Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Wednesday, July 28, 2010

SGM Penang-Baru nak update

Baru nak update pasal crita SGM... huhuhu
**********************************************************************

Support Group Meeting kali ke-2 untuk Kawasan Utara telah berjaya dilaksanakan.

Ini merupakan penglibatan saya buat kali pertama kerana sebelum ini dalam pantang, maka tak dapat nak attend.

Program bermula pukul 9.30pagi. Didahulukan dengan acara taaruf. Masa ni saya sibuk dok breakfast dengan anak dara saya, manakala Mursyid, di’babysit’kan oleh Zah. Terima kasih Zah. So tak sempat nak kenal sgt mula-mula itu.

Sungguh besar cabaran membawa 2 anak kecil tanpa suami . Tapi saya tengok KakSara rileks je..Mungkin Yaya dna Syaik dah cerdik. SI ni , ikut kepala dia la. Mula-mula saya ingat boleh handle tapi sangkaan sedikit meleset. Saya tidak dapat memberikan tumpuan 100%. Mmujur ada adik ipar yang belajar di USM. Terus kol dia tanya free dak. Kawan dok tengah ada BBq dengan geng kat Pantai Jerjak. Nasib dia kata tak kisah nak jaga. Kesian dia..saya dah susahkan dia. Dahla lelaki pulak tu, pandai jugak dia ngasuh. Mula-mula ingat nak suruh dia bawak SI round2 USM untuk beberapa minit, tapi dia kata dia bawak SI trus join BBQ depa.

Ok, berbalik kepada SGM tu. Topik pada hari itu adalah Mitos-mitos dalam Penyusuan.
Antara point yang saya ingat yang telah dibincangkan

1. Tak cukup susu
2. B kanan nasi, B kiri air
3. Size kecik kurang susu
4. Air masak pada bayi utnuk hilangkan dahaga
5. Puting ‘buta’

Perbincangan dikemudi oleh moderator KakShida dan dibantu oleh ahli-ahli MBfPC yang lain, Zah dan KakNida. Banyak maklumbalas dan pengalaman rakan-rakan yang dikongsi bersama. Memang hidup perbincangan hari itu.

Banyak pengalaman yang berbeza yang saya dengar dari rakan-rakan lain. Oleh kerana masiang-masing baru kenal, masing-masing galak bercerita dan bertukar –tukar pandangan. Rasa macam dah kenal lama. Kerana ‘Susu Ibu’ telah mengikat hati-hati kami semua.

Nak update bab makanan sikit. Ada macam-macam juadah, Bihun dari 3 tuan. Mee 2 tuan, kek,kuah durian,muffin, nuget dan macam-macam lagi. Siap boleh tapau bawak balik .

Boleh baca lagi entry tentang SGM ni di bloh Zah atau K.Sara.

photo credit to K.Sara

P/S : AmmiSara, thank you bagi Mursyid & Shukrina hadiah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 sharing:

Nadiah Sidek said...

dah baca psl citer SGM ni dulu kat blog kak sara..ehehe..

Ammi Sara said...

sama2 dayah :)
takla rilex mana pun, kebetulan waidi tidoq so ok sikit, lgpun dah biasa kut dgn diaorg je bila baba mereka takde, hihi..tp kalo dayah perasan brp kali k sara saie dr tmpt duduk ke meja mkn melayan syaik yg nk macam2 tu :)

Yan said...

menarik...
cerita la lebey2 skit.. nak tau jugak

Dayah said...

Nadiah..
dayah nyer train lambat skit..sbb tu baru nak post.kaksara n zah bullet train.. :)

Ksara,
alah bisa tegal biasa kan..

Yan,
buleh kunjungi blog ksara n zah yg bercrita tttg SGM ni...