Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, December 31, 2009

Shukrina 2 tahun, Imtiyaz 1 tahun dan My GiveAway

SHUKRINA'S 2ND BIRTHDAY

Today is her day !! .Puteri saya dah 2 tahun pada 31 Dec .Tetiba saya tak tau nak luahkan macamana di sini .


Mengenangkan saat mengandungkan SI berseorangan tanpa suami di sisi ( masa tu PJJ) dan saat melahirkan di mana teran 6-7 kali baru nak keluar , almaklumlah berat 3.6kg, sakit dari pukul 8.00am sampai saat melahirkan 3.30pm tanpa suami di sisi jugak , bila rasa nak menjerit sebab sakit..salu bila sakit, kita salu jerit makkkkkk .... kan, saya masih teringat ketika sakit yang amat-amat tu, macam nak menjerit panggil “mama………” tapi waras lagi berfikir ketika itu…saya dah tadak mak…macamna nak menjerit nama mak…. Huhuhu… pergantungan 100% kepada Allah kerana berseorangan.Mujur doctor dan bidan yang menyambut adalah rakan saya dan rakan/sudent arwah mama, maka tidakla rasa kekok.


Dan berpantang di rumah mak sedara, menumpang kasih saudara-mara…biarpun banyak ilmu yang ditimba dari saudara-mara, tidak akan sama dengan ibu sendiri. Lepas pantang, pandai2 kami la membawa haluan. Memang dalam kemusykilan, masih lagi merujuk kepada ibu saudara, tapi saya rasa hamper 80% ilmu membesarkan anak adalah melalui tunjuk ajar ayah saya,pengalaman sendiri, bertanya kawan-kawan, dan saluran informasi dari buku dan internet. Banyak try and error. Mungkin saya anak perempuan tunggal, bila ketiadaan ibu, dok fikir, macamna la nak membesarkan anak tanpa panduan.Tapi sebenarnya antara hikmah yang saya nampak ialah, mengajar saya lebih berdikari, jika selama ini..apa-apa sikit, mama, mama, ( manjakah saya..?? )


Dan setelah 2 tahun sama-sama membesarkan SI, itulah pengalaman berharga buat kami sebagai ummi dan abi. Banyak benda baru yang kami terokai bersama dan kehadiran SI umpama guru yang secara sedar atau tidak , dial ah yang membuatkan kita berfikir untuk bertindak. Macam cikgu bagi homework..anak murid kena la fikir nak selesaikannya.


Saya percaya anak-anak adalah permata hati dan harta yang paling bernilai kepada kita sebagai ibu bapa. Dan mereka bukan sekadar hanya anugerah, malah lebih dari itu. M ereka adalah amanah yang akan Allah persoalkan kelak. Pada kita la terletaknya ‘ color pencil’ untuk mencorakknya kanvas putih . Andai kita dulu mahupun kini bukanlah baik dan hebat setara mana, tapi mana –mana ibu bapa pun pasti mahu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak kita , kan ! Pasti mahu mereka lebih baik dari kita.


Perjalanan kami bersama SI masih jauh.Jika diizinkanNya untuk kami terus mendidik dan membimbing SI dan adik-adiknya, kami mengharapkan petunjukNya dalam setiap langkah , and redhoNya dalam setiap amal. Moga kami dapat mengikhlaskan diri memikul amanah ini dengan sebaiknya.


Shukrina,


Ummi dan abi sangat sayang pada Shukrina. Doa kami agar Shukrina jadi anak solehah, anak yang cemerlang dunia akhirat , jundi agama dan sentiasa dapat mendoakan untuk ummi dan abi kelak. Maafkan ummi dan abi jika selama 2 tahun ini, tidak semuanya molek dan indah belaka kerana ummi dan abi juga masih belajar, berusaha untuk memberikan yang terbaik.

