Semenjak perkhabaran rakan sekerja yang akan meninggalkan kami, saya mula terfikir tentang hala tuju saya dalam ‘career life’. Sebenarnya saya dan dia selalu berbincang tentang apa itu ‘ career life’ yang masing –masing dambakan dan apa yang patut kami lakukan untuk mencapai matlamat itu. Walaupun selesa di kedudukan masing-masing, masih mengintai-intai jika ada peluang yang lebih baik.
Satu lagi yang saya kira ‘masalah’ yang kini saya hadapi adalah orang-orang luar ini yang lebih pandai menentukan apa yang terbaik untuk ‘career life’ saya.
Apa yang bakal saya tulis ini sedikit pun bukan untuk merendah-rendahkan atau menyanjung mana –mana pihak. Ia sekadar apa yang terlintas di fikiran saya.
Pernah tak sahabat-sahabat sekalian berhadapan dengan orang yang kata
“Awat tak jadi x. Lagi senang. Cuti banyak, gaji pn banyak.”
Ada pulak yang komen
“sampai bila nak duk situ, Tak teringin mintak keja lain ka macam x ka, y ka…”
“Hang tak letih ka kerja situ.Awat tak join z. La ni depa pun dah baguih “
Jujurnya kehidupan saya dikelilingi warga pendidik mahupun orang gomen. Keluarga, saudara –mara, jiran malah ramai juga rakan-rakan yang bergelar pendidik. Dari cikgu tadika sampai la mengajar institusi pengajian tinggi,Sudah beberapa kali perjumpaan samaada bersama keluarga atau sahabat-sahabat, hanya saya seorang bukan pendidik/gomen. Terima kasih pada sahabat-sahabat rapat yang tidak membezakan kami.Cuma bila berhadapan dengan golongan berusia, biasalah kan.terpaksa tebalkan telinga. Hatta, saya sering merasa ‘diri ini hampeh’ bila menghadiri usrah yang rata muslimatnya adalah guru.padahal hakikatnya jawatan saya lebih ‘gah’ pada nama. Saya merasakan..'ooh..mereka isteri dan ibu mithali’ .Jika ada geng2 saya macam Kak Hus, Kak Pejan, Kak Wak, Kak Nor TI baca ni ( saya rasa tak)..mesti mereka masih ingat istilah ‘sepohon kayu’ yang kami sering gunakan dulu..Ngeee…
Yang terbaru komen yang diterima oleh seorang senior kepada suami saya.
“ Zaujah anta tak sesuai kat situ.Dari dulu lagi ana kata. Ana yang anak ramai, laki bini cikgu pun teruk jugak” – memang sebelum kami kahwin lagi isu ini timbul. Mana dia tahu sesuai ke tak saya di situ? Dia bukan tahu pun saya buat apa.
Antara lain, seorang sahabat berpangkat kakak yang sering melepak di bilik saya dulu.Kami bertemu baru baru ini masa jamuan raya . 3 kali dia mengulangi soalan yang sama.
“ Buatpo nya Hidayah tak mintak cikgu ko, kijo lain ko..?? Tak letih ka keja 8-5 gitu?
Saya sampai tanya kat dia..awatnya dok tanya benda yang sama. Muka dia seolah-olah confius dan tidak puas hati.
Saya sekadar menjawab, saya ada mencuba tapi tak berjaya dan saya juga selesa dengan keadaan sekarang.
Satu alasan yang saya rasa mengapa saya ‘diasak’ sedemikian adalah kerana saya seorang isteri, ibu dan kedudukan saya sekarang , masa bersama keluarga adalah terhad. Sebenarnya tidaklah terhad mana. Macam orang lain yang berkerja ‘office hour’. Cuma mungkin terlebih 1-2 jam kerana perjalan yang agak jauh dan boss saya yang mahukan kami kerja 10jam instead of 9jam 20minit waktu sebenar bekerja. ( Tapi saya jarang ikut pun) .Saya berada di luar rumah dari 7.20am hingga 6.20pm sahaja. Selebihnya saya berada di rumah .Saya tidak perlu bekerja hujung minggu. Tidak ada outstation, Sekali sekala itupun bukan berhari-hari.
Cuma saya tidak ada cuti berbulan-bulan. Cuti tahunan tidak mewah seperti sesetengah orang.. Orang tak pandang kalau at the end EPF saya beratus ribu hanya kerana saya TIDAK ADA PENCEN ! Kadangkala saya tidak boleh duduk lama dalam satu majlis kerana ‘alasan’ esok saya kerja. So dapatlah saya skip la bab-bab tolong masak ke basuh pinggan, kemas mengemas ke..heheeh.
Ya, memang ada baik buruknya , susah senang setiap jenis pekerjaan, awam mahupun swasta. Saya tidak nafikan banyak kelebihan berada di sektor awam. Tambah lagi sektor pendidikan.. Jika diberi peluang, saya juga tidak mahu melepaskannya. Takdir belum menyebelahi saya lagi. Bukan langsung saya tidak berusaha ke arah itu. Cakap-cakap orang seolah-olah saya tidak berusaha meminta. Dah berkali-kali. Walaupun saya ada bekas pelajar tajaan JPA. Tapi kalau dah Allah kata, bukan rezeki saya disitu lagi atau untuk selama-lamanya. Apa daya saya..
Atau mungkin mereka kurang tahu tentang bidang yang saya ceburi. Jika company saya hebat sekalipun atau gaji saya banyak, bonus berkali-kali dalam setahun. Makcik-makcik atau atok nenek sedara saya tidak tahu akan hakikat itu. Walaupun diberi tahu. Atau mungkin penampilan saya selekeh seolah –olah takada duit kot.
Kalau semua orang nak join sebelah sana, alamat tidak ada umat Muhammad di tempat-tempat seperti saya keja atau sector-sektor lain. Lepas tu jangan nak salahkan kalau bukan orang kita yang menguasai ekonomi/teknologi atau berada di kedudukan selesa. Tambah-tambah di bumi Penang ni. Saya tidak nafikan untuk berada di company-company seperti yang saya beradda kini, memang perlu struggle.Saya rasa semua tempat pun perlu struggle kalau nak berjaya. Saya sendiri bermula dari bawah. Terpaksa bersaing dengan kaum lain terutamanya. Itulah pengorbanan yang harus dibayar. Kita pun takpayah berharap anak kita jadi orang berpangkat atau kerja hebat macam doctor, engineer, peguam hatta buat bisness sendiri atau WAHM sebab semua itu bukan mudah , yang perlu bekerja lebih dari 9 jam. Sebab kita sendiri pun taknak keja susah. Nak cuti banyak, nak banyak masa di rumah.
Tidak dinafikan bila umur menjangkau ..kita memerlukan suasana yang lebih aman, stabil..bukan dalam keadaan ‘ fast pace’ seperti ini. Ada lebih masa untuk bersama anak-anak. Saya mengaku jeles pada rakan-rakan yang berada di rumah sepanjang masa. Tidak perlu ‘bersusah’ di tempat kerja. Tapi ‘susah’ di rumah juga bukan calang-calang. Ada juga meluahkan pada suami… tanak keja la lepas ni. Tapi saya juga memikirkan saya perlu buat sesuatu dengan kelayakan yang saya ada. Arwah mak saya juga membanting tulang membesarkan kami.
Dalam keadaan saya begini, saya sangat mementingkan kualiti time bersama anak. Anak makan dari air tangan saya walau sekali dalam sehari. Solat bersama, mengaji bersama, buat kerja rumah bersama.Kadang-kadang rajuk dengan kata-kata orang, saya selalu berkata pada SI, walaupun saya tahu SI tidak memahami. Maafkan ummi, mungkin ummi tidak macam ummi lain. Banyak masa untuk Shukrina.24 jam boleh dok mengadap. Tapi percayalah doa ummi sentiasa mengiringi Shukrina bila mana kita tak bersama. Ummi harap Shukrina akan cemerlang sama sepertimana anak-anak yang mak depa yang salu ada depan mata.
Bagi mereka yang berada di zon selesa, marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat Allah ini.
Banyak lagi kalau ikutkan saya nak luahkan..hehehe..satgi lagi emosional pulak, Cukupla kot. Saya rasa buat pertama kalinya saya menulis dengan penuh emosi.Maaf andai ada yang tersinggung. Saya tidak berniat pun
Terima kasih abi kerana memahami dan memandang positif ‘perbezaan’ ini. Moga ada hikmah dan kebaikannya. Allah tidak akan membebani hambanya jika Dia tahu hamba itu tidak mampu. Nanti kita explore WAHM pulak ye..
p/s: kalau di luar masih ada yang tanya saya “mengajar di mana”..hehehe...gaya macam cikgu ke mak ni..???
Wednesday, December 2, 2009
Aku seorang kuli
Category:
My thought,
Work
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 sharing:
samalaaa kita dayah.... tp kalau semua orang kita pakat2 amik kpli so xdaklaaa orang kita kat industri nih..nanti masa depan xramai anak cucu kita leh masuk sebab satu mesia camna pun warna kulit yg sama masih diutamakan...kan.....
mmg letih kalau duk dgr ckp2 org. tak kisah la gomen ke, swasta ke, pendidik ke..yg penting kita tahu tahap 'kemampuan' kita mcm mana. lgpun setiap org lain bhgn rezeki masing2
muahahahah
mak aku sllu kata rugi lah dulu ko x amek cikgu...kalo x sng dah idup ko..
mak..den xmo jd cikgu..den garang..mmpoih anak2 murid kena dera..muahahaha..(muke aku ni x sesuai jd cikgu) ko sesuai la dayah...kahhhh
a'ah bersyukur ape sj yg ada...
ada org tu lg x bekerja...lg kesian ngan anak2 lagi nk tggung..
tulah setengah org x fhm
keje gomen mmg lah hebat...tp x selebat ape yg swasta dpt..betul ke..kahhh lantak
janji apa yg kita dpt ni halal..n bahagia tul x..hiksss
nyamfah ngan gomen...
ada macam cekgu juga lah..hhehe
duduk kat penang memang kena struggle
tapi saya rasa,dimana-mana pun kita berada kita kena berusaha :)
salam dayah. lama dah x baca blog hang.
pasai keja ni, ia mmg rezeki masing2. bg aku personally, aku mmg x minat jd cikgu. biaq la berbuih mulut makcik2 suruh aku minta cikgu. tak kisahlah gomen ke swasta ka, asalkan halal dan kita org pompuan dpt amalkan syariat. ye la, dpt keja xleh tutup aurat, nak solat pon susah, xbest gak kan. aku pon if balik kg,tak kira la kg hubby ke aku, makcik2 yg x berapa kenai slalu tnya, kerani kat pejabat mana? dlm hati geram juga. makcik, sy ni blajaq smpai u, xkan la jd kerani ja. tp diam n senyum je la. mgkin sebab kite ni x pandai bergaya dah bawa balik keta besaq mcm anak depa.hmm,takpun if depa dpt tau aku fully breastfeed, senang2 ckp, oh, xpa la x keja, boleh la menyusu badan.mmg geram dgn kata2 mcm ni. tp sabar je la kan. kita x rugi apa2 pon. aku rasa keja hang dah cukup baguih dah. go dayah go!
emm dayah , rs nye keje mana2 pun sama je .. cume lain dari gaji , masa tu jek..
tp cm akak ler.. kalau dh kawin ado anak plak tu kan, rs dh malas nak set job future.. janji ado keje, gaji, dpt cuti time nak , time balik keje lepakk... sabtu ahad x keje... cukup thn bonus dpt... mc ado ... rs nye ok dh ... maleh nak pening2 kan kepala..
by the way , family ku pun 90% pendidik
Maaf lewat balas semua..
Rozy, btull tu.. skg nakpaknya itu dha menjadi trend,..takpe la...kita terus berjual di tempat msg2..
Nadiah
salu ms usrah smua geng2 atasan..dayah sorang ahli biasa...geng2 ku smua di KL..tetiba dayah pun jadi sepohon kayu..hahahahah..nanti dah balik Png, leh le join
El..haku sesuai ek..? hehehe...nasib la arwah mak aku tak bising mcm tu sbb dia pun bukan che gu
Dilla..ya..di mana2 harus ada usaha...
Mama Ifwat..thx sudi singgah..hang bila nak ada blog..asyik di FB ja..:)
kkdg org2 tua ni...depa dok ingat stail dulu2 lagi kot...?? fullu BF mean x keja...pakai keta kecik mean gaji skit.. tu la..redho ja la.kita tak rugi papepun..
Zura...
bila dah beranaak pinak je mmg malas nak kejo cite2...heheheh..buat je la takat yg mampu...
dayah........kita serupa.......
tension gak keje kat "U" ni.
pressure dr family dan rakan rakan dok bgtau awat tak jd lecturer je????
heheheh. akak mmg nak sambung study tp bukan master, bukan phd.dan bukan utk jd lecturer.
sambung belajar utk mencari ilmu supaya dpt membantu org lain. itu target akak dan rasanya lebih bermakna dlm kehidupan akak. org lain mmg payah nak paham. nasib baik hubby paham. peace!
kakshida..
ooh..saya ingt dah heaven dah dok kat situ..envy u...
good. tak semestinya smbg belajaq mastre/phd utk jadi lecturer semata-mata.saya rasa apa yg kakshida buat selama ni, active in BF&BW mmg dah byk bagi ilmu pada org lain, lebih dari lecturer U rasanya..keep up the gud work sis!
dayah....
thank for the dua'. InsyaAlah dayah akan jumpa kerjaya yg baik. ok what keje kilang. jd minah kilang tp maintain bf kat anak. kalo keje selesa sgt tp malas nak BF, takleh nak kata apa la kan.
Salam Dayah,
Wawa penah hadapi ni dulu, klu belah wawa ok je tp klu belah sana,terasa dikecik kecik kan diri ini, yela...sblh sana ramai keje gomen. Wawa ni ja la keja swasta tp diaorg xtau, kita keja sbb nk membantu ekonomi rumah, bukan saja2 & bukan senang nk keja kat penang tu, kena betul survive.
Bagi wawa, ms dok prvs company lagi sng nk buat 'projek tenusu' sbb ade tempat, skrg xde...cuma ada surau je & keje xtentu,kdg t'skip pumping sesion sbb meeting. Tu la, ade pro n con semuanya, terpulang pada kita nk take +ve mke -ve.
Ape ape pun, all the best Dayah, kita tau apa yg kita buat & selagi hubby redha & tak melanggar syariat, teruskan la.
Alahai.. klau bole takmo jadi cikgu (tak bersyukurkah aku) susah wwooo... jaga anak org. mmg byk cuti, tp keje pun byk. smpai bwk balik rumah. tensennye dgn kerenah bos, pelajar, ibu bapa dan kerja-kerja kerani yg kene buat. tu blum lagi sukan ke hape2 majlis lagi kene handle.
family mertua xde sorang pun cikgu. xde sape faham tugas guru. yg tau KEJE SETENGAH HARI, BYK CUTI. padahal tu hanya waktu berhenti mengajar secara rasmi je. kerja2 fail, marking buku pelajar, buat soalan, staple soalan, tanda soalan, kelas tambahan free. tetiba depa mai umah pasai pa umah sepah ni... hang kan keje balik cepat. Lol! bestnye klau aku keje kt opis...
panjangnye!!
Wawa, bertuah sbb dpt rasa dua2 side... hehehe..rsnya company Wawa dulu and company dayah pun lebh kurang environmentnya..dah nama pun satu line...ya..kebebasan agak bebas...
itula..sedara mara yg sinok2nya..tapi skg Wawa dah selesa kan..
tksih atas nasihat
Haa..dah denagq pun cikgu bersuara...selama ni tak pernah keluaq suara..hehehe..thks Kikie...dayah tau , ramai juga yg mengeluh, org pandang je cikgu ni senang..tapi sebenaqnya susah..kami ni pandang tang cuti pjg ja..heheh
yg engineer nak keja cikgu..yg cikgu nak keje ofis..mcm2.. huhuh
KakShida
yup, minah kilang lagi ada freedom utk BF anak sbb depa break time 3 kali sehari..mmg sesuai dgn waktu mengepam...tak sapa pun kacau, takyah mintak izin boss.kita nak kena boss tau dok hilang sat2 p pam...nursing room kat kilang setaraf dgn mall even better saya rasa. fully equipped
saya syg kat company saya..bak kata sorang trainer u..u must make sure your company has career path , then you will have your path too.kalau company bagus, insyaAllah kebajikan & benefits milik employee terjaga
Post a Comment