Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Monday, August 9, 2010

Perkampungan baru untuk EBM saya

Semasa membuat keputusan untuk membeli deep freezer ini sebulan yang lalu,saya masih teragak-agak. Kalau nak ikutkan , stok saya ketika itu bukanlah banyak mana jika ingin dibandingkan denagan orang lain. Suami juga bertanya adakah keputusan yang saya ambil ini muktamad? Ini kerana dia takut kalau-kalau pembelian ini satu pembaziran andaikata, stok tidakla meriah dan peti sejuk yang ada kini mampu menampung. Tapi saya positif

Tapi memang peti sejuk sekarang tidak lagi dapat menampung kerana selain stok EBM yang telah menjajah perkampungan ayam, ikan dan ais yang telah dulu bermastautin di sini. Oleh kerana bekalan bahan mentah sentiasa ada , hari-hari ada diet protein yang berbeza-beza untuk dimasak. .Larat ke nak makan telur hari-hari . tambah –tambah nak bulan puasa nanti, maka saya rasa tidak selesa. Kalaulah ayam, ikan, daging itu boleh berkata-kata, pasti depa juga akan merungut.

Ada incident, saya ingin mengeluarkan bahan mentah untuk dimasak, tetiba tergesel dgn stok EBM, jatuh dan pecah. Bekas dadih kan sensitive, bila dah beku, kalau jatuh, mesti pecah.Lepas itu, papa saya yang suka minum the ' o' ais waktu lunch tidak lagi dapat berbuat demikian kerana ais tidak ada ruang untuk dibekukan. Hujung minggu lalu, papa saya kata, dia ingat dia nak beli la ikan banyak-banyak di market Bukit Mertajam BM ( orang sekitar pasti tahu market BM ikan/ayam harganya jauh lebih murah) tapi memikirkan takada tempat nak letak dah,dia tak jadi beli. Huhuhu..sedihnya…

Walaupun saya tahu liner dapat membantu menjimatkan ruang, tapi tahla kenapa saya suka bekas dadih. Senang disusun dan nampak kemas.Bila direndam dalam bekas air panas sewaktu ingin diberikan pada bayi pun cepat .Tapi kini saya guna liner jugak sebab bekas dadih dah habis dan tak sempat nak p beli.


Makanya, awal Julai lalu,saya telah membawa pulang deep freezer. Brand HiTec ( tak pernah dengaq pun, gasak la ) .Saya berdoa agar saya terus gigih mengepam, susu saya meriah moga sentiasa ada rezeki untuk anak saya , dan pelaburan ini berbaloi…Moga ia menajdi satu motivasi dan saya ingin peti sejuk saya seperti dulu. Saya dapat longgokan stok bahan mentah untuk seminggu. Papa saya boleh menikmati teh 'o' ais kurang manis di waktu tengahari. Adik saya boleh goreng fries selalu . Semua orang happy kan.


Di saat enty ini di'post'kan, DF ni memang amat berbaloi..Jika tidak tah di mana saya hendak sumbatkan EBM

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 sharing:

alinalan said...

yes always think +ve pasti boleh. Me pun masa nak blei pun teragak2 gak but tekad kan azam & now freezer pun hampir penuh gak... yg pasti there will be no 2nd freezer.. heheh...

Tahniah Dayah!! caiyok2 & happy BF!!

RieNa said...

tahniah dayah! k riena tumpang happy dgn usaha dayah. :)

Ina Hashim said...

dayah,

congrats!!!once dah ada DF, kompem semangat nak menambah stok EBM makin membuak2 mcm akak dulu :)

-aZa- said...

salam kak...ley ke share costing dia? and memang store ebm je ke atau ada tumpang benda lain? kalo kita store kat freezer peti ais sekali ngan ikan ayam sume tu kan..ada effect tak kat ebm?

nasz said...

sng kan dah ade DF. tumpang gembira untuk kamu wijdan. semoga makin meriah susu, boleh beli DF lagi satu. hehehe

huds said...

aku pun nk cr satu..maslh aku peti kt umah my ML satu pintu..ada dua bijik..tu yg aku tak berani nk wat stok bebanyak..hmmm

Hanz Jamaludin said...

Wah Dayah, bagusnyer semangat BF. Thumbs up! Semoga di bulan Ramadhan, production EBM tetap maintain malah menyerlah..insyaAllah..

Salam Ramadhan to u & your loved ones.

Ummi Salsabila said...

wah.ada gadget baru.freezer baru..byknya stok dayah ya.congrats!!! ramdhan kareem:)

Dayah @ Real Ummu said...

momamia..yalah awai2 masa nak beli boubt jugak, tapi skrg nyesal kalau tak beli..mmg berbaloi-baloi...

KRiena,
tkasih...

Kaka Ina,
tula...membuak2 rasanua nak penuhkan DF tu

Aza,
DF ni dlm $600 after negotiated. tapi harag DF utk 110L lebih kurang ja..aroung 600-700 ikut brand.kalau letak kat dlm freezer sekali dgn ayam semua tu buleh, mcm kdayah dulu la sblm ada dF ni..tapi better kalau bekas2 ayam tu ditutupm\, sama mcm ebm kita

Dayah @ Real Ummu said...

Nas.tksih, tumpang gembira jugak dulu bila Nas BF Shamil

Hud,
kalau satu pintu , harus ko cari DF satu Huda...senang skit..

Hanz
Lesson learnt from 1st daughter. this time aim higher :)

US,
alhamdulillah, nak kata byk pun, ada org lagi byk tapi ok la..