Semua orang menulis tentang sambutan raya,makanya saya pun nak share jugakla raya kami kali ini.
Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana tetapi meriah.Walaupun family kami kecik tambah pulak ketiadaan arwah mama, itu bukan penghalang untuk kami terus mensyukuri nikmat berhari raya. Memang lain benar beraya tanpa mama. Tahun ni raya ke-3 tanpa mama di sisi.Apapun sebagai anak sulung, saya cuba sehabis baik menggembirakan hati keluarga. Walaupun tidak la sehebat arwah mama memasak hidangan pagi raya..saya cuba jugak buat. Tahun ni saya buat rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Ketupat palas, macam biasa..diimport dari mak-mak sedara yang memang tiap-tiap tahun kasi sebab tau anak menakan depa sorang ni tak pass-pass balut ketupat.Dari arwah mama ada, sampaila dapat mak mertua handal membalut dan menerima tempahan ketupat palas, saya masih terkial-kial belajar.Apatah lagi kalau disuruh balut sorang-sorang..memang fail. Almaklumla..jarang praktis.nak harap setahun sekali balut..
Tarikh kamera silap..tak pebetui2 lagi
*SI bersama tokba kesayangan.Tokba tak sempat nak pakai sampin, SI dah nak berposing.Kain terselak tingginya anak dara sorang ni*
Raya pertama memang di rumah saya. Dah tiga kali raya sebagai suami isteri, belum lagi menyambut pagi raya di rumah mertua. Terima kasih buat abi yang sentiasa memahami tanggungjawab saya sebagai anak sulung dan perempuan tunggal. Saya sajalah yang diharapkan untuk menyediakan juadah, menghias rumah , membuat persiapan raya selepas ketiadaan arwah mama.
Lepas seisi bersalam-salaman dan solat raya, kami terus menuju ke kampung mama di Padang Serai, Kedah ( dalam 45 minit perjalanan)..pusara mama yang memang wajib kami ziarahi di pagi raya. kemudian menuju ke rumah Long, Lang.. mak-mak menakan pupu, tok menakan yang ada di kampung tu..
Tengahari lunch kami di rumah Ngah..heheh..tahun ni saya tak masak nasi macam tahun-tahun sebelumnya.. maka kena lunch di rumah orang la... Memang dah dijemput pun sebab tu cancel plan masak nasi tomato.
Petang lepas asar, baru kami bertolak ke rumah mertua di Pendang, Kedah.Tinggallah papa dan adik saya yang meneruskan raya mereka dengan adik beradik papa di Penang.Nasik baik la family papa saya besar, tidaklah sunyi sangat papa saya di hari raya ni.
Dah panjang menaip, banyak lagi nak dikongsi.Cukup kot setakat ni.. Hari-hari raya seterusnya, biasalah, rutin menzirahi sanak saudara. Raya ke-4, kami menghadiri kenduri kawin sahabat sekolah menengah. Raya ke -5, kawan sekolah lagi sorang akad nikah. Pukul 2 pagi saya masih berjaga menyiapkan hantaran yang saya janjikan untuk dia.. Siang ligat beraya. Tengah malam baru ada masa nak buat. Itu pun jenoh fikirberminggu-minggu, nak buat apa la untuk hantaran
Saya dok bloghopping baca cerita raya kawan-kawan.meriah !!
p/s: Sebenarnya setiap kali tiba Syawal, sayu hati saya.Bukan tidak gembira, tapi saya sungguh tidak dapat menahan rasa sedih kerana ketiadaan mama disisi. walaupun dah tahun ke-3, saya masih begini.Memang kehilangan mama telah meragut kemeriahan Eidulfitri saya, namun demi anak,suami, adik dan papa..saya lakarkan senyuman, meriahkan suasana. Saya tau , adik saya juga berperasaan sama. Kami sama-sama tau apa yang ada di hati kami. Bila menziarahi sanak saudara, masing-masing akan memandang anak saya dan berkata" Kalau mama hang ada, mesti dia paling seronok raya dengan cucu" dan akan mengimbas kenangan depa beraya dengan arwah mama. Moga roh mama terus dicucuri rahmatNya.
7 sharing:
seksinya shukrina..hehe. ok la tu dayah..reti le jgk balut ketupat daun palas tu...kite lgsg tak reti :p
hehe ceksi la awak shukrina...selamat hari raya dayah!!
untung dpt suami yang paham tugas jadi anak sulung ni...kalau dayah takde nnt sape plak nak masak juadah hari raya..
dayah..selamat hari raya..mmg sedey kalu raya tanpa ibu tersyg..besar betul pengorbanan dayah!
Nadia,
itu le..jrg2 anak dara ni pakai baju kurung..nak selak je kejenya ...ngeee...
Farah
itula tgjwb kita sbg anak sulong kan..moga mendapat keberkatan disisi Allah
K,Nur
mmg sggggtla sedey..tapi tabahkan hati juga..selamat hari raya buat K.nUr n family
tomeinyer Syukrina!
cantiknye SI berbaju kurung...made by ummi ke?
Bed...aku blum start course jahit baju kurung..itu semua ihsan sedara mana... heheh
Hanz
Thanks...comei n comot
Post a Comment