Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Friday, December 31, 2010

Happy 3rd Birthday Dear Shukrina Imtiyaz



Today (31 Dec ) is her 3rd birthday..




Selamat Hari Jadi Shukrina Imtiyaz , buah hati ummi dan abi. Sudah 3 tahun berlalu.Alhamdulillah, SI membesar dengan sihat , semakin bijak bercakap, cergas dan aktif. SI pun dah pandai layan adik Mursyid dan tolong jagakan Mursyid waktu ummi sibuk buat kerja. Shukrina juga penghibur hati kami kerana kepetahan berkata-kata menceriakan seisi rumah. Ummi dan abi bangga dengan setiap progress SI.



Doa kami agar Shukrina terus membesar menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat, anak solehah yang akan mendoakan abi dan ummi kelak..dan jundiah yang bersama-sama meninggikan islam.

p/s: esok 1 Jan 2011 , kiraan tahun ,SI dah melangkah ke 4 tahun...huhuhu

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, December 28, 2010

Bertunang








Sebulan satu entry pun susah ni. Datang membersihkan sawang dan update sedikit sebanyak cerita terbaru. Minggu lepas, adik saya yang seorang itu ( kami 2 beradik) bertunang. Alhamdulillah, dah selamat pun bergelar tunangan orang. Kami di pihak lelaki, so tak banyak sangat preparation. Hanya bawak dulang hantaran . Tak payah nak hias-hias rumah, cari baju. Adik saya pun tak ikut sebab ada hal di KL.

Cuma majlis kali ni, preparation adik saya serahkan kepada saya 100%. DAn sebagai kakak, saya cuba buat yang terbaik. Mungkin tidak setanding jika arwah mama ada, mesti lagi all out. Tapi alhamdulillah, kami dapat laluinya denagan baik.

Saya suka bab-bab hantaran ni. So saya memilih untuk buat sendiri. Teringat pulak zaman siapkan hantaran waktu nikah dulu. Masa tu excited la sebab saya anak sulung, so mama memang beriya-iya. Ala...bukan buat apa sangat.Bakul mengkuang tu saya recycle masa nikah saya dulu.Cuma nak cari renda dan bunga-bunga untuk dihias. Yang lain main tempah ja macam cupcake,coklat ikan. 2 lagi sumbangan mak-mak sedara. Saya just susun cantik-cantik dalam bakul tu.Tapi amik masa jugak la..bab nak gam mengam semua dibuat masa anak-anak dah tidor.

Kena pergi cari dulang berkaki tu. Nasib ada rakan-rakan yang baru kenduri, so pinjam je lah.
Buah pinang, pagi sebelum bertolak baru nak cari.Memang last minit la bab tepak sireh.Memula saya ingat tak yah bawak la..Nanti masa akad, baru bawak sireh junjung. Tapi mak-mak sedara yang lebih dulu makan garam kata kena bwk.Adat nak meminang orang. Masa dok caling-calling mak pihak perempuan, saya kata saya ni sempoi je makcik.Almaklumah, saya sendiri yang urus. Nasib mak dia pun simple and sempoi. Kalau tak jenoh jugak nak mengikut.

So, 19 December bertolak la kami ke rumah pihak perempuan di Pokok Sena Kedah selepas sedikit kenduri kecil-kecilan di rumah saya.. Actually rumah dia atas sikit je dari umah MIL saya di Pendang. So husband saya la jurupandu sebab dia yang lebih arif area situ walaupun kami dah pernah pergi sekali masa merisik tu, tapi ingat-ingat lupa.

So layan je la gambar-gambar sekitar pertunangan adik saya ni.




sarung cincin oleh makchaq saya

suap gula

saya pun menyuapkan gula..excited .salu orang-orang tua je suap gula.

hantaran kedua belah pihak

sedara

anak teruna saya

SI dah tau nak dapat maksu baru.
Asyik cakap " Paksu Fik nak kahwin dgn Maksu Fiza"


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, November 30, 2010

Khabar dari kami..

Kehidupan seperti biasa, malah bertambah sibuk . Anak-anak sihat alhamdulillah.Mursyid dah pun melepasi 6 bulan. Alhamdulillah, sudah graduate exclusive BF for 6 months. Dan sekarang dah seminggu start on solid. Ini waktu yang saya suka..pagi-pagi menyiapkan bekalan untuk Mursyid.Sekarang ni baru 2 resepi yang dia rasa. Bubur nasi kosong dan bubur nasi + carrot. Ikut 4days rules tu.esok akan start bubur nasi+bayam pulak. Dok kata nak beli slow cooker untuk memudahkan kerja, tak terbeli.Selagi boleh cope memasak di waktu pagi, selagi itulah tidak ada urgency.

Musyid pun dah pandai ‘menjulur’. Laju bukan main. Dan mula kutip apa sahaja di atas lantai. Ada tips daripada sepupu kata hiris halia halus-halus dan tabor sekeliling rumah terutama tempat-tempat yang anak kita suka pergi.bila dia gigit halia tu, rasa tak sedap, dia tak akan berani dah kutip benda lain masuk mulut. Tahla..saya pun tak pernah try.Tapi menjadi untuk anak sepupu saya.

Kakak SI pulak, sekarang ni mulut bukan main. Dah banyak cakap. Suka pulak menyanyi. Lagu faveret InsyaAllah (Maher Zain ).Pantang dengar orang sebut insyaAllah, dia pun dok perasan orang dok menyanyi lagu tu.Dah pandai nak pilih baju untuk dipakai. Baju feveret, asyik nak ulang pakai.Lepas basuh kering, terus nak pakai.

Itu la serba sedikit tentng anak-anak.Maknya macam biasa. Tiada yang menarik .

Anak-anak ni memang penghibur hati kita kan…walau penat macamana pun, bila balik dan melihat celoteh mereka,sejuk hati. Tapi tang depa buat perangai, kita pun kekadang boleh naik ‘hantu’.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, November 5, 2010

Kelab Susu Ibu Penang






Alhamdulillah, setelah beberapa kali Support Group Meeting dijalankan, akhirnya kami kumpulan penyokong penyusuan susu ibu dengan rasminya menamakan kumpulan ini sebagai :

Kelab Susu Ibu Penang




Perjumpaan akan diadakan pada minggu ke 3 setiap bulan di Hadanah USM bermula 9.00pagi.So warga Penang dan sekitarnya, jom temui kami dan ramai lagi rakan-rakan untuk borak-borak pasal penyusuan susu ibu.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, October 19, 2010

Penang Breastfeeding Support Group Meeting

Jemputan untuk menghadiri Breastfeeding Support Group Meeting :
Northen Region
(Pulau Pinang,Perak,Kedah & Perlis)

TARIKH :24/10/2010
TEMPAT : NURSERY HADANAH,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
MASA : 9.00 PAGI
KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK.
SGM TOPIC :TEKNIK MERMET-PILIHAN DALAM MEMERAH SUSU IBU
ANJURAN : MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR

Orang Penang dan sekitarnya, jom beramai-ramai

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, October 18, 2010

90 hari ...tapi bukan untuk saya

Issh..dah berkurun blog ni terbiar..sungguh, saya sungguh sibuk kebelakangan ini. Kat ofis, denga kerja yang semakin bertimbun, kat rumah bilangan rang yang semakin bertambah yang memerlukan perhatian..( padahal tambah Baby Mursyid saja sorang)..macamana pun, saya masih berkunjung ke blog rakan-rakan, Cuma dan baca saja, tak dank omen.

Ok, nak mengomen tentang cuti 90hari untuk gomen tu..Jelesss sangat sebenarnya… tidak kira la fleksibel atau apa pun. Janji sudah diizinkan. Entah bila company saya nak dapat macam tu jugak… Rasa nya idak la kot..

Pagi tadi terdengar radio Kak Kamariah SusuIbu ada ulas tentang ini.Saya tak dapat dengar banyak sebab dah sampai ofis.Yang saya ingat Kak Kamariah ada berpesan kepada ibu-ibu yang bercuti 90 hari ini, manfaatkanlah cuti ini sebaiknya. Ya , manfaatkan dari banyak segi.Saya percaya antara aspek yang ingin Kak Kamariah nyatakan ialah peluang untuk meyusukan bayi secara direct dan ekslusif selama mungkin.



Bukan senang untuk ibu bekerjaya mendapat cuti yang panjang selain dari cuti bersalin atau sakit ( hospitalized atau apa-apa yang tidak elok- nauzubillah mohon dihindarkan, lebih baik kerja dari cuti panjang tapi dok kat hosp atau tidak berupaya untuk berbuat apa-apa.) Tambah sector swasta yang cuti tahunan yang tak sampai 20 hari itu ( company saya la tu) .. terpaksa bergelut nak save cuti..kalau benda-benda tak penting atau saja-saja nak rehat, memang sebolehnya elak untuk ambil cuti..

Berbaloi kerana NUBE yang bertungkus lumus mengadakan road tour campaign untuk mendapatkan 90 hari cuti ini.Saya tak pasti bank-bank juga adakah telah berkuatkuasa perintah ini? Saya juga gembira kerana sama-sama menyertai program NUBE ini, walaupun hanya berpihak kepada sector kerajaan sahaja.Doa saya agar syarikat swasta yang lain turut terbuka hati untuk mengikut jejak langkah ini satu ahri nanti.

Berbalik kepada bagaimana harus kita memanfaatkan cuti 90 hari itu,? Gunakan kesempatan ini untuk :

1) Menyusu sepuas-puasnya. ITU YANG UTAMA.

2) Berehat sepuas-puasnya.

3) Luangkan masa bersama anak-anak ( jika lebih dari satu)

4) Luangkan masa bersama suami

5) Masak yang best-best ( setelah betul2 sihat)

6) Boleh menambah sessi berurut, mandi lulur dan sebagainya..

7) Menjayakan hobi yang selama ini tidak berkesempatan contohnya menjahit, mengait ,membuat skrap ,baking ,bercucuk tanam dan sebagainya

8) Apa lagi ye..?? berjalan2, melancong…? Ikut kesesuaian dengan keadaan bayi kecil.mungkin menziraha ke rumah sanak saudara sudah cukup.


Dan kembalinya kita ke tempat kerja setelah 90 hari dalam keadaan sihat, cergas dan bersedia menabur bakti. Kita tidak mahu kerana 90hari ini, sumbangan wanita dalam sector pekerjaan dipandang rendah, menjejaskan productivity dan sebagainya. Majikan juga tidak mahu menawarkan pekerjaan kepada kaum wanita hanya kerana 90hari itu. Semua itu tidak boleh dijadikan alasan..

Buat ibu-ibu yang akan bercuti 90 hari..selamat bercuti panjang ya..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, September 25, 2010

Raya Kami

Salam sayang semua...

Rasa lama benar tidak menulis blog..Sekarang ni ramai dok cerita tentang raya. Best dok baca cerita raya sahabt-sahabat. Raya saya kali ini, biasa - biasa saja. Cuma yang mengujakan ialah anak dara kami, SI dah mula memahami apa itu raya ( pemahaman seorang kanak-kanak 3 tahun), baju raya, salam dapat duit raya, ucap Selamat Hari Raya Maaf zahir batin, p beraya dan main bunga api.. Dan pasti yang lebih menggembirakan dengan kehadiran Mursyid yang beraya ketika di usia 4 bulan. Persiapan sedikit -sebanyak kena buat untuk si kecik ni. At least ada baju raya.

Pagi raya , saya sediakan rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang, nasi tomato, ayam masak ros dan jelatah.Kalut jugak la masak sorang-sorang dengan melayan anak-anak lagi. Pukul 2 pagi selesai semuanya. Terima kasih buat suami dan adik saya turut membantu jaga anak-anak dan kemas kan rumah.Rumah saya ni , tak boleh kemas awal -awal , sebab nanti semak balik. SI sorang ja dah cukup jadi 'kaki kenjah'.

Baju raya pastinya lebih untuk anak-anak tu . Baju SI saya beli sedari bulan April, sebelum bersalin. Akhir-akhir puasa baru saya beli 1-2 lagi untuk dia. Cuma untuk baju Mursyid saya beli masa bulan puasa. Kami ni tidaklah bertema sangat. Cuma memang ingat nak pakai kuning la semua. Abi, SI memang kuning dah. Mursyid belum berbaju melayu lagi, so dia pakai romper ala-ala oren+ kuning. Saya je la..baju yang latar kuning, tapi dek bunga kaler ungu, saya pakai tudung ungu, so macam saya sorang je lain... tak kisah la..janji dapat raya.. heheh.

Cuti raya semingu banyak dihabiskan di kampung ayah sebab ibu saudara saya sakit.Maka kami kurang berjalan kali ini. Orang pulak ramai datang menziarah. Dapat jugak berjumpa sana-saudara.

Sehingga ke saat ini, masih lagi beraya. Syawal kan sebulan. Ketika entry ini ditulis, baru saja pulang dari rumah terbuka cum birthday party si comel Arifa Dalila. Best jumpa Husna anak dara Rozy dan Kak Sara bersama batalionnya..Esok ada 3 buah rumah yang menjemput. Jamuan di ofis pun tak sudah-sudah. Agenda makan jee sepanjang bulan ni. Alhamdulillah...



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, September 16, 2010

Hari Lahirku Hari Malaysia

Mulai tahun ini, saya menyambut hari jadi pada hari "Public Holiday". Happy Birthday to me and to Malaysia as well. Saya curi-curi masa update blog ni. Baru balik beraya di Taiping dan nak ke Bukit Jambul pula untuk open house rumah sepupu

Buat sahabat-sahabat yang wish saya di FB dan sms, terima kasih banyak-banyak . Tiada coretan panjang sempena birthday saya yang ke-28 ini sebab masih dalam mood raya dan sibuk ke sana ke mari.

Saya berdoa agar terus diberi kerahmatan dalam peningkatan umur ini. Moga ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia. Moga dikurniakan kehidupan yang sentiasa diberkati di samping keluarga dan orang sekeliling yang tersayang .

Kita jumpa di lain entry

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, September 9, 2010

Eid Mubarak






SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI


MAAF ZAHIR & BATIN






Daripada kami sekeluarga :
Kamal Murtuzah
Hidayah
Shukrina Imtiyaz
Muhammad Umair Mursyid




Setelah sekian lama menyepi,
Baru kini muncul kembali
Di bulan Ramadhan macam-macam terjadi.
Lain kali ku update lagi...


Cheewaahh..apa punya pantun tu..dah sebulan saya tidak menulis. Hanya membaca blog rakan-rakan dan tinggalkan komen sedikit sebanyak...Harapnya lepas ni, saya rajin la nak update blog ni.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, August 11, 2010

Campak di hari pertama puasa

Salam Ramadhan semua..tak sempat pun nak buat entri menyambut kedatangan Ramadhan. Masa anak sorang pun tak la rajin sangat update blog, bila anak dua, lagi-lagi la tak dan nya...

Berkisar tentang hari pertama Ramadhan...Harapnya kita semua dapat menunaikan kewaijpan ini sebaiknya.. Awal lagi kan. Mesti semua bersemangat, masjid pun penuh sampai bersesak -sesak.Saya standard la dengan anak kecik ni. Tarawikh pukul 2-3 pagi.

Sebenarnya nak cerita, anak teruna saya kena demam campak di hari pertama umat Islam berpuasa. Mlm tu dia dah demam sikit-skit, ingat ke demam biasa. Bintik-bintik merah ada la 2, 3 biji.Ingatke kena gigit semut.Esoknya, bila saya call pengasuh kata, bintik merah semakin banyak dna dia kata campak ni.Saya pun half day leave la semalam. Bawak Mursyid pergi klinik dan confirm campak. So dia bagi ubat demam,ubat gatal, sakit badan dan ubat sapu. Dan doktor nasihatkan saya ambil cuti untuk jaga Mursyid di rumah.

Ini kerana, bayi yang bawah 1 tahun yang kena campak perlu diberi perhatian lebih. Kena monitor suhu dia takut jadi tarik (sawan).So saya amik leave la sampai Jumaat ni. Walaupun hari ni, saya kena present projek pada group auditor dan presentation ini amat bermakna bagi saya, namu kerana anak, saya lepaskan ke tangan orang lain. Boss pun suruh saya cuti. Alhamdulillah, bos memahami.

Tah berjangkit dari siapa, tapi 2 mingu sudah badan SI ada la bintik-bintik merah tapi sehari ja..Saya pun ingat campak baru nak keluar la.Tapi tak keluaq-keluaq pun, sehari ja dah stop. Sekarang Mursyid pulak.

Doakan Mursyid supaya sembuh ye kawan-kawan.

Sedikit tentang campak yang dipetik dari beberapa sumber:
utusan
dr

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, August 9, 2010

Perkampungan baru untuk EBM saya

Semasa membuat keputusan untuk membeli deep freezer ini sebulan yang lalu,saya masih teragak-agak. Kalau nak ikutkan , stok saya ketika itu bukanlah banyak mana jika ingin dibandingkan denagan orang lain. Suami juga bertanya adakah keputusan yang saya ambil ini muktamad? Ini kerana dia takut kalau-kalau pembelian ini satu pembaziran andaikata, stok tidakla meriah dan peti sejuk yang ada kini mampu menampung. Tapi saya positif

Tapi memang peti sejuk sekarang tidak lagi dapat menampung kerana selain stok EBM yang telah menjajah perkampungan ayam, ikan dan ais yang telah dulu bermastautin di sini. Oleh kerana bekalan bahan mentah sentiasa ada , hari-hari ada diet protein yang berbeza-beza untuk dimasak. .Larat ke nak makan telur hari-hari . tambah –tambah nak bulan puasa nanti, maka saya rasa tidak selesa. Kalaulah ayam, ikan, daging itu boleh berkata-kata, pasti depa juga akan merungut.

Ada incident, saya ingin mengeluarkan bahan mentah untuk dimasak, tetiba tergesel dgn stok EBM, jatuh dan pecah. Bekas dadih kan sensitive, bila dah beku, kalau jatuh, mesti pecah.Lepas itu, papa saya yang suka minum the ' o' ais waktu lunch tidak lagi dapat berbuat demikian kerana ais tidak ada ruang untuk dibekukan. Hujung minggu lalu, papa saya kata, dia ingat dia nak beli la ikan banyak-banyak di market Bukit Mertajam BM ( orang sekitar pasti tahu market BM ikan/ayam harganya jauh lebih murah) tapi memikirkan takada tempat nak letak dah,dia tak jadi beli. Huhuhu..sedihnya…

Walaupun saya tahu liner dapat membantu menjimatkan ruang, tapi tahla kenapa saya suka bekas dadih. Senang disusun dan nampak kemas.Bila direndam dalam bekas air panas sewaktu ingin diberikan pada bayi pun cepat .Tapi kini saya guna liner jugak sebab bekas dadih dah habis dan tak sempat nak p beli.


Makanya, awal Julai lalu,saya telah membawa pulang deep freezer. Brand HiTec ( tak pernah dengaq pun, gasak la ) .Saya berdoa agar saya terus gigih mengepam, susu saya meriah moga sentiasa ada rezeki untuk anak saya , dan pelaburan ini berbaloi…Moga ia menajdi satu motivasi dan saya ingin peti sejuk saya seperti dulu. Saya dapat longgokan stok bahan mentah untuk seminggu. Papa saya boleh menikmati teh 'o' ais kurang manis di waktu tengahari. Adik saya boleh goreng fries selalu . Semua orang happy kan.


Di saat enty ini di'post'kan, DF ni memang amat berbaloi..Jika tidak tah di mana saya hendak sumbatkan EBM

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saturday, August 7, 2010

Penang World Breastfeeding Week 2010

Dear Friends,


We are Mother-to-Mother-Peer-Support (MMPS) from Penang, a group of volunteer mothers helping other mothers to manage and sustain breastfeeding for their babies exclusively in the first six months and to continue with complementary feeding for two years and beyond as recommended by WHO. Our efforts are on-going since 2006 and we meet mothers-to-be every first Saturday of the month at Koala Kids Enrichment Centre, YMCA,Penang.



Every year the World Alliance for Breastfeeding Action (WABA) and UNICEF holds an event called the World Breastfeeding Week (WBW) during the first week of August to promote breastfeeding worldwide. MMPS uses this opportunity to reach out to families by holding the “One-Minute Simultaneous Breastfeeding” event where many mothers breastfeed their babies simultaneously for one minute together at the same time. We were able to hit a record of 365 mothers’ breastfeeding simultaneously last year and this time around we hope to hit more.



We would like to invite all of you to joins us for this year on Saturday 7th August 2010 at DISTED College, 340 Macalister Road, Penang from 3.00pm till 5.30pm. For location map please see: http://www.disted.edu.my/location.htm. For more information please refer to the flyer attachment.



This event is opened for everyone (dads, moms, moms-to-be, kids, grandparents, teenagers and even singles).......we really mean it! and if you are a breastfeeding mom you could be join in for the One-Minute Simultaneous Breastfeeding. Our event will be conducted in a "baby friendly environment" where we have arranged some activities (like drawing and coloring) to keep the kids entertained throughout the event.



Please feel free to disseminate this to your family and friends so that we could reach to a larger audience of mothers to be educated about breastfeeding.


Admission is free and we are providing refreshment for everyone! Come have fun and join us in making history!

For more info, visit http://pgmmps.wordpress.com or e-mail to pgmmps@gmail.com.



Thank you

Vasumathi Muthuramu
Core Mother of MMPS and Malaysian Breastfeeding Peer Counselor
H/P : 012-4996389

*********************************************************************************

I'll be out from town this weekend. So, am not joining. For those interested, u can just walk in.Lots of BF moms and Penang MBfPC Rep will be there

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, August 5, 2010

I choose to breastfeed

Tajuk omputih , isi Melayu.. :)

************************************************************************************
Seorang rakan yang baru masuk kerja setelah melahirkan anak, bercerita tentang susunya yang kurang, anak tak puas minum, terpaksa campur...bla..bla..

Selalu komen yang sering saya dapat adalah “susu hang banyak tak” , “hang tak apa la susu banyak” tatkala melihat hasil perahan saya. Mereka beranggapan yang susu saya banyak, sebab itu saya boleh ekslusif BF. Sejujurnya setakat ini, saya melihat diri saya bukanlah seorang yang meriah susu, TAPI INSYAALLAH CUKUP UNTK ANAK SAYA. Purata hasil tenusu saya bagi satu sessi adalah dalam lingkungan antara 5-8oz , bergantung. Jarang sangat saya nak dapat lebih dari 10 oz. Tapi setakat ni Alhamdulillah, cukup untuk Mursyid.

Saya berpegang kepada konsep demand vs supply, di mana ada permintaan, di situ ada supply. Dan saya beriman kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi, walaupun tidak pernah lebih 10oz, tapi sentiasa cukup kerana hanya Allah yang tahu, hasil yang setara itu sudah memadai bagi bayi saya. Tidak ada sign Mursyid kurang susu.Walaupun corak penyusuan antara anak pertama dan kedua adalah berbeza. Saya percaya yang Allah jadikan setiap ibu cukup susu untuk anaknya. Jika terbukti tidak cukup sekalipun atau tidak dapat menyusu , pasti Allah yang Lebih tahu mengapa Dia menciptakan sedemikian . Dan orang-orang yang tidak berpeluang ini ( tidak dapat menyusu atas sebab-sebab tertentu yang konkrit) menjadi golongan yang dipilih oleh Allah untuk berada dalam keadaan begitu. Dia lebih tahu !


Ada 2 rakan saya yang masing-masing melahirkan anak lebih kurang sama dengan saya, merasakan mereka adalah golongan yang kurang susu, sebab itu mereka perlu tambah dengan artificial milk. Besar cabaran bagi saya unutk menerangkan perkara yang sebenarnya. Sekali penerangan tidak cukup untuk meyakinkan mereka.Ini baru kes kurang susu, ada juga yang perah susu dan buang.


Sebenarnya, apa yang saya dapat rasakan cabaran paling besar dalam penyusuan susu ibu ini adalah DIRI KITA SENDIRI. Suami, keluarga ,rakan-rakan jatuh ke pencabar sekunder . Kerana semuanya bermula dengan diri kita. Diri ini juga yang setkan minda samaada untuk memilih mahu menyusukan anak atau tidak. Diri ini juga yang berkata dan menganggap yang dia tidak cukup susu, tidak boleh menyusu, susah dan melecehkan dan pelbagai alasan lain tanpa bukti yang sohih. Oleh kerana anak kita menangis selepas disusukan, itu tidak bermakna, kita tidak cukup susu untuknya. Banyak faktor lain yang mungkin menyumbang yang perlu kita perhalusi satu demi satu seperti faktor keselesaan, lampin basah dan sebagainya tanpa terus menghukum “ susu kita yang tidak cukup”. Diri ini juga ada waktu terasa malas untuk memerah /mengepam. Diri ini juga yang rasa malu untuk menyusu di khalayak.


Oleh kerana itu saya menyeru jika kita mahu menyusukan bayi kita, pasakkan niat, pandang ia sesuatu yang positif , kuatkan hati dan semangat kerana perjalanan penyusuan ini bukanlah indah belaka. Ia ditemani pelbagai cabaran & pengorbanan demi mendapatkan yang terbaik.Carilah ilmu kerana dengan pengetahuan akan membuatkan kita lebih konfiden. Bergaullah dengan orang yang positif juga untuk mendapatkan semangat.Andai disekeliling anda itu ada unsur-unsur tidak memihak kepada pilihan anda, jangan mudah mengalah.Semua itu adat manusia . Kini pelbagai bantuan, sokongan sedia ada untuk membantu kita. Malah usaha-usaha untuk memartabat dan meramaikan golongan ibu menyusu kian hebat dilaksanakan. Cuma menunggu tuan empunya diri sama ada mahu atau tidak. Saya cuma menyeru, tidak memaksa. Saya faham lain orang lain kondisinya. Ingat, walaupun sebanyak mana pandangan yang kita terima, akhirnya DIRI KITA SENDIRI yang akan membuat keputusan.


*************************************************************************************

SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, August 4, 2010

Gala Dinner 2010

Lama sungguh blog ini sunyi sepi.Sejak beranak dua ni, agak kalut. Di ofis pun agak sibuk sekarang ni.


Bagi menghidupkan blog ni, entry yang kurang ayat tapi banyak gambar. Sila la layan foto-foto company dinner 2010 tempat keja saya minggu lepas.

Tema “ Custome around the world”. Macam-maca gaya ada. Baju kebangsaan untuk Melayu , Cina , India hinggalah Portugis, Jepun, Arab.

Memang ada yang all out berfesyen. Sanggup berbelanja.Kita yang tak reti berfesyen dan pakai apa yang ada dalam wardrobe ni, tumpang seronok tengok fesyen yang pelbagai dan dok angan-angan nak dapat grand prize untuk luck draw, Sony Bravia Plasma TV. Tapi tiada tuah malam itu walaupun untuk dapat hamper, saya hanya pulang dengan perut yang penuh dengan makanan saja. Tu pun balik awai, tak larat nak tunggu.

Beberapa keping gamabq utk tatapan.

geng pak arab dgn minah salleh dari HQ in US

2 gadis berpakaian Hawai and James Bond dari US


best dress ( female finalist ) untuk malam ke-3

best dress ( female finalist ) untuk malam ke-1



best dress winner . 1st nite

entertainer for the nite..Adibah Noor

tuan punya blog..hehe

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, July 28, 2010

SGM Penang-Baru nak update

Baru nak update pasal crita SGM... huhuhu
**********************************************************************

Support Group Meeting kali ke-2 untuk Kawasan Utara telah berjaya dilaksanakan.

Ini merupakan penglibatan saya buat kali pertama kerana sebelum ini dalam pantang, maka tak dapat nak attend.

Program bermula pukul 9.30pagi. Didahulukan dengan acara taaruf. Masa ni saya sibuk dok breakfast dengan anak dara saya, manakala Mursyid, di’babysit’kan oleh Zah. Terima kasih Zah. So tak sempat nak kenal sgt mula-mula itu.

Sungguh besar cabaran membawa 2 anak kecil tanpa suami . Tapi saya tengok KakSara rileks je..Mungkin Yaya dna Syaik dah cerdik. SI ni , ikut kepala dia la. Mula-mula saya ingat boleh handle tapi sangkaan sedikit meleset. Saya tidak dapat memberikan tumpuan 100%. Mmujur ada adik ipar yang belajar di USM. Terus kol dia tanya free dak. Kawan dok tengah ada BBq dengan geng kat Pantai Jerjak. Nasib dia kata tak kisah nak jaga. Kesian dia..saya dah susahkan dia. Dahla lelaki pulak tu, pandai jugak dia ngasuh. Mula-mula ingat nak suruh dia bawak SI round2 USM untuk beberapa minit, tapi dia kata dia bawak SI trus join BBQ depa.

Ok, berbalik kepada SGM tu. Topik pada hari itu adalah Mitos-mitos dalam Penyusuan.
Antara point yang saya ingat yang telah dibincangkan

1. Tak cukup susu
2. B kanan nasi, B kiri air
3. Size kecik kurang susu
4. Air masak pada bayi utnuk hilangkan dahaga
5. Puting ‘buta’

Perbincangan dikemudi oleh moderator KakShida dan dibantu oleh ahli-ahli MBfPC yang lain, Zah dan KakNida. Banyak maklumbalas dan pengalaman rakan-rakan yang dikongsi bersama. Memang hidup perbincangan hari itu.

Banyak pengalaman yang berbeza yang saya dengar dari rakan-rakan lain. Oleh kerana masiang-masing baru kenal, masing-masing galak bercerita dan bertukar –tukar pandangan. Rasa macam dah kenal lama. Kerana ‘Susu Ibu’ telah mengikat hati-hati kami semua.

Nak update bab makanan sikit. Ada macam-macam juadah, Bihun dari 3 tuan. Mee 2 tuan, kek,kuah durian,muffin, nuget dan macam-macam lagi. Siap boleh tapau bawak balik .

Boleh baca lagi entry tentang SGM ni di bloh Zah atau K.Sara.

photo credit to K.Sara

P/S : AmmiSara, thank you bagi Mursyid & Shukrina hadiah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, July 22, 2010

Nursing Room Yang Penuh

Lagi berkisar tentang nursing room baru kami itu. Jangan boring ye kawan-kawan...

Kami semua mula menyedari yang bilik kecil itu tidak dapat menampung kami kalau ramai-rami pakat mai serentak. Pernah suatu waktu itu, 5 orang sekali. Padahal tempat untuk 2 orang, plug pun ada 2. tapi plug yang satu lagi kedudukan tak strategic, so memang jarang digunakan . Peti sejuk pun dah tak muat. Kena report kepada in-house klinik untuk sama ada beli satu lagi fridge yang besar sikit atau lagi satu mini bar.

Pagi ni, ada 5 orang jugak. Nasib sorang tu dah siap dan keluar. 4 lagi .Pengguna no1 memang pengguna Spectra tegar. Saya no2 masuk ke bilik tu. Since kedudukan plug yang agak jauh, saya decide untuk guna kaeadah Marmet ( perah guna tangan ) sahaja.Saya duduk di tempat duduk yang dikhaskan. Beberapai minit kemudian, no3 masuk.Dia pun tak guna pam.malangnya tepat duduk dah tak ada. So kami tarik kerusi dari luar dan dia duduk berhampiran pintu. Dan selang beberap minit, no.4 pulak masuk. Dan bagusnya, dia juga hand express mom. Tapi terpaksa berdiri ke dalam berdekatan peti ais. Dia tak kisah sebab nak cepat nak kena masuk keja. So a da 3 marmet mom dan 1 pam. Saya saja mengusik yang guna pam tu..




Saya : “ Hei XXXX, U shud thank us you know. 3 of us use hand, so you no need to rush and you can sit there.

Dia :“ Yalah..yalah.. is supposed to be shameful because don’t know how to use hand”.


Saya : “ So,this will be your permanent place.”

Dia : “ Then I stick my name here lah…” sambil gelak-gelak.



Tengahari tadi, turn saya pulak berdiri sebab dah takada kerusi.Saya masih lagi boleh menggunakan spectra disebelah kiri dan kaedah marmet di sebelah kanan.


Moral disebalik kisah ini, walaupun terdapat kekangan seperti ruang, plug dan sebagainya, masa itulah kita sedar bahawa Allah menjadikan tangan ini tidak sia-sia. ( wahh..macam dok bagi tazkirah pulak.) Bila saya kenang balik peristiwa ni, betapa saya bangga rakan-rakan sekerja mahir dalam marmet skill sekaligus tiada masalah hatta terpaksa berdiri. Cuma bagi yang new beginner, skill boleh di'polish' dari sehari ke sehari.


Pam yang termahal yang digunakan setakat ini adalah spectra. Tiada siapa yang pakai FS ( outdated ke kami ?? ). Dan oleh kerana pekerja di sini terdiri daripada pelbagai level ( jawatan tinggi dan kurang tinggi), saya tidak mahu mereka merasakan yang untuk menjayakan penyusuan ekslusif memakan belanja yang tinggi. Oleh kerana, saya rela bersama-sama mereka mengaplikasikan teknik marmet. Dan jika saya menggunakan pam, saya memang nak cepat dan bila ditanya pasal harga pam pula,saya sejujurnya memberitahu harga dan memaklumkan saya beli ketika anak pertama dahulu dan masih lagi boleh digunakan hingga kini (walaupun terpaksa masuk workshop sekejap). Dan saya tegaskan jika mereka sugah mahir dengan marmet, tak perlu pam pun takapa, kecuali kerja mereka menunutut mereka untuk travel/ terkejar-kejar masa.


Pada awalnya mereka melihat pam sebagai factor susu banyak. Tanggapan itulah yang perlu saya buang jauh dari diri mereka. Sebab itu saya juga sama-sama memerah dan membuktikan saya juga boleh dapat hasil yang sama dengan pam. Namun saya juga memberitahu bahawa tidak dinafikan, pam ada sumbangannya yang tersendiri. Kelenguhan, keletihan dapat dielakkan dan mungkin lebih cepat sedikit. Jika ada yang berminat dengan pam namun agak ragu-ragu dengan harganya , saya mencadangkan untuk join kutu pam atau simpan berdikit-dikit untuk beberapa bulan. Atau cuba pam saya dulu.


Dan yang menggembirakan saya bila ada rakan yang mula-mula agak dingin dan tidak terima konsep demad vs supply. Sekarang dah mula sedar bahawa itulah konsep yang dapat maintain milk supply. Dan dia mula-mula berjinak untuk menjadi pengguna nursing room itu. Alhamdulillah…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, July 14, 2010

Support Group Meeting - Northern Region ( 17 July 2010)

Jemputan untuk menghadiri Breastfeeding Support Group Meeting : Northern Region
(Pulau Pinang,Perak,Kedah & Perlis)

TARIKH : 17 Julai 2010



TEMPAT : NURSERY HADANAH,UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


MASA : 9.00 PAGI



KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK.


SGM TOPIC : Managing Myths in Breastfeeding


ANJURAN : MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR


*******************************************************************************

Saya hanya copy and paste dari blog Zah. Terlupa pulak nak war-warkan di sini. Sapa-sapa yang berminat boleh bagi nama samaada dekat Zah atau saya.sapa-sapa pun boleh.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, July 12, 2010

Nursing Room Baru...Yeay!!

Sungguh teruja di hari pertama kerja kerana Nursing Room ini !!

PN1 nursing room

Ini kerana sampai saja ofis lepas scan in, saya terus ke in house clinic untuk meletakkan beg pam dan cooler bag. Bila masuk saja, saya tidak melihat kelibat peti sejuk yang terletak di ruang depan .Saya terus bertanya kepada nurse tentang ‘kehilangan’ peti sejuk yang selalu berada di situ. Dalam hati dah risau mana pergi peti sejuk ni, nanti nak letak EBM ( Expressed Breast Milk) macamana,bla..bla..bla…

Nurse telah menjawab “ In the nursing room”. Saya pun bertanya sejak bila sini ada nursing room. Baru nurse tu perasan yang saya baru datang kerja. Dengan baik hatinya dia bawa saya melawat nursing room itu. Dan menerangkan perkara- yang perlu diketahui untuk pengguna lalu mendaftarkan saya dalam sistem.

Jika anda pernah baca entry saya pasal nursing room at office, memang company saya ada menyediakan nursing room tapi hanya utk building yang kami panggil PN2, manakala PN1 masih lagi menggunakan in-house clinic. Memang ada request untuk mewujudkan satu nursing room di PN1 tapi kerana space constraint, maka banyak kali hajat ini tertunda.

PN2 nursing room.
Beza sedikit dengan PN1


Saya tidak tahu akan plan untuk membina nursing room ini walaupun saya berkawan baik dengan Facility Engineer Kak Sue yang bertanggungjawab hal ehwal bangunan yang turut designkan nursing room dalam gambar di atas. Dulu Kak S memang fight untuk area yang dikosongkan di PN1 untuk dijadikan nursing room, namun tak dapat. Dan kali ini dia mengandung, ada alasan yang kuat, ditambah bilangan BF moms yang semakin bertambah tahun ini dan keadaan klinik yang tidak lagi selesa.

Nursing room ini baru berusia 3 minggu .Walaupun agak kecil berbanding PN2, namun ia sudah cukup selesa buat kami. Ini kerana jika dahulu mengepam di klinik akan sedikit terganggu dengan suara2 pekerja yang datang mendapatkan rawatan.Oleh kerana job nature saya bergerak di antara PN1 dan PN2, saya suka sekali kalau dapat menggunakan nursing room di PN2 berbanding di PN1 klinik. Tapi kini, di mana2 building saya perlu bertugas sudah ada nursing room yang selesa. Cumanya laluan ke nursing room ini melalui laluan ke Executive Director Floor di mana big bosses berkampung di sini. Dulu orang-orang biasa macam kami tak lalu jalan ni kecuali kena mengadap big boss la, tapi la ni, terpaksa la lalu. Hope they understand kami nursing mother dok p balik p balik ke bilik ini.

Bilangan pengguna juga sudah meningkat. Kalau petang memang hampir penuh peti sejuk ni. seronok tiap kali bukak peti sejuk ni tengok EBM 1Malaysia. Semua bangsa ada.


Saya sungguh terharu atas kewujudan nursing room di PN1. Terima kasih kepada management yang ambil berat kebajikan kami BF moms.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, July 2, 2010

Stok EBM



Pengalaman tidak membuat stok sedari dalam pantang sewaktu SI dahulu membuatkan perjalanan penyusuan saya agak sukar pada permulaannya. Ada ketika kehidupan di hujung2 perjalananan penyusuan , kais pagi makan pagi... apa yang dipam hari ini adalah untuk bekalan hari esok..Namun alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah yang Maha Pemberi Rezeki , saya mampu membuat stok setelah kembali bekerja.

Itu masa lalu, saya bertekad kali ini, saya pastikan saya membuat stok dalam pantang sebagai persediaan. Saya mula memerah susu ( read : perah dengan tangan bukan pam, saya tidak mengangkut pam saya ke rumah ibu saudara) selepas sebulan. Saya sengaja memilih waktu ini kerana yakin susu sudah 'establish'. Ada juga ibu-ibu yang memerah lebih awal , terpulang pada cara masing-masing.

Saya mensasarkan 9oz sehari untuk 3 kali perahan minimumnya. Kalau lebih alhamdulillah, ada hari kurang juga ..Ini kerana kesukaran berada di rumah orang dan menumpang peti sejuk. Tapi bila pulang ke rumah sendiri, nak selak untuk memerah di mana pun tidak ada hal..ngeee...Waktu pemerahan adalah pagi, tengahari, tgh malam di mana di waktu tenang orang-orang bangun bersolat tahajud, kita yang tidak boleh bersolat bangun memerah susu :)

Suami menolong membawa pulang stok EBM sedikit demi sedikit. Ada suatu hari tu peti sejuk mak menakan saya rosak ( mujur saya sedar awal) dan terpaksa dipindahkan ke peti sejuk yang penuh dengan bahan mentah ( nasib ada 2 peti sejuk kat rumah itu ) . Nasib sempat diselamatkan.

Dan setakat hari ini 1 Julai, banyak ini sajalah stok EBM. Sudah penuh peti sejuk sampai pintu pun kerana berkongsi dengan bekas bahan mentah, dan bekas ais. Bekas bahan mentah dan ais wajib ada di situ kerana hari-hari ada isi, maka kalau tak ada tempat lepas ni, perlu mengintai2 deep freezer la pulak..


bekas biru : ice brite
bekas hijau : ais
bekas putih : bahan mentah

satu yang terbalik kat atas tu dah nazak space la tu..


ade kaler kuning EBM ni.. terlebih amik B kompleks agaknya..hehehehe

Setelah dikira-kira, jumlah EBM sejuk dan beku untuk Mursyid setakat 1 Julai ialah:

67 bekas x 3oz = 201 oz
( ada 3oz, 3.5oz,4oz, pukul rata 3oz)

Alhamdulillah, saya pun tidak menjangkakan sebanyak itu. Moga ini menjadi motivasi dan pemangkin untuk saya terus memerah/mengepam bila naik kerja nanti.Saya ingin berterima kasih pada Momma Mia, Hana , Kak Mieja, Azyan dan ramai lagi blogger yang menulis tentang stok ebm mereka yang menjadi inspirasi untuk saya.Saya baca kisah mereka dalam pantang unutk menaikkan semangat.Walaupun tidak dapat menandingi kehebatan mereka, tapi saya berpuas hati setakat ini.

Saya mula bekerja minggu hadapan, sekarang tengah train Mursyid untuk bottle-feeding . Hujung minggu pula balik umah MIL dan perlu memerah untuk EBM sejuk untuk hari pertama ke rumah babysitter.

Moga perjalanan penyusuan untuk Mursyid kali ini dipermudahkan dan moga sentiasa ada rezeki untuk anak teruna saya ini.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, June 30, 2010

Umair Mursyid The Sleeping Baby

Dah berkurun lama tidak update blog. Saya kini habis berpantang dan telah pulang ke rumah memulakan kehidupan bersama suami dan 2 orang anak. Masih terkawal kerana saya masih bercuti dan adanya bantuan papa. Tak tahulah bila mula kerja nanti..Pasti jadual akan berubah

Setelah bercerita tentang pengalaman bersalin dahulu, kini nak bercerita tentang Muhammad Umair Mursyid .Pertama kali saya menyusukan Mursyid semasa masih di labor room. Pada awalnya Mursyid tidak bagitu pandai untuk melekap ke B saya. Ketika menyusukan Mursyid untuk kali pertama, tiada siapa di sisi saya.Hanya seorang SN datang menyerahkan bayi dan menyuruh saya menyusukan dan berlalu pergi. Saya merasakan Mursyid tidak pandai untuk lekap untuk kali pertamanya. Berkat sekelumit ilmu yang saya pelajari tentang BF , saya usahakan jugak untuk Mursyid melekap pada B saya.

Saya bawa B saya dekat ke bibirnya dan sedikti ke atas hidungnya,bantu dia untuk membuka mulut dan ‘menangkap’ aerola saya. Mulut dia terlalu kecil.Saya was-was samaada dia telah berjaya menawan aerola saya atau tidak pada mulanya.Apabila dia berjaya suck dan saya cuba memastikan yang dia suck dengan betul, memerhatikan pada mulutnya yang menghisap pada aerola bukan putting, rahangnya yang bergerak, pipinya yang kembung sedikit dan bunyi tegukan susu yang sukar untuk dikenalpasti sebenarnya .Akhirnya dia berjaya. Alhamdulillah. Tapi Mursyid hanya BF untuk berapa ketika. Kerana dia lebih gemar lena. Bukan dia saja, saya juga masih rasa lalok penangan painkiller.

Setelah kembali ke ward, saya terus menyusukan Mursyid lagi. Dan naluri saya mengatakan anak saya ini adalah golongan sleepy baby.Saya tidak pernah menghadapi masalah ( bukan masalah, cabaran menyusu) SI pada mula-mula dia lahir kerana, dia sangat aktif dan alert, pandai lekap dan menyusu dengan baik. ManakalaMursyid lebih gemar tidur dan bukan senang untuk saya kejutkan dia untuk bangun menyusu. Adakala sehingga 1 jam lamanya saya kejutkannya untuk bangun.Dia menyusu untuk berapa minit dan kembali tidur. Saya telah gabra ( gubra). Saya mengadukan hal ini pada SN.Dia suruh jugak saya kejut dan mengatakan tidak bagus biar bayi terus ‘lali’ begitu.Dia juga mengajarkan saya cara-cara untuk kejutkan anak teruna sorang ni. Main-main dagu, usik-usik pipi dan macam-macam lagi.

Dalam masa yang sama, saya juga masih di bawah pengaruh pain killer itu. Malam pertama itu juga saya mesej kawan-kawan MBfPC –Zah,Kshida and Hana mintak tunjuk ajar . Terima kasih banyak-banyak(Walaupun saya salah seorang ahli MBfPC, tapi when come to real situation, masih lagi terkial-kial. Terfikir jugak ..apalah aku ni, jadi kat diri sendiri pun tak buleh handle, macamana nak support orang lain, tapi saya ketepikan perasaan itu kerana sememangnya saya bukan pakar dan masih belajar. Sekurang-kurangnya saya melalui cabaran yang mungkin satu hari boleh dikongsi).

Terus saya ingat pada satu presentation yang saya dan MeiFern bentangkan ketika kursus MBfPC iaitu BF Management on Sleepy Baby. Saya cuba ingatkan kembali point2 yang telah kami bincangkan dan cuba aplikasikan kepada Mursyid . Alhamdulillah, Mursyid bangun jugak menyusu walaupun dalam kepayahan saya mengejutkan dia setiap kali tiba masa untuk disusukan.Saya juga menghubungi Dr.Nadrah sorang lagi rakan MBfPC keesokkannya kerana kedudukannya sebagai Doktor O&G pasti dapat membantu. Dr.Nadrah menyarankan saya buat skin-to-skin contact dengan Mursyid .Meletakkan Mursyid pada dada saya biar bersentuh kulit. Dan katanya fenomena ini ( lali akibat pain killer) hanya untuk sehari dua saja.

Bila di rumah, saya praktikan ini bersama Mursyid .Alhamdulillah, ia membantu, namun dek kerana jaundice yang ada padanya, Mursyid masih gemar tidor. Bacaan awal SB ( Serum Bilirubin) adalah 172 [ada hari ke-3. Saya tahu keesokkannya mesti naik sebab keadaannya yang gemar tior dan kurang buang air besar dan kurang menyusu. Betul, naik hingga 192 pada hari ke-4. Tak boleh jadi ni. Saya sehabis daya ( cheewah ayat boleh blah) menyusukan Mursyid dan pastikan dia tidak terlalu melayan ‘perasaan’ ngantuknya itu. Hari ke-5, SB telah turun ke 168 seterunya 128 ( hari ke-6). Alhamdulillah, tidak perlu lagi ke klinik setelah berada di bawah paras 150.

Kini, Mursyid seorang bayi yang aktif dan alert.Pantang nama dipanggil , anak mata melirik ke arah suara. Bedong-bedong semua tak pakai dah sebab je kejap aje tangan tercabut keluar.

Di sini saya kongsikan sedikit tentang menguruskan fenomena Sleepy Baby tulisan Anne Smith, IBCLC. Artikel penuh boleh didapati di sini

Here are some tips on how to encourage a sleepy baby to nurse:

* Look for signs that he is entering a 'light sleep cycle'. Babies cycle in and out of light and deep sleep more frequently than adults, and your efforts to wake him will be more successful if you catch him during the light sleep stage. Signs of light sleep include: rapid eye movements (REM) even though his eyes are closed; changes in facial expression; involuntary movements of arms, legs, or mouth (sucking motions). You may be unsuccessful at waking him during a deep sleep cycle, but have good results just a few minutes later if you catch him during a light sleep cycle.

* Loosen or remove his coverings. Undress him down to his diaper, and get some skin-to-skin contact. Try taking a warm bath with him.

* Dim the lights in the room. Newborn's eyes are sensitive to light, and bright lights may make him want to keep his eyes closed.

* Talk to him and try to make eye contact.

* Hold him upright. Try the 'doll's eye' technique. Remember the dolls we had as little girls who closed their eyes when you laid them down, and opened them when you sat them up? Gently bend him into sit-ups in your lap by raising his shoulders, legs, and torso, then lowering him back down. Don't raise his legs up when he's sitting, though -- this could cause internal damage. Be gentle . . .

* Increase stimulation. Rub his back in a circular motion from the shoulder blades down and back up; stroke his scalp in gentle but firm circles, squeeze gently in the cavity between his neck and collarbone (remember in grade school when someone wanted to get your attention, and they snuck up from behind and grabbed your shoulder-blade? Remember how you jumped out of your chair? This is effective, but do it gently); rub his hands or feet by applying pressure with your thumb (your partner can do this while you are nursing to help keep him stimulated); walk your fingers up his spine; move his arms and legs in a bicycling motion, play pat-a-cake; or circle his lips with your fingertip. Keep talking to him and trying to establish eye contact.

* Change his diaper and burp him before offering the other breast. Most newborns hate this, and it may make him mad enough to wake up and nurse. Try switching breasts as soon as his sucking slows down, even if it has only been a few minutes. Then go back to the other breast and let him fall asleep on that side if he wants to.

* Wipe his face with a cool, damp cloth.

* Try nursing in the football hold rather than the cradle hold. Babies cuddled in the cradle hold tend to fall asleep more readily.

* Support your breast while nursing so the weight of it isn't on the baby's chin.

* Express milk onto his lips or dribble milk into his mouth with a dropper or syringe to keep him swallowing while feeding.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, June 3, 2010

Labor Story Part 3

Sambungan kekecohan berlaku sejurus selepas melahirkan Umair

********************************************************************************

Keadaan menjadi kecoh sebentar. Walaupun lalok, saya masih sedar sikit-sikit apa yang berlaku. Seperti satu kecemasan.LR tu dah macam siri ER kat TV tu. Ramai org yang attend kat saya. Sorang doktor, masukkan sesuatu ke dalam tiub yang sedia ada di tangan kanan saya. Sorang lagi cucuk new tiub kat tangan kiri saya dan masukkan apa tah..SN Halimatun dan seorang doktor ( saya rasa Lady Mogana) tu tengah keluarkan uri ( prosedur biasa) tapi kali ni dalam keadaan yang riuh rendah. Yang saya tau depa kocak perut saya kuat2, ( massage) untuk keluarkan uri ( itu saya tahu sbb dulu pun macam tu jugak) Cuma kocakkan kali ni agak kuat. Dan SN dok kata dgn kuat “ Uterus Not Contact” berulang-ulang. Pastu sebut pulak pasal Membrane. Saya dengar jugak depa jerit mintak darah. Tak berapa lama, SN kata Uterus Contact. SN tu cakap kat MO, Doctor, pls check whether membrane are all out or not. MO tu kata, yes, already out.Darah yang dibawa tak digunakan kerana pendarahan dan berhenti. Kemudian baru la keadaan reda.. Alhamdulillah...

Setelah dijahit oleh doktor (lama sungguh doktor ni jahit, macam nak siapkan sepasang baju-saya lupa nak request SN Halimatus yang jahit sbb dok lalok kan,doktor India ni (lain pulak bukan morgana) jahit punya la lama, rasa setiap kali dia cucuk dan tarik benang.saya dok adoi doktor, dia pun bengang la dengan saya.patient bengang doktor pun emosi. Doktor Chinese male sorang ni kesian kot kat saya, bwk baby yang dah siap diazan dan segak berbaju kat tepi saya. Dia kata “ He will be your medicine” kononya bila baby ada kat sebelah, saya tak akan rasa sakit dijahit. Mula-mula saya dok layan jugak baby. Tapi last2 saya kata kat dia . “Doctor, please bring him away.I just can’t focus” bukan tak sayang anak. Sungguh saya tak dpt focus untuk bermain-main dgn baby kerana sakit semasa dijahit tu. Kesian pulak doktor tu..dah la muda, muka macam baru habis sekolah.

Setelah habis dijahit, baru saya dpt susukan baby. Dan makan kemudiannya. Saya disuruh rehat lebih lama disitu sebelum kembali ke ward kerana kehilangan banyak darah.SN Halimatus masuk dan bertanyakan keadaan saya.Dia tanya jugak masa bersalinkan anak sulong pun bleeding macam ni ka.? Dia kata kalau lambat, maka, malang tidak berbau.....

Bila naik atas, baru saya tanya SN apa sebenarnya yang berlaku kat saya setelah saya curi-curi baca kad laporan kesihatan saya lepas pakar round .Uterus Not Contact maksudnya, secara semulajadi bila baby keluar dari rahim, rahim akan kecut, tapi rahim saya diistilahkan ‘segan’ nak kecut, sebab itu pendarahan berlaku.membran pulak kantung baby.PPH pendarahan selepas bersalin sebanyak 770cc. Alhamdulillah, pendarahan berhenti setelah uterus contact dan tidak perlu diganti darah.Tahla...mungkin kalau ada doktor baca ni boleh perbetulkan info yang saya tulih.ni sekadar yang saya faham.

Saya rasa kali ni lebih mendebarkan..nak bersalin tu sat saja. Saya dalam LR dalam 2 jam lebih ja ( dari bukaan 5cm ke 10cm) .Proses meneran pun mudah Alhamdulillah, tapi ujian kali ini lain pulak bleeding yang teruk. Syukur, team hospital sangat cekap mengendalikan kes-kes kecemasan seperti ini.Infact SN semua cekap-cekap belaka, kerana doktor yang saya lihat muda-muda. Bak kata sorang misi ni MHPP ni macam hospital pendidikan. Banyak doktor2 baru belajar di sini.tak kisah la..kalau depa tak bermula di MHPP, kat mana lagi depa nak belajar seterusnya nak ada pengalaman...

Itulah pengalaman bersalin kali ini. Ingin saya merakamkan sekalung penghargaan buat kakitangan Maternity Hospital Penang kerana menyambut kelahiran anak saya kali ini. Tugas dilaksanakan dengan penuh dedikasi.

Lega dapat menulis pengalaman kali ini. Satu hari harap dapat Umair dapat baca bagaimana ummi melahirkan dia. Saya punya dok mengarang dan schedule postkan semua ni.Sebab takmau crita basi nanti..Kita jumpa lagi nanti..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, June 2, 2010

Labor Story Part 2

Kita sambung part 2 pulak ye...
*******************************************************************************

Saya mula merasakan sakit seakan-akan kontraksi pada hari Selasa, 11 May waktu magrib. Tapi ia datang sekali sekala dan sekejap-sekejap saja. Esoknya Rabu, 12 May, ia semakin sakit, dalam 2 jam sekali. Saya gagahi jugak berjalan ke kedai depan rumah untuk membeli barang keperluan. Dalam pukul 10 pagi macam tu, saya kol suami mengatakan saya rasa sakit dan minta dia pulang awal. Lepas zohor, saya dan suami bergegas ke hospital. Kami drop SI kat rumah pengasuh dulu. Memandangkan hospital tu kena seberang jambatan, so kami keluar awal. Kawan-kawan pesan, tunggu sampai sakit betul-betul dan kerap baru pergi hospital, tapi memandangkan saya ni jenis penakut jugak, so better saya pergi awal.Sekurang-kurangnya saya dah berada di hospital jika apa-apa berlaku. Ketika itu sakit sejam sekali, hanya datang beberapa saat sahaja.

Lepas pemeriksaan dan scan, saya harus admit. Maka bermalamlah saya di hospital. Masa tu sakit dah 10 minit sekali, saya mencatit setiap kali sakit itu datang dan berapa saat sakit itu berpanjangan. Bila doctor datang periksa, saya tunjuk la catitan saya. Namun ia masih dianggap Braxton Hicks bukan sakit nak bersalin lagi. Saya langsung tak boleh tido sepanjang malam itu sebab setiap 10 min sakit, macamana nak tidur. Misi suruh saya panggil diorang untuk kira kontraksi tapi setiap kali depa mai check, sakit tu tak datang, Misi tu pulak dok kata ni bukan sakit kontraksi.Apa-apa ja la..yang saya tahu, setiap kali sakit, ia memang sangat sakit. Sampai menangis dibuatnya. Kalau baring, lagi teruk, bila berjalan kurang skit rasa. Paginya doktor datang check dan buat persedian sebelum pakar buat rondaan. Bila jumpa pakar, pakar kata since saya dah overdue, tunggu la dulu sehari dua , tak payah balik lagi kemudian mereka akan induce kalau tak rasa nak bersalin jugak .Tapi memandangkan saya dah sakit 10 min sekali , pakar arahkan anak buah dia check VE.

Pukul 10am, MO pun buat VE. Wahhh..masa tu dah 2cm..alhamdulillah, saya punya seronok. Masa nak bersalin dah tiba...ini la masa yang ditunggu-tunggu. Tanpa perlu diinduce. Then sakit tu lagi kerap. Saya dok berjalan-jalan dalam ward. Seorang misi muda kata baringla dulu nanti tenaga habis dok kawad. Tapi kalau baring lagi sakit. Misi yang berusia pulak kata, anak no 2 mesti cepat, lagi dok berkawad, lagi cepat. Kebetulan, saya bawak novel terbaru Ramlee Awang Murshid, Cinta Sufi. Actually, saya bukan penggemar novel, tapi disebabkan bosan semasa cuti, kawan saya yang menyarankan saya membacanya.Bila baca Quran, tak pulak lama-lama , tapi kalau novel boleh pulak berjam-jam..heheh..sungguh lemah iman.Mujur karya RAM kali ini berkonsepkan ketuhanan, setiap muka pasti ada doa-doa dan ayat –ayat yang menyeru kita mengingati Allah, karena heronya Laksamana Sunan adalah keturunan Sufi dari Acheh, so mmg soleh la. tidaklah ralat sangat saya dok mengadap novel ni . Sambil membaca ia mengajak saya banyak meningati Allah.So saya dok habiskan novel tu sambil berjalan dalam ward. Sampai pukul 12 lebih macam tu, saya bagitau misi, tak tahan la sakit. So depa check VE lagi. Tengok-tengok dah buka 5cm. so sudah masanya saya ditolak ke dalam LR. Suami pun dah on the way. Pukul 12.44 noon, saya dah bersedia, turun kat bawah, jumpa officemate yang dating menziarah. So sempat sembang seminit dua.macam –macam kata peransang yang depa bagi.suami pun sampai on time.

Saya ditolak masuk LR. Bilik semua penuh. Saya dapat bilik hujung sekali.seorang HO India muda datang check.Tah apa yang dia check.Dia cucuk tangan saya. Pastu dia nak pecahkan air ketuban saya. Tak jumpa...pulak dah. Ada sorang senior Staff Nurse (SN) dok monitor CTG saya. Doktor ni dok panggil SN ni sebab nak habaq, tak dpt nak rasa air ketuban saya. Doktor ni namanya Morgana , bila dengaq nama saya dok bayang menarik macam Morgana anak asuhan King Uther Pendragon la.tapi sebaliknya..( sempat lagi kutuk orang) .ada ka HO ni panggil SN tu Puan. Mana la dia nak menyut (sahut). Saya pun pelik, Puan tu panggilan untuk pesakit. Dia panggil 2,3 kali..Puan..Puan...bila SN tu kalih kat dia, SN tu kata, Doktor panggil I ka...mana I tau, dok panggil Puan, ingat panggil patient. Lawak antarabangsa la doktor Lady Mogana ni...dia dok kata, susahla nak pecahkan air ketuban patient ni.Serviks dia macam ni ( sambil buat isyarat tangan) .SN ni macam malas nak layan dia.Dia kata, Doktor tunggu kontraktion dia mai, then doktor check lagi sekali. Ini yang dilakukan oleh SN kat ward masa check VE saya yang dah 5cm tu. Masa kontraksi, baru dia dapat rasa air ketuban saya. Setelah 2 kali VE, akhirnya Lady Mogana ni Berjaya pecahkan air ketuban saya.saya tanya, dah pecah ka doktor? Dia kata ok. Macam tensen je bunyi. Macam ni la HO muda yang kurang pengalaman.Kita kasi can la. Sakit saya semkin kerap. Tapi sempat dok dengaq member depan katil masa kat ward dok meneran.”Push , Bawah, Berak, Jangan Bukak Mulut, sikit lagi. Memang riuh la kumpulan cheerleader ni. Dengar kata Kepala dah nak keluar, soh amik vacumm, dah lama dok menjerit2 tu senyap sunyi pulak..taktau apa jadi kat dia..saya agak dia ditolak ke OT kot sbb tak dengaq bunyi baby pun.

