Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Saturday, September 25, 2010

Raya Kami

Salam sayang semua...

Rasa lama benar tidak menulis blog..Sekarang ni ramai dok cerita tentang raya. Best dok baca cerita raya sahabt-sahabat. Raya saya kali ini, biasa - biasa saja. Cuma yang mengujakan ialah anak dara kami, SI dah mula memahami apa itu raya ( pemahaman seorang kanak-kanak 3 tahun), baju raya, salam dapat duit raya, ucap Selamat Hari Raya Maaf zahir batin, p beraya dan main bunga api.. Dan pasti yang lebih menggembirakan dengan kehadiran Mursyid yang beraya ketika di usia 4 bulan. Persiapan sedikit -sebanyak kena buat untuk si kecik ni. At least ada baju raya.

Pagi raya , saya sediakan rendang ayam, nasi impit dan kuah kacang, nasi tomato, ayam masak ros dan jelatah.Kalut jugak la masak sorang-sorang dengan melayan anak-anak lagi. Pukul 2 pagi selesai semuanya. Terima kasih buat suami dan adik saya turut membantu jaga anak-anak dan kemas kan rumah.Rumah saya ni , tak boleh kemas awal -awal , sebab nanti semak balik. SI sorang ja dah cukup jadi 'kaki kenjah'.

Baju raya pastinya lebih untuk anak-anak tu . Baju SI saya beli sedari bulan April, sebelum bersalin. Akhir-akhir puasa baru saya beli 1-2 lagi untuk dia. Cuma untuk baju Mursyid saya beli masa bulan puasa. Kami ni tidaklah bertema sangat. Cuma memang ingat nak pakai kuning la semua. Abi, SI memang kuning dah. Mursyid belum berbaju melayu lagi, so dia pakai romper ala-ala oren+ kuning. Saya je la..baju yang latar kuning, tapi dek bunga kaler ungu, saya pakai tudung ungu, so macam saya sorang je lain... tak kisah la..janji dapat raya.. heheh.

Cuti raya semingu banyak dihabiskan di kampung ayah sebab ibu saudara saya sakit.Maka kami kurang berjalan kali ini. Orang pulak ramai datang menziarah. Dapat jugak berjumpa sana-saudara.

Sehingga ke saat ini, masih lagi beraya. Syawal kan sebulan. Ketika entry ini ditulis, baru saja pulang dari rumah terbuka cum birthday party si comel Arifa Dalila. Best jumpa Husna anak dara Rozy dan Kak Sara bersama batalionnya..Esok ada 3 buah rumah yang menjemput. Jamuan di ofis pun tak sudah-sudah. Agenda makan jee sepanjang bulan ni. Alhamdulillah...



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 sharing:

kinna said...

tak sempat nk raya ngn hg..neway, mursyid sgt gebu no..geram tgk..

ILA HAFIZ said...

selamat hari raya.. comel baby..khasiat susu ibu kan?. :)

ila pun lama gak x baca blog.. skrang tgh mood rajin lak. hehe

ibu_Arifa said...

terima kasih Dayah sudi dtg ke majlis kami haritu. geram tul tgk Mursyid yg bam-bam tu. Tak sempat nak ambik gambar Shukrina dan Dalila sama2 aritu..dia still BF ker skrg?

kakyong said...

raya sebulan kan... masa kerja dulu byk juga jemputan dr kwn2 sekerja.. la ni sejak tak koje ni ziarah sedara mara & jiran2 jer lah.. kwn2 semua dah jauh2...

fizanur said...

wieh..dayah. memula tak ingat tapi bila tengok muka .haaa..tau tau. tapi kami tak ingat kita satu sekolah menegah ka rendah ha?. ahaks. sudah anak dua. selamat hari raya

Ummi Salsabila said...

mursyid dah bam-bam lah! bila la kita nak jumpa2 lak ek.mehla dtg raya rumah.:)