HAPPY BIRTHDAY BLOG


Genap 2 tahun puteri saya , maka genap juga setahun penubuhan blog ini. Perasaan bercampur baur , gembira kerana akhirnya saya juga seorang ‘blogger’ setelah hampir setahun menjadi pembaca blog. Gembira kerana melalui medium ini, saya punya ramai kenalan baru dan lama. Gembira kerana melalui wadah ini saya merasakan manisnya ukhwwah walaupun ada di antaranya tidak pernah bersua muka. Gembira kerana banyak ilmu baru yang ditimba.



Tapi ada juga rasa terkilan bilamana masa saya untuk berblog adalah terhad. Posting pun suam-suam kuku aje kualitinya. Kadang-kadang sampai bersawang blog ni. Tak dapat nak menziarah keseluruhan blog list saya. Bila anak ada bersama, jangan harap nak mengadap computer.



Banyak benda yang ingiin dikongsi sebenarnya tapi mungkin saya sedikit selektif dalam menulis ? Setiap hari setelah penat, stress di tempat kerja, balik rasa tak sabar nak menatap blog membaca cerita kawan-kawan. Akses internet di ofis sangat memcemburui FaceBook,Frenster,Fotopage,Blogspot,Wordpress dan lain-lain laman sosial. Bukan setakat laman sosial, laman yang tidak berkaitan dengan kerja juga walau dibenarkan aksesnya turut dipantau sampai ke tahap boss boleh tahu kita surf apa jika melampau penggunaannya. Kejamkah atau baguskah untuk produktiviti pekerja..huhuh



Oooh..dah panjang rasanya.



Bersempena dengan ulangtahun ke-2 Shukrina ( anak saya) dan ulangtahun pertama Imtiyaz ( blog saya), ingin saya berkongsi kegembiraan ini bersama sahabat-sahabat blog. Nak buat ala-ala Giveaway gitu… hehehe



Tiada syarat yang ketat kerana ini bukan peraduan. Saya buka untuk yang mengikuti blog ini,yang jadi follower, juga dialau-alukan kepada siapa-siapa yang terbloghop. Bak kata siapa-siapa sajalah. Untuk tracking, saya hanya minta rakan-rakan berminat untuk drop a comment pada entry ini selewat-lewatnya 10 January 2010. Tidak perlulah ucapan yang panjang lebar, kata-kata pujian .Hanya sekadar buah fikiran tentang entry kali ini. Bukan apa, untuk saya registerkan nama-nama mereka yang layak untuk giveaway kali ini. Saya tahu bukan ramai pun yang berkunjung ke sini. Memandangkan mungkin tak banyak penyertaan, peluang anda mungkin lebih cerah.


3 Sahabat yang bertuah dipilih melalui cabutan bertuah . Memandangkan ia hari jadi SI, maka SI la yang akan mencabut nama.


Hadiah-hadiah adalah self-sponsored. Maka janganlah ada berharap set periuk Vision, handbag Guess atau setara dengannya. Yang pasti sesuatu yang bakal meninggalkan kenangan ukhwwah antara kita. Berpadanan la bajet yang diperuntukkan … ( actually saya dalam proses mengumpulkan hadiah, maka tak dapat nak diwar-warkan di sini apakah ia)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

36 sharing:

UmmiKhayra said...

Happy birthday Shukrina.. Wahh... 31 dec, tarikh lahirnya ye? Semoga menjadi anak yang solehah dan beriman kepada Allah dan keluarga. Semoga berbahagia untuk selama-lamanya... :)

Ibu Mifzal said...

Salam dayah...happy 2nd birthday utk shukrina n 1st birthday untuk imtiyaz..

sy selalunya jgk jengah sini..cuma kdg2 x berkesempatan utk menulis..apa-apa pun..sy doakan dayah sekeluarga..sentiasa berbahagia..

Aishah Megahasz said...

