Adakah anda seorang yang suka survey dulu sebelum membeli sesuatu ? Jika ya, apakah selalunya yang akan di'survey’ ? Harga, brand, kualiti dan lagi ?
Dahulu saya seorang yang jarang survey. Saya lebih mengikut arwah mama yang tak berapa nak survey. Berlainan dengan papa yang suka survey. Ada pro and cons nya cara masing-masing
Sekarang setelah berkahwin dan sama-sama menguruskan kewangan keluarga bersama suami, saya kini merasakan saya sudah jadi 'Surveyor'. Tapi bukan semua benda yang hendak dibeli saya akan survey, tengok barang jugak la.
Akhir-akhir ini, saya tengah men’survey’ 2 -3 barang. So memang ligat ke sana kemari.Salah satu nya ialah deep freezer sebagai persediaan untuk stok menyusu.Mula-mula pergi bersama suami ke 2 kedai di sebelah petang. Disebabkan suami penat bekerja di siang hari, dia dah give up. Dia kata hari lain kita pergi.Saya ni pulak tengah semangat. Kalau boleh nak settlekan hari ini jugak sebab rasa malas nak pergi hari lain. Lepas drop suami kat rumah dengan anak, saya pun p la ke pekan Bukit Mertajam ( BM) dan menjelajah lagi 5 buah kedai lewat petang itu. Saya park keta satu tempat dan berjalan. Kalau dah semangat, tak kira penat ke apa, dari satu kedai ke satu kedai , lokasi bukan dekat jugak. Masa berjalan tu tak rasa, balik rumah baru rasa penatnya. Lagipun saya memang jenis suka shopping sorang-sorang. So tak kisah dan tadak masalah.
Saya puas, sebab saya tau kat pekan BM tu saya akan boleh dapat lebih murah daripada kedai2 elektrik yang mahsyur. Memang betul pun firasat saya.Harga jauh berbeza.Ini pun berkat tunjuk ajar dan pengalaman Rozy membeli DF ni
Bila sampai rumah terus saya lukis peta kedudukan kedai-kedai yang telah saya jelajahi, nama kedai, brand-brand yang ada di kedai itu, berserta harga asal dan harga selepas ditawar.Padahal bukan nak beli lagi..Saya rekemen sekian-sekian kedai bila jadi nak beli.So, saya bagi dekat suami, soh dia simpan. Sebab kalau nak cerita pun, takut dia lupa nanti.Lagipun suami tak familiar sangat dengan pekan lama BM tu.Kalau orang tak biasa mesti kata leceh. Almaklum, pekan lama, jalan sempit, parking susah, kereta banyak tapi still ramai orang. Mana tau masa dalam pantang, saya memerlukan DF ni, suami tau nak dapatkan di mana . Poyo je kan..
Apa baik buruknya survey sebelum beli ni.
Pro
1) Boleh membandingkan harga,kualiti di antara satu kedai dengan kedai yang lain
2) Dengan ini kita dapat membuat pilihan yang bijak (baik dari segi harga, kualiti etc )
3) Kepuasan kerana tidak ralat apabila survey sudah dijalankan dan apabila keputusan akhir
dibuat
4) Boleh jamu mata, jalan-jalan
Cons
1) Makan masa kerana menjelajah dari satu kedai ke satu kedai
2) Makan minyak , duit , tenaga ( tidak untuk online shopping )
3) Kadang-kadang bila dah survey 4-5 kedai , tengok2 kedai yang pertama itu yang lebih
kompetetif, so patah balik ke kedai pertama
4) Akan lebih keliru atau rambang mata untuk memilih sebab banyak sangat yang di ‘survey’
5) Kadang-kadang boleh terlepas bargain yang baik pada awal-awal survey
6) Kadang-kadang hasil survey yang sama, buat penat aje
Kenapa pro sikit je..kawan-kawan, apa lagi pro and cons daripada tabiat suka men'survey' ni. Apa yang saya list kan ni setakat yang dapat difikirkan dalam masa yang singkat.Apa pulak pengalaman kawan-kawan. Jom share..
Monday, April 5, 2010
Survey sebelum beli

Sunday, April 4, 2010
Saturday, April 3, 2010
Tag : Gaji dari Aieza
Sementara rajin, baik diselesaikan..kalau tak, tag dari Aieza ni pun boleh jadi pekasam...pasal $$$..syok ni...
1. anda makan gaji?
ya..tapi kenapa orang guna istilah makan gaji ni ye..tadak istilah lain ka..???
2. bila kebiasaannya anda dapat gaji?
sebulan 2 kali, 7hb dan 22 hb...hehehee..lain dari kebanyakkan orang kan..
3. pernah dapat gaji lambat?
tak pernah
4. perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji?
bukak new sheet of budget planner untuk catit jumlah yang masuk bulan itu..
5. anda happy dengan gaji yang anda dapat?
so far alhamdulillah, tapi kalau buleh lebih lagi, mesti lagi happy kan...
6. apa yang anda buat dengan gaji pertama anda sewaktu mula-mula bekerja?
beli Quran yang sampai sekarang digunakan, dan emas. ( emas sebab arwah mama
nasihatkan)
7. berapa anda simpan dari gaji anda?
tiap-tiap bulan kena potong gaji sebab beli share company..itu je la simpanan yang konsisten
8. apakah barang yang paling berharga dapat anda beli hasil dari gaji anda?
kereta, tapi 1st monthly payment la sebab downpayment arwah mama bayar...
9. berapa gaji yang anda impikan?
kalau ditanya, memang tak berhenti la tangan dok taip nombor 0 dari selepas nombor
pertama.hihih..mata duitan...
10. tag 5 orang yang anda rasakan sudah dapat gaji?
sapa-sapa aje..
Friday, April 2, 2010
Tag dari Bed yang dah berkurun disimpan
Actually saya suka ngelat ( eh betul ka perkataan yang digunakan,org Penang tak reti guna perkataan ngelat ni) kalau kena buat tag...tag dari Bed ni pun peram dah nak masuk sebulan..ampun ye Bed,ni aku buat ok..Jom layannn..
1. first time jumpa with your hubby, bila and kat mana?
masa matrik thn 2000, dalam meeting ( skemanya..hahahha)
2. love at first sight?
for him yes, eh ni tag utk aku,p describe pasal husband pulak... for me no...well, we were in the
meeting kan..tak sempat nak 'sight seeing' sebeb meeting Biro Agama...tak sesuai :)
3. who is he when the first time you meet him?
a matrix student
4. how long it takes for him to ask you out of a date?
no such things...
5. first place dating?
n/a
6. how he proposed?
nak kata proposed betul-betul tak la jugak..takde la macam orang " will you marry me"..kitorg
terus je bincang bila nak kwin..
7. special date with your hubby?
19 Feb 2007, tarikh nikah
8. changes that he asked you to do?
not really a change , cuma tolong masak pedas skit,sebab kami sekeluarga memang tak makan
pedas, so bila dah kawin ni baru la start membeli cabai burung la, cili padi la..kalau tak, tak
layan...but still masak tak berapa pedas..tak buleh la abang...hihih
9. what is about him that you love so much?
everything
10. what is about him that you wish he would like change?
I still can tolerate , so far not much.
11. you will lose your mine and crack your head when he?
kita tanya, tapi takde jawapan..padahal dia mendengar
12. you will smile through your eyes for the whole day when he?
he make me smiles everyday..enough said
13. complete below sentences 'my love towards my hubby is as big as..'
I just unable to compare..is too huge
14. nak pass tag ni kepada siapa?
takde kot..mesti ramai dah buat...