Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Tuesday, April 20, 2010

Check Perut ...37 weeks

Rasanya tak pernah saya cerita tentang lawatan ke klinik desa untuk ‘check perut’ kan.. Dah nak bersalin baru terhegeh-hegeh nak cerita. Well, tidak ada apa yang menarik pun. Rutin check -up macam biasa. Ambik nombor giliran, timbang berat, amik BP, buat urine test, Hb test, then jumpa misi untuk check perut.

Cuma hari ni bacaan semua kena amik 2 kali. Memula timbang berat. Mesin penimbang tu baca 68kg. Last week timbang, baru 64.5kg. Misi pun terkejut.Saya lagi la terkejut. Mak aii, takkan naik 4kilo dalam masa seminggu.Rasanya makan macam biasa.Saya pun request nak timbang lagi sekali..Kot kot la mesin tu silap. Memang betui la mesin tu silap. 2nd time timbang, baru 64.9kg..Lega hati mak...

Kemudian masa amik darah utk HB test.Salu lepas check urine, baru amik darah, kemudian sementara tunggu bacaan, saya pergi la buang urine tadi, bersihkan segala. Heran jugak darah kat jari ni dok menitik lagi.Salu sat saja kering bila ditekan-tekan. Bila keluar dari tandas, jurumakmal tu tanya.

” Kak , darah tadi dok keluaq lagi tak ?” Saya pun kata dok ada lagi.. Heran jugak tak mau stop lagi.Salu dah stop waktu ni. Dia kata

“Baguihla, nak amik skit lagi, buat test lagi sekali”.

Salu bacaan Hb saya dalam 11.0 camtu, tapi bila dia buat test mula-mula tu , bacan jadi 7. Biar benar...Sebab tu dia mintak darah lagi sekali... Then baru dapat yang betul 13. Haaa..lega... Kalau 7, dah pengsan rasanya tak cukup darah merah..

Macam tu la ragam di klinik desa. Hari ni tak ada appointment jumpa doktor. Minggu depan pulak untuk scan. Masuk kali ni, 3kali doctor request utk scan perut saya selang 2 minggu sbb dia kata perut saya kecik. Siap plot graph untuk tumbesaran janin..takut terbantut.Tapi Alhamdulillah..masih atas garis tumbesaran yang normal ( walaupun kategori kecik la). Saya ada la kata kat doctor tu last week.

“ Actually I pray for this time baby to be a bit smaller compare to my 1st. My daughter born at 3.6kg.Is very difficult to push. I am afraid if I need to go for c-zer”

Doktor ni reply “ Then your prayer become true now”. The most it can go is 2.7kg”. Tapi tu la..bila kata kecik, risau pulak kita… Memang ramai yang tegur, perut saya kecik kali ni. Saya pun ada tulih entry concern takut baby kali ni lebih besar dari Shukrina.

Pastu scanner dia baca dua date saya lewat 2 minggu.Pulak..Cuti dah apply.Sebelum ni saya scan kat klinik luar, tarikh di scanner dgn pengiraan period saya adalah sama. Due saya ialah 7 May 2010. Saya ingat la scanner dia ni dah lama tak calibrate ni.Huhuhu

Macam-macam la kan.. Ada jugak yang kata saya ‘inginia’ kedekut, dok p check-up kat gomen. Depa kata pi la specialist .Well... sebab terbesar saya ke klinik desa adalah kerana arwah ibu saya adalah misi gomen.Walaupun bukan di klinik desa, tapi apa sahaja yang bersangkutan tentang hospital gomen, misi gomen akan membuatkan saya teringatkan arwah mama saya dan saya menghargai perkhidmatan awam kerana dengan hasil titik peluh bekerja di hospital gomen itulah saya dibesarkan. Dan saya masih ingin bersalin di hospital gomen walaupun ia tidak sehebat di swasta, layanan yang mungkin kurang ( padanla bayar pun berapa aje ) dan walaupun saya mampu. Dan bila terpandang misi-misi yang sebaya dengan arwah, akan mengembalikan ingatan saya pada mama. Dan kebanyakkan adalah kenalan arwah. Bila pandang misi-misi muda, ada di antara mereka adalah student arwah. Position terakhir arwah mama saya adalah tutor, so ramai anak murid la...

Masa saya bersalinkan SI, anak saya disambut oleh bidan kenalan arwah ( mama saya juga adalah certified bidan) dengan bantuan student arwah, dan Staff Nurse yang datang menolong/menziarah sepanjang saya berada di hospital. Bertentangan dewan bersalin itu adalah ICU dan CCU, wad kritikal yang selama hampir 12 tahun arwah berkhidmat , maka ramai Misi ICU bila dapat tahu saya bersalin disitu datang menziarah. Dan setiap kali saya ke Hospital Sebarang Jaya , Bukit Mertajam atau GH, Penang, air mata mudah mengalir keluar apabila melalui tempat2 arwah pernah bekerja. Moga arwah mama ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga Allah memandang ‘pekerjaan’nya selama ini membantu merawat pesakit. Moga segala kebaikan dan bakti yang dicurahkan diterima olehNya

Oh, saya harus stop, kalau tak saya akan menangis..


Walau di mana jua ketentuan saya akan bersalin, dan pada bila masa, saya doakan agar segalanya selamat, dipermudahkan dan terbaik untuk saya dan baby . Doakan saya ya. !!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 sharing:

el said...

sedih lak aku bc n3 ko ni psl arwah mama kamoo tu..tang bila ko g hospital seberang jaya then tgk tmpt2 arwah bekerja..huhu smoga arwah di tempatkan bersama2 org yg beriman....

weiii jantina pe kali nie weiiiiiii heheheheh

Ummi Salsabila said...

sy risau juga.2nd baby ni mcm besar jek.tkut ssh nk push...cuaknye.

dkt2 je due date kite.jom sama2 berdebar2.smoga dpermudahkan..

mirah said...

Dayah, moga dipermudahkan semuanya tu dan selamat bersalin. Mirah dulu dah bersalin kan aisyah masa 37 wks.. :)

kinna said...

bersalin kt mana pon sm..sakit bukan atas katil hospital, tp kat perut dan kwsn yg sekitar dengannya..
dayah, aku rasa mak hg antara misi yang merawat mak aku ms dia kt icu 11 taun lepaih..skali ngn mak khusna (ka-apa-nama-ntah-junior-kita-tu)
neway, selamat bersalin..kalo sakit bc doa nabi yunus byk2..

mamashasha said...

al-fatihah tuk arwah mama ko dayah...apa pun aku doakan segala urusan utk 2nd baby ni dipermudahkan amin..insyallah adala rezeki ko bersalin normal....

Ina Hashim said...

dah 37 wks ye imtiyaz...dah tak lama dah...anytime from now..all the best

Yan said...

ader skit persamaan kesah awak dgn saya...
bezanya arwah mak saya dulu bukanla misi.. tp bekerja dibawah pejabat kesihatan.. pembantu pegawai vektor.. arwah mmg dikenali dan disenangi sewaktu idupnye dulu.. beberapa kali dia menang anugerah pekerja cemerlang..
same macam situasi awak.. bile saya pergi ke klinik gomen.. atau hospital saya mesti teringat arwah.. tgk pakaian mereka.. mmg mengingatkan saya pada arwah..
hmmm same2la kite doakan semoga roh ibu2 kite selamat sejahtera disana..

Dayah said...

Elly
ko jgn la pulak over sdih..hehe...kali ni boy la..insyaAllah...

US..
besar pun kita takut, kecik pun takut.. heheh

Mirah
tkasih

Kinah
mak Khusna ( betui la nama dia tu) mmg keje sm dgn arwah mak aku kat ICU tuu..

Bed,
thks fren...moga dipermudahkan

Kak Ina
anytime,any minute..chewahh..suspen je..

YAn
kita yg melalui hny tahu akan getarannya..moga arwah mereka ditempatkan di klgn yg soleh

fiezaradzi said...

saya bersalin kt hospital sbrg jaya.. mmg ramai org.. so far, layanan ok, tak la kena marah2 pun..

kakyong said...

besor sungguh si SI... 3.6 kg..
xper la dayah, kecik @ besor, asal ibu & bb sihat, Insya Allah, takde apa2 kot.. semoga dipermudahkan... tenang2kan hati.. Insya Allah..

Lady Qay said...

nk kn mrh kot mn...kwn12 mama hang..hihihi..

huda dah slmt, ko mngu hri, dura pun menuggu masa...hainey on the way...hihih...aku????

slmt bsalin yaaa