Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, August 5, 2010

I choose to breastfeed

Tajuk omputih , isi Melayu.. :)

************************************************************************************
Seorang rakan yang baru masuk kerja setelah melahirkan anak, bercerita tentang susunya yang kurang, anak tak puas minum, terpaksa campur...bla..bla..

Selalu komen yang sering saya dapat adalah “susu hang banyak tak” , “hang tak apa la susu banyak” tatkala melihat hasil perahan saya. Mereka beranggapan yang susu saya banyak, sebab itu saya boleh ekslusif BF. Sejujurnya setakat ini, saya melihat diri saya bukanlah seorang yang meriah susu, TAPI INSYAALLAH CUKUP UNTK ANAK SAYA. Purata hasil tenusu saya bagi satu sessi adalah dalam lingkungan antara 5-8oz , bergantung. Jarang sangat saya nak dapat lebih dari 10 oz. Tapi setakat ni Alhamdulillah, cukup untuk Mursyid.

Saya berpegang kepada konsep demand vs supply, di mana ada permintaan, di situ ada supply. Dan saya beriman kepada Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi, walaupun tidak pernah lebih 10oz, tapi sentiasa cukup kerana hanya Allah yang tahu, hasil yang setara itu sudah memadai bagi bayi saya. Tidak ada sign Mursyid kurang susu.Walaupun corak penyusuan antara anak pertama dan kedua adalah berbeza. Saya percaya yang Allah jadikan setiap ibu cukup susu untuk anaknya. Jika terbukti tidak cukup sekalipun atau tidak dapat menyusu , pasti Allah yang Lebih tahu mengapa Dia menciptakan sedemikian . Dan orang-orang yang tidak berpeluang ini ( tidak dapat menyusu atas sebab-sebab tertentu yang konkrit) menjadi golongan yang dipilih oleh Allah untuk berada dalam keadaan begitu. Dia lebih tahu !


Ada 2 rakan saya yang masing-masing melahirkan anak lebih kurang sama dengan saya, merasakan mereka adalah golongan yang kurang susu, sebab itu mereka perlu tambah dengan artificial milk. Besar cabaran bagi saya unutk menerangkan perkara yang sebenarnya. Sekali penerangan tidak cukup untuk meyakinkan mereka.Ini baru kes kurang susu, ada juga yang perah susu dan buang.


Sebenarnya, apa yang saya dapat rasakan cabaran paling besar dalam penyusuan susu ibu ini adalah DIRI KITA SENDIRI. Suami, keluarga ,rakan-rakan jatuh ke pencabar sekunder . Kerana semuanya bermula dengan diri kita. Diri ini juga yang setkan minda samaada untuk memilih mahu menyusukan anak atau tidak. Diri ini juga yang berkata dan menganggap yang dia tidak cukup susu, tidak boleh menyusu, susah dan melecehkan dan pelbagai alasan lain tanpa bukti yang sohih. Oleh kerana anak kita menangis selepas disusukan, itu tidak bermakna, kita tidak cukup susu untuknya. Banyak faktor lain yang mungkin menyumbang yang perlu kita perhalusi satu demi satu seperti faktor keselesaan, lampin basah dan sebagainya tanpa terus menghukum “ susu kita yang tidak cukup”. Diri ini juga ada waktu terasa malas untuk memerah /mengepam. Diri ini juga yang rasa malu untuk menyusu di khalayak.


Oleh kerana itu saya menyeru jika kita mahu menyusukan bayi kita, pasakkan niat, pandang ia sesuatu yang positif , kuatkan hati dan semangat kerana perjalanan penyusuan ini bukanlah indah belaka. Ia ditemani pelbagai cabaran & pengorbanan demi mendapatkan yang terbaik.Carilah ilmu kerana dengan pengetahuan akan membuatkan kita lebih konfiden. Bergaullah dengan orang yang positif juga untuk mendapatkan semangat.Andai disekeliling anda itu ada unsur-unsur tidak memihak kepada pilihan anda, jangan mudah mengalah.Semua itu adat manusia . Kini pelbagai bantuan, sokongan sedia ada untuk membantu kita. Malah usaha-usaha untuk memartabat dan meramaikan golongan ibu menyusu kian hebat dilaksanakan. Cuma menunggu tuan empunya diri sama ada mahu atau tidak. Saya cuma menyeru, tidak memaksa. Saya faham lain orang lain kondisinya. Ingat, walaupun sebanyak mana pandangan yang kita terima, akhirnya DIRI KITA SENDIRI yang akan membuat keputusan.


*************************************************************************************

SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 sharing:

mamashasha said...

dayah...selamat menyambut minggu BF sedunia...insyallah 2nd bb aku akan usaha utk BF sepenuhnya....

nasz said...

btl tu wijdan, ape2 pon diri sndr. kalau kita tak bulatkan hati, memang tak menjadi la.. pengalaman lalu memberi pengajaran kat nas yg serba tak tau sblm ni

-aZa- said...

terima kasih kak...kene confident tu yang penting..dengan cabaran masa pantang nanti..tau la orang2 tua kan depa lagi expert..satgi teruih ja kata susu tak cukup..kita ni dahla first time...
apapun entry akak banyak memberi info kat saya...insyaAllah praktikalnya 2jan2011 ni..semoga diberi semangat ameenn....

Dayah @ Real Ummu said...

Bed...cepat2 la bagi Shasha adik.. :)

Nas
Nas dah berpengalaman...so bukan compare kan...

Aza..
insyaAllah...nanti baby kaur , abgitau la ye..

Anonymous said...

SOKONG..

mmg ada jenis pempuan yg cept sgt 'MALAS' nk nyusu anak .. tu lum usaha, pehtu bile ank tu kecik2 dh sakit mcm2 baru le tingt "rugi x bf"...(edisi geram ni)..

cz ada org terdekt dgn ku.. baru bf x smp 5min, dh ckp susu xdak ..pehtu sumbat susu lembu.. pe le .. maleh nak nasihat...

Lina said...

setuju, semuanya terletak pada diri sendiri.. yang penting kita mencari ilmu