Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, February 18, 2010

Saya mula makan vitamin !!

Kawan-kawan, saya dah mula makan vitamin !!

Owh, macam nak mengkhabarkan kepada dunia yang saya makan supplemet sekarang. Buat malu saja. Orang lain dah berzaman , tapi saya baru nak terhegeh-hegeh ambil supplement.

Alkisahnya, saya baru saja berjinak-jinak dengan pengambilan makanan tambahan. Sebelum ini saya tak pernah kisah pun. Nak kata tak health conscious pun tak jugak. Cuma kurang ambil berat. Antara sebabnya kenapa saya tidak mengamalkan pemakanan tambahan adalah kerana :

1) Saya rasa saya dah mengambil diet yang seimbang sehari-hari. Begitu confident sekali. Padahal jika ingin diperincikan, tidak pun.

2) Dulu-dulu masa kecik saya jarang sakit. Saya siap tanya arwah mama dulu, saya salu sakit ke, pernah masuk wad ke ? Sebab seingat saya tidak. Cuma sejak dah beranak ni je saya rasa taraf kesihatan tak macam dulu. Merosot sikit.

3) Arwah mama saya adalah Staff Nurse. Macam ada doctor peribadi dalam rumah gitu.Bab-bab kesihatan semua saya serahkan pada mama. Kalau saya demam sikit, yang tau saya akan merengek manja ( dah besar pun macam tu perangai ) . Kalau luka ke apa ka.saya tak penah ambil tau apa nak kena sapu kat luka tu,Yang saya tau sua je kat mama.Mama buat semua. Kalau ada emergency, memang saya fail. La ni sejak mama tadak, agak kelam kabut hidup sebab kadang-kadang anak demam, cedera ka, kena monitor diet papa saya ( papa ada diabetes and darah tinggi yang diperingkat permulaan) . Tu pun saya tak concern sgt pasal sbb dia sangat tau menjaga kesihatan ( makan ubat ontime, jaga diet,exercise, selalu p check-up) berbanding saya . Papa soh saya belajar amik darah and reading untk gula pun, sampai sekarang saya tak belajar. Alat tu terperuk dalam almari. Saudara-mara pun rasa susah sebab arwah mama tadak kerana arwah selalu menjadi rujukan.


4) Saya seorang yang tidak berdisiplin dalam hal-hal pemakanan vitamin ke ubat ke.Saya pernah berhabisan RM500 membeli satu jenama supplement ni,end up saya tak habiskan pun . Membazir saja..huhuh

5) Saya tidak sanggup kedekut memperuntukkan wang untuk makanan tambahan sebab rasa sihat la konon, rasa tidak memerlukan.Lagipun bukan murah jugak vitamin-vitamin ni.

Setelah bersalin, maksedara menasihatkan saya agar terus makan ubat ( Ubat bagi mak sedara ni macam jamu/ ubat lepas beranak).Dia asyik kata, nanti saya takdan tua, dah tak larat, sakit sana sini.Bila jumpa saja, mesti dia tanya, makan ubat apa la ni ? Kalau ada orang dok promote macam-macam product kat saya pun, saya tidak layan . Itu bagus la ini bagus la..Kena makan itu la ini la...naik pening kepala

Bagaimana pula saya berjinak-jinak dengan supplememt ni?

Bermulalah episod hidup saya makan supplement. Saya ambil beberapa jenis vitamin dari Shaklee. Kenapa Shaklee, tidak yang lain. Pada awalnya saya cuma tertarik membaca testimonial dari MummyH&H. sekadar baca saja , belum sampai seru nak mencuba. Well, saya kan jenis tak amik kisah dulu ?? Setelah MummyH&H melancarkan GenkiMomma Health Corner , saya tidak tau dari mana datangnya aura itu, saya mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut. Dah khatam semua n3 dalam GM , saya pun approach owner untuk mendapatkan trial pack dia.

Kini setelah nak masuk 2 bulan, saya berasa selesa dengan Shaklee. Saya mula mengamalkan ketika kandungan 5 bulan. Itupun weekdays saja. Dengan pek yang lebih senang dibawa ke mana-mana, saya simpan dalam laci di ofis.So bila hujung minggu mesti saya termiss nak makan. Arnie, sebab tu nak dekat 2 bulan lebih baru nak habis..Heheh.tengok masih dengan perangai lama yang tidak berdisiplin itu !!

OK, saya tak pandai nak bagi testi tapi bila ditanya apa perubahan yang dapat dikesan pada diri saya, jujurnya saya dapat rasakan

1) hari pertama saya consume, saya dapat rasakan yang saya lebih tenang dan gembira hari itu. Sampai kawan saya pun tegur ,nampak saya gembira dan senang hati.

2) Walaupun mengandung, saya dapat rasakan, kandungan kali ini lebih bertenaga berbanding yang lepas. Saya masih membuat segala kerja rumah seperti biasa. Memasak bila pulang dari kerja, saya masih boleh megemop lantai dan menyental toilet hingga ke hari ini , melayan karenah anak yang semakin banyak akal dan cerdik. Walaupun tidak dinafikan, rasa sakit pinggang sikit bila habis mop lantai tu.Biasala. Lepas tu banyakkan rehat la.

Tidak pun memanjakan diri dan dimanja sebab suami tengok tenaga saya seperti biasa tidak mengandung. Cuma kadang-kala nak perhatian lebih dari suami saya sibuk tu , buat2la letih Walaupun dilarang buat itu ini, saya still buat sebab saya rasa masih mampu. Cuma tidak keterlaluan kerana saya juga mengambil langkah berhati-hati.

3) saya ternanti-nanti bila la saya akan MC sepanjang 9 bulan mengandung ni. Alhamdulillah, tidak ada masalah kesihatan yang teruk sehingga perlu MC. Tapi saya nak MC ( dalam keadaan sihat ) jugak !!! Orang lain tak peknen pun senang je MC

Alhamdulillah, semua ini dengan keizinan Allah. Nikmat kesihatan yang perlu disyukuri yang kita sering lupa.Bila sakit baru kita nak ingat Tuhan. Samaada disebabkan pengambilan Shaklee ke apa ka, semua nikmat ini dari Allah.Cuma sebagai manusia kita berusaha untuk kekal sihat.

Sekarang, saya merasa selesa bersama Shaklee dan terus nak beli full set instead of trial set yang ditawarkan.Saya jugak tidak lagi lokek untuk membelanjakan sejumlah wang untuk itu. Abang , kita kena tambah allocation baru untk bajet bulanan kita. Hehehe...

Saya tak pandai nak cerita dari istilah saintifik atau perubatan.Untuk maklumat lanjut, sila la lawat blog GM dan blog-blog lain yang terlibat.Saya tidak dibayar pun untuk menulis entry ini. Bukan nak promote ke apa. Mungkin orang lain pun ada ambil supplement jenama lain yang baik untuk kesihatan masing-masing. Ada yang tidak percaya kepada supplement.Terpulanglah…Saya hanya meluahkan apa yang rasa setelah megamalkannya. Almaklumlah, baru berjinak-jinak dengan pemakanan tambahan. Jakun la sikit.

Kata hati : Director of Health ( seorang medical doctor ) di kompeni saya membelanjakan hampir RM2 ribu sebulan untuk supplement . Itu doctor yang tahu menjaga kesihatan.Inikan saya yang dhaif ilmu ni.

Kata hati : Lepas ni, kalau mak sedara saya tanya saya makan ubat apa, saya dah ada jawapannya. Yehaaaa... !!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 sharing:

mamashasha said...

haha last week ainey wat n3 pasal suppliment....hehe aku ambik MAB saje dayah...

Mommy Harith Hannah said...

Dayah,

Thank you for this wonderful entry!♥

Tak tau nak cakap macam mana, tapiii, terima kasih sangat2 pada Dayah sebab percaya kat saya, untuk mencuba supplements nie. Siap dah baca semua entri pula tue, owh, terharu~!!! *hugs*

p/s : Seronok juga nie bila tahu yang (dengan izin Allah) hati Dayah telah terbuka untuk try vits lps baca my entry. Dah makin berdisiplin pula ya.. huhuhu... *hugs lagi*

Ibu Mifzal said...

hehe..dayah..ainey pun ada wat entry pasl supplement gak..cam janji2 lak kita ya..wah..supplement yg dayah ckp tu semua mahal2 kan..ainey makan skang yg murah je..cam dayah gak..sayang ke duit..hehe tp tu la sjk bdn dah sakit2 ni..mmg kena la continue makan supplement..

Dayah @ Real Ummu said...

Bed,
iye ke..aku terlepas n3 Ainey tu...nanti cari balik. apa2 suplement pun tak kisah la..janji kita pandai menjaga kesihatan kan..aku denagq MAB bagussss... heheh

Dayah @ Real Ummu said...

Arnie
mmg dah lama nak tulis psl Shaklee tapi takdan..bersempena dgn pembelian full set saya, saya pun tulih la..

harapnya dpt istiqomah la dlm mengambil suplement dan menjaga kesihatn

thx jugak sbb mempertemukan saya dgn Shakle.. :)

Dayah @ Real Ummu said...

Ainey
lain suplement lain harganya..tak semestinya murah tak baik..dayah pun start dgn trial pack yang mampu dimiliki..chewaahh..ayat.. skg ni kurangkan makanan rapu atau benda2 yang tak perlu sbb nak concentrate pada suplement ni...

Hamizah said...

salam dayah,
akak pon nak mkn jg la..

Ibu Mifzal said...

tu la..x semestinya murah x berkesan kan..tp kdg2 kesan tu lmbt dr yg rege mahal tu..apa2 pun kena ikut kesesuaian badan kita gak..