Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, December 31, 2009

Shukrina 2 tahun, Imtiyaz 1 tahun dan My GiveAway

SHUKRINA'S 2ND BIRTHDAY

Today is her day !! .Puteri saya dah 2 tahun pada 31 Dec .Tetiba saya tak tau nak luahkan macamana di sini .


Mengenangkan saat mengandungkan SI berseorangan tanpa suami di sisi ( masa tu PJJ) dan saat melahirkan di mana teran 6-7 kali baru nak keluar , almaklumlah berat 3.6kg, sakit dari pukul 8.00am sampai saat melahirkan 3.30pm tanpa suami di sisi jugak , bila rasa nak menjerit sebab sakit..salu bila sakit, kita salu jerit makkkkkk .... kan, saya masih teringat ketika sakit yang amat-amat tu, macam nak menjerit panggil “mama………” tapi waras lagi berfikir ketika itu…saya dah tadak mak…macamna nak menjerit nama mak…. Huhuhu… pergantungan 100% kepada Allah kerana berseorangan.Mujur doctor dan bidan yang menyambut adalah rakan saya dan rakan/sudent arwah mama, maka tidakla rasa kekok.


Dan berpantang di rumah mak sedara, menumpang kasih saudara-mara…biarpun banyak ilmu yang ditimba dari saudara-mara, tidak akan sama dengan ibu sendiri. Lepas pantang, pandai2 kami la membawa haluan. Memang dalam kemusykilan, masih lagi merujuk kepada ibu saudara, tapi saya rasa hamper 80% ilmu membesarkan anak adalah melalui tunjuk ajar ayah saya,pengalaman sendiri, bertanya kawan-kawan, dan saluran informasi dari buku dan internet. Banyak try and error. Mungkin saya anak perempuan tunggal, bila ketiadaan ibu, dok fikir, macamna la nak membesarkan anak tanpa panduan.Tapi sebenarnya antara hikmah yang saya nampak ialah, mengajar saya lebih berdikari, jika selama ini..apa-apa sikit, mama, mama, ( manjakah saya..?? )


Dan setelah 2 tahun sama-sama membesarkan SI, itulah pengalaman berharga buat kami sebagai ummi dan abi. Banyak benda baru yang kami terokai bersama dan kehadiran SI umpama guru yang secara sedar atau tidak , dial ah yang membuatkan kita berfikir untuk bertindak. Macam cikgu bagi homework..anak murid kena la fikir nak selesaikannya.


Saya percaya anak-anak adalah permata hati dan harta yang paling bernilai kepada kita sebagai ibu bapa. Dan mereka bukan sekadar hanya anugerah, malah lebih dari itu. M ereka adalah amanah yang akan Allah persoalkan kelak. Pada kita la terletaknya ‘ color pencil’ untuk mencorakknya kanvas putih . Andai kita dulu mahupun kini bukanlah baik dan hebat setara mana, tapi mana –mana ibu bapa pun pasti mahu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak kita , kan ! Pasti mahu mereka lebih baik dari kita.


Perjalanan kami bersama SI masih jauh.Jika diizinkanNya untuk kami terus mendidik dan membimbing SI dan adik-adiknya, kami mengharapkan petunjukNya dalam setiap langkah , and redhoNya dalam setiap amal. Moga kami dapat mengikhlaskan diri memikul amanah ini dengan sebaiknya.


Shukrina,


Ummi dan abi sangat sayang pada Shukrina. Doa kami agar Shukrina jadi anak solehah, anak yang cemerlang dunia akhirat , jundi agama dan sentiasa dapat mendoakan untuk ummi dan abi kelak. Maafkan ummi dan abi jika selama 2 tahun ini, tidak semuanya molek dan indah belaka kerana ummi dan abi juga masih belajar, berusaha untuk memberikan yang terbaik.

HAPPY BIRTHDAY BLOG


Genap 2 tahun puteri saya , maka genap juga setahun penubuhan blog ini. Perasaan bercampur baur , gembira kerana akhirnya saya juga seorang ‘blogger’ setelah hampir setahun menjadi pembaca blog. Gembira kerana melalui medium ini, saya punya ramai kenalan baru dan lama. Gembira kerana melalui wadah ini saya merasakan manisnya ukhwwah walaupun ada di antaranya tidak pernah bersua muka. Gembira kerana banyak ilmu baru yang ditimba.



Tapi ada juga rasa terkilan bilamana masa saya untuk berblog adalah terhad. Posting pun suam-suam kuku aje kualitinya. Kadang-kadang sampai bersawang blog ni. Tak dapat nak menziarah keseluruhan blog list saya. Bila anak ada bersama, jangan harap nak mengadap computer.



Banyak benda yang ingiin dikongsi sebenarnya tapi mungkin saya sedikit selektif dalam menulis ? Setiap hari setelah penat, stress di tempat kerja, balik rasa tak sabar nak menatap blog membaca cerita kawan-kawan. Akses internet di ofis sangat memcemburui FaceBook,Frenster,Fotopage,Blogspot,Wordpress dan lain-lain laman sosial. Bukan setakat laman sosial, laman yang tidak berkaitan dengan kerja juga walau dibenarkan aksesnya turut dipantau sampai ke tahap boss boleh tahu kita surf apa jika melampau penggunaannya. Kejamkah atau baguskah untuk produktiviti pekerja..huhuh



Oooh..dah panjang rasanya.



Bersempena dengan ulangtahun ke-2 Shukrina ( anak saya) dan ulangtahun pertama Imtiyaz ( blog saya), ingin saya berkongsi kegembiraan ini bersama sahabat-sahabat blog. Nak buat ala-ala Giveaway gitu… hehehe



Tiada syarat yang ketat kerana ini bukan peraduan. Saya buka untuk yang mengikuti blog ini,yang jadi follower, juga dialau-alukan kepada siapa-siapa yang terbloghop. Bak kata siapa-siapa sajalah. Untuk tracking, saya hanya minta rakan-rakan berminat untuk drop a comment pada entry ini selewat-lewatnya 10 January 2010. Tidak perlulah ucapan yang panjang lebar, kata-kata pujian .Hanya sekadar buah fikiran tentang entry kali ini. Bukan apa, untuk saya registerkan nama-nama mereka yang layak untuk giveaway kali ini. Saya tahu bukan ramai pun yang berkunjung ke sini. Memandangkan mungkin tak banyak penyertaan, peluang anda mungkin lebih cerah.


3 Sahabat yang bertuah dipilih melalui cabutan bertuah . Memandangkan ia hari jadi SI, maka SI la yang akan mencabut nama.


Hadiah-hadiah adalah self-sponsored. Maka janganlah ada berharap set periuk Vision, handbag Guess atau setara dengannya. Yang pasti sesuatu yang bakal meninggalkan kenangan ukhwwah antara kita. Berpadanan la bajet yang diperuntukkan … ( actually saya dalam proses mengumpulkan hadiah, maka tak dapat nak diwar-warkan di sini apakah ia)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, December 18, 2009

BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER YANG SAYA KASIHI.

DI KESEMPATAN INI, BLOG IMTIYAZ DAN KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

MARILAH KITA MENUJU TAHUN BARU YANG LEBIH GEMILANG DI SAMPING MEMBURU KEREDHOAN ALLAH DALAM APA JUA YANG KITA LAKUKAN.

p/s : terkenang zaman kanak-kanak, bila mai Maal Hijrah, salu masuk nasyid lagu " satu Muharam detik permulaan...."




Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, December 15, 2009

Dia terasa hati

Semalam saya telah menyakitkan hati orang , tetapi tanpa saya sedari. Sebenarnya saya taktahu pun dia terasa, hanya selepas beberapa jam , ada orang yang mengkhabarkan kepada saya. Sebab musabab dia terasa hati ialah kerana perbualan kami semasa waktu makan tengahari.
Alkisahnya begini...

Saya keluar makan dengan geng anak-anak dara yang muda setahun dari saya dan mereka ini belum berkahwin mahupun berpunya. Perbualan sungguh rancak disamping gelak ketawa dan usikan sesama sendiri. Ada yang meramalkan si polan akan berkahwin sekian –sekian bulan tahun hadapan. Si Polan ni pulak bulan yang lain. Di akhir perjalanan yakni sampai di ofis, mereka menurunkan saya dahulu disebabkan lokasi ofis saya yang agak jauh dari mereka kerana mereka kasihankan saya untuk berjalan. Ketika itu, sempat saya melontarkan satu persoalan kepada salah seorang daripada mereka yang paling ketara berhujah.


“Apakah kesungguhan A ( bukan nama sebenar) untuk berkahwin ini?”.

Soalan saya terhenti di situ kerana destinasi saya telah tiba.



Selang 3 jam selepas itu, saya dikhabarkan yang A rasa terpukul dengan kata -kata saya..( terpukul tu kecik ati ek?)

Si B yang juga anak dara kata, ia mengambil kata-kata saya sebagai peringatan, tak ambil hati pun. Bagus juga sekali sekali diingatkan sebegitu.

Bila dapat tahu yang si A terasa hati,saya pun mula la mencari-kata kesilapan kata-kata saya itu. Ya lah , terlajak perahu boleh diundur,lajak kata ... ( apa sambungan dia, lupa pulak)

Nak menghangatkan cerita, seorang jejaka C yang agak berusia dan masih teruna mempersoalkan siapa saya untuk menyoal A sebegitu. Katanya itu semua bukan kerja saya, itu kerja Tuhan, jodoh , rezeki, ajal maut .saya tidak boleh mengadili/menghukum si A dengan soalan sedemikian rupa.

Maka kami pun berdebat la..agak lama juga seolah-olah tadak keja lain nak buat. Bertekak sampai waktu nak balik..huhuhu.

Saya pun dah lupa sebab banyak sangat yang diperdebatkan. Cuma beberapa hujah yang saya rakamkan di sini.

Antaranya si C berkata, kenpa jodoh kita manusia sibuk-sibuk persoalkan, kenapa tak usaha mencari, tak bersungguh la..awat tak kahwin-kahwin lagi...tu la keja sampai lewat malam, mana dan nak berkenal-kenalan,sedangkan bila cakap pasal ajal, kita tak pernah pun nak sibok-sibok. Tak pernah pun kita kata kat seseorang, “ makan ubat ni, nanti hang tak mati” . Memula nak tergelak jugak ada… Yalah mana pernah kita advise orang supaya makan sekian –sekian ubat untuk elak kematian. Selalunya kita orang melayu ni berlapik, kita akan kata, makanla ubat /vitamin ni, baru sihat sikit. Rajin-rajin la bersenam baru sihat.

Macam –macam lagi la dalil, hadith, sirah Nabi yang kami keluarkan bagi menyokong hujah masing-masing. Tapi saya tau siapa pun berdebat dengan si C, pasti kita akan kalah atau kita terpaksa pura-pura kalah.

Baik saya mahupun dia, masing-masing kami ada betul dan silapnya, Cuma saya tak puas hati bila ditujuh ‘ judgemental’ terhadap jodoh orang lain.

Dan ‘buah’ terakhir yang saya katakana pada si C.

“ I tak akan Tanya U soalan tentang kesungguhan sebab tau U dah lama bertahun-tahun bersungguh dan jodoh belum sampai.Memang soalan macamtu kat kena la untuk u. Yang I tanya pada si A sebab I tau dia masih muda, dlm keadaan dia yang keja sampai lewat malam + weekend, tengah sambung Master dan dia perempuan, bukan mudah macam lelaki nak dapat pasangan. Dia pun dok rasa awatla tadak couple lagi. Lelaki boleh senang-senang mengorat.I cuma tanya tentang kesungguhan tanpa mengharapkan apa-apa jawapan dari dia, Cuma untuk si A fikirkan sendiri, apa bentuk kesungguhan yang perlu ada. Kalau jodoh dia awal, dia tak berkawan dengan siapa pun, boleh kahwin nanti. Yang couple bagai nak rak tak tentu kahwin,Tapi tentunya kita sebagai manusia tidak boleh tunggu dan berharap. Paling kurang pun berdoa la dengan bersungguh-sungguh." wahhh..panjang lebaq sungguh kata-kata saya


Bukan nak sibok pasal jodoh dia, cuma satu soalan saya kira membuatkan mereka tersedar. Si B pun mengetahui, bila saya utarakan persoalan itu, dia pun koreksi dirinya sendiri. Selama ni gedik nak kawin, tapi kesungguhan, preparation tu tak ada sgt. Doa pun macam-macam tu ja.Kadang-kadang pun lupa nak berdoa.

Saya dah pun meminta maaf dari A, tapi dengan baiknya dia kata saya tak bersalah bahkan menyedarkan dia, cuma geram kat si jejaka C tu. Dia kot terasa lebih sebab dah 40++ tapi masih membujang.

Antara petikan saya dapat dari email seorang rakan


Doa termasuk penyebab berlaku takdir


KITA sering mendengar kenyataan 'jika sesuatu perkara memang sudah ditakdirkan, nescaya ia pasti terjadi, sama ada seseorang berdoa atau tidak.' Contohnya jika ditakdirkan seseorang berkahwin, mengapakah dia perlu berusaha dan berdoa.


Fadhil,
Kuala Lumpur.
Jawapan:
MEMANG tidak dapat dinafikan ada pihak berfikiran seperti itu. Mereka meninggalkan doa dengan alasan segalanya sudah ditetapkan, maka doa sudah tidak berfaedah sama sekali. Kesan kesilapan berfikir sedemikian menafikan salah satu bentuk atau penyebab berlaku sesuatu perkara.




Jika anda ditakdirkan kenyang tentu hal itu akan terjadi tanpa makan. Begitu juga jika takdir menjadikan anda kelaparan, makan banyak pun tidak memberi kesan rasa lapar yang menguasai anda.


Contoh lain ialah jika seseorang ditakdirkan memiliki anak, dia tetap akan memilikinya. Dia tidak perlu berkahwin kerana zuriatnya sudah termaktub di Lauh Mahfuz lagi. Namun, jika ditakdirkan tidak memiliki anak, dia tidak akan memilikinya walaupun berkahwin dengan ramai wanita. Oleh itu, tidak ada manfaat baginya berkahwin kerana dalam kedua-dua keadaan takdir sudah menentukannya.


Ada sesetengah manusia pula berpendapat doa ialah ibadat mahdah (seperti solat, haji dan puasa) yang disyariatkan Allah SWT untuk memberi pahala sedangkan ia tiada kesan sedikitpun kepada ketetapan Allah SWT.

Golongan yang berlagak pandai ini beranggapan tiada bezanya antara permintaan dengan lisan dan dengan hati untuk memohon suatu hajat. Perumpamaan seperti seseorang yang inginkan sesuatu tetapi dia berdiam diri kerana Allah SWT menjadikan sesuatu tanpa dipengaruhi oleh manusia dan doanya.

Ada golongan yang tidak kurang jahilnya mengatakan doa sekadar petanda hajat sudah dipenuhi. Jika Allah memberikan taufik kepada seseorang untuk berdoa, ia tanda hajatnya sudah dimakbulkan. Bandingannya seperti kedatangan awan hitam di langit tanda hujan.

Mereka turut berpandangan ketaatan adalah tanda pahala dan syurga seperti juga kemaksiatan petanda seseorang akan diseksa. Ia bukan penyebab kedua-duanya.

Kedua-dua pandangan yang sudah diberikan itu bertentangan dengan akal syariat dan fitrah. Pendapat yang benar adalah pandangan ketiga iaitu sesuatu berlaku mengikut takdir kerana ada beberapa sebab antaranya doa.

Tentulah akal tidak akan menerima berlaku sesuatu tanpa sebab. Jika manusia melakukan sesuatu perkara, ia menjadi sebab terjadi perkara ditakdirkan itu. Jika dia tidak melakukannya, apa yang ditakdirkan itu tidak terjadi.

Ia seperti contoh kenyang dengan sebab makan dan memperoleh anak dengan sebab perkahwinan, mati binatang sembelihan dengan sebab disembelih dan memasuki neraka atau syurga kerana amal perbuatan dan rahmat-Nya.

Demikian juga doa antara faktor penyebab yang paling kuat. Apabila apa yang diminta hamba dalam doanya ditakdirkan terjadi, maka tidak benar dikatakan doa tidak berperanan seperti dikatakan tidak ada gunanya makan minum, berkahwin dan bercucuk tanam kerana ia sudah ditakdirkan.

Kalangan sahabat adalah golongan paling bertakwa serta paling memahami ajaran Islam. Sejarah menunjukkan mereka paling banyak berdoa dan tetap melakukan syaratnya dan memenuhi adab dalam berdoa.

Umar al-Khattab menganggap doa adalah tentera yang hebat. Beliau berkata kepada sahabatnya: "Kalian tidak memperoleh pertolongan dengan banyak tetapi mendapat pertolongan dengan doa yang diterima dari langit."

Beliau berkata: "Sesungguhnya yang aku fokus bukan doa dimakbul saja, tetapi doa itu sendiri disebabkan apabila kalian diilhamkan untuk berdoa, yakinlah Allah SWT akan mustajabkan doa itu"."

Kata-kata Umar al-Khattab adalah kematangan berfikir dan serasi dengan firman Allah SWT.

Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud: "Dan apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu mengenai Aku (Allah SWT) maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."


Surah al-Mukmin ayat 60 bermaksud: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."


Jelaslah kaitan antara usaha dan doa, bahawa kedua-duanya amat penting dan menyumbang kepada berlaku sesuatu ketetapan ataupun takdir daripada Allah SWT. Justeru, dalam contoh yang diberikan, individu itu hendaklah berusaha untuk berkahwin dengan wanita itu seperti merisik menerusi orang tengah yang diyakini, meminang dan seterusnya perkahwinan.


Mintalah hidayah dan taufik daripada Allah SWT dengan mengerjakan solat sunat seperti istikharah dan hajat disertai dengan doa agar dipermudahkan Allah SWT baginya menjalankan perkara ketaatan. Wallahualam.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, December 14, 2009

Pak Choi



Call it Pak Choi or Bok Choy.It looks like mustard green (sawi) but it even smaller and the stalks is firm compare to sawi. I started to fallin’ love with this vegetable after few times eating it.

Normally, I will just cook ‘masak sayur air’ style mix with garlic, carrot and tomato. But some people prefer to serve it stir fry with light soy sauce/ oyster sauce. Since I am not fond of sayur berkuah pekat ( hasil campuran tepung jagung), I just opt for sayur air.


What make it different from sawi? When you look at fresh sawi, you’ll find Pak Choi is even more fresh. They leaves is bit thicker and the stalks is firm. And when Pak Choi deteriorate, the stalks go slimmy and the leaves glimp but still is better than deteriorate sawi as I think sawi is more ‘lembik’ than Pak Choi.PakChoi itself is ‘gemok-gemok’ make it look fresh than ‘sawi yang kurus-kurus belaka’ :)


When it is overcook, the condition is still acceptable compare to overcook ‘sawi yang sememangnya sangat lembik dan tidak berseri’. You can feel the crunchy of the stalk and the leave is not easily worsened.

A bit history of Pak Choi taken from here

Pak Choi (also known as bok choi or Peking cabbage) is a Chinese cabbage. It's commonly used in stir fry and spring rolls. Being in season from October to March makes it a common autumn and winter veg box ingredient. In Season? Its season is usually from about October through to March, though "baby pak choi" are now available as early as August, extending the season. Buy? Choose bok choi that has firm stalks and fresh-looking leaves. As they deteriorate, the stalks go slimy and the leaves go limp, so watch out for these signs. Store? Keep in the fridge for up to a week - less if possible. Don't wash before storing or it will go slimy. Cook? Separate the leaves and wash well.

For those who still new to this vegetable, let’s try and you’ll never regret of it taste. On the other hand, for those PakChoi lover or cooking expert, let’s share with me more Pak Choi’s recipe. Kadang-kadang bosan jugak masak air atau kuah pekat.


p/s : The very first and very humble food review from me , the non-expert cook !

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, December 7, 2009

Suami atau isteri ke pasar?

Who likes to go to market ? I mean wet market not supermarket or hypermarket or night market. Hehehe.. Who do you think is the right person should go to wet market to buy food for the family. The husband or the wife or both ??

As for our family, normally my husband will take charge. He is even better than me in terms of ‘identifying’ and recognizing what type of fishes at market and good at comparing price and bargaining too ! Me, whenever need to but uncommon fish, surely I will ask “ ikan apa ni??” . Sometimes I just ask “ Nak buat gulai hari ini, ikan apa sedap.” Definitely ‘pakcik jual ikan’ will show me all types of ikan isi/ ketui for gulai (kari) making.. Hahaah..kan senang keja mak. Sometimes if there is a request from family member to eat certain fish, and if I am not familiar with the fish ‘face’ I will the same way do . malu saja kan..


I remember one of my ex-colleague, He likes fishing and always went to the sea to fish . And whenever we ask him about his ‘ hasil tangkapan’, he will stop doing work and excitedly told us about his experience. He showed us some photos. I was still single that time and when I said I do not know, he scolded me and said , “macamana nak kahwin ni, ikan pun tak kenai”. And I will reply, “ Nanti bukan saya yang nak p market’. Saya soh la husband saya p”. He passionly taught me each types of fish referring to the photos and ask me to remember, a fish is suitable for gulai or masak lemak or certain dish. B fish sedap kalau buat apa… hehehe. Jasamu sangat ku kenang.


Back to the market,only when my husband is away, then only I go. But if I do not have helper to take care of SI, I will not go.. I will go to the nearest kedai mamak to but some raw material. Our grocery shop also sell fish and vege. Usually I will force my brother to go together. He will take care of SI or bring her to breakfast ( our market has wet market and breakfast place next to it ) while me quickly do the ‘shopping’. I don’t like to stay longer at wet market. I quickly buy and go home. Usually I have my favorite stall. I will straight go to the place and get whatever I need. Unless is not there, I will merry go round to find at other stall. Differ for my husband , he will take longer time. He is particular, cautiously choose fish, compare freshness and price


Ok, let’s compare what if the husband or the wife go to wet market. Whatever listed here is base of my experience. Yours may different. Let’s share :


The husband

1) For my husband, he will take longer time at wet market . not sure about other guys.

2) Less particular? I used to see few case where guy just gave a piece of paper of list to buy to the shop owner. Let the owner settle for him. Just pay and bring back.But not my husband in this case.

3) Have to list down things to buy and will buy accordingly, no add on.

4) Possible to miss out the things is there. 10 suruh beli, 9 ja yang dapat.



The wife


1) take longer time or shorter time ? Usually women + shopping = longer time .For me 'shopping' at wet market only is shorter as I know I need to rush back home to ‘ kerjakan’ semua hasil belian ( siang, basuh and etc). Almaklumlah seminggu sekali punya stok.


2) Will go with list but end up, more thing bought compare to list. Ya la..me always bila nampak ketam ke, mula teringin nak masak ketam la. Kadang-kadang baru teringat rempah dah habis la. Awal-awal tanak check. Our market besides raw food and breakfast, also have people selling clothes, tudung bedsheet, pot, pan,shoes,fruits, biscuits and grocery ( pail, hanger, brush and etc). Semua ni menggoda iman.Hehehe

3) Tend to have longer chit chat when meet friend. This is the place where I always meet arwah mama’s friend. ( very rare to meet my friend. *wink* )

4) More particular? I think most of us is particular. Me, even shop in a short time, still will ‘belek-belek’ ikan, bukak insang dia tengok fresh ke tak, tekan-tekan isi lembik ke keras, udang pilih satu-satu. Same goes to vege

5) Bring basket along. Seldom see guys carry basket if he is alone.


I think lot more characteristic if wife or husband go to market. How bout if both go. Yes, there are some of us practice this. We used to go together when SI yet to born. I think is fun though and a way of spending time together during weekend. Usually I order saja, Husband will choose , pay, help to carry the heavy stuff..heheh.

I plan to bring SI one day to introduce but after she is ready. Now I don’t think so. First, I don’t think the place is comfortable for her to walk. Second, tak larat kalau asyik kena dukung.We once brought her and unconsciously, she picked fish and put in her mouth. And once she hold, she doesn’t want to release it. Ayoyo.... Dia ingat fish yang ummi salu masak kat rumah, terus boleh masuk mulut. Now, if 3 of us go, SI and I enjoying breakfast while husband will do the shopping. hehe



So, share your experience at wet market or may some of u prefer to buy fish / meat at hypermarket like tesco , giant which is more convenience without compromising the quality and freshness ?



p/s 1: penangite don’t call pasar, we call ‘market’ instead. Not pronouns as market in English but ‘mar - ket’ in Bahasa way

p/s 2: gulai stand for kari


p/s 3 : for those husband who never go to market, I think we should encourage them to go because previous time we can buy a lot with RM50 but now if they only give us RM50 for market spending. Apa sangat la yang dapat..ikan makin mahal

p/s 4: ikan wajb beli..ikan temenung

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, December 2, 2009

Aku seorang kuli

Semenjak perkhabaran rakan sekerja yang akan meninggalkan kami, saya mula terfikir tentang hala tuju saya dalam ‘career life’. Sebenarnya saya dan dia selalu berbincang tentang apa itu ‘ career life’ yang masing –masing dambakan dan apa yang patut kami lakukan untuk mencapai matlamat itu. Walaupun selesa di kedudukan masing-masing, masih mengintai-intai jika ada peluang yang lebih baik.


Satu lagi yang saya kira ‘masalah’ yang kini saya hadapi adalah orang-orang luar ini yang lebih pandai menentukan apa yang terbaik untuk ‘career life’ saya.

Apa yang bakal saya tulis ini sedikit pun bukan untuk merendah-rendahkan atau menyanjung mana –mana pihak. Ia sekadar apa yang terlintas di fikiran saya.

Pernah tak sahabat-sahabat sekalian berhadapan dengan orang yang kata

“Awat tak jadi x. Lagi senang. Cuti banyak, gaji pn banyak.”

Ada pulak yang komen

“sampai bila nak duk situ, Tak teringin mintak keja lain ka macam x ka, y ka…”

“Hang tak letih ka kerja situ.Awat tak join z. La ni depa pun dah baguih “

Jujurnya kehidupan saya dikelilingi warga pendidik mahupun orang gomen. Keluarga, saudara –mara, jiran malah ramai juga rakan-rakan yang bergelar pendidik. Dari cikgu tadika sampai la mengajar institusi pengajian tinggi,Sudah beberapa kali perjumpaan samaada bersama keluarga atau sahabat-sahabat, hanya saya seorang bukan pendidik/gomen. Terima kasih pada sahabat-sahabat rapat yang tidak membezakan kami.Cuma bila berhadapan dengan golongan berusia, biasalah kan.terpaksa tebalkan telinga. Hatta, saya sering merasa ‘diri ini hampeh’ bila menghadiri usrah yang rata muslimatnya adalah guru.padahal hakikatnya jawatan saya lebih ‘gah’ pada nama. Saya merasakan..'ooh..mereka isteri dan ibu mithali’ .Jika ada geng2 saya macam Kak Hus, Kak Pejan, Kak Wak, Kak Nor TI baca ni ( saya rasa tak)..mesti mereka masih ingat istilah ‘sepohon kayu’ yang kami sering gunakan dulu..Ngeee…


Yang terbaru komen yang diterima oleh seorang senior kepada suami saya.

“ Zaujah anta tak sesuai kat situ.Dari dulu lagi ana kata. Ana yang anak ramai, laki bini cikgu pun teruk jugak” – memang sebelum kami kahwin lagi isu ini timbul. Mana dia tahu sesuai ke tak saya di situ? Dia bukan tahu pun saya buat apa.

Antara lain, seorang sahabat berpangkat kakak yang sering melepak di bilik saya dulu.Kami bertemu baru baru ini masa jamuan raya . 3 kali dia mengulangi soalan yang sama.


“ Buatpo nya Hidayah tak mintak cikgu ko, kijo lain ko..?? Tak letih ka keja 8-5 gitu?

Saya sampai tanya kat dia..awatnya dok tanya benda yang sama. Muka dia seolah-olah confius dan tidak puas hati.

Saya sekadar menjawab, saya ada mencuba tapi tak berjaya dan saya juga selesa dengan keadaan sekarang.


Satu alasan yang saya rasa mengapa saya ‘diasak’ sedemikian adalah kerana saya seorang isteri, ibu dan kedudukan saya sekarang , masa bersama keluarga adalah terhad. Sebenarnya tidaklah terhad mana. Macam orang lain yang berkerja ‘office hour’. Cuma mungkin terlebih 1-2 jam kerana perjalan yang agak jauh dan boss saya yang mahukan kami kerja 10jam instead of 9jam 20minit waktu sebenar bekerja. ( Tapi saya jarang ikut pun) .Saya berada di luar rumah dari 7.20am hingga 6.20pm sahaja. Selebihnya saya berada di rumah .Saya tidak perlu bekerja hujung minggu. Tidak ada outstation, Sekali sekala itupun bukan berhari-hari.

Cuma saya tidak ada cuti berbulan-bulan. Cuti tahunan tidak mewah seperti sesetengah orang.. Orang tak pandang kalau at the end EPF saya beratus ribu hanya kerana saya TIDAK ADA PENCEN ! Kadangkala saya tidak boleh duduk lama dalam satu majlis kerana ‘alasan’ esok saya kerja. So dapatlah saya skip la bab-bab tolong masak ke basuh pinggan, kemas mengemas ke..heheeh.

Ya, memang ada baik buruknya , susah senang setiap jenis pekerjaan, awam mahupun swasta. Saya tidak nafikan banyak kelebihan berada di sektor awam. Tambah lagi sektor pendidikan.. Jika diberi peluang, saya juga tidak mahu melepaskannya. Takdir belum menyebelahi saya lagi. Bukan langsung saya tidak berusaha ke arah itu. Cakap-cakap orang seolah-olah saya tidak berusaha meminta. Dah berkali-kali. Walaupun saya ada bekas pelajar tajaan JPA. Tapi kalau dah Allah kata, bukan rezeki saya disitu lagi atau untuk selama-lamanya. Apa daya saya..


Atau mungkin mereka kurang tahu tentang bidang yang saya ceburi. Jika company saya hebat sekalipun atau gaji saya banyak, bonus berkali-kali dalam setahun. Makcik-makcik atau atok nenek sedara saya tidak tahu akan hakikat itu. Walaupun diberi tahu. Atau mungkin penampilan saya selekeh seolah –olah takada duit kot.

Kalau semua orang nak join sebelah sana, alamat tidak ada umat Muhammad di tempat-tempat seperti saya keja atau sector-sektor lain. Lepas tu jangan nak salahkan kalau bukan orang kita yang menguasai ekonomi/teknologi atau berada di kedudukan selesa. Tambah-tambah di bumi Penang ni. Saya tidak nafikan untuk berada di company-company seperti yang saya beradda kini, memang perlu struggle.Saya rasa semua tempat pun perlu struggle kalau nak berjaya. Saya sendiri bermula dari bawah. Terpaksa bersaing dengan kaum lain terutamanya. Itulah pengorbanan yang harus dibayar. Kita pun takpayah berharap anak kita jadi orang berpangkat atau kerja hebat macam doctor, engineer, peguam hatta buat bisness sendiri atau WAHM sebab semua itu bukan mudah , yang perlu bekerja lebih dari 9 jam. Sebab kita sendiri pun taknak keja susah. Nak cuti banyak, nak banyak masa di rumah.

Tidak dinafikan bila umur menjangkau ..kita memerlukan suasana yang lebih aman, stabil..bukan dalam keadaan ‘ fast pace’ seperti ini. Ada lebih masa untuk bersama anak-anak. Saya mengaku jeles pada rakan-rakan yang berada di rumah sepanjang masa. Tidak perlu ‘bersusah’ di tempat kerja. Tapi ‘susah’ di rumah juga bukan calang-calang. Ada juga meluahkan pada suami… tanak keja la lepas ni. Tapi saya juga memikirkan saya perlu buat sesuatu dengan kelayakan yang saya ada. Arwah mak saya juga membanting tulang membesarkan kami.

Dalam keadaan saya begini, saya sangat mementingkan kualiti time bersama anak. Anak makan dari air tangan saya walau sekali dalam sehari. Solat bersama, mengaji bersama, buat kerja rumah bersama.Kadang-kadang rajuk dengan kata-kata orang, saya selalu berkata pada SI, walaupun saya tahu SI tidak memahami. Maafkan ummi, mungkin ummi tidak macam ummi lain. Banyak masa untuk Shukrina.24 jam boleh dok mengadap. Tapi percayalah doa ummi sentiasa mengiringi Shukrina bila mana kita tak bersama. Ummi harap Shukrina akan cemerlang sama sepertimana anak-anak yang mak depa yang salu ada depan mata.


Bagi mereka yang berada di zon selesa, marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat Allah ini.


Banyak lagi kalau ikutkan saya nak luahkan..hehehe..satgi lagi emosional pulak, Cukupla kot. Saya rasa buat pertama kalinya saya menulis dengan penuh emosi.Maaf andai ada yang tersinggung. Saya tidak berniat pun


Terima kasih abi kerana memahami dan memandang positif ‘perbezaan’ ini. Moga ada hikmah dan kebaikannya. Allah tidak akan membebani hambanya jika Dia tahu hamba itu tidak mampu. Nanti kita explore WAHM pulak ye..


p/s: kalau di luar masih ada yang tanya saya “mengajar di mana”..hehehe...gaya macam cikgu ke mak ni..???