Saya dapat pain killer, dan terus lalok...Cuma sedar masa contraction saja. Tangan suami saya genggam kuat2 ms sakit. Lepas geram sebab masa SI, suami tak boleh masuk, so saya dok gengam tangan student nurse India ni,dia pun dah sakit tak taha. Last2 gengam besi katil.Kali ni ada suami, tangan dia la jadi mangsa.kemudian saya sedar saya kena pindah bilik. Bilik kawan saya tadi yang riuh tu.mas atu dah sakit gila-gila.tapi saya rasa saya banyak lalok/lena dari rasa sakit, tapi sekali sakit, toksah cakap. Last sekali saya sok misi check dah bukak berapa. Baru 6cm..Macam biasa SN Halimatun yang juga kawan arwah mama kata dia tolong saya skit. Kemudian depa buang air kencingsaya. Saya kata kat SN tu, saya rasa macam nak kencing.Dia kata memang la sebab saya dok buang air kencing awak. Dah habis,saya kata saya rasa nak kencing lagi.saya kencing naa...( tanpa segan silu :))alahai lambatnya nak tunggu 10cm.saya pun taktau dah berapa lama saya kat LR tu sbb tak daya nak tengok jam. Terlelap lagi..sampai satu saat saya dah taktahan , saya soh suami panggil SN. Bila SN masuk, saya kata saya taktahan nak teran ja rasa. SN kata, kalau tangan dia yang check bukaan dan ‘tolong’ tadi, pasti dah terbukak cepat ni. Tengok2 kepa la baby dah nampak. Saya tak pasti samaada dah 10cm ke tak.mesti la dah kan, kalau tak takkan dia bagi saya teran.

Saya masih lalok. Kuat sungguh penangan pain killer. Ralat jugak sebab most of the time, saya lalok, tak sedar, tak dpt menghayati apa yang berlaku actually.bila disuruh teran, nasib la saya sedaq dan teran sekali kepala dah keluaq, 2nd push hampir keseluruhan badan baby keluaq dan skit lagi kata group cheerleader ( yang dalam 7-8 orang kata suami).Bawah, kata depa..nak teran bawah..mcm mana tu, masa tu saya memang lalok tapi push jugak arah bawah seperti yang nuirse cakap. Bawah mcmne ye? Saya pun tak pasti Cuma bawah yang saya rasa tu, bukan lagi nak tarik nafas panjang-panjang, sisa 2 nafas yang ada digunakan untuk teran arah bawh untuk terakhirnya mengeluarkan baby .kemudian saya dengar depan bersorak gembira. Terdenagr jugak pujian kata pandai, sat saja teran dah keluar ( dan lagi kembang time lalok2 macam tu).baby ditunjukkan pada saya untuk mengetahui jantina kemudian baru disuck
Sucker yang suck lendir2 pada baby takj berfungsi dengan baik. Saya sempat denagr depa dok merungut, depa kata tadi ok, awat tiba2 sucker ni tak berfungi denangan baik.macam2 hospital gomen. Tiba-tiba.......

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, June 1, 2010

Labor Story Part 1

Dah lebih 2minggu , baru saya berkesempatan untuk menulis tentang pengalaman bersalin anak kedua. Untuk pengetahuan semua, saya kini berpantang di rumah ibu saudara di kampong, maka tiada capaian ke internet .Streamyx melekat di rumah, so tak dapat la nak update selalu.Ini pun guna cousin punya sat.Tapi saya masih boleh membaca entry2 terbaru kawan –kawan melalui handphone saya yang cap ayam tu..Cuma tak boleh komen je..


Tak sabar rasanya nak berkongsi pengalam bersalin yang pastinya kali ini berbeza dan lebih mendebarkan. Seperti yang umum ketahui, saya post due selama 6 hari.lebih kurang seminggu lebih jugak saya dok lepak-lepak kat rumah menunggu waktu bersalin kerana terpaksa bercuti awal.Tiap-tiap hari saya keluar bawak SI jalan-jalan ke supermarket, taman permainan, kedai buku, segala makneka kedai kami tuju. Suami kata, saya memang tak boleh jadi SAHM sebab hari-hari keluar dan sangat tak produktif. Memang banyak plan dalam kepala ( nak menjahit , nak baking) tapi sebab focus saya ketika itu hanya “ bila la nak bersalin’ so projek2 tu semua jadi angan-angan.Bila keluar, duit pun keluar la. Jumpa cucuq pisang, beli, air nyok beli, kalau keluar tak beli barang, memang tak sah.Saya rasa kalau jadi SAHM, mesti saya jadi SAHM yang perabih boraih !. Heheheh

Bukan apa, bosan duduk di rumah, dah habis buat kerja rumah ( rumah saya kecik saya , so kejap saja dah siap), petang rancangan TV tak menarik, pulak tu, dalam otak ni memang nak berjalan-jalan untuk mudah bersalin, so cepat la sangat tangan ni capai kunci kereta dan kaki melangkah keluar. SI pun happy sangat-sangat sebab tiap2 hari ummi bawak jalan-jalan.sampai satu tahap kalau dia nampak jalan nak balik rumah, dia kata tak mau balik..ayooo...
Itu bab fizikal..memang saya memaksimakan masa untuk berjalan-jalan dan buat kerja2 rumah untuk mudah bersalin. Bab emosi/mental..ini yang lebih mencabar.Dalam kepala ni, tak ada yang lain, han ya dok fikir, bila nak bersalin, awatla lambat macam ni, pasaipa jadi macamni, macamna la nak bersalin nanti..sungguh emosi, tak boleh silap sikit, air mata mudah keluar, takut, risau,gelisah, semua ada. Asyik-asyik teringatkan arwah mama. Kalau mama ada , mesti dia tahu nak tenangkan saya, advice saya dari sudut perubatan, mesti boleh tolong check kedaan saya selalu tanpa saya perlu pergi ke klinik. Bila dah overdue , kena Pergi klinik 2 hari sekali. Masa macamni, kena lebih focus pada pergerakan anak, tanda-tanda bersalin sebab tak mau kerana keralitan kita akan mengundang sesuatu yang tidak diingini. Movement bay terlebih aktif pun saya pergi buat CTG sebab misi kata kalau baby sangat aktif,takut terbelit tali pusat le pulak. Dalam seminggu tu , ada 3 kali saya scan. Nak memastikan semuanya OK.bila hati tak sedap saja, saya p scan nak memastikan semuanya OK. Walaupun saya pernah dengar kerap2 buat ultrasound tak bagus.entahla..

Syukur atas kudrat yang bersisa. Saya masih cergas ke sana ke sini.Suami bekerja, bila sesuatu perkerjaan menuntut saya ke klinik, saya tinggalkan SI pada pengasuh, Terima kasih pada BS yang memahami. Syukur kerana di beri kesempatan untuk mempertingkatkan jalinan hubungan dengan Maha Pencipta.Kerana pada masa itu, tiada apa lagi yang saya harapkan, Cuma bermohon agar Allah mendengar rintihan saya dan melindungi anak dalam kandungan saya setelah saya mengandungkannya lebih 40 minggu.
Sehari selepas due date saya yakni 10 May, saya pergi ke hospital, saja-saja ala-ala serah diri gitu. Selepas pemeriksaan, saya disuruh pulang kerana tiada tanda. Huhuhuh..Doktor klinik kesihatan memberikan tarik 17 May ( 10 hari selepas due date saya) untuk diinduce sekiranya saya tidak bersalin jugak selepas memeriksa keadaan anak dalam perut, air ketuban yang mencukupi.

So, duduk la saya di rumah untuk beberapa hari lagi sambil berteka –teki bila la nak bersalin. Saya menggunakan masa terluang itu untuk membaca pengalaman bersalin orang lain, banyak membaca pasal post term baby, induce dan macam-macam lagi. Masa mengandungkan SI, takpulak saya gubra macam ni.Masa tu taktau apa-apa, tengok2 dha turun tanda ( darah dan air ketuban pecah sehariu selepas itu).

Bila saya start sakit bersalin...Apa yang membuatkan saya pergi ke hospital? Tunggu entri seterusnya..heheeh..macam saspen pulak..dah panjnag.,.nanti korang boring pulakkan.. Tunggguuuuu....

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, May 28, 2010

Memperkenalkan Hero kami...

Salam semua sahabat-sahabat.

Memperkenalkan cahaya mata kami yang kedua




Muhammad Umair Mursyid bin Muhamad Kamal
Lahir pada 13 Mei 2010
Jam 3.19pm
Berat 3.20kg




Saya kini berpantang di rumah mak menakan di kampung.Tiada capaian internet waktu ini.Bila dah habis pantang nanti, baru kembali aktif berblog ye semua...Intai padi antara nampak esok mesti rindu-rinduan..hehehe..ayat sendiri

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu...


Buat semua sahabat di luar sana.... SELAMAT HARI IBU.

Buat ibu mertua, Pn Salmah Abdullah, mak-mak menakan dan sepupu sepapat yang disayangi...

Buat anakanda SI yang belum mengerti apa itu Hari Ibu, terima kasih atas ucapan bersama abi yang diucapkan tadi..

dan anakanda yang ummi nantikan, ummi tak sabaq menunggu kamu keluaq...Keluarlah sayang...

Dan yang terakhir, walaupun beliau tiadsa di sisi meraikan hari penuh makna ini...namun doa yang tidak putus-putus yang ku kirim buat Arwah Hajah Majmah binti Haji Awang, mama tersayang...Moga mama lebih gembira dan tenang di sana...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, May 7, 2010

Hari ni sepatutnya due

Hari ini 7 May 2010 sepatutnya adalah due date saya. Tapi saya masih di rumah, melayan anak dan internet. Tapi tidaklah begitu cergas seperti hari-hari sebelumnya, dan instinct mengatakan seperti masanya hampir tiba..

Moga urusan bersalin saya dipermudahkan...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, April 30, 2010

Mula bercuti

Hari ini saya sudah mula bercuti. Tapi hari Isnin depan baru dikira hari pertama untuk 60 hari cuti bersalin. Hari ini adalah public holiday replacement untuk company saya. Memang sudah menjadi procedure tempat kerja saya untuk perlu ambil cuti awal seminggu dari tarikh due kerana sejarah mengatakan ( sejarah ibu-ibu mengandung di situ agaknya), ramai yang bersalin awal dari tarikh. Maka adalah sebaiknya ibu-ibu ini cuti lebih awal supaya tidak ada kejadian nak terberanak di tempat kerja. Atau company ini takut jika ada di antara anak-anak kami lahir di situ, company perlu menanggung anak ini hingga umurnya 21 tahun. Tak pasti kena tanggung dari segi apa, mungkin dari segi pendidikan...bagus kan...tapi saya pun tidak mahu ambil risiko bersalin di tempat kerja walaupun ada in-house clinic.

