Rasanya tak pernah saya cerita tentang lawatan ke klinik desa untuk ‘check perut’ kan.. Dah nak bersalin baru terhegeh-hegeh nak cerita. Well, tidak ada apa yang menarik pun. Rutin check -up macam biasa. Ambik nombor giliran, timbang berat, amik BP, buat urine test, Hb test, then jumpa misi untuk check perut.
Cuma hari ni bacaan semua kena amik 2 kali. Memula timbang berat. Mesin penimbang tu baca 68kg. Last week timbang, baru 64.5kg. Misi pun terkejut.Saya lagi la terkejut. Mak aii, takkan naik 4kilo dalam masa seminggu.Rasanya makan macam biasa.Saya pun request nak timbang lagi sekali..Kot kot la mesin tu silap. Memang betui la mesin tu silap. 2nd time timbang, baru 64.9kg..Lega hati mak...
Kemudian masa amik darah utk HB test.Salu lepas check urine, baru amik darah, kemudian sementara tunggu bacaan, saya pergi la buang urine tadi, bersihkan segala. Heran jugak darah kat jari ni dok menitik lagi.Salu sat saja kering bila ditekan-tekan. Bila keluar dari tandas, jurumakmal tu tanya.
” Kak , darah tadi dok keluaq lagi tak ?” Saya pun kata dok ada lagi.. Heran jugak tak mau stop lagi.Salu dah stop waktu ni. Dia kata
“Baguihla, nak amik skit lagi, buat test lagi sekali”.
Salu bacaan Hb saya dalam 11.0 camtu, tapi bila dia buat test mula-mula tu , bacan jadi 7. Biar benar...Sebab tu dia mintak darah lagi sekali... Then baru dapat yang betul 13. Haaa..lega... Kalau 7, dah pengsan rasanya tak cukup darah merah..
Macam tu la ragam di klinik desa. Hari ni tak ada appointment jumpa doktor. Minggu depan pulak untuk scan. Masuk kali ni, 3kali doctor request utk scan perut saya selang 2 minggu sbb dia kata perut saya kecik. Siap plot graph untuk tumbesaran janin..takut terbantut.Tapi Alhamdulillah..masih atas garis tumbesaran yang normal ( walaupun kategori kecik la). Saya ada la kata kat doctor tu last week.
“ Actually I pray for this time baby to be a bit smaller compare to my 1st. My daughter born at 3.6kg.Is very difficult to push. I am afraid if I need to go for c-zer”
Doktor ni reply “ Then your prayer become true now”. The most it can go is 2.7kg”. Tapi tu la..bila kata kecik, risau pulak kita… Memang ramai yang tegur, perut saya kecik kali ni. Saya pun ada tulih entry concern takut baby kali ni lebih besar dari Shukrina.
Pastu scanner dia baca dua date saya lewat 2 minggu.Pulak..Cuti dah apply.Sebelum ni saya scan kat klinik luar, tarikh di scanner dgn pengiraan period saya adalah sama. Due saya ialah 7 May 2010. Saya ingat la scanner dia ni dah lama tak calibrate ni.Huhuhu
Macam-macam la kan.. Ada jugak yang kata saya ‘inginia’ kedekut, dok p check-up kat gomen. Depa kata pi la specialist .Well... sebab terbesar saya ke klinik desa adalah kerana arwah ibu saya adalah misi gomen.Walaupun bukan di klinik desa, tapi apa sahaja yang bersangkutan tentang hospital gomen, misi gomen akan membuatkan saya teringatkan arwah mama saya dan saya menghargai perkhidmatan awam kerana dengan hasil titik peluh bekerja di hospital gomen itulah saya dibesarkan. Dan saya masih ingin bersalin di hospital gomen walaupun ia tidak sehebat di swasta, layanan yang mungkin kurang ( padanla bayar pun berapa aje ) dan walaupun saya mampu. Dan bila terpandang misi-misi yang sebaya dengan arwah, akan mengembalikan ingatan saya pada mama. Dan kebanyakkan adalah kenalan arwah. Bila pandang misi-misi muda, ada di antara mereka adalah student arwah. Position terakhir arwah mama saya adalah tutor, so ramai anak murid la...
Masa saya bersalinkan SI, anak saya disambut oleh bidan kenalan arwah ( mama saya juga adalah certified bidan) dengan bantuan student arwah, dan Staff Nurse yang datang menolong/menziarah sepanjang saya berada di hospital. Bertentangan dewan bersalin itu adalah ICU dan CCU, wad kritikal yang selama hampir 12 tahun arwah berkhidmat , maka ramai Misi ICU bila dapat tahu saya bersalin disitu datang menziarah. Dan setiap kali saya ke Hospital Sebarang Jaya , Bukit Mertajam atau GH, Penang, air mata mudah mengalir keluar apabila melalui tempat2 arwah pernah bekerja. Moga arwah mama ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga Allah memandang ‘pekerjaan’nya selama ini membantu merawat pesakit. Moga segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan diterima olehNya
Oh, saya harus stop, kalau tak saya akan menangis..
Walau di mana jua ketentuan saya akan bersalin, dan pada bila masa, saya doakan agar segalanya selamat, dipermudahkan dan terbaik untuk saya dan baby . Doakan saya ya. !!
Tuesday, April 20, 2010
Check Perut ...37 weeks

Friday, April 16, 2010
Rindu...
Saya rindu untuk berblog..rindu pada sahabat-sahabat blogger..rindu nak singgah blog korang ..tapi masa cukup mencemburui, projek besar di ofis yang memerlukan penglibatan saya sebelum saya bercuti panjang dan nak kena 'passdown' pada orang lain, keadaan fizikal yang tidak berapa mengizinkan...walaupun malam masih muda, saya sudah bersedia di atas katil untuk beradu atau sekadar bergolek-golek...
saya harap masih dapat menulis sementara menanti kehadiran orang baru... kalian, jangan lupa saya ye...
Tuesday, April 6, 2010
Boss tanya, berapa ramai anak yang saya mahu ??
Kisah ini berlaku 2 minggu lepas.Satu hari tu , saya datang kerja lewat, biasalah, pergi klinik check perut dulu. Bila dah sampai lewat, saya kena parking jauh nun di hujung dunia. Kebetulan, ex-boss saya pun baru sampai ( boss biasalah sampai lewat ). So kami pun beriringan jalan menuju masuk ke kantor…Sepanjang jalan, dia bertanya pada saya dah berapa bulan saya mengandung.Saya pun menjawab .Apa yang ditanya, saya jawab. Kemudian satu soalan yang dicetuskan yang akan menjadi topic entry saya kali ini adalah.
“Hidayah, do you still want 4 childrens as per your previous plan ?"
Chewaaahh…sejak bila pulak saya p habaq kat dia saya mau 4 anak nih.. Dia masih ingat walaupun saya tidak keja dengan dia semenjak 4 tahun lepas..
Tapi dulu masa saya report bawah dia..memang kami share a lot of things including personal. Masa tu belum kahwin, so dia asyik tanya pasal boyfriend la...Apa plan nanti kahwin. Kebetulan ketika itu, saya masih di bawah ‘attachment program’ so bukan tetap lagi, dia nak make sure saya tak akan lari kalau dia convert saya ke permenant staff waktu itu. Dan nak dijadikan cerita masa tu bakal suami saya ketika itu ( yang kini adalah suami sah..apa punya ayat ni) dapat tawaran belajar di luar negara dan plan nya saya akan quit kerja dan ikut dia setelah berkahwin. Well, itu perancangan kami dan Allah juga telah siap sedia dengan perancanganNya yang lebih baik. Perancangan kami tidak berjalan lancar dan saya masih tersadai di kompeni itu. Ex-Boss cukup takut kalau saya kahwin dan meninggalkan dept / company itu. Bukan sebab saya bagus ke apa..tidak sama sekali..Even 2 org bawah dia sekarang ini yang masih single pun dia ‘warn’ siap2, kalau nak cari boyfriend/ nak kahwin , cari dok Penang, supaya depa tak payah quit. Ni kes malas nak train orang baru kalau ada yang resign.
Berbalik kepada persoalan anak, walaupun tidak lagi bekerja di bawah dia, kami masih keep in touch especially cerita anak-anak ( anak-anak dia rapat dengan saya dulu), pasal family . Sebab tu dia tanya pasal plan nak 4 anak ni?
Apa jawapan saya.
“ Yes, I hope to get 4, can add more but not lesser.”- fulamak konfidentnya jawab.
Dia bertanya“ Are you sure ? I already have 2 still cannot cope. You want more than 4. Sure can take care aa ? Is not easy with our situation now. We are working. Not enough time. Everything has to pay and not cheap…Bla..bla..bla..dia punya dok bebel.
Saya cuba untuk tidak drag kan perbualan .Apa yang saya jawab
“ I came from a small family. Parents, me and my brother. After my mom passed away, we really feel lonely. That is why I want more childrens so the family will be merrier”
Jawapan itu mematikan perbualan kami kerana telah sampai ke lobi kantor.
Sebenarnya itu bukanlah jawapan yang terbaik yang patut saya berikan pada dia. Tetapi saya tak mahu bersembang panjang kerana this lady boss is always right and will win. Bila dia rasa 2 anak dah cukup untuk membuatkan hidup dia kelam kabut, dia merasakan semua orang pun akan berfikira macam dia.
Mungkin kerana perbezaan bangsa, matlamat hidup, cara bekerja yang membuatkan dia tidak mahu beranak ramai. Kalau diikutkan dia punya previous plan, hanya nak seorang saja. Tapi pun terrr dapat 2. Dan nak tau hobi ex-boss saya ni ( kami pernah tanya dia dulu ). KERJA !! Memang tadak life lansung
Trend sekarang bagi bangsa lain yang meletakkan career #1 dalam hidup, kebanyakkan mereka ( yang saya lihat )
1) merancang untuk mendapatkan anak setelah beberapa tahun berkahwin, tak macam kita, kalau boleh nak cepat dapat anak lepas kahwin.tapi ada jugak orang kita yang merancang
2) bila dapat anak, tinggalkan pada babysitter. Hanya ambil pada hujung minggu ( itu pun kalau nak ambil, kekadang tu melawat ja dihujung minggu ). Babysitter fees toksah dok kata paling murag RM600. Kalau dok terus, RM1k++
3) lebih senang makan di luar . Kita pun makan di luar jugak, tapi tidak la setiap hari.. cemuih ( bosan ) jugak. Baik tak payah jadi isteri/ibu. Adakah mereka ada istilah ‘air tangan ibu’ pengikat kasih sayang untuk anak-anak? Entahla..
4) Bagi yang ambil maid, maid la buat segala, kadang-kadang macam tahap hamba.
Tetapi saya tidak menafikan cabaran dunia kompetetif hari ini membuatkan kita harus merancang .Segalanya perlu dirancang. Buat anak memang senang tapi realiti dalam menjaga anak-anak, bukan semudah yang disangka. Ini belum lagi dikira kemudahan yang perlu disediakan untuk anak-anak . Makanan, pakaian, pendidikan dan macam-macam lagi la. Pulak tu, kita nak kalau makan, yang terbaik, pakai yang terbaik, pendidikan yang terbaik yang bukan boleh dapat percuma dalam dunia ni.
Anak-anak itu kan amanah , maka tidak boleh tidak untuk kita mempersiakan amanah Tuhan. Memang la kalau ikut hati, nak anak ramai, siapa yang datang dari keluarga besar, mesti dapat ceritakan betapa keluarga yang besar itu lebih best dari yang sikit macam saya ni. Lebih best kalau semua anak-anak 'menjadi' …
Rata-rata orang kita bila ditanya, nak anak berapa , pukul rata 3 -4 orang. Payah nak jumpa yang kata nak 6 ke atas. Pun susah jugak nak jumpa yang kata 2 cukup la.. ( ada, bagi mereka yang sibuk, macam artis salu dengar nak dua saja…).
Perlu difikirkan tentang Quality vs Quantity. Mungkin ini boleh jadi topik entry yang lain pulak. Tadak masa dah nak tulih ni :)
Kata hati : Saya teringin nak anak ramai sebab saya 2 beradik saja. Tapi takut kalau ramai, tak terjaga dan tak 'menjadi', terpaksa la rendahkan target.
Monday, April 5, 2010
Survey sebelum beli
Adakah anda seorang yang suka survey dulu sebelum membeli sesuatu ? Jika ya, apakah selalunya yang akan di'survey’ ? Harga, brand, kualiti dan lagi ?
Dahulu saya seorang yang jarang survey. Saya lebih mengikut arwah mama yang tak berapa nak survey. Berlainan dengan papa yang suka survey. Ada pro and cons nya cara masing-masing
Sekarang setelah berkahwin dan sama-sama menguruskan kewangan keluarga bersama suami, saya kini merasakan saya sudah jadi 'Surveyor'. Tapi bukan semua benda yang hendak dibeli saya akan survey, tengok barang jugak la.
Akhir-akhir ini, saya tengah men’survey’ 2 -3 barang. So memang ligat ke sana kemari.Salah satu nya ialah deep freezer sebagai persediaan untuk stok menyusu.Mula-mula pergi bersama suami ke 2 kedai di sebelah petang. Disebabkan suami penat bekerja di siang hari, dia dah give up. Dia kata hari lain kita pergi.Saya ni pulak tengah semangat. Kalau boleh nak settlekan hari ini jugak sebab rasa malas nak pergi hari lain. Lepas drop suami kat rumah dengan anak, saya pun p la ke pekan Bukit Mertajam ( BM) dan menjelajah lagi 5 buah kedai lewat petang itu. Saya park keta satu tempat dan berjalan. Kalau dah semangat, tak kira penat ke apa, dari satu kedai ke satu kedai , lokasi bukan dekat jugak. Masa berjalan tu tak rasa, balik rumah baru rasa penatnya. Lagipun saya memang jenis suka shopping sorang-sorang. So tak kisah dan tadak masalah.
Saya puas, sebab saya tau kat pekan BM tu saya akan boleh dapat lebih murah daripada kedai2 elektrik yang mahsyur. Memang betul pun firasat saya.Harga jauh berbeza.Ini pun berkat tunjuk ajar dan pengalaman Rozy membeli DF ni
Bila sampai rumah terus saya lukis peta kedudukan kedai-kedai yang telah saya jelajahi, nama kedai, brand-brand yang ada di kedai itu, berserta harga asal dan harga selepas ditawar.Padahal bukan nak beli lagi..Saya rekemen sekian-sekian kedai bila jadi nak beli.So, saya bagi dekat suami, soh dia simpan. Sebab kalau nak cerita pun, takut dia lupa nanti.Lagipun suami tak familiar sangat dengan pekan lama BM tu.Kalau orang tak biasa mesti kata leceh. Almaklum, pekan lama, jalan sempit, parking susah, kereta banyak tapi still ramai orang. Mana tau masa dalam pantang, saya memerlukan DF ni, suami tau nak dapatkan di mana . Poyo je kan..
Apa baik buruknya survey sebelum beli ni.
Pro
1) Boleh membandingkan harga,kualiti di antara satu kedai dengan kedai yang lain
2) Dengan ini kita dapat membuat pilihan yang bijak (baik dari segi harga, kualiti etc )
3) Kepuasan kerana tidak ralat apabila survey sudah dijalankan dan apabila keputusan akhir
dibuat
4) Boleh jamu mata, jalan-jalan
Cons
1) Makan masa kerana menjelajah dari satu kedai ke satu kedai
2) Makan minyak , duit , tenaga ( tidak untuk online shopping )
3) Kadang-kadang bila dah survey 4-5 kedai , tengok2 kedai yang pertama itu yang lebih
kompetetif, so patah balik ke kedai pertama
4) Akan lebih keliru atau rambang mata untuk memilih sebab banyak sangat yang di ‘survey’
5) Kadang-kadang boleh terlepas bargain yang baik pada awal-awal survey
6) Kadang-kadang hasil survey yang sama, buat penat aje
Kenapa pro sikit je..kawan-kawan, apa lagi pro and cons daripada tabiat suka men'survey' ni. Apa yang saya list kan ni setakat yang dapat difikirkan dalam masa yang singkat.Apa pulak pengalaman kawan-kawan. Jom share..