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Di kesempatan ini, Shukrina Imtiyaz dan Keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA kepada semua rakan-rakan blogger ummi

Dan kepada yang mengerjakan ibadah korban pada kali ini, SELAMAT BERKORBAN

Ingat, jaga kesihatan, makan dan minum. Jangan syok melantak daging korban banyak-banyak.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, November 25, 2009

Ragam ke Kenduri Kahwin

Baru-baru ni, saya ada terbaca sebuah majalah. Bercerita tentang bulan Disember yang penuh dengan jemputan kenduri. Apa yang diutarakan ialah adab kita bila menghadiri walimah. Satu aje benda yang dihilitekan ialah pemakaian barang kemas. Jangan terlalu sarat, dengan niat yang untuk menunjuk- nunjuk . Selalunya masa kenduri kendara la kita nak mengebat , hari biasa jarang nak pakai yang meriah-meriah, bila ada acara, masa tu nak melaram dengan Koleksi Empress dari Habib Jewel ke. Koleksi Raya Orkid dari PohKong.

Saya pernah menulis tentang hal-hal kenduri kendara di sini.

BARANG KEMAS

Teringat satu kisah yang pernah saya dengar. Tidak pasti ini satu rekaan atau kisah benar. Mungkin kita boleh amik pengiktibaran. Ada seorang makcik ni, dia menetap di kota metropolitan Kuala Lumpur. Setiap kali pulang ke kampung sama ada menghadiri kenduri atau berhari raya, pasti dia akan bercerita tentang koleksi barang kemas yang terbaru yang bersirat-sirat dipakainya kepada saudara mara. Apa agaknya yang ada dalam hati saudara-mara yang melihat atau mendengar ini?? Makcik ni sama ada memang kaya raya, salu beli koleksi terbaru, ataupun, dia tolak yang lama, amik pattern baru. Janji latest design, yang jenis gedabak. Kalau jenis halus , tak main la.


Tidak salah kita mempunyai koleksi barang kemas yang melimpah ruah. Tapi berpada-padala apabila pulang ke kampung terutama jika kita berhadapan dengan saudara mara atau warga kampung yang diketahui kurang berkemampuan. Tak molek le jika kita tubuh kita diselaputi emas, takut-takut bukan sekadar memenuhi kepuasan dan keyakinan diri , tapi unsur riyak’ hadir bersama. Moga dilindungi Allah..

PEMAKAIAN

Suami pernah mengingatkan saya apabila kami hendak menghadiri majlis di rumah saudara sebelah suami masa di awal-awal perkahwinan dulu. Pesannya, pilihla baju yang biasa-biasa aje. Yang tidak grand sbb saudara dia ni dari golongan sederhana . Tak yah nak ber'karang’..padahal saya bukan ada banyak barang kemas pun. Memula-mula saya tidak pernah amik pusing hal-hal macam ni. Sebab saya bukan ada baju yang mahal-mahal, yang grand-grand.

Sungguh, saya bukan jenis pandai memilih /membeli kain. Dulu arwah mama yang salu belikan kain, apa yang siap dijahit, itu yang saya pakai. Jarang sangat saya berkesempatan beli sendiri. Kadang-kadang pesan saja kawan yang dok di Kelantan, tolong belikan sekian warna, corak terpulanglah pada kawan saya tu. Ikut sedap dia memandang. Sejak arwah tak ada, saya mula belajar beli kain sendiri.Kadang-kdang terkedu jugak tengok harga kain ela yang mencecah beratus semeter.


Saya pernak dikutuk sedara sendiri sebab penampilan saya yang selekeh tidah hebat berbanding anak dia yang hanya kerja biasa-biasa, gaji yang kurang dari saya tapi boleh pakai yang branded dan penuh glam. Sedih, tapi saya tak amik pusing sangat. Kadang-kadang kita rasa apa yang kita pakai tu dah elok dah, tap di mata orang lain tetap comot. Nak buat macam mana..?? Masa nak menghadiri kenduri kawan saya yang anak Dato' Seri tu pun, kawan-kawan pakat tempah baju ala-ala glamor , kain saja mencecah seratus lebih gitu. Saya ja recycle baju tahun 2004 yang saya kira sesuai la untuk majlis dia. kilat-kilat sikit. Hehehe..tanak kalah jugak tu.


Saya suka tengok gambar kawan-kawan blogger yang pandai bergaya , apa yang dipakai nampak cantik dan terletak. Lain orang lain citarasa befesyen. Pada saya ada prinsip dan syariat yang perlu saya patuhi.

ADAB DI MEJA MAKAN

Berbalik kepada adab menghadiri kenduri. Saya tak pasti sama ada negeri lain turut mengamalkan cara sebegini. Kalau di belah utara terutama kampong-kampung, tempat duduk/ khemah makan masih di asingkan antara lelaki dan perempuan. Dulu masa saya kecik-kecik, memang semua kenduri macam tu, tapi sejak dua menjak ni je, banyak walimah yang duduk bercampur. Baru-baru ini , saya ada menghadiri walimah anak kepada kenalan lama suami di Perlis. Tambah pulak tuan rumah ustaz, ustazah. Saya agak risau bila ke tempat yang saya tak kenai orang dan suami pula tidak berada di sisi. Takut jadi kera sumbang. Saya kata pada suami, nanti saya nak dok sembang dengan siapa. Siap pesan lagi, jangan pergi lama-lama. Sebab saya tau suami kalau dah jumpa sahabat lama, boleh terlupa isteri ni ha. Walaupun saya tak kenai sorang pun dari tetamu-tetamu yang ada , tapi saya duduk jugak dengan anak saya di khemah perempuan. Sambil-sambil tu beramah mesra, tegur-menegur untuk pertama kalinya.Tambahan pulak yang duduk semeja dari kalangan berusia. Sebagai yang muda, molek la kita mulakan silaturahhim.

Dah dijangka, suami leka bersembang. Saya dari makan nasi, amik bihun sup, suap lagi anak, amik the tarik pulak.. bak kata apa yang dihidang, semua saya sapu. Macam macam kurang beradab bunyi nya tapi memang pun dah dijamu, apa lagi..Tetamu bersilih ganti tapi saya tak berganjak. Nak masuk rumah pengantin segan pulak sebab tak kenal siapa. Cuma bersalaman dengan tuan rumah aja. Lagipun hujan, lepak kat bawah khemah aje la jawabnya.


Kemudian datang pasangan muda, lagak seperti pengantin baru saya kira. Kalau dilihat dari penampilan, tak Nampak pun macam org kampong/ orang utara. Eh, macam ahli nujum pulak saya. Tidaklah, dari segi penampilan masing-masing ,nampak segak bergaya, tak comot macam saya, muka pun educated. Mungkin sahabat pada pasangan pengantin . Memandangkan saya ni dok nganga sorang-sorang sambil layan SI, sekali sekala terpandang la pada pasangan ini. Depa pun amik makan ( buffet) kemudian tercari-cari tempat duduk. Mereka sepakat memilih meja yang berada di khemah perempuan dan duduk semeja bersama. Meja tu memnag kosong. Ada lebih kurang 4 kosong lagi.


Jika dilihat, tidak ada yang salah atau pelik kan. Mereka kan suami isteri, apa salahnya duduk semeja. Tapi entahla, saya nampak macam something wrong somewhere . Mungkin hanya di mata saya. Pandangan saya yang amat rendah ini ( memang saya ni renek orangnya), kalau dah ditetapkan begitu, maksudnya diasingkan tempat duduk, molekla kita ikut . Memang tiada yang salah pada pelakuan mereka. Tak melanggar hukum Allah pun .Saya kalau ikutkan nak aje duduk semeja dengan suami tapi bagi menghormati atucara majlis, terpaksala duduk dengan orang yang tak dikenali. Kita ni kalau boleh dapat dok makan dengan orang yang dikenali, meriah skit rasanya..boleh bersembang, bergossip bagai.Akhirnya mereka makan berdua aja sebab tak ada org yang nak join meja tu.


Ada satu lagi kes, meja di tepi saya. Ada 2 orang tua lelaki yang duduk makan bihun sup, memandangkan kaunter bihun sup dekat dengan khemah perempuan.pastu ada sorang makcik yang agak berusia bersama anak dara dia. dah tak ada tempat lain, tapi dari riak wajah dia, dia segan nak dok meja tu.pastu pakcik tu kata .." takpa aihh, mai la dok.sat saja kami tumpang ni"..dia pun duduk dalam keadaan malu-malu.

Saya mintak maaf andai ada yang kurang bersetuju dengan pandapat saya ini. Maklumlah , pandangan saya seorang budak kampung yang naif. Ahaks...!!

Tapi jika tuan rumah bersungguh-sungguh untuk menjadikan majlis kenduri kawin anak mereka sebagai sesuatu yang berkat dan beroleh pahala, kita sebagai tetamu harapnya dapat sama-sama menolong tuan rumah mencapai matlamat itu. Contoh :

1) Jangan la tempat yang dah elok diasingkan lelaki dan perempuan, kita pulak yang men'sosial'kan nya. Pasti ada sebab kenapa orang dahulu mengasingkannya.


2) Bila tak dibuat upacara persandingan, jangan pula ada kata-kata sumbang kata tak menarikla tak ada pelamin. Tak berseri.


3)Tiada ada alunan muzik dari band boy atau kugiran, jangan pulak kita mengomel..sunyi nya majlis ni.


4) Tak ada goody bag, jangan dikata kedekut. tak ikut trend la ni .Mungkin setakat itu saja kemampuan mereka atau ingin mengelakkan pembaziran.

Moga ke atas kita juga pahala dan kaf ba ra, kaf alif ta nun..KEBERKATAN apabila menghadiri majlis seumpama itu.

p/s: mood menghadiri kenduri ni. hujung minggu bulan Dis saya dah pack dengan menghadiri kenduri. :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, November 23, 2009

Hunting for job

Last 2 week, there was a Career and Post Graduate Fair at PISA. I was there not to visit but as exhibitor. Actually my company took part in the fair and I helped our HR to be dutied at booth.


There crowd was big but I would say previous years even bigger. Since 2005 until now except 2008, I helped out at our company booth. Even is tiring but joyful. Tiring due to you can hardly sit from 9.00am to 6pm.Continue talking and treating people. Distribute forms and souvenirs and some other clerical job. But I enjoy looking at human’s who are most of them visiting the fair for one purpose : to search for job


When I was at my first year joining this career fair, I was thinking that we able to get pool of resume and candidates to fill up vacancies at our company. Yes, we did it. Every end of the fair, we would bring back thousands of résumé and applications home. But from what Staffing Manager told me. From this pool, actually 80% of it is not what we are looking for. I had the opportunity to quickly went thru some resume. Ya..she is correct. There are not from a outshine employee or high flyer . Most are so-so only.


From my experience working in Recruitment team, I learn a skill on howx to analyze people from their resume , I mean from his position, salary, companies that he joined and project he worked on. I am trying to tell is good employee do not come to career fair to find job. They may either apply it online, thru friend recommendation or headhunter. Those who are at career fair is sort of desperate to find/ change job. But my statement might be wrong. There is a pool of best employee were hanging around at the fair. I met one of my ex-colleague . She is good and always have better opportunity is career life. She was there too.She was there just to test the market. Alahai..macam best je.