Tapi saya tak tau bila nak bersalin. Masih tiada tanda..saya masih ligat dan cergas. Tidak ada sakit di ar*-a*i mahupun pinggang. Sepupu saya kata, perut saya tak turun lagi...

Saya dok cakap-cakap dengan baby dalam perut ni..Soh dia keluar sekian-sekian hari..hehehhe...kata kat dia, kalau keluaq lambat nanti takdan kita nak dok sama2 60 hari..ummi tak puas nak nyusukan baby. Ummi bukan jenis orang lain yang cuti banyak-banyak macam 30 hari... ummi kena p kerja, tolong abi..bla..bla..bla..banyak pulak la saya dok 'merepek'. Kesian babay tak keluar lagi dah dok dengaq ummi dia yang suka dok 'bebel' ni.. hihih

Kalau ikutkan boss saya suruh saya mai lagi minggu depan kalau belum bersalin sebab ada 2 projek penting yang saya ada kena mengena dengannya. Tapi nurse kami tak bagi. Pulak tu ada pulak External Audit.Saya pun rasa ralat jugak la.Projek tu baru ja dapat tau dlm tengah bulan 3 ritu.dan kedua-duanya perlu kick -off by 1 June ni. So, saya rempitkan part2 saya supaya boleh bercuti dengan aman dan passdown pada subordinate saya segala-galanya.Partner saya di Johor pun baru tau yang saya nak cuti bersalin...Bertungkus-lumus kami dok atur net-meeting lepas satu satu untuk pastikan semuanya ok sebelum saya cuti.Dia siap mintak no hp nak update saya nanti.

Saya kata kat boss, kalau apa2, call saja lah saya. Apa-apa yang perlukan perhatian saya, saya akan advise thru phone atau email. Taklah penting sangat saya ni..buat-buat gempaq saja. Cuma saya sempat la berpesan, nanti bila dah launch, jangan lupa contribution saya yang bertongkoih lomoih dok prepare segala ...Boss ni baru join departmen saya, so dia pun baru nak belajaq pasal selok belok dept kami. Tu yang gabra lebih sikit... hehehe..

Dah panjang saya dok merepek..OK la..lepas ni saya nak p atur supermarket , tawaf beli barang rumah dan window shopping sebab tengah sale sempena hari pekerja esok.. Petang pulak bercadang untuk berjalan-jalan di taman rekreasi. Semua ini usaha untuk bersalin cepat dan senang..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sunday, April 25, 2010

"90 Days for Mums " Road Tour in Penang

I believe most of us are aware and already signed the petition.

Yes, is about getting 90 days for mum . A campaign by NUBE urging the government to increase the paid maternity leave from 60 days to 90 days.

I just got to know about the event on Wed from Revathi, WABA Gender Woman and Work Coordinator who is also one of Northen Malaysian Breastfeeding Peer Counselor ( MBfPC) . She would be happy if more breastfeeding support group such as MBfPC or MMPS in Penang able to attend to show some support. Since WABA will also be having their Rep to give a speech. The support is much much more needed.

The event was held at Auditorium A, KOMTAR, 6pm on last Friday. Is a last minute decision for me to attend as I am not prefer to 'singgah' here and there after work. Is also need husband's understanding and cooperation to take care of SI. I promise him that I'll be back by 8.30pm because he has some other thing to do that night. Luckily he understand this 'mak buyung ligat' .

I reached KOMTAR at 6.20pm after managed to cross the Friday jam. Luckily our Penang Chief Minister is on his way so the event is yet to start. I met the other 2 MBfPC friend, Zah and Kak Nida.

Posing sebelum majlis. Lihat la wajahku yang terkini dengan hidung yang kembang

main stage

After 5 minutes of my arrival, CM also arrived. Is a straight forward program, after some emcee, a special performance by NUBE group I guess, singing a Celine Dion song ( which already been amended for mothers ), a welcoming speech by NUBE Penang-Kedah-Perlis Chairman , bro J.Solomon.

Malaysian 'Celine Dion' and group

Then followed by Opening Speech/launching by CM. There were about 7 speakers who will be delivering their short 5-10 minutes speech. They were as stated in below photos

list of speakers


Of course, 3 of us were there to support Sara Amin, co-Director from World Alliance of Breastfeeding Action (WABA). Sara has delivered a wonderful, energetic and enthusiastic speech among all. She also mentioned about support group available in Penang and waved at us. We waved to the whole auditorium. Perasan macam Miss World pulak.
Sara from WABA

sempat bergambar sebelum pulang

5 of us. 5? :)

The event ended at 8.00pm ( suposed to be 7.30pm if CM did not late .huhuh..) . We were served with light refreshment. Sangat sedap but we are rushing for maghrib, so I don't each much. 8.30pm I drove KakNida back while zah went back with his husband.

I reached home at 9pm and luckily dear husband is at home as his appointment was cancel. Thank you Abang...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, April 20, 2010

Check Perut ...37 weeks

Rasanya tak pernah saya cerita tentang lawatan ke klinik desa untuk ‘check perut’ kan.. Dah nak bersalin baru terhegeh-hegeh nak cerita. Well, tidak ada apa yang menarik pun. Rutin check -up macam biasa. Ambik nombor giliran, timbang berat, amik BP, buat urine test, Hb test, then jumpa misi untuk check perut.

Cuma hari ni bacaan semua kena amik 2 kali. Memula timbang berat. Mesin penimbang tu baca 68kg. Last week timbang, baru 64.5kg. Misi pun terkejut.Saya lagi la terkejut. Mak aii, takkan naik 4kilo dalam masa seminggu.Rasanya makan macam biasa.Saya pun request nak timbang lagi sekali..Kot kot la mesin tu silap. Memang betui la mesin tu silap. 2nd time timbang, baru 64.9kg..Lega hati mak...

Kemudian masa amik darah utk HB test.Salu lepas check urine, baru amik darah, kemudian sementara tunggu bacaan, saya pergi la buang urine tadi, bersihkan segala. Heran jugak darah kat jari ni dok menitik lagi.Salu sat saja kering bila ditekan-tekan. Bila keluar dari tandas, jurumakmal tu tanya.

” Kak , darah tadi dok keluaq lagi tak ?” Saya pun kata dok ada lagi.. Heran jugak tak mau stop lagi.Salu dah stop waktu ni. Dia kata

“Baguihla, nak amik skit lagi, buat test lagi sekali”.

Salu bacaan Hb saya dalam 11.0 camtu, tapi bila dia buat test mula-mula tu , bacan jadi 7. Biar benar...Sebab tu dia mintak darah lagi sekali... Then baru dapat yang betul 13. Haaa..lega... Kalau 7, dah pengsan rasanya tak cukup darah merah..

Macam tu la ragam di klinik desa. Hari ni tak ada appointment jumpa doktor. Minggu depan pulak untuk scan. Masuk kali ni, 3kali doctor request utk scan perut saya selang 2 minggu sbb dia kata perut saya kecik. Siap plot graph untuk tumbesaran janin..takut terbantut.Tapi Alhamdulillah..masih atas garis tumbesaran yang normal ( walaupun kategori kecik la). Saya ada la kata kat doctor tu last week.

“ Actually I pray for this time baby to be a bit smaller compare to my 1st. My daughter born at 3.6kg.Is very difficult to push. I am afraid if I need to go for c-zer”

Doktor ni reply “ Then your prayer become true now”. The most it can go is 2.7kg”. Tapi tu la..bila kata kecik, risau pulak kita… Memang ramai yang tegur, perut saya kecik kali ni. Saya pun ada tulih entry concern takut baby kali ni lebih besar dari Shukrina.

Pastu scanner dia baca dua date saya lewat 2 minggu.Pulak..Cuti dah apply.Sebelum ni saya scan kat klinik luar, tarikh di scanner dgn pengiraan period saya adalah sama. Due saya ialah 7 May 2010. Saya ingat la scanner dia ni dah lama tak calibrate ni.Huhuhu

Macam-macam la kan.. Ada jugak yang kata saya ‘inginia’ kedekut, dok p check-up kat gomen. Depa kata pi la specialist .Well... sebab terbesar saya ke klinik desa adalah kerana arwah ibu saya adalah misi gomen.Walaupun bukan di klinik desa, tapi apa sahaja yang bersangkutan tentang hospital gomen, misi gomen akan membuatkan saya teringatkan arwah mama saya dan saya menghargai perkhidmatan awam kerana dengan hasil titik peluh bekerja di hospital gomen itulah saya dibesarkan. Dan saya masih ingin bersalin di hospital gomen walaupun ia tidak sehebat di swasta, layanan yang mungkin kurang ( padanla bayar pun berapa aje ) dan walaupun saya mampu. Dan bila terpandang misi-misi yang sebaya dengan arwah, akan mengembalikan ingatan saya pada mama. Dan kebanyakkan adalah kenalan arwah. Bila pandang misi-misi muda, ada di antara mereka adalah student arwah. Position terakhir arwah mama saya adalah tutor, so ramai anak murid la...

Masa saya bersalinkan SI, anak saya disambut oleh bidan kenalan arwah ( mama saya juga adalah certified bidan) dengan bantuan student arwah, dan Staff Nurse yang datang menolong/menziarah sepanjang saya berada di hospital. Bertentangan dewan bersalin itu adalah ICU dan CCU, wad kritikal yang selama hampir 12 tahun arwah berkhidmat , maka ramai Misi ICU bila dapat tahu saya bersalin disitu datang menziarah. Dan setiap kali saya ke Hospital Sebarang Jaya , Bukit Mertajam atau GH, Penang, air mata mudah mengalir keluar apabila melalui tempat2 arwah pernah bekerja. Moga arwah mama ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga Allah memandang ‘pekerjaan’nya selama ini membantu merawat pesakit. Moga segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan diterima olehNya

Oh, saya harus stop, kalau tak saya akan menangis..


Walau di mana jua ketentuan saya akan bersalin, dan pada bila masa, saya doakan agar segalanya selamat, dipermudahkan dan terbaik untuk saya dan baby . Doakan saya ya. !!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS