Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Monday, July 12, 2010

Nursing Room Baru...Yeay!!

Sungguh teruja di hari pertama kerja kerana Nursing Room ini !!

PN1 nursing room

Ini kerana sampai saja ofis lepas scan in, saya terus ke in house clinic untuk meletakkan beg pam dan cooler bag. Bila masuk saja, saya tidak melihat kelibat peti sejuk yang terletak di ruang depan .Saya terus bertanya kepada nurse tentang ‘kehilangan’ peti sejuk yang selalu berada di situ. Dalam hati dah risau mana pergi peti sejuk ni, nanti nak letak EBM ( Expressed Breast Milk) macamana,bla..bla..bla…

Nurse telah menjawab “ In the nursing room”. Saya pun bertanya sejak bila sini ada nursing room. Baru nurse tu perasan yang saya baru datang kerja. Dengan baik hatinya dia bawa saya melawat nursing room itu. Dan menerangkan perkara- yang perlu diketahui untuk pengguna lalu mendaftarkan saya dalam sistem.

Jika anda pernah baca entry saya pasal nursing room at office, memang company saya ada menyediakan nursing room tapi hanya utk building yang kami panggil PN2, manakala PN1 masih lagi menggunakan in-house clinic. Memang ada request untuk mewujudkan satu nursing room di PN1 tapi kerana space constraint, maka banyak kali hajat ini tertunda.

PN2 nursing room.
Beza sedikit dengan PN1


Saya tidak tahu akan plan untuk membina nursing room ini walaupun saya berkawan baik dengan Facility Engineer Kak Sue yang bertanggungjawab hal ehwal bangunan yang turut designkan nursing room dalam gambar di atas. Dulu Kak S memang fight untuk area yang dikosongkan di PN1 untuk dijadikan nursing room, namun tak dapat. Dan kali ini dia mengandung, ada alasan yang kuat, ditambah bilangan BF moms yang semakin bertambah tahun ini dan keadaan klinik yang tidak lagi selesa.

Nursing room ini baru berusia 3 minggu .Walaupun agak kecil berbanding PN2, namun ia sudah cukup selesa buat kami. Ini kerana jika dahulu mengepam di klinik akan sedikit terganggu dengan suara2 pekerja yang datang mendapatkan rawatan.Oleh kerana job nature saya bergerak di antara PN1 dan PN2, saya suka sekali kalau dapat menggunakan nursing room di PN2 berbanding di PN1 klinik. Tapi kini, di mana2 building saya perlu bertugas sudah ada nursing room yang selesa. Cumanya laluan ke nursing room ini melalui laluan ke Executive Director Floor di mana big bosses berkampung di sini. Dulu orang-orang biasa macam kami tak lalu jalan ni kecuali kena mengadap big boss la, tapi la ni, terpaksa la lalu. Hope they understand kami nursing mother dok p balik p balik ke bilik ini.

Bilangan pengguna juga sudah meningkat. Kalau petang memang hampir penuh peti sejuk ni. seronok tiap kali bukak peti sejuk ni tengok EBM 1Malaysia. Semua bangsa ada.


Saya sungguh terharu atas kewujudan nursing room di PN1. Terima kasih kepada management yang ambil berat kebajikan kami BF moms.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 sharing:

ibu_Arifa said...

bestnyer..terharu pun ada jugak sbb ada jgk company yg mengambil berat dgn BF mommies ni kan.. alhamdulillah Dayah..semoga segalanya di permudahkan.

cantik lah nursing room kat tempat keje Dayah tu. Bila nak ajak saya kerja kt sana jgk? hihi

Ammi Sara said...

Best! baru seronok kan dayah nak pumping kat tmpt keje..all d best berkerja semula ;)

izzahazfar said...

apesal mcm shahdu je tengok gambor ebm tu kak...?huhuhu

selamat kembali bekerja!

Rozy said...

wahh.. WD sangat bagus.. memang justified laa kalau nak dapat Nursing room sebab ramai yg BF, xmcm company rozy.. but still ok sebab evry department memang ada fridge sendiri leh rr simpan EBM, tmpt nak pam memang kena kreatif sikitlaa..

Ina Hashim said...

wah...bestnya ada nursing room...tambah semangat nk BF...akak ngepam kt surau opis yg dikongsi ppaun+lelaki..mmg xde privacy

Momma Mia said...

Wah bestnya Dayah ur Nursing room. Kami pun baru jer ada nursing room sendiri.. nnti ku update. Bilik tuh masih byk yg perlu di tambah...

Hamizah said...

semoga terus bersemangat utk BF

Dayah said...

Ibu Arifa,
cantik ye nursing room tu..hehehe..
nak keja sini, mai la forward resume..

Kak Sara
baru ada semngt skit ..tempat abru la katakan'

Dayah said...

Zah,
syahdu tgh EBM ? nanti turn zah pulak

Rozy
tak la bagus tara mana wd ni...cuma mungkin keperluan kot..

Kak Ina
syukur...bukan semua org ada kemudahan camni'

MommamIa
nanti cite la psl nursing room tu ek

KakMizah
insyaallah, chaiyok !!

mamashasha said...

dayah, mmg solute la management hang...baguih2...susah nak jumpa ni....