So how bout your luck in job hunting. Are you the one who is lucky enough. Easy to get new job? prefer to jump here and there? Or just stick to one company after you feel comfortable with it? I wrote about job satisfaction some time ago


As for me, I hope that I can change my career field but since I am expecting..tunggu bersalin dulu la kot.

p/s : my counterpart is leaving soon. Sedihnya….

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, November 18, 2009

Wedding of the year

I think I should write about this event. Friends,you should know, I am among the one who loves attending wedding. Dunno why, my husband also query. Is not only attend weeding, eat and go back, I will always find opportunity to meet with couples, visit bilik pengantin, hantaran..macam keypochi je kan bunyinya..hahha..whatever la.. as long as I am happy by seeing all the beautiful things specially created for wedding.


Last Sat, I went to my ex-colleague wedding. She just resigned due to getting married.I would say this is Wedding of the Year from all weddings I’ve attended this year. Why.. One of it is because she is a daughter to one of well known Dato’ Seri in Penang.. So can you imagine how is ‘anak-anak orang kaya punya wedding, kan !” Everybody is thrilled to go to her wedding . She has total 6 times of ceremony, started with Majlis Berinai, Majlis akad nikah, wedding lunch ( 12pm-3pm), wedding dinner (7pm – 10pm). Both were at home. Another wedding dinner at 6star hotel in Penang next week. And the last one is the bride side.

Our dear Penang Governor and MP of Tasek Gelugor who is also ex- 2nd Finance Minister, Tan Sri Mohd Nor Yaacob is honorable guests of the day.


Beside the bridegroom is my friend, what make is more significant in this knot is she is married to a person that I will remember to the end of my life, who took care of my arwah mama for about 2 months at hospital. The bride , a Chinese convert Muslim guy , is the most nice and kind hearted medical officer and neuro specialist I ever known. Is not only me. You can ask any patient who has been treated under him, everybody will say a good thing bout him. Is not only to patient, he is nice to patient’ family .At a glance you will think he is a handsome Malay guy but actually he is Chindian. He can speak Bahasa fluently . And now after married , can I say he is Chinndianyu ? heheheh…


After demise of arwah mama in 2007, I met him back in mid-2008 in one of party held at my friend ( his wife now). Both just be a couple that time. At first, he can’t recognize me . Of course. He has been treating thousand of patients but after my friend mention my mama’ s name, then he able to recall. Actually arwah mama is a Hospital staff. And knew him even before she fall sick. That is why when I just mention arwah mama’s name, then he able to recall.

When we met at the party, he also asked about my father and brother. He is very concern.


And yesterday, besides the ‘grand and glamour’ guests, when her wife was introducing him to each of us , group of her ex-officemate , and when I was about to congrates both couple, he said “Ha..this girl I know.” , I just replied as “ Wahh..you still remember me .? I never hope that he can still recognize me . He kissed SI’s cheek.

Enjoy some picture of the day.



Anak dara saya dengan tocang senget sebelah








To both newly married couple, may you have a joyous marriage life for ever and bless with many children !!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, November 15, 2009

Ragam si kecil

Lama tak bercerita tentang anak dara saya SI ni. Hujung tahun ni genap 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Lepas tu nak jadi kak long dah. Sekarang ni SI pandai cakap sikit-sikit. Macam perkara-perkara biasa, nak acik ( nak nasik), nak andi ( mandi), kalau nak tido atau naik buai, dia kata nak ya iya ha iyallah..( La ilahaillah), p lalan ( jalan ), nak lalik ( nak balik), dan banyak lagi perkataan yang dapat disebut walaupun sebutan nya tak jelas..Alhamdulillah. SI pun dah mula faham apa yg kami kata


Dia pun dah tau, dalam perut umi ada baby.Kalau Tanya kat mana baby, dia pegang perut saya. Dia ni suka main loncat2 atas perut saya, makanya selalu kena ingatkan ada baby dalam ni, kalau tak sakan dia dok naik turun.


Antara kegemaran dia kini ialah pakai stoking .bukan stoking dia, tapi stoking saya . Pantang dia Nampak ja, dia mula nak pakai. Stoking saya jenis panjang kalau dia pakai mau sampai ke paha. Kelakar pulak tengok, macam Pua Chu Kang pakai kasut but tu.Kat dalam trouser, kat luar stoking sampai lutut.


Sekarang pun dah pandai pilih nak pakai baju apa.nak pakai seluar sendiri


Nak p berjalan nombor satu.Kekadang kena acah dia kalau dia tanak pakai diaper, kata umi nak p jalan, dan dan mai nak pakai diaper. Abi salu tegur saya , tak baik bohong anak macam tu. Tapi , kadang-kadang nak pakaikan diaper dia bukan senang…jenoh pujuk rayu segala


Sekarang pun dah mula mau kat orang sikit-sikit, tu pun certain orang yang saya salu bawak jumpa. Dan orang yangrajin melayan dia, terutama mak menakan pupu dia Kakak Aisyah yang disebut Aikah.


Tapi yang paling tak larat, ‘meghap’ dia tu.orang kata kalau dia tahu dia nak dapat adik, ‘meghap’ dia tu lebih sikit. Kalau saya takde, pandai pulak bawak diri, kalau saya ada , mula la..macam tu la anak ummi kan !


Masih menyusu. Tapi saya tau dia tak puas sebab kejap2 belah kanan,sat ja tukar belah kiri. Atau mungkin susu saya dah nak tukar rasa dia kot. Dah nak masuk 2 trimester nik an. Saya mula mix feeding masa SI umur 1 tahun 6 bulan ( akibat stok takde and daya menegpam yang kurang). Mix pun hanya di umah pengasuh dan 2 kali EBM , 2 kali FM.


Sejak 1 thun 10 bulan ni, bila dah start ngandung dan saya pun dah tinggalkan aktiviti mengepam, saya mixkan FM kat rumah bila saya cuti.saja nak latih sbb saya dah tak daya nak BF kan dia skg ni..letih sangat rasa. Tapi night feeding still direct feeding sb saya malas bangun nak bancuh. Sebelum tido, saya bancuh dulu 7-8 oz susu, agar dia kenyang dn tak kerap bagun, tapi sama ja. Kekadang dia tak minum pun FM, brp kali membazir je. Geram jugak saya sebab tak pernah berhadapan terpaksa buang susu mcm tu je, kalau EBM free tak rasa sangat.


Saya pun taktau sampai bila SI nak menyusu. Saya biarkan saja dulu.tunggu la .lagipun lagi sebulan lebih ja dia nak 2 tahun. Yang letih skit tu sbb tgh2 malam bila dia habis menyusu, dia tanak lepas. Actually bila ngandung ni*ple akan terasa sakit bila menyusukan, tahan je la..kekadang kalau tak tahan, saya tarik perlahan-lahan.mula la dia nak nangis. Kesian pulak..

Tak sabaq tunggu SI terus membesar, petah berkata-kata.Moga anak ummi membesar bagai johan okie!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 13, 2009

Kencing Manis masa hamil?

I am in dilemma now. Is only because I’m gaining so much weight within few weeks. When I am at 2 months of pregnancy, my weight is at 50.8. 3 months pregnant, is already 51.5. and now after 2 weeks, I’m reaching 54. Takutnyaa..


I’ve gone thru one round of Oral Glucose Tolerance Test ( OGTT) a.k.a minum air gula last week and yet to get the result .Another round coming soon.. I was surprised as when I was expecting SI, I only started to undergo OGTT when I was 5 mons pregnant, and now, is only 3 mons, dah kena minum. According to the nurse, is for early detection and prevention. Yes, I have a family history of diabetes. My father, 2 of my uncles got this diabetes. That is the reason why I have to minum ayaq gula. In addition to it, my weight gain so fast, I am anxious. I am controlling my food intake now. Since I don’t face much morning sickness, my appetite is increase tremendously . Sat sat nak makan ja kerjanya.


The concerns I have here if I am putting more weight is a) I may at risk of getting diabetes during expecting 2) My baby size will grow bigger and afraid that I have to gone thur c-zer. U can read details about Diabetes bottom of this write-up.


SI was 3.6kg at birth. I had to take about 6-7 trial of ‘teran’ to get her out. One of the nurse said , “ anak first dah besaq macam ni, nanti anak 2nd taktau la..nak besaq mana” . As if this is fact that your 2nd baby will be bigger than the first one. But I also knew some of them which their 2nd baby is smaller than the 1st. I cannot 100% believe what the nurse say, right.


My friend keep scolding me when I try to limit my diet. She told me , my colleague whom I told about her baby in previous entry also eating less + her busyness, her baby growth was slow and the baby is not that strong to survive .


I don’t want to gain so much weight now is not because I am worry that I cannot slim down after post natal. From previous experience, by BF, I able to keep slim, slimmer that before. Hope that I still able to achieve it for 2nd time. Is just the risk during expecting like diabetes and bigger baby.

As a solution , now, I always make sure I have fruit near to me at all times rather than bun, cracker, snack. Whenever I am craving, I eat fruits. And avoid sweet drink.Hope this helps


Friend, any advice.?

some info about GDM

Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

Ini bergantung pada tahap penjagaan kesihatan diri anda sendiri. Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan, komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah.8 Jika paras gula di dalam darah berlebihan, maka ia akan berpindah ke bayi menerusi plasenta dan menyebabkan bayi anda juga mengalami paras glukosa darah yang tinggi. Oleh kerana itu, pankreas bayi anda turut bertindak menghasilkan insulin tambahan untuk merendahkan paras glukosa darah yang tinggi


Bayi akan mendapat tenaga (dalam bentuk glukosa) yang berlebihan dari yang diperlukannya, dan tenaga lebihan ini akan tersimpan sebagai lemak badan yang akan menyebabkan makrosomia (didefinisikan sebagai bayi yang lahir dengan berat 4.0kg atau lebih).


Jika bayi anda mengalami makrosomia, dia berkemungkinan akan menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti kecederaan di bahu semasa kelahiran dan meningkatkan risiko untuk menjalani pembedahan Caesarean. Walaupun tidak mempunyai makrosomia yang nyata, bayi anda mungkin mempunyai paras glukosa darah yang sangat rendah (hipoglisemia) selepas dilahirkan disebabkan pengeluaran insulin berlebihan daripada pankreas bayi anda. Hormon insulin berlebihan ini juga merangsang pembesaran bayi yang berlebihan atau makrosomid.


Paras gula di dalam darah bayi akan diawasi dengan teliti semasa penjagaan bayi dan adalah perlu memberi glukosa secara intravena kepada bayi jika paras gula terlalu rendah. Bayi juga mudah terdedah kepada Jaundis yang berpanjangan, ketidakimbangan paras elektrolit di dalam darah seperti paras serum kalsium dan magnesium yang rendah, masalah pernafasan mahu pun kecacatan bayi.10 Adalah dipercayai bahawa bayi yang bersaiz besar cenderung menjadi obes di masa akan datang.


Bayi anda juga berisiko untuk menjadi obes dan menghidap diabetes jenis 2 apabila dewasa kelak.


Pemeriksaan ultrasound semasa antenatal adalah berguna untuk mengawasi saiz bayi dan mengesan polihidramnios serta keabnormalan bayi. Seperti pesakit diabetes yang lain, ibu yang hamil dengan GDM adalah berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan pada saluran kencing, diabetik ketoasidosis, dan jangkitan kulat pada kulit. Mereka juga mudah terdedah kepada kelahiran pramatang disebabkan Polihidramnios dan bayi yang bersaiz besar.


GDM juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu. Dalam kebanyakan kes, jika bayi anda besar, anda akan mengalami kerumitan ketika melahirkan bayi dan anda mungkin perlu menjalani pembedahan Caesarean.


Anda juga berisiko tinggi mendapat praeklampsia (berkait dengan peningkatan tekanan darah yang tinggi yang boleh menjadi serius, sehingga membahayakan keadaan bayi dan diri anda) semasa kehamilan.


Anda juga lebih mudah untuk mendapat GDM lagi semasa kehamilan akan datang. Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan (National Institute of Health, NIH) Amerika Syarikat, wanita yang pernah mengalami GDM mempunyai 20 hingga 50 peratus kemungkinan untuk mendapat diabetes jenis 2 dalam tempoh 5 hingga 10 tahun selepas kehamilan.


Walau bagaimanapun, ini boleh dicegah - seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kajian ternama yang menunjukkan bahawa pengubahsuaian gaya hidup sahaja atau dengan penambahan ubat-ubatan oleh individu yang berisiko tinggi (termasuk wanita yang menghidap GDM) dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes jenis 2 sehingga 58 peratus.



p/s: Bed, aku dah gemokks dalam sekelip mata

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, November 8, 2009

Walimah Akhil Hayy dan Nor Waheeda

Kami sekeluarga berada di Gopeng Sabtu lepas kerana menghadiri walimah pasangan kontroversi Akhil Hayy dan Nor Waheeda.Walaupun apa yang berlaku di antara Akhil dengan ex-wife dia amat saya tidak gemari, namun sebagai kerabat, kami meraikan majlis menyambut menantu ni . Itu kisah depa laki-bini-bekas bini. Hal depa. Kami, yang penting..berbondong-bondong penuh glamor ke majlis resepsi tu..

Takde nye glamor.Sepupu sepapat saya yang memang dah ala-ala glamor tetap mantopp..saya macam biasa la ..comot walaupun ke majlis kenduri artis.... tak penah la saya anak kampung ni p majlis-majlis glamor. tadak punbaju lip lap lip lap anak mami.

Seawal 11.30pagi kami sampai dari Penang-Gopeng. Dapat pulak dok dalam dewan sebagai tetamu khas. Driver -driver kami tak larat nak tunggu dalam dewan, depa awai-awai dah bantai nasik kat bawah khemah.Sementara nak tunggu mempelai memang berpeluh la..Dan la SI 'testing suara' sebab bila dah semakin ramai, semakin panas dewan. Anak dara sorang ni memang dah tak boleh tahan. Macamana la ummi nak glamor, sat-sat , anak tarik tudung, sat-sat kerongsang tercabut. Muka yang awalnya konon segak bercat..last-last peluh yang menitik..

Pendekkan cerita, dlam 12.40pm tu mempelai sampai la..Punya la berpusu-pusu orang nak amik gambaq depa. Nasib saya ada photographer cilik upahan. Dapat la gambaq sekeping dua buat kenangan. Kumpulan In-team mengalunkan solawat dan zikir tanda mengalu-alukan kehadiran pengantin. Pastu siap ada anak-anak kecil buat persembahan tarian zapin kalau tak silap..Amboi..bukan main nooo kenduri Ustaz Akhil.. Seterusnya sessi bertaruf, tangkap gambaq dulu. Masa tu saya dah tak peduli sebab time hadirin makan.

Dan saya juga keluar dewan awai sbb SI ni berhajat besar pulak time-time tengah syok jamah nasik minyak. Sepeti biasa, sejak jadi mak ni dan dalam keadaan anak dara sorang ni yang tak mau kat orang lain..memang makan tu jarang nak sampai belahak...ada ja siaran tergendala. Kami pun p masjid berdekatan untuk menyucikan SI. Bila dah siap solat semua, keluarga besar kami dah nak meninggalkan majlis sbb semua dah pakat nak naik Cameron awai. So, saya pun taktau apa yang terjadi selepas saya meninggalkan dewan tu. Yang dengaq last tu akhil tengah menyanyi.

dapat la CD Akhil, buku yasin dan cawan dan piring kecil berbunga English Rose sebagai cenderahati. Takdan la saya nak p salam dengan Kak Wa.. Yang pasti, papa saya, jugak kakak-kakaknya dan adik-adiknya pasti gembira sebab depa dapat berkumpul dengan keluarga besar Rawa. Bagi kami lapis-lapis bawah ni, ni la masa nak kenai hang anak sapa, cucu sapa.Rawa belah mana. Tercari jugak kelibat mama emma . Kot ada rezeki berjumpa

Di CH, macam biasa la..p melawat sana sini...dah tak rajin nak menulis.


Ok ..kita layan gambaq . Mood saya baik letak gambaq lebih banyak dari biasa kali ni. Abaikan tarikh pada kamera yang belum saya perbetulkan.




Keluarga arwah Pak Jalil Rawa ( arwah tokba saya). Kami saja dah 3 meja


dewan. In-team dalam persalinan biru.nampak tak?






Meja utama

Kak Wa tersenyum lebaq


Mana pengantin ni..??

Di Cameron Valley

Syoknya makan kacang

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, November 4, 2009

6months tenure in her womb

When I first discovered about my 2nd pregnancy, beside my husband and family, the first friend got to know about it is my cubmate . Because some unintended question that lead to “Hidayah puasa penuh Ramadhan kali ni”. Then I told 2 of senior close friend and both of them agreed that don’t tell more people, let’s see whether people notice it or not. Because I am use to wear baggy attire, so will see if people can notice especially at early stage.


As of now, only one friend able to guess by looking at my tummy. Well, I would some experience lady able to know by just looking at my tummy or my B.


I have another colleague who is also expecting her 2nd child after her first son is already 5. We are quite close and always hang out for lunch together. But still she yet to know I am pregnant because with no ( little ) morning sickness, I am just like normal except eating more . We are giving more attention to her since after quite some time she pregnant again and she get to know this time is a girl ! besides, she is too buzy , active at office.Her works really make her no rest. She is at office every weekend and go back late everyday. The husband also bising but what to do..Her responsibility plus not enough manpower to cater such loads of project currently .



Only last 2 weeks, she had just lost the baby inside her womb. We are very shocked and blaming the boss and all the works that she has to do. Not sure what is the cause. Lack of rest or there was a complication inside.



I went to visit her at hospital. Alone. No one accompany me as the hospital is at mainland and I dropped by on my way back home. Actually I don’t have the courage to go and visit her alone as I am not good in consoling and comforting people especially in this situation. And I feel sorry and bit uneasy as I haven’t tell her that I am pregnant too.. But I still went there, accompany her from 6.30pm until 7.30pm visiting hour. I was more listening rather than talking as I am speechless. But Alhamdulillah, she is ok. Able to accept it and she was the one who keep talking, telling me what happen since day 1 she feel different with it.


The baby was born with force delivered after 2x induced. And she is a girl with 540gm at weight . Alhamdulillah, the funeral process went smooth. And my friend entitled for 2 months maternity leave eventhough at first according to our in-house clinic, before 7 months is 2 weeks leave. Recommendation from medical officer and her boss.


When she come back to work, I will be at 5mons pregnant InsyaAllah…and I feel sorry for not telling her earlier. My friend suggested that just inform her I only get to know about my pregnancy after her incident .. and I think I will do the same thing.



I pray hard that she will stay tough and hope that she will have next rezeki soon.And pray for myself and little one inside.

Anak Ummi Sayang..may you have a safe journey for 9months inside ummi.May Allah protect you always.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, October 31, 2009

KWSP and Hajj

2 days ago I was listening to radio on my way to work. The topic that really draw my attention is about withdrawing Account II before 50 years old to perform haj.This was debated in Parliament session where the question was thrown by PKR-Bandar Baru Kulim Zulkifli Nordin and was answered by , Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin cum Deputy Finance Ministry by saying “NO”

Below is his statement
"Pengeluaran dibenarkan oleh skim KWSP adalah hanya bagi tujuan yang berkaitan dengan persaraan atau menambah nilai simpanan untuk persaraan."

"Jadi, pengeluaran bagi tujuan menunaikan haji bukan saja tidak menepati objektif dan falsafah skim KWSP tetapi akan menjejaskan persaraan anggotanya pada masa depan," katanya.

You can find details here


If you were to ask my opinion, is very difficult for me to say Yes and No to his statement. Macam lalang pulak… yes pun iye..no pun iye… At one point I agree with Dr Awang Adek because pensioner finish up their EPF averagely within 3 years after their retirement . Habis lepas 3 tahun nak makan apa ek kalau tak keja..??? If one of the agenda of using up the EPF money is to perform hajj, I would say ok la…at least we spend for something significant/meaningful.

But the point now is below 50 which we know the Account II is for housing and education purpose. Our government also don’t mind if after 55 we use the EFP for hajj. Tapi tu la ..takkan nak tunggu 55 baru nak naik haji..??

While he said , we already have Tabung Haji (TH) for saving for hajj ? Why need to ‘kacau’ the EPF money..?? For rich people, high salary yes, they contribute to EFP for their retirement, they have extra-extra that can be distributed to insurance, club fees, gym fees included TH. But not all Malaysian people have this ‘extra-extra’ pocket money. Some of us even do not have portion for saving. I would say 2 categories of people who do not have saving. One is really tight because of small earning everything is just ‘cun-cun’ for makan pakai, sekolah anak-anak. Another one is with average or even high income but still very high commitment~ lifestyle,debts and yet no plan to save. End of month, all the money gone. This group is pretty much poorer than the first group..

Let’s focus on the first group. With their condition, where to find extra money to be saved in TH. Nevertheless this is also not an excuse if they really want to save right! Every year we always heard of story how an old poor man, saving RM20 per month in TH and after so many years, eventually, he manage to perform hajj. Sometimes, he even feel embarrassed to go to TH to keep the money as he saw other people is saving hundreds/ thousands but him only RM20. But he doesn’t care because he has his GOAL.

Ok, back to EFP is not for hajj below 50s. Some opinion I listened in the radio were :

1) “ Ini duit kami, suka hati kami la nak buat apa”
2) “ orang yang buat dasar ni, dalam bahasa kasarnya tak reti hukum’
3) “takkan nak tunggu tua, kalau mati dulu tak sempat 55, tak dan buat haji”

And lots more .

Some of them comeout with proposal. This is want we want :
1) Izinklan mengeluarkan EPF RM1300 untuk pendaftaran haji di TH ketika di bawah 50. kemudian baru lock. Sekurang-kurangnya pencarum dah buat akaun hajj dn mendaftar,selepas itu berdikit-dikit la menyimpan
2) Account III untuk perubatan, boleh juga digunakan sebagai pendaftaran haji sebab ini juga untuk kaedah rawatan untuk hati/emosi . bukan hanya mementingkan kesihatan fizikal. - sejak bila ada accIII ni.saya kah yang ketinggalan ?

Lastly I made up my mind. I agree if Account II be opened for hajj. But we have to plan and spend wise during young age so that we can retire with financial freedom + become haji or hajjah before 50. What government worried is we Malaysian not that good in managing money. Ya ka..?

Since we also as TH as one of the facility, make use of it. Dikit-dikit lama-lama jadi bukit kan. We also have to be disciplined. Not everytime short of money, we withdraw it from TH. Sampai bila pun tak cukup nak buat tambang. Now TH is more flexible compare to those time when I was small, only able to withdraw 2 times from TH in a year. And now I feel sort of allergic to go to TH to withdraw money just because of one real story of my friend. She withdraw about RM30k from TH and this money is to build a house. While waiting for the money, this old man who duty at the counter said to her. Ayat dia lebih kurang macam ni la. I cannot recall the correct sentence

“ Bok keluaq duit banyak-banyak, bukan nak p haji pun.”

My friend get mad. I mean , ya we save in TH for one of main purpose it to perfom hajj, but in my friend case, she need the money to build a house for her family. Their own house and stop renting. What is the priority at that moment 1) Having our own house for our family to live comfortably 2) to perform hajj and when u get back you still renting…. Susah tu.Susah lagi bila jumpa orang macam pegawai kat kaunter tu.

Thus,I try to treat TH as saving and as much as I can avoid to always withdraw it. Sebab trauma kisah kawan ni la.. but not all will behave this way kan !.

And insyaAllah, when Allah calls us to be one of His guest, even money is yet to full, Allah will show you the way . Like my arwah mama, she performed hajj in 2000 at the age of 46. She never expect to be called because according to her turn, it should be the following year and money in TH haven’t reach amount supposed to be . For a government servant, all she has is the salary. But she told me, is a miracle/rahmat from Allah. Within few months, she able to made it up. She able to concentrate saving and somehow there were always rezeki for her to top up her TH and less burden on other commitment likes debts, sudden debts and etc.

After the first visit to Makkah, she prayed that she can go there again but looking at our family financial situation, she knew that is not so soon or she might not have chance anymore. We plan, Allah also plan, definitely Allah’s plan is great.

With only balance of RM2-3k in TH, Allah called her again to be His honorable guest, with this 3k she flew to Makkah end 2005 . This time is treat from my papa. First papa’s visit and 2nd time for mama. Papa use his EPF to bring mama together. Bukan banyak mana pun EPF bapak saya. Orang bawahan saja .Tapi Alhamdulillah, jejak jugak kaki ke Makkah. But this time is is not thru TH but MAS as my father is ex-MAS employee. Tiket is free, still need 10k per person for accommodation, food etc.. equal to RM20k of hajj package . But according to mama, it more comfortable compare her 1st time joining Muassasah TH. Ya la.. dok hotel Hilton. Sebilik 3 orang. Flying with daily business flight, bukan kapal haji. And only 120 haji and hajjah allocated from TH to MAS employee per year.

Alhamdulilah, Allah’ rahmat. At least before mama ‘rest’ peacefully, I am sure she feel kind of satisfy and we thank Allah for the twice opportunity to perform hajj granted to her

And now is her children’s turn. One of her advise when she came back form her 1st visit was

“Nor ( panggilan saya dirumah), pi la haji muda-muda, kuat sikit nak buat ibadah banyak-banyak. Mama tengok ramai orang muda p. Seronok tengok depa semangat. Simpan duit la ni"

InsyaAllah, we pray hard together. May 2024 realize our dream ( lambatnya 2024, nak wat camna, dah gilirannya macam tu)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, October 27, 2009

Shukrina ke konvo Paksu

Dah lama sungguh blog ini sepi selepas entry yang terakhir.Saya lihat mak-mak yang 'seangkatan' pun lebih kurang sama dengan saya. Mungkin depa lebih rajin skit untuk update blog masing-masing.

Apa yang nak diceritakan ye.. Owh..lupa saya ada berkunjung ke KL 2 minggu yang lepas. Lama dah tu. Dan ini merupakan trip SI yang pertama ke KL. Kesiannya anak ummi, asyik terperuk kat rumah ja… Trip kali ini sebab adik saya konvo. Saya memang suka majlis-majlis seumpama ini. Tambah-tambah gila tengok bunga-bunga yang dijual..dulu masa kita konvo kita dapat bunga. La ni time membalas la pulak. Kalau korang tak dapat bunga masa konvo, rasa tak best tak…?? Saya mesti rasa sesuatu kekurangan. Bunga-bunga sekarang bukan main harga..Kalau RM50 tu dpt berapa kuntum bunga ros je la…Mahal, tapi last2 layu..huhuhu..dah memang itu sifatnya.. So kali ni saya tengok trend banyak kepada bunga palsu yang diperbuat daripada kain/baldu.nampak lebih cantik rasanya dan lebih tahan lama.


Kali ini saya berpeluang masuk ke dewan upacara sbb ada 2 tempat duduk kan. Sebenarnya itu tempat arwah mama, saya menggantikannya.Saya tahu adik saya sedih sebab mama tak sempat tengok dia konvo.Gambar studio pun macam kurang serinya.Apapun itu ketentuan dan kami redho.


Tapi saya masuk kejap je.Boring pulak.nasib adik amik awal, buleh la keluar.itupun banyak disoal siasat oleh pegawai bertugas.Kalau keluar tak boleh masuk dah..bla..bla..bla..


SI pun happy, belikan belon satu untuk dia..dan satu bear utk dihadiahkan pada paksu bila paksu keluar nanti,.Alih-alih, masa semua jemputan / graduan keluar dewan, SI melalak yang amat-amat..macam kena apa-apa ja..gubra jugak saya. Sebab meronta-ronta dia,bila lepaskan, dia guling2 kat lantai..suara berkilo-kilometer dengar.Dah la ramai orang, bersesak-sesak, panas. Abi tak ikut,saya jadi tak kuat nak dokong dia. Mungkin SI ngantuk dan rimas ramai-ramai kot..Cepat2 saya menyelit2 celah orang ramai, bawak SI jumpa tokba yang baru keluar dewan. Lepas jumpa tokba, baru nak diam…


*SI dengan bear hadiah untuk paksu*

Seronok tengok gelagat graduan dan keluarga yang hadir.Ada ibu bapa yang sedondon, bukan setakat sedondon warna, sedondon corak kain. Boleh teka ibu bapa yang ‘orang bandar’ dengan ‘orang pinggir kota’. Bunga setakat ibu bapa, atok nenek, mak sedara , pak sedara semua ikut serta.Terpancar wajah ceria dan bangga melihat anak-anak mereka berjaya.

Satu hari yang sungguh memenatkan. tapi happy, paksu dah grad. Moga suatu hari umi dan abi punya turn pulak masuk dewan tengok anak-anak umi/abi dapat ijazah. Ameen..


*gelak sakan. muka 2 beranak yang comot keletihan tapi tetap tersenyum.sebelum adegan SI melalak*


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, October 16, 2009

Sepi tapi berisi


Is more that 2 weeks I remain silent.
AmI buzy at office ? lots of housechores? Still in Syawal mode?
One of the biggest factor is because of
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Myspace Pregnancy Countdown Clocks

ALHAMDULILLAH
Is still new, I am cautiously taking care this lil' one inside now until she/he really stable.

Thanks for friends who drop by to ask why this blog 'sepi'.

Now you know why :)
I miss you all.Still bloghopping and commenting eventhough no new post in this blog recentlly. Malas nak mengarang

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, September 27, 2009

Shukrina berhari raya!

Semua orang menulis tentang sambutan raya,makanya saya pun nak share jugakla raya kami kali ini.

Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana tetapi meriah.Walaupun family kami kecik tambah pulak ketiadaan arwah mama, itu bukan penghalang untuk kami terus mensyukuri nikmat berhari raya. Memang lain benar beraya tanpa mama. Tahun ni raya ke-3 tanpa mama di sisi.Apapun sebagai anak sulung, saya cuba sehabis baik menggembirakan hati keluarga. Walaupun tidak la sehebat arwah mama memasak hidangan pagi raya..saya cuba jugak buat. Tahun ni saya buat rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Ketupat palas, macam biasa..diimport dari mak-mak sedara yang memang tiap-tiap tahun kasi sebab tau anak menakan depa sorang ni tak pass-pass balut ketupat.Dari arwah mama ada, sampaila dapat mak mertua handal membalut dan menerima tempahan ketupat palas, saya masih terkial-kial belajar.Apatah lagi kalau disuruh balut sorang-sorang..memang fail. Almaklumla..jarang praktis.nak harap setahun sekali balut..

Yang membuatkan kami sekeluarga teruja dengan sambutan Syawal kali ini adalah sebab SI dah semakin bijak dan banyak keletah. Terhibur hati walaupun rasa kekurangan berhari raya.Tahun ni dapatlah SI melaram dengan baju kurung sebab tahun lepas tak buat pun untuk dia..kecik lagi masa tu. Tahun ni tak sempat kami sekeluraga nak bergaya sedondon. Sebab abi last minit cari baju, memang susah nak dapat yang sedondon, yang berkenan di hati...Cuma saya dah SI je sama kaler.Tapi SI ni tak suka pakai aksesori rambut, tudung pun tak lekat, pakai barang kemas pun sat saja,dah suruh buang. tengokla..macam ni la gaya rambut SI di hari raya*Inilah gaya SI yang selamba berhari raya*
Tarikh kamera silap..tak pebetui2 lagi


*SI bersama tokba kesayangan.Tokba tak sempat nak pakai sampin, SI dah nak berposing.Kain terselak tingginya anak dara sorang ni*

Raya pertama memang di rumah saya. Dah tiga kali raya sebagai suami isteri, belum lagi menyambut pagi raya di rumah mertua. Terima kasih buat abi yang sentiasa memahami tanggungjawab saya sebagai anak sulung dan perempuan tunggal. Saya sajalah yang diharapkan untuk menyediakan juadah, menghias rumah , membuat persiapan raya selepas ketiadaan arwah mama.

Lepas seisi bersalam-salaman dan solat raya, kami terus menuju ke kampung mama di Padang Serai, Kedah ( dalam 45 minit perjalanan)..pusara mama yang memang wajib kami ziarahi di pagi raya. kemudian menuju ke rumah Long, Lang.. mak-mak menakan pupu, tok menakan yang ada di kampung tu..

Tengahari lunch kami di rumah Ngah..heheh..tahun ni saya tak masak nasi macam tahun-tahun sebelumnya.. maka kena lunch di rumah orang la... Memang dah dijemput pun sebab tu cancel plan masak nasi tomato.

Petang lepas asar, baru kami bertolak ke rumah mertua di Pendang, Kedah.Tinggallah papa dan adik saya yang meneruskan raya mereka dengan adik beradik papa di Penang.Nasik baik la family papa saya besar, tidaklah sunyi sangat papa saya di hari raya ni.

Dah panjang menaip, banyak lagi nak dikongsi.Cukup kot setakat ni.. Hari-hari raya seterusnya, biasalah, rutin menzirahi sanak saudara. Raya ke-4, kami menghadiri kenduri kawin sahabat sekolah menengah. Raya ke -5, kawan sekolah lagi sorang akad nikah. Pukul 2 pagi saya masih berjaga menyiapkan hantaran yang saya janjikan untuk dia.. Siang ligat beraya. Tengah malam baru ada masa nak buat. Itu pun jenoh fikirberminggu-minggu, nak buat apa la untuk hantaran

Saya dok bloghopping baca cerita raya kawan-kawan.meriah !!

p/s: Sebenarnya setiap kali tiba Syawal, sayu hati saya.Bukan tidak gembira, tapi saya sungguh tidak dapat menahan rasa sedih kerana ketiadaan mama disisi. walaupun dah tahun ke-3, saya masih begini.Memang kehilangan mama telah meragut kemeriahan Eidulfitri saya, namun demi anak,suami, adik dan papa..saya lakarkan senyuman, meriahkan suasana. Saya tau , adik saya juga berperasaan sama. Kami sama-sama tau apa yang ada di hati kami. Bila menziarahi sanak saudara, masing-masing akan memandang anak saya dan berkata" Kalau mama hang ada, mesti dia paling seronok raya dengan cucu" dan akan mengimbas kenangan depa beraya dengan arwah mama. Moga roh mama terus dicucuri rahmatNya.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, September 18, 2009

:: Salam Eidulfitri ::


Dalam kemeriahan sahabat-sahabat blogger mengucapkan salam lebaran, saya juga tidak mahu ketinggalan walaupun hari ini, jumaat masih lagi bekerja.Ofis sungguh lenggang dan tiada mood untuk bekerja.

Di kesempatan ini, Shukrina Imtiyaz, Ummi dan Abi ingin mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua sahabat yang mengenali diri kami.

Ampun dan maaf dipinta atas segala salah dan khilaf

Moga sahabat -sahabat menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran atas nikmat kemenangan, kembali kepada fitrah dan saling mengeratkan silaturrahim antara kita.

Maaflah, takde kad raya dari kami.Saya sungguh takdan memerah kreativiti menghasilkan kad raya. Tapi doa saya sentiasa disampaikan buat pengganti diri kami sekeluarga untuk sahabat semua.

Sempat tampal beberapa kak raya yang diterima..mungkin ada lagi tapi tak perasan.Maaf dipinta. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan.





KakYong


Ainey & Mifzal



Ummie Hanie


p/a : berhati-hati di jalan raya. bertemu kita lepas cuti

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, September 16, 2009

A Year Older, A Year Wiser

Today mark another year added to my age. I turn 27 today. Alhamdulilah, praise to Allah for the nikmat Iman & Islam for the past 27 years

Time flies so fast. What I have been doing for 27 years in earth? Do I really make use of the years wisely ?

There are lots of questions suddenly pop-up in my mind when it comes to 16 Sep

1. I am 27 today, am I behave like one?

2. What have I achieve by the age of 27 vs what should I achieve by the age of 27?

3. Have I done a good job in my career, where am I in my career life?

4. How bout nurturing my beloved girl? Am I a good mother to her and a good wife to my husband ? Is the service to my husband is getting better as our marriage year grows

5. The most important question that I should ask myself is, how about my preparation to hereafter. Am I getting nearer or farther from Allah. My amal ibadah is getting more or lesser? How many have I helped around. Does my charity works continues..??

At this age,no hard feeling if no cake cutting, party and receive gifts to speak of. I just want to take a little time to look insight of my life,my future


My 27th birth day is only today but I have another 364 days to determine what/where would I be on my next 28th birthday. I want my next 28th birthday is more meaningful whereby I may get a good answers for all the questions that I posted above.

Am I ‘celebrating’ my birthday today seriously with heavy thought ??. Do you think so..?? Heyy, am I suppose to be happy, enjoy this day. Happy Birthday to me!! :)

Thanks abang for the lovely and meaningful present. Can I ask more next year??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, September 14, 2009

Hasil Tangan Sulung

Sungguh tidak menyangka…tangan saya tidaklah sekeras mana. Akhirnya saya dapat menyiapkan jugak baju raya hasil jahitan saya sendiri… Tiada niat riyak, tapi sekadar melahirkan rasa puas sebab bukan senang sebenarnya apatah lagi untuk budak baru belajar macam saya. Padanlah tukang jahit sekarang letak harga mahal-mahal .

Alkisahnya, baju ni bukan la untuk baju raya saya. Malu nak cakap… heheh.Sebenarnya saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang jahitan..chewwahhh.. macamla ambik Master. Untuk fesyen pertama adalah jahit jubah, setelah bertungkus lumus dengan tunjuk ajar Cikgu saya, akhirnya jubah ini siap sebelum Syawal.So saya kira bonus la untuk baju raya saya. Takde la cantik mana pun. Tapi ia menepati jubah yang mengikut syariat pemakaian dan yang penting selesa untuk saya.bukan jubah moden sekarang yang kain chiffon lembut yang jatuh kain tu mengikut bentuk tubuh, jarang kekadang. Sebab memang beli kain utk kelas jahitan, bukan nak melaram pakai raya. Tengok tu tang poket dan cekak tangan, kain oren tu tangkap muat aje..


*nampak ketat skit kan sebab saya sarung kot atas je.ada baju dan tudung kat dalam tu-kat ofis ni..sempat lagi*
*butang belum dijahit,tadi baru gi hantar untuk jahit butang balut*


Saya pun tak sangka, saya ‘terjebak’ dalam alam jahitan.Satu motivasi yang membuatkan saya usaha jugak untuk ikuti kelas ini adalah sebab mesin jahit dan mesin jahit tepi yang tersadai di rumah sepeninggalan arwah mama. Rasa rugi sangat. Masa arwah mama ada, tak pernah pun nak amik kisah.Yang tau setiap tahun baju raya 5-6 pasang. Penah jugak mencecah 10 pasang. Almaklumlah anak perempuan sorang.

Kain langsir hampir setiap tahun berganti sebab arwah mama jahit sendiri.Maka, kos nya kecil berrbanding upah langsir di kedai.Sekarang langsir rumah saya dah nk masuk 3 tahun tak berganti. Asyik recyle je kaedahnya..

Itulah akibatnya bila mak ada, anak ‘take things for granted’ Bila dah takde , terpaksa cari ilmu itu sendiri dari orang luar. Alat-alat jahitan yang saya dok belajar ni, semua peninggalan arwah mama.Tak satu pun yang saya beli baru. Cikgu jahit kata, bertambah pahala mak saya sebab alat-alat jahit dia dapat menyambung jariah dia .Ameen

Baju raya SI tahun ni pun Alhamdulillah,tokngah dan pengasuh SI bagi. Sebab ummi belum mula course jahit baju kurung.*wink*. Tokngah SI buat macam2 untuk SI dari lahir, jahitkan cadar tilam,bantal,jahit barut, buat majlis berendoi dan cukur jambul. Sebab Tokngah kata, kalau maktok ( arwah mama saya ) ada, pasti maktok akan buat macam-macam untuk cucu sulung dia.So tokngah takmau kami rasa kehilangan. Saya dapat bayangkan kalau arwah mama saya ada..tentu dia paling sibuk-sibuk menyediakan persiapan raya untuk cucu sorang ni.

Macamana baju raya sahabat-sahabat..?
Pssttt..Bed, aku tau hang leh jahit sendiri. berapa pasang dah ??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, September 11, 2009

Pahala Si Pemberi Makanan

Seperti entri yang baru-baru ini saya tulis,bila ditenung-tenung kembali , memang kita akui, SALE, POINTS yang Allah gandakan di bulan mulia adalah ‘uncountable’. Maka berbahagia dan beruntunglah bagi sesiapa yang merebutnya .

Bagi sahabat-sahabat saya yang memang istiqomah melakukan ibadah khusus , maksud saya di sini seperti solat tarawikh, solat sunat, qiyam, tadarus dan sebagainya, pastinya Allah telah creditkan POINTS yang hanya DIA yang tahu jumlahnya ke dalam akaun amalan mereka.Mabruk!

Bagi saya dan mungkin juga sesetangah daripada kita ( cehh, nak jugak cari geng...) yang amal ibadat yang ala-ala, ter’skip’ itu ini, teralpa sekejap namun berusaha untuk merebutnya, moga amalan yang sedikit namun tulus itu dipandang olehNya.

Sepeti komen Mirah, bila suami tinggalkan kita dirumah untuk menunaikan tarawikh di masjid, bagi kita pahala juga walaupun kita tak bersama berjamaah di masjid. Ini yang kita namakan pahala yang intangible..heheh..memandai pulak saya mereka. Menurut pemahaman saya , walaupun kita tak solat bersama di masjid, tapi dek menjaga anak2 sepeninggalan suami jugak beroleh pahala..senang kan. Jangan pulak ditinggalkan kat atuk/nenek/bibik yang jaga sedangkan maknya baeekk punya melayan drama NurKasih tapi nak jugak pahala jaga anak tu… mana aci.. tettttt…

Satu lagi kan sahabat-sahabat.. pahala yang senang untuk kita perolehi dan dah berhari-hari kita perolehi insyaAllah adalah bilamana kita tunggang terbalik menyiapkan juadah untuk berbuka.. Haa..ni mesti semua orang buat kan ! Cuba lihat Hadith Nabi ni

Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi).

Bukan aje bagi mereka-mereka yang masak, saya kira bagi mereka-mereka yang terkejar-kejar balik dari ofis terus singgah di PARAM sebab dah tak sempat masak pun dikira jugak la kan.. Dah namapun memberi makanan berbuka untuk orang berpuasa.

Nahh ! Senangkan..kot mana pun memang kita sebagai mak, penat ke tak sempat ke malas ke, mesti sediakan jugak hidangan untuk berbuka ( masak atau beli )…walaupun yang simple-dimple.Lain la masa bujang dulu. Kita kira diri kita je…

Itu dalam keluarga kecil kita. Kalau ada rezeki lebih atau nak lebih pahala, hantar makanan kat masjid-masjid yang anjurkan iftar..Ha…berganda2 pahala. Takpun bagi aje kurma, kurma mesti orang salu makan masa nak bukak kan.

Kami kat ofis ni meriah dengan kurma Yussof Taiyob sbb kilangnya dekat je. So amik pukal harga kilang la..heheh. Ada yang buat bisnes , dapat jugak untung buat duit raya .Ada yang sedekahkan pada orang. Macam- macam la..

Tolong menghidang pun saya kira pahala jugak la.. Nadiah Sidek,berganda2 la pahala masa dulu ek. Hari-hari jadi tukang hidang. Nak tau kisah lanjut Nadia, leh baca kat sini.

Kat rumah, kekadang bila penat masak segala ( saya ni masak ala-ala super sonic sbb peruntukan waktu yang terhad)... saya dah malas nak siap meja..setakat hidangkan apa yang masak atas meja. Masa tu jugak la si kecik ni nak berdokong , nak susu sebab masa masak, saya tak berapa nak layan dia.. ( kesian SI, ummi punya la concentrate nak masak bagi cepat ). Jadinya tugas tuang air, potong buah-buahan, bukak bungkusan dari PARAM kalau ada, kadangkala di ambil alih oleh suami atau adik..Aci tak..? Moga mereka juga dapat share .

Yang kita bincangkan pasal tukaq-tukaq juadah tu sebenarnya pahala jugak. Sbb kita bagi makanan berbuka untuk orang berpuasa. Ia bukan sekadar adat kita 1Malaysia, malah ia juga adalah ibadah..

Senangkan peroleh pahala yang tanpa kita sedar. Itulah untung kita jadi mak , byk pahalanya.Ayah pun dpt share jugak sebab duit beli ikan, ayam, sayur tu semua mai dari depa jugak kan..Nak Jugak!!

Eh, dah panjang bebelan saya..Moga ia bermanfaat untuk semua

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS