
Mulanya saya hanya mendengar berita ini melalui berita radio semasa dalam perjalanan ke ofis pagi semalam. Masa tu penyampai hanya menyenaraikan setakat 4 buah sekolah. Yang sempat saya dengar ialah Sekolah (P) Sri Aman, MCKK, STF dan SDAR. So dalam hati agak-agak sekolah saya ada tak ? Sebab banyak SBP ( Sekolah Berasrama Penuh) dan sekolah harian kat Malaysia ni. Saya terus melupakan topic ini sehingga la saya baca di blog Arnie malam tadi. Baru saya dapat lihat senarai penuh sekolah-sekolah SBT ni.
SEKOLAH TERPILIH SBT
Sekolah Berasrama Penuh:
1) Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
2) Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
4) Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
5) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
6) Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
7) Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
8) Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
9) Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
10) SMS Muzaffar Syah (Melaka)
Sekolah Menengah Harian:
1) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
2) SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
3) SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
4) SMK (P) St George (Pulau Pinang)
Sekolah Rendah:
1) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
2) SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
3) SK Bukit Damansara (KL)
4) SK Zainab (2) (Kota Bharu)
5) SK Convent Kota (Taiping)
6) SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)
Sekolah diberi autonomi:
* Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
* Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
* Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
* Memanjangkan waktu persekolahan.
* Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal
(seperti kelas lompat).
* Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
* Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
* Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
* Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
* Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
* Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
* Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.
lagi berita penuh di sini
**************************************************************************************
Fewwwitttt…Qay, sekolah kita ada la!! Hehehe. ‘Sekolah Tak Jadi’ saya pun ada no 4 tu. Saya tolak tawaran ke Form1 kerana hasrat arwah mama mahu saya menyambung pelajaran ke SMKA dan SSP sgt jauh bagi mak saya melepaskan anak perempuan sorang dia ni pada usia 13tahun. Masa tu takde perasaan sangat pun nak pilih-pilih sekolah.
Malam tadi saja saya sembang topic ni dengan suami. Macam Arnie dan suami dia. Saya pro SBP tapi suami pro MRSM. Suami kata, ala kerajaan buat macam ni sebab SBP dah tak glamer. Sekarang ni parents kan banyak suka MRSM. So macam nak naikkan balik nama la SBP ni. Dan suami juga kata, kelebihan bila disenaraikan ni bukan apa. Sebab sekolah-sekolah ini akan dapat peruntukkan yang sangat banyak. Itu yang sebenarnya syok bagi warga sekolah tu. Dengan duit yang banyak, macam-macam agenda dapat dijalankan, macam-macam prasarana dapat diadakan. Whatever la abang ooi…
Pagi ni pulak Forum rakyat di IKIM.fm masih lagi mengupas isu SBT ni. Maka banyak la pendengar yang memberikan komen.Rata-rata tidak setuju dengan apa yang Kementerian buat. Antara komen yang sempat saya dengar ialah :
-Kenapa nak melebihkan sekolah yang dah memang murid2 dia dianugerahkan kelebihan dan
terpilih. Kerajaan sepatutnya focus juga pada yang lemah supaya gap tidak la besar.
-Sekolah kat mana pun sama aja, SBP ka harian ka. Yang penting individu itu sendiri. Kalau nak
berjaya, kat sekolah mana pun boleh ( sambil merujuk dirinya yang hanya sempat sekejap saja
di Mozac dan beralih ke sekolah kampong, dan masih juga cemerlang)
-Buat studi /survey, berapa banyak keluaran SBP yang berjaya, baru pertimbangkn nak bagi
title ni. Adakah mereka ini hanya cemerlang masa di sekolah atau berterusan cemerlang bila
memasuki alam kerjaya. ( Kalau tak depa rasa rugi la kot bagi peruntukan berjuta-juta end up
tidak sukses?? )
-Masih banyak sekolah-sekolah luar bandar/pendalaman misalnya yang lebih memerlukan peruntukkan ini untuk membaiki taraf P&P ( Pembelajaran dan Pengajaran ).
Pada mulanya saya yang excited kerana SASIC terpilih terfikir jugak apa yang mereka katakan ini. Ada betulnya. Tidak dinafikan. Tapi saya bukan Menteri Pelajaran, so taknak komen lebih.Hehe..
Pasti ada kelebihan dan kekurangan, pro and cons apabila sesuatu keputusan diambil. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang . Sebagai rakyat, kita juga ada pandangan masing-masing. Samada menyokong atau sebaliknya. Harapnya pihak Kementerian juga dapat menerima pandangan-pandangan rakyat untuk dianalisa . Mungkin ada pandangan +ve yang boleh digunapakai.
Apapun , saya hanya ingin mengucapkan tahniah pada 20 sekolah yang tersenarai. Moga dapat digunakan kelebihan dan peruntukkan yang diberikan dengan sebaiknya dalam melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara.
Buat adik-adik SASIC ( kot la ada yang baca) dan ex-SASIC, moga terus mengharumkan nama SASIC kerana kita hanya satu-satunya sekolah agama yang terpilih dalam 20 sekolah ni. Saya harap sgt SASIC dapat mengekalkan ke’eksklusif’an tiada menengah rendah ( F.1 – F.3 ). Sekarang ni pun banyak MRSM dah mula bukak untuk F.1 . Tak macam dulu dah.
Kata hati 1 : Sangat merindu zaman tinggal di asrama
Kata Hati 2: Saya masih menyimpan semua surat tawaran dari SSP sampai ke Univ.Sampai dah kuning surat tawaran SSP sebab dah 15tahun berlalu. Sekali sekali jengok balik, imbas kenangan lalu..huhuh