Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Tuesday, April 6, 2010

Boss tanya, berapa ramai anak yang saya mahu ??

Kisah ini berlaku 2 minggu lepas.Satu hari tu , saya datang kerja lewat, biasalah, pergi klinik check perut dulu. Bila dah sampai lewat, saya kena parking jauh nun di hujung dunia. Kebetulan, ex-boss saya pun baru sampai ( boss biasalah sampai lewat ). So kami pun beriringan jalan menuju masuk ke kantor…Sepanjang jalan, dia bertanya pada saya dah berapa bulan saya mengandung.Saya pun menjawab .Apa yang ditanya, saya jawab. Kemudian satu soalan yang dicetuskan yang akan menjadi topic entry saya kali ini adalah.

“Hidayah, do you still want 4 childrens as per your previous plan ?"

Chewaaahh…sejak bila pulak saya p habaq kat dia saya mau 4 anak nih.. Dia masih ingat walaupun saya tidak keja dengan dia semenjak 4 tahun lepas..

Tapi dulu masa saya report bawah dia..memang kami share a lot of things including personal. Masa tu belum kahwin, so dia asyik tanya pasal boyfriend la...Apa plan nanti kahwin. Kebetulan ketika itu, saya masih di bawah ‘attachment program’ so bukan tetap lagi, dia nak make sure saya tak akan lari kalau dia convert saya ke permenant staff waktu itu. Dan nak dijadikan cerita masa tu bakal suami saya ketika itu ( yang kini adalah suami sah..apa punya ayat ni) dapat tawaran belajar di luar negara dan plan nya saya akan quit kerja dan ikut dia setelah berkahwin. Well, itu perancangan kami dan Allah juga telah siap sedia dengan perancanganNya yang lebih baik. Perancangan kami tidak berjalan lancar dan saya masih tersadai di kompeni itu. Ex-Boss cukup takut kalau saya kahwin dan meninggalkan dept / company itu. Bukan sebab saya bagus ke apa..tidak sama sekali..Even 2 org bawah dia sekarang ini yang masih single pun dia ‘warn’ siap2, kalau nak cari boyfriend/ nak kahwin , cari dok Penang, supaya depa tak payah quit. Ni kes malas nak train orang baru kalau ada yang resign.


Berbalik kepada persoalan anak, walaupun tidak lagi bekerja di bawah dia, kami masih keep in touch especially cerita anak-anak ( anak-anak dia rapat dengan saya dulu), pasal family . Sebab tu dia tanya pasal plan nak 4 anak ni?


Apa jawapan saya.

“ Yes, I hope to get 4, can add more but not lesser.”- fulamak konfidentnya jawab.

Dia bertanya“ Are you sure ? I already have 2 still cannot cope. You want more than 4. Sure can take care aa ? Is not easy with our situation now. We are working. Not enough time. Everything has to pay and not cheap…Bla..bla..bla..dia punya dok bebel.


Saya cuba untuk tidak drag kan perbualan .Apa yang saya jawab


“ I came from a small family. Parents, me and my brother. After my mom passed away, we really feel lonely. That is why I want more childrens so the family will be merrier”


Jawapan itu mematikan perbualan kami kerana telah sampai ke lobi kantor.

Sebenarnya itu bukanlah jawapan yang terbaik yang patut saya berikan pada dia. Tetapi saya tak mahu bersembang panjang kerana this lady boss is always right and will win. Bila dia rasa 2 anak dah cukup untuk membuatkan hidup dia kelam kabut, dia merasakan semua orang pun akan berfikira macam dia.


Mungkin kerana perbezaan bangsa, matlamat hidup, cara bekerja yang membuatkan dia tidak mahu beranak ramai. Kalau diikutkan dia punya previous plan, hanya nak seorang saja. Tapi pun terrr dapat 2. Dan nak tau hobi ex-boss saya ni ( kami pernah tanya dia dulu ). KERJA !! Memang tadak life lansung

Trend sekarang bagi bangsa lain yang meletakkan career #1 dalam hidup, kebanyakkan mereka ( yang saya lihat )

1) merancang untuk mendapatkan anak setelah beberapa tahun berkahwin, tak macam kita, kalau boleh nak cepat dapat anak lepas kahwin.tapi ada jugak orang kita yang merancang

2) bila dapat anak, tinggalkan pada babysitter. Hanya ambil pada hujung minggu ( itu pun kalau nak ambil, kekadang tu melawat ja dihujung minggu ). Babysitter fees toksah dok kata paling murag RM600. Kalau dok terus, RM1k++

3) lebih senang makan di luar . Kita pun makan di luar jugak, tapi tidak la setiap hari.. cemuih ( bosan ) jugak. Baik tak payah jadi isteri/ibu. Adakah mereka ada istilah ‘air tangan ibu’ pengikat kasih sayang untuk anak-anak? Entahla..

4) Bagi yang ambil maid, maid la buat segala, kadang-kadang macam tahap hamba.


Tetapi saya tidak menafikan cabaran dunia kompetetif hari ini membuatkan kita harus merancang .Segalanya perlu dirancang. Buat anak memang senang tapi realiti dalam menjaga anak-anak, bukan semudah yang disangka. Ini belum lagi dikira kemudahan yang perlu disediakan untuk anak-anak . Makanan, pakaian, pendidikan dan macam-macam lagi la. Pulak tu, kita nak kalau makan, yang terbaik, pakai yang terbaik, pendidikan yang terbaik yang bukan boleh dapat percuma dalam dunia ni.

Anak-anak itu kan amanah , maka tidak boleh tidak untuk kita mempersiakan amanah Tuhan. Memang la kalau ikut hati, nak anak ramai, siapa yang datang dari keluarga besar, mesti dapat ceritakan betapa keluarga yang besar itu lebih best dari yang sikit macam saya ni. Lebih best kalau semua anak-anak 'menjadi' …


Rata-rata orang kita bila ditanya, nak anak berapa , pukul rata 3 -4 orang. Payah nak jumpa yang kata nak 6 ke atas. Pun susah jugak nak jumpa yang kata 2 cukup la.. ( ada, bagi mereka yang sibuk, macam artis salu dengar nak dua saja…).

Perlu difikirkan tentang Quality vs Quantity. Mungkin ini boleh jadi topik entry yang lain pulak. Tadak masa dah nak tulih ni :)

Kata hati : Saya teringin nak anak ramai sebab saya 2 beradik saja. Tapi takut kalau ramai, tak terjaga dan tak 'menjadi', terpaksa la rendahkan target.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

16 sharing:

Farah said...

ur lady boss tu sebijik cam my previous lady boss ekekeke..anak sorg je and hidup die kerja..kerja..kerja..

tulaa bangsa kite pon dah start ikut trend camtu..tp kalau saya rasenye sangat rugi kalau merancang lama2 ni..usia pon makin bertambah.lebih elok mengandung pada usia muda..risiko pon kurang kan.

Dayah said...

Farah
sbb skrg ramai wanita dah keluar bekerja, kalau dok umah, ON aje..heheheh...tapi betul lah..muda2 masa kudrat ada ni la nak beranak pinak..nanti tua2, dok relax, anak dah besaq2..moga anak2 kita smua akan menjadi anak yg soleh..

ibu_Arifa said...

mmg dah mcm tu yg tertanam dlm fikiran pekerja yg bukan sebangsa dgn kita, dulu masa saya kerja pun dok dgr citer supvsr saya cakap..dia tinggalkan anak 5 hari kat umh pengasuh..sabtu ahad jer baru g ambik..terasa mcm kejam jer bunyinyer bagi saya.

tp tu lah..yg penting kualiti anak tu kan..kuantiti tu semua di tangan Allah..rezeki dr-Nya..

harap2 anak2 kita ni 'menjadi' lah kan Dayah.aminn :)

Aishah Megahasz said...

Pernah juga sembang dengan salesgirl jual perfume, dia tinggalkan anak dia kat rumah pengasuh, weekend baru ambil. Dia kata tak larat nak jaga anak. Boleh pulak gitu. Aishah ni malam2 mesti anak2 ada bersama. Tak rela berpisah. Memangla time kecik2 ni susah skit nak jaga, tapi bila rapat dengan mereka insyallah tua nanti tak ada la kes buat tak peduli kat orang tua.
Udahla tak ada orang gaji, anak-anak pun boleh tahan Ultramannya. Rumah dah macam tongkang pecah. Tak kisahlah, janji bahagia..hahahahaha

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

saya nak anak cukup utk jd team bola, but i'm not going to really push for it la..tgk la apa Allah bg. :D so with that I concentrate on quality while Allah decide on the quantity.. :D kalo tak cukup team bola, team futsal pun jadi laaaa. nak kena make sure semua jd anak soleh utk doakan i nanti....amacam plan i?

fazilzura said...

daku yg ado adik beradik 5 org pun , kalau bely (jika di izinkan oleh nYA).. nak je 5 org anak ..
tp tu ler, now dok bndr mmg sume nye nak gune duit.. tensen kan .. keje cm kuli batak .. presure mcm2 hal ado ..

Ammi Sara said...

kalau boleh kita nak both quality n quantity kan..tp tu sumer perancangan kita .Allah jua yg tetapkan..Kalu anak ramai sumer berkualiti Alhmdlh..anak sikit tp xde kualiti, nauzubillah...

fiezaradzi said...

mmg labih ramai anak lebih meriah.. apa pun, depend kpd situasi.. anak tu rezeki.. byk atau sikit, bgntung padaNya

Dayah said...

Ibu Arifa...ya moga anak2 kita 'menjadi'..pada kitalah nak mencorakkan kanvas putih ini

Aisyah
tu la..bila baca entry Aishah pasal anak2...teringat pulak pasal perbualan dayha dgn boss sorang ni.

Mama-Miya
hebatnya..satu team bola..I like ayat "I concentrate on quality while Allah decide on the quantity.."

Dayah said...

Zura,
smua nak kena duit...nak buat mcmna..balik dok kampung le camtu

Ksara
stuju..biarlah berapa pun yang diberi, moga semuanya berkualiti

Fiedza
smuanya datang dari Allah...kita terima dgn redho dan menjaga amanah itu sebaaiknya

Hamizah said...

dulu berangan juga nak beranak ramai cam mak 10 org!tp bila kena ceaser, dapat 3,4 org cukupkah..

sue said...

Itu lah kan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang..

Hana Seman said...

Dayah,
impian Hana dulu nak anak 7 orang. Tapi sebab kawen lambat, kena alter sikitla.
Now ni plan, after complete BF 2thn, baru fikir nak pregnant balik. Maybe lagi 3 kali bersalin
(kalau dapat twin pun best gak)

kakyong said...

my x-lady boss.. gile punya kuat kerja... sampai kita pun nak dijadikan klon dia.. she married at age 30++.. lama gak kahwin.. almost 40's baru dpt anak.. dengor nya lepas dpt anak, terus resign, jaga anak sepenuh masa...

for chinese memang normallah.. kahwin muda pun bila dpt anak, anak2 dok rumah bb sitter, kdg2 1 bulan sekali amik pun ade... huhuuu...

mcm kakyong, dah le kawin lewat.. dpt anak no 1 pun umur dah 34++... ade 3 ni pun kira xpress abis dah... tu pun org mengata juga.. hopefully ade rezeki 1 org lagi ka, b4 reach 40.. ;)

Dayah said...

KHAmizah
kalau berangan mmg ramai la ...tapi ikut realiti, ciput je jadinya

Sue
perlu jugak merancang, Allah yg tentukan

Hana
dpt twin lagi senang nak accomplish mission.tapi nak menajga twin masa kecik tu jenoh jugak la kan...

Kyong
kyong mmg express...hehhe...rezeki,......

Drama Mama said...

i nak anak ramai, tapi takut nak bersalin banyak2. sakit! hahaha

but i think memang la ikut bangsa and lifestyle gak, certain orang ni diorang tak suka anak ramai2. takut tak terjaga, and they can't cope with their busy lives, nak pikir pasal anak lagi.

for me, anak tu rezeki. :-) and i come from a biiiiiiiiig family okeh!