Tahniah. Menjadi ibu perkara yang paling penting adalah sabar. Kalau sabar, Insyallah semua perkara pun menjadi.
Happy Birthday to Shukrina & Selamat Tahun Baru. Semoga tahun depan lebih ceria. Amin.....

Nadiah Sidek said...

happy bday shukrina! baru tau dayah baru setahun berblog :). happy bday tu the blog juga! hehehe..

Hamizah said...

sayu bila baca entry ni..akak ada mak tp tak dpt juga nak bermanja dgnnya ms pantang coz adik sakit.so mil la tempat mengadu hal..
happy birthday, shukrina..semoga dpt membahagiakan hati mamanya selalu..(bila nak dpt adik lagi heheh)
happy birthday jg utk blog dayah

Hamizah said...

sayu bila baca entry ni..akak ada mak tp tak dpt juga nak bermanja dgnnya ms pantang coz adik sakit.so mil la tempat mengadu hal..
happy birthday, shukrina..semoga dpt membahagiakan hati mamanya selalu..(bila nak dpt adik lagi heheh)
happy birthday jg utk blog dayah

Hamizah said...

sayu bila baca entry ni..akak ada mak tp tak dpt juga nak bermanja dgnnya ms pantang coz adik sakit.so mil la tempat mengadu hal..
happy birthday, shukrina..semoga dpt membahagiakan hati mamanya selalu..(bila nak dpt adik lagi heheh)
happy birthday jg utk blog dayah

Hamizah said...

sayu bila baca entry ni..akak ada mak tp tak dpt juga nak bermanja dgnnya ms pantang coz adik sakit.so mil la tempat mengadu hal..
happy birthday, shukrina..semoga dpt membahagiakan hati mamanya selalu..(bila nak dpt adik lagi heheh)
happy birthday jg utk blog dayah

Hamizah said...
This comment has been removed by the author.
Hanz Jamaludin said...

Dayah...u are one of my earliest blogger friend..thanks for your friendship dear.

Selamat Ulangtahun Syukrina yang ke-2 & Happy 1st Anniversary to Imtiyaz!

P/S - Cuma satu..want to be frank, your font for posting boleh besarkan sikit tak? Me ni rabun, kena squint2 eye sikit nak read...eheheh..harap x kecil hati with my pandangan ni... :D

mirah said...

Happy 2nd birthday shukrina. Memang anak kita anak dec lah ya. Semua akhir tahun. Moga shukrina jadi anak solehah penyejuk hati ummi abi selalu ya.

Ya, dayah, dapat rasakan susahnya kan berpantang tanpa ibu dan buat semuanya sendiri. Walaupun mirah masih ada mak, tapi masa khadijah lahir dan dia di wad, mirah pun rasa sangat down, mak kerja lagi masa tu, tak dapat nak kerap datang sini. Semua buat sendiri. Semua demi anak kan..

anin said...

Salam kak
salam perkenalan dari saya

sungguhpun saya tak kenal akk sebelum ni tapi saya rasa berbesar hati dn berterima kasih jika kita dapat mejadi sahabat.. apa pun Allah yg menentukan segala nya

Selamat hari lahir buat Shukrina yg disayangi..Kirim peluk cium tuk bday gurl ya.. X sempat jadi baby new year dah lahir dah dia..

Anak2 anugerah Tuhan..hargai lah dia dan bajailah dia dgn penuh kasih syg..merana hidup tk bermakna tanpa anak dn suami..

Saya mendoakan Shukrina menjadi anak yg solehah yang sentiasa mendoakan kebaikan utk umi dn abah nya dn semoga kebahagiaan menjadi milik akk dn keluarga kekal hingga ke syurga..

Doakan saya suami dn Syahmi jugaa

mamashasha said...

salam dayah...selamat tahun baru 2010...selamat hari jadi buat shukrina...diam tak diam dah 2 tahun usia nya kan....antara sedar atau tidak...kerana shukrina jua lah kita bertemu di mcom kan....dr pengamatan aku ko seorang yg cekap & independent dayah...somehow kite tak sedar tu...mungkin kita akan rasa kerdil kerana takde parents utk dijadikan sumber dlm membesarkan anak tapi percayalah buday try & error itu lebih mematangkan kita...ianya lebih membuatkan kita lebih berhati2......semoga ko terus tabah dlm mengharungi onak duri liku2 kehidupan ini.....aku doakan shukrina jadi anak yg baik,taat perintah ummi & abi, cerdik & mulia budi pekertinya...tak sangka blog ini dah setahun usianye....hehee aku lah yg terbelakang....aduh ade giveway lak...tp aku tak harapkan apa2 ....tiap kali singgah pasti aku akan ikhlas mengomen...

intanloveamir said...

salam..

hepi besday to dayah...;)

Dayah @ Real Ummu said...

UK..
a'a..dia lahir 31 Dec.padahal due dia 5 Jan..tkasih

Ainey
takpe..kita msg2 sibok..dayah pun jrg jugak drop komen kat blog Ainey

Dayah @ Real Ummu said...

Aishah
tkasih...

NAdiah
dari dulu mmg tak penah rasa nak ada blog...sejak setahun ni je..

Dayah @ Real Ummu said...

KMizah
takpe...kdg2 setting pc ni di luar kawalan...saya paham..appapun tkasih..

Dayah @ Real Ummu said...

Hanz
me too..appreciate the friendship.thnks
psl font tu..mmg dah agak dah....mmg dlm plan nak tukor layout baru ni..nanti sure besaq skit...no hurt feeling..dun worry

Mirah
itulah..budak2 ni anak Dec..esok dah tahun lain..diorg baru je celebrate birthday thn ni..tkasih

Dayah @ Real Ummu said...

Anin
salam perkenalan...sila..sila...berbesar hati menambah sahabat.nanti akak ziarah blog Anin pulak yee..

Intan
baca betui2..is not my birthday, tapi anak n blog...:)

Dayah @ Real Ummu said...

Bed..
aku sgt hargai persahabatan kita ni dari start m.com sampai la ni..tkasih dan aku juga doakan yg terbaik utk hang n family...

Nur Sakinah Ahmad said...

sedey plak bc n3 hg yg ni..aku ada mama nk jg masa pantang, tp degil takmo ikut ckp dia..nk pndai2 sendiri..huhu..
neway, happy besday tu SI..semoga jd anak solehah..

Dayah @ Real Ummu said...

Kinah
setiap kita pasti ada lebih dan kurang yang kadang-kala kita terabai...
thks..hang pantang elok2 tau..

Ms. Ayu said...

ayu sebenarnya da confious skg nie, nk panggey wijdan ke dayah??

pertemuan kite waktu masing2 mengandungkan anak sulung kat m.com.. kan?? mcm2 cerita pahit manis kita kongsi.. termasuk la cerita pemrgian mama wijdan..

anak2 kita dah berkawan mula drp dlm perut ibu masing2 lagi kan.. walaupun kat alam maya, skang hampir mencecah 2-3 tahun usia perkenalan masing2.. w/pun tak pernah bersua muka.. tapi jalinan ukhuwah tu tetap terjalin..

Untuk Syukrina, Selamat menyambut Hari Ulangtahun Kelahiran yang kedua & genap etahun pembukaan blog nie.. congrate wijdan..

p/s: mmg wijdan ni independent drp pregnant sampai la skang nie..

Dayah @ Real Ummu said...

ayu..
panggilapa2 aje..akan ku sahut..wijdan pun suka bila kwn2 m.com pangil wijdan sbb rasa dha mesra dgn nama tu ..tapi utk kwn2 m.com je la..yg tahu salasilah..org lain kalau pangil rasa pelik pulak.silap2 tak bershut...heheh

wijdan pun byk bahasakn diri sbg wijdan bila ziarh ke blog kwn2 m.com..tahla..automatik jadi camtu...

apapun, mmg anak2 kita berkwn sejak dari dlm perut kita kan....terkenang zmn aktif di m.com dulu..

tkasih ye ayu...

Sue said...

knal dayah dari SI.com
lama dah tak masuk blog nih.
congrats!! hpy bday to ur baby.

Dayah @ Real Ummu said...

Sue..
a'a ingat tapi muka sue lagi familiar..farmasi ke..??

Emma said...

rasa mcm baru je jengah sini, alih2 dah tukar layout?

mantap!!!

-mama emma-

Rozy said...

wahhh dah lay out baru..

Syukrina,
Selamat Hari Jadi.... jangan nakal2, nanti dah nak jadi kakak..

Mommy Harith Hannah said...

Happy belated 2nd birthday, dear!

Sorry laa, lambat sket auntie wish, sbb tgh "exam fever" nie. So, krg sket melawat kawan2 alam maya. Hihi.

Wahhh, 31st? mmg unik sgt. Sama lah kita bertiga dgn Mirah, ader anak December kan. Setiap kali masuk tahun baru, tak sampai hati nak sebut umurnya pada tahun tersebut, sbb suasana kehangatan sambut birthday (walaupon alal kadar ajer kami buat) pon masih terasa lagi. NVM, bagus lahir hujung2 tahun nie. Nnt awet muda slalu girls! :P

anin said...

Salam

Tahniah ye sudah menjadi ibu kepada SHukrina..dah besar pun dia.. hilang segala jerih perih time beranak dulu..

Selamat Hari Lahir dear.. Semoga dimudahkan urusan sntiasa

alinalan said...

Selamat Hari Jadi Syukrina!
I like your new layout dear!

Dayah @ Real Ummu said...

Rozy..cuti new year 3 hari tu..saja godek2 layout baru ni.. thx

Mamaemma
chg over night..bangun tido dah lain layout..heheh


Arnie
it's ok auntie...tau auntie bz exam...moga lulus cemerlang..thks for the wish..

huhu..mmg tak sampai hati nak sebut depa ni dah 3 tahun padahal baru naik 2 tahun kan Arnie..

Dayah @ Real Ummu said...

Anin & Momma Mia
thks...

Lady Qay said...

dayah, citer psl berpantang, tringat ms p tgok hang dlam pantang kat umah tok ngah hang..asal aku lalu situ ja msti tingat tgok syukrina dgn tisu atas dahi dan kening dilukis..hehehe..

dah bsar pun syukrina...happy besday dear.moga jd putri muslimah sejati..

terasa nak nynyi lak lagu tu
... yang kita nyanyi ms kat KI dulu..hahah

meh intro skit..ingt skit2 ja...heheh

"wahai puteri, lihat nun di sana,
islam mu kini ketandusan pembela
bersama sendu menangis lesu
tertunggu mujahid baru..

kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi mujahidin sejati..."

lps tu lupa dah..hahaha

anyway, happy bsday

Unknown said...

cantik layout baru ni... ;)

anyway, happy 2nd besday shukrina & 1st besday of ur blog...

Insya Allah, setiap dugaan yg telah dayah lalui tu akan jd kenangan manis & pengalaman yg sgt2 berharga.. keep writing... kakyong tetap akan jengah sini walau tak kerap2...

Dayah @ Real Ummu said...

Kakyong..
tkasih..saya belajar menjadi tabah melalui dugaan juga dari kyong..kisah2 kyong yang saya rasa cabaran lagi hebat dari saya..

Qay, meh nak sambung skit

wahai puteri, lihat nun di sana,
islam mu kini ketandusan pembela
bersama sendu menangis lesu
tertunggu mujahid baru..

kembangnya kini diulit sepi
tiada lagi mujahidin sejati
Wahai putri khidmatmu dinanti

Ummah derita engkau pengubatnya
..argghh..aku pon lupa....."