Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, July 22, 2010

Nursing Room Yang Penuh

Lagi berkisar tentang nursing room baru kami itu. Jangan boring ye kawan-kawan...

Kami semua mula menyedari yang bilik kecil itu tidak dapat menampung kami kalau ramai-rami pakat mai serentak. Pernah suatu waktu itu, 5 orang sekali. Padahal tempat untuk 2 orang, plug pun ada 2. tapi plug yang satu lagi kedudukan tak strategic, so memang jarang digunakan . Peti sejuk pun dah tak muat. Kena report kepada in-house klinik untuk sama ada beli satu lagi fridge yang besar sikit atau lagi satu mini bar.

Pagi ni, ada 5 orang jugak. Nasib sorang tu dah siap dan keluar. 4 lagi .Pengguna no1 memang pengguna Spectra tegar. Saya no2 masuk ke bilik tu. Since kedudukan plug yang agak jauh, saya decide untuk guna kaeadah Marmet ( perah guna tangan ) sahaja.Saya duduk di tempat duduk yang dikhaskan. Beberapai minit kemudian, no3 masuk.Dia pun tak guna pam.malangnya tepat duduk dah tak ada. So kami tarik kerusi dari luar dan dia duduk berhampiran pintu. Dan selang beberap minit, no.4 pulak masuk. Dan bagusnya, dia juga hand express mom. Tapi terpaksa berdiri ke dalam berdekatan peti ais. Dia tak kisah sebab nak cepat nak kena masuk keja. So a da 3 marmet mom dan 1 pam. Saya saja mengusik yang guna pam tu..




Saya : “ Hei XXXX, U shud thank us you know. 3 of us use hand, so you no need to rush and you can sit there.

Dia :“ Yalah..yalah.. is supposed to be shameful because don’t know how to use hand”.


Saya : “ So,this will be your permanent place.”

Dia : “ Then I stick my name here lah…” sambil gelak-gelak.



Tengahari tadi, turn saya pulak berdiri sebab dah takada kerusi.Saya masih lagi boleh menggunakan spectra disebelah kiri dan kaedah marmet di sebelah kanan.


Moral disebalik kisah ini, walaupun terdapat kekangan seperti ruang, plug dan sebagainya, masa itulah kita sedar bahawa Allah menjadikan tangan ini tidak sia-sia. ( wahh..macam dok bagi tazkirah pulak.) Bila saya kenang balik peristiwa ni, betapa saya bangga rakan-rakan sekerja mahir dalam marmet skill sekaligus tiada masalah hatta terpaksa berdiri. Cuma bagi yang new beginner, skill boleh di'polish' dari sehari ke sehari.


Pam yang termahal yang digunakan setakat ini adalah spectra. Tiada siapa yang pakai FS ( outdated ke kami ?? ). Dan oleh kerana pekerja di sini terdiri daripada pelbagai level ( jawatan tinggi dan kurang tinggi), saya tidak mahu mereka merasakan yang untuk menjayakan penyusuan ekslusif memakan belanja yang tinggi. Oleh kerana, saya rela bersama-sama mereka mengaplikasikan teknik marmet. Dan jika saya menggunakan pam, saya memang nak cepat dan bila ditanya pasal harga pam pula,saya sejujurnya memberitahu harga dan memaklumkan saya beli ketika anak pertama dahulu dan masih lagi boleh digunakan hingga kini (walaupun terpaksa masuk workshop sekejap). Dan saya tegaskan jika mereka sugah mahir dengan marmet, tak perlu pam pun takapa, kecuali kerja mereka menunutut mereka untuk travel/ terkejar-kejar masa.


Pada awalnya mereka melihat pam sebagai factor susu banyak. Tanggapan itulah yang perlu saya buang jauh dari diri mereka. Sebab itu saya juga sama-sama memerah dan membuktikan saya juga boleh dapat hasil yang sama dengan pam. Namun saya juga memberitahu bahawa tidak dinafikan, pam ada sumbangannya yang tersendiri. Kelenguhan, keletihan dapat dielakkan dan mungkin lebih cepat sedikit. Jika ada yang berminat dengan pam namun agak ragu-ragu dengan harganya , saya mencadangkan untuk join kutu pam atau simpan berdikit-dikit untuk beberapa bulan. Atau cuba pam saya dulu.


Dan yang menggembirakan saya bila ada rakan yang mula-mula agak dingin dan tidak terima konsep demad vs supply. Sekarang dah mula sedar bahawa itulah konsep yang dapat maintain milk supply. Dan dia mula-mula berjinak untuk menjadi pengguna nursing room itu. Alhamdulillah…

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 sharing:

Ina Hashim said...

caiyokk pada ibu2 yg mengepam guna kaedah marmet

izzahazfar said...

suka entry ni....

memang kena belajar jugak!

Rozy said...

rozy cukup kagum dgn sapa perah guna tangan.. rozy ni xsabaq dan malas.. hehehe

Ammi Sara said...

Alahamdulillah..bagus2x, suka baca. kena besaq kan lg bilik ni kut, apa2 pun go BF mum! br tau nama teknik tu marmet, mmg dari dulu kak sara guna teknik tu bila bengkak..:)

AlongAzrina said...

Bagusnya

Hazu~ said...

Saya kadang2 je guna tangan sebab cepat lenguh. kadang-kadang 20 minit dapat 2oz je sedangkan kalau guna pam boleh dapat 4oz. maybe kena belajar lagi macam mana nak perah lebih cepat kot.

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

kagum jugak la membaca..

other ladies lepak kat pantry bergossip tak bermanfaat. kurangnye u all sembang2 ada hasil tenusu.

Dayah said...

KakIna,
chaiyok!!mmg kena sentiasa bersemnagt n berusaha

Zah,
tak rugi belajar...boleh guna waktu kecemasan

Rozy
dayah pun cepat cemuih, tapi sabaq ja la..

Dayah said...

Azrina,
tkasih

Hazu,
mmg..cepat lenguh sikit, tapi bagi yang dah biasa, no hal..hasil pun setara..

MamaMiya..
borak2 pun ada hasil..pulak tu bebas bergosip sbb takde org dengar..hehehe

Dayah said...

KakSara, tula rasanya kena bagi besaq, tapi tadak space dah..kena bertolak ansur la sesama kami..

sue said...

sue yang keja kat health clinic ni pon tak jumpa suasana perah susu yang macam ni. Padahal semua staf tau kebaikan,cara simpan, cara perah susu ibu.

kakyong said...

singgah sini.. lama tak ke sini...
oowhh.. ade citer pasal ibu2 mengepam/memerah susu di sini ya..

tahniah dayah, bagus kerana menjadi pemangkin utk kwn2 sekerja sama2 appreciate susu ibu....

mama'ifwat said...

dayah, aku impress sgt! marmet? never heard of it! aku mmg pengguna pam tegar dan memang berangan nak beli FS. :p. hang kena buat class la mcm ni dayah khas utk kwn2 kisas. nak port kat rmh aku pon boleh.qay pon mesti nak join. :D

Nia said...

Salam ziarah ya,

Saya memang 'salute' pada mommies yang breastfeed. 'Double Salute' pada yang perah guna tangan.

Semuanya untuk anak kan..harap saya ada peluang untuk BF juga nanti. Nanti nak belajar jugak marmet tu..huhu..

Dayah said...

Sue..
kkdg mmg surrounding tu ada kesedaran, cuma atas diir org perseorangan..

kyong..
saya pun rindu dgn kyong..lama dah tak komen kat sana

Miza
nak wat kelas marmet, ok je...hehehe..aku pon teringin nak pakai FS, tapi spectra ni masih lagi boleh berjasa...guna dulu la..

Dayah said...

Nia
salam ziarah kembali...
insyaAlah, stau hari nanti pasti Nia akan ada peluang utk BF...

Momma Mia said...

seronok tengok nursing room orang. Alhamdulillah kami pun baru berjaya dapat nursing room sementara di opis. nntikan updatenya nnti

Momma Mia said...

kene blajo lagi la ternik marmet tuh... cam ada buat kesalahan ker as per link yg bg tu... huhu takut lak nk buat lagi