Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Tuesday, November 30, 2010

Khabar dari kami..

Kehidupan seperti biasa, malah bertambah sibuk . Anak-anak sihat alhamdulillah.Mursyid dah pun melepasi 6 bulan. Alhamdulillah, sudah graduate exclusive BF for 6 months. Dan sekarang dah seminggu start on solid. Ini waktu yang saya suka..pagi-pagi menyiapkan bekalan untuk Mursyid.Sekarang ni baru 2 resepi yang dia rasa. Bubur nasi kosong dan bubur nasi + carrot. Ikut 4days rules tu.esok akan start bubur nasi+bayam pulak. Dok kata nak beli slow cooker untuk memudahkan kerja, tak terbeli.Selagi boleh cope memasak di waktu pagi, selagi itulah tidak ada urgency.

Musyid pun dah pandai ‘menjulur’. Laju bukan main. Dan mula kutip apa sahaja di atas lantai. Ada tips daripada sepupu kata hiris halia halus-halus dan tabor sekeliling rumah terutama tempat-tempat yang anak kita suka pergi.bila dia gigit halia tu, rasa tak sedap, dia tak akan berani dah kutip benda lain masuk mulut. Tahla..saya pun tak pernah try.Tapi menjadi untuk anak sepupu saya.

Kakak SI pulak, sekarang ni mulut bukan main. Dah banyak cakap. Suka pulak menyanyi. Lagu faveret InsyaAllah (Maher Zain ).Pantang dengar orang sebut insyaAllah, dia pun dok perasan orang dok menyanyi lagu tu.Dah pandai nak pilih baju untuk dipakai. Baju feveret, asyik nak ulang pakai.Lepas basuh kering, terus nak pakai.

Itu la serba sedikit tentng anak-anak.Maknya macam biasa. Tiada yang menarik .

Anak-anak ni memang penghibur hati kita kan…walau penat macamana pun, bila balik dan melihat celoteh mereka,sejuk hati. Tapi tang depa buat perangai, kita pun kekadang boleh naik ‘hantu’.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 sharing:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

kejap aje dah besar kan?

Sapa kata mak dia takde yg menarik ;)

el said...

hehehe dah 6 bulan si kecik tu..so skrg ringan sikit beban eh..tp bila dah besar jenuh jugak...
petua tu boleh pakai jugak eh...hehehe
aku pun dulu nak beli gak slow cooker tp smpi arwen dah msok 2 thn x beli2...so mayb akan postponed next bbb ahaks

kinna said...

tak jumpa2 lg dgn mursyid..nti makcik p rumah na..

mirah said...

mcm baru je dayah bersalin.
Tapi itulah, pagi tadi sembang dgn staf, isi borang aduan, bila nak tulis tarikh, eh dah 1 disember. Sekejap je lagi dah 2011. Apa dah buat 2010 pun tak tahu lah achievement mcamana.

sila lah letak gambar terbaru mereka ya..

ILA HAFIZ said...

wahh bagus. teruskan usaha anda.. hehee

fazilzura said...

wah dh beso yek ... 6 bln bf fully .. TAHNIAHHHH

kalau bley terus kan , even dh cmpur2 pun