik) bertunang. Alhamdulillah, dah selamat pun bergelar tunangan orang. Kami di pihak lelaki, so tak banyak sangat preparation. Hanya bawak dulang hantaran . Tak payah nak hias-hias rumah, cari baju. Adik saya pun tak ikut sebab ada hal di KL.

Cuma majlis kali ni, preparation adik saya serahkan kepada saya 100%. DAn sebagai kakak, saya cuba buat yang terbaik. Mungkin tidak setanding jika arwah mama ada, mesti lagi all out. Tapi alhamdulillah, kami dapat laluinya denagan baik.

Saya suka bab-bab hantaran ni. So saya memilih untuk buat sendiri. Teringat pulak zaman siapkan hantaran waktu nikah dulu. Masa tu excited la sebab saya anak sulung, so mama memang beriya-iya. Ala...bukan buat apa sangat.Bakul mengkuang tu saya recycle masa nikah saya dulu.Cuma nak cari renda dan bunga-bunga untuk dihias. Yang lain main tempah ja macam cupcake,coklat ikan. 2 lagi sumbangan mak-mak sedara. Saya just susun cantik-cantik dalam bakul tu.Tapi amik masa jugak la..bab nak gam mengam semua dibuat masa anak-anak dah tidor.

Kena pergi cari dulang berkaki tu. Nasib ada rakan-rakan yang baru kenduri, so pinjam je lah.
Buah pinang, pagi sebelum bertolak baru nak cari.Memang last minit la bab tepak sireh.Memula saya ingat tak yah bawak la..Nanti masa akad, baru bawak sireh junjung. Tapi mak-mak sedara yang lebih dulu makan garam kata kena bwk.Adat nak meminang orang. Masa dok caling-calling mak pihak perempuan, saya kata saya ni sempoi je makcik.Almaklumah, saya sendiri yang urus. Nasib mak dia pun simple and sempoi. Kalau tak jenoh jugak nak mengikut.

So, 19 December bertolak la kami ke rumah pihak perempuan di Pokok Sena Kedah selepas sedikit kenduri kecil-kecilan di rumah saya.. Actually rumah dia atas sikit je dari umah MIL saya di Pendang. So husband saya la jurupandu sebab dia yang lebih arif area situ walaupun kami dah pernah pergi sekali masa merisik tu, tapi ingat-ingat lupa.

So layan je la gambar-gambar sekitar pertunangan adik saya ni.




sarung cincin oleh makchaq saya

suap gula

saya pun menyuapkan gula..excited .salu orang-orang tua je suap gula.

hantaran kedua belah pihak

sedara

anak teruna saya

SI dah tau nak dapat maksu baru.
Asyik cakap " Paksu Fik nak kahwin dgn Maksu Fiza"


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 30, 2010

Khabar dari kami..

Kehidupan seperti biasa, malah bertambah sibuk . Anak-anak sihat alhamdulillah.Mursyid dah pun melepasi 6 bulan. Alhamdulillah, sudah graduate exclusive BF for 6 months. Dan sekarang dah seminggu start on solid. Ini waktu yang saya suka..pagi-pagi menyiapkan bekalan untuk Mursyid.Sekarang ni baru 2 resepi yang dia rasa. Bubur nasi kosong dan bubur nasi + carrot. Ikut 4days rules tu.esok akan start bubur nasi+bayam pulak. Dok kata nak beli slow cooker untuk memudahkan kerja, tak terbeli.Selagi boleh cope memasak di waktu pagi, selagi itulah tidak ada urgency.

Musyid pun dah pandai ‘menjulur’. Laju bukan main. Dan mula kutip apa sahaja di atas lantai. Ada tips daripada sepupu kata hiris halia halus-halus dan tabor sekeliling rumah terutama tempat-tempat yang anak kita suka pergi.bila dia gigit halia tu, rasa tak sedap, dia tak akan berani dah kutip benda lain masuk mulut. Tahla..saya pun tak pernah try.Tapi menjadi untuk anak sepupu saya.

Kakak SI pulak, sekarang ni mulut bukan main. Dah banyak cakap. Suka pulak menyanyi. Lagu faveret InsyaAllah (Maher Zain ).Pantang dengar orang sebut insyaAllah, dia pun dok perasan orang dok menyanyi lagu tu.Dah pandai nak pilih baju untuk dipakai. Baju feveret, asyik nak ulang pakai.Lepas basuh kering, terus nak pakai.

Itu la serba sedikit tentng anak-anak.Maknya macam biasa. Tiada yang menarik .

Anak-anak ni memang penghibur hati kita kan…walau penat macamana pun, bila balik dan melihat celoteh mereka,sejuk hati. Tapi tang depa buat perangai, kita pun kekadang boleh naik ‘hantu’.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 5, 2010

Kelab Susu Ibu Penang






Alhamdulillah, setelah beberapa kali Support Group Meeting dijalankan, akhirnya kami kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dengan rasminya menamakan kumpulan ini sebagai :

Kelab Susu Ibu Penang




Perjumpaan akan diadakan pada minggu ke 3 setiap bulan di Hadanah USM bermula 9.00pagi.So warga Penang dan sekitarnya, jom temui kami dan ramai lagi rakan-rakan untuk borak-borak pasal penyusuan susu ibu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, October 19, 2010

Penang Breastfeeding Support Group Meeting

Jemputan untuk menghadiri Breastfeeding Support Group Meeting :
Northen Region
(Pulau Pinang,Perak,Kedah & Perlis)

TARIKH :24/10/2010
TEMPAT : NURSERY HADANAH,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MASA : 9.00 PAGI
KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK.
SGM TOPIC :TEKNIK MERMET-PILIHAN DALAM MEMERAH SUSU IBU
ANJURAN : MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR

Orang Penang dan sekitarnya, jom beramai-ramai

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS