Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Wednesday, August 11, 2010

Campak di hari pertama puasa

Salam Ramadhan semua..tak sempat pun nak buat entri menyambut kedatangan Ramadhan. Masa anak sorang pun tak la rajin sangat update blog, bila anak dua, lagi-lagi la tak dan nya...

Berkisar tentang hari pertama Ramadhan...Harapnya kita semua dapat menunaikan kewaijpan ini sebaiknya.. Awal lagi kan. Mesti semua bersemangat, masjid pun penuh sampai bersesak -sesak.Saya standard la dengan anak kecik ni. Tarawikh pukul 2-3 pagi.

Sebenarnya nak cerita, anak teruna saya kena demam campak di hari pertama umat Islam berpuasa. Mlm tu dia dah demam sikit-skit, ingat ke demam biasa. Bintik-bintik merah ada la 2, 3 biji.Ingatke kena gigit semut.Esoknya, bila saya call pengasuh kata, bintik merah semakin banyak dna dia kata campak ni.Saya pun half day leave la semalam. Bawak Mursyid pergi klinik dan confirm campak. So dia bagi ubat demam,ubat gatal, sakit badan dan ubat sapu. Dan doktor nasihatkan saya ambil cuti untuk jaga Mursyid di rumah.

Ini kerana, bayi yang bawah 1 tahun yang kena campak perlu diberi perhatian lebih. Kena monitor suhu dia takut jadi tarik (sawan).So saya amik leave la sampai Jumaat ni. Walaupun hari ni, saya kena present projek pada group auditor dan presentation ini amat bermakna bagi saya, namu kerana anak, saya lepaskan ke tangan orang lain. Boss pun suruh saya cuti. Alhamdulillah, bos memahami.

Tah berjangkit dari siapa, tapi 2 mingu sudah badan SI ada la bintik-bintik merah tapi sehari ja..Saya pun ingat campak baru nak keluar la.Tapi tak keluaq-keluaq pun, sehari ja dah stop. Sekarang Mursyid pulak.

Doakan Mursyid supaya sembuh ye kawan-kawan.

Sedikit tentang campak yang dipetik dari beberapa sumber:
utusan
dr

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

9 sharing:

mamashasha said...

selamat berpuasa dayah....sian kat mursyid...semoga cepat sembuh....tak lupa utk SI jugak....

kmieja said...

selamat berpuasa dayah:) semoga murshid cepat sembuh...amin, amin..

Ammi Sara said...

ala kesiannya mursyid, get well soon ye syg, alhmdlh bos dayah memahami, mmg bila anak2 demam lagi2 campak, ibu lah yg dia nak dgn dia selalu..;)
slmt berpuasa..

alinalan said...

semoga mursyid cepat sembuh...
hope mursyid tak garu2... cian nnti bila dia garu2..

Selamat berpuasa Dayah

Lina said...

Smoga mursyid cepat sembuh... dan selamat berpuasa.

Tak per mursyid baby susuibu yang sihat ;)

Dayah @ Real Ummu said...

bed..
slmt berpuasa..thankz atas doa utkm mursyid.

kmieja, slmt bposa gak..thx

Ammi SAra,
tu la kesian, sakit kat mana kita taktau, meraung ja la malam2..nangis ummi tengok..

armouris,
thx for the link,

Momma Mia,
kena sentiasa pakai sarung tangan la..dok garu dgn daun mambu

Lina
thx, insyaAllah, berkat susuibu, moga mursyid cepat smbuh

Hana Seman said...

Kesian Mursyid..Semoga Mursyid cepat sembuh..

Dayah, anggaplah ini dugaan di bulan Ramadhan

Unknown said...

anak2 kakyong tak penah kena campak lagi.. jenuh nak jaga tu.. semoga mursyid cepat sihat & behave baik2 ya... sian kecik2 kena campak ni, kalo sakit dia kