Pengalaman tidak membuat stok sedari dalam pantang sewaktu SI dahulu membuatkan perjalanan penyusuan saya agak sukar pada permulaannya. Ada ketika kehidupan di hujung2 perjalananan penyusuan , kais pagi makan pagi... apa yang dipam hari ini adalah untuk bekalan hari esok..Namun alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah yang Maha Pemberi Rezeki , saya mampu membuat stok setelah kembali bekerja.
Itu masa lalu, saya bertekad kali ini, saya pastikan saya membuat stok dalam pantang sebagai persediaan. Saya mula memerah susu ( read : perah dengan tangan bukan pam, saya tidak mengangkut pam saya ke rumah ibu saudara) selepas sebulan. Saya sengaja memilih waktu ini kerana yakin susu sudah 'establish'. Ada juga ibu-ibu yang memerah lebih awal , terpulang pada cara masing-masing.
Saya mensasarkan 9oz sehari untuk 3 kali perahan minimumnya. Kalau lebih alhamdulillah, ada hari kurang juga ..Ini kerana kesukaran berada di rumah orang dan menumpang peti sejuk. Tapi bila pulang ke rumah sendiri, nak selak untuk memerah di mana pun tidak ada hal..ngeee...Waktu pemerahan adalah pagi, tengahari, tgh malam di mana di waktu tenang orang-orang bangun bersolat tahajud, kita yang tidak boleh bersolat bangun memerah susu :)
Suami menolong membawa pulang stok EBM sedikit demi sedikit. Ada suatu hari tu peti sejuk mak menakan saya rosak ( mujur saya sedar awal) dan terpaksa dipindahkan ke peti sejuk yang penuh dengan bahan mentah ( nasib ada 2 peti sejuk kat rumah itu ) . Nasib sempat diselamatkan.
Dan setakat hari ini 1 Julai, banyak ini sajalah stok EBM. Sudah penuh peti sejuk sampai pintu pun kerana berkongsi dengan bekas bahan mentah, dan bekas ais. Bekas bahan mentah dan ais wajib ada di situ kerana hari-hari ada isi, maka kalau tak ada tempat lepas ni, perlu mengintai2 deep freezer la pulak..
Setelah dikira-kira, jumlah EBM sejuk dan beku untuk Mursyid setakat 1 Julai ialah:
( ada 3oz, 3.5oz,4oz, pukul rata 3oz)
Saya mula bekerja minggu hadapan, sekarang tengah train Mursyid untuk bottle-feeding . Hujung minggu pula balik umah MIL dan perlu memerah untuk EBM sejuk untuk hari pertama ke rumah babysitter.
Moga perjalanan penyusuan untuk Mursyid kali ini dipermudahkan dan moga sentiasa ada rezeki untuk anak teruna saya ini.
18 sharing:
syoknya blh uat stok byk camtu..aku dl malas..blk umh awal dua mgg tp takde org jg anak..nk mndi pon takdan apatah lg perah susu :(
6bln ja exlusively bf
Kinah,
takpa..skrg pun hang masih boleh buat stok...aku masa Shukrina pun tak buat masa pantang, buat masa balik keja jaa...
mmg bila pantang dah ada toddler ni kalut ...anak2 dah mandi..mak jugak bucuk asheemmm..huhuhu...
Dayah, wah bestnya time susu byk tu kan.. ok chaiyok chaiyok kumpul stok tu k.
Selamat kembali bekerja nanti..
wah, meriahnya stok EBM...harap2 am nnt pun bleh buat camtu jugak....
TAHNIAH ..
wahh meriah2 .. terus kan usaha yek
seronok nye tgk stok ebm orang tu. hehehe, selamat memerah la ye wijdan. mudah2an murah rezeki umair
bestnya tgk EBM tergolek2 tuh...kalo nak jimatkan space dlm freezer, elok la pakai liners compared to bekas dadih tu
Mirah..mg best time susu byk..tapi time merudum, sedeyy..
Am,
insyaAllah, masa utk Am akan tiba..
Zurra,
tochee...
Nas,
selamat memerah..hehehe..moga murah rezeki anak..
Kak Ina
Liner ada utk kat ofis..bila keja baru start pakai..tapi saya sgt suke bekas dadih, nampak kemas...
Wah Tahniah Dayah. Banyak tuh!!! tahniah2!!! Sesama kita memerah demi anak2 terchenta. Happy BF!!
Tahniah Dayah, banyak tu stok dalam pantang. Insya Allah dipermudahkan segala urusan.
*kejap jer rasa masa berlalu*
tahniah Dayah berjaya kumpul stok...Bkn semua ibu mampu lakukannya termasuk saya..huhu
bestnye tgk byk stock EBM tu.. harap2 nnt saya pun leh buat byk2 camtu..
syukur dayah..murah rezeki bb mursyid...
sory,lama odah xsinggah.bz2..hhehe
wah,byknya susu.mari sama2 kita memerah.odah xkira lg stok.:)
thx kwn2..semua ni pembakar semangat..moga ada rezeki utk Mursyid dan anak2 kita..
tahniah dayah..
byk tu.. gigih tu perah tangan lagi..
org kata elok mula perah dr dlm pantang.. sbb masa tu susu memang sgt meriah..
Insya ALlah, semoga selalu ada rezeki susu ibu utk mursyid..
gigih.. tahniah,...
rindunya nak wat stok susu camni.. tp xpela insyaALLAH coming soon jika ada rezeki lg.
skrang pun dah puas menyusukan izz hampir 3 tahun
tahniah..teruskan usaha murni...dan pastikan susu sentiasa berkualiti....chayok2..jgn give up..dan berrsyukur sentiasa ..alhamdulillah... ..anyway..salam kenal
Post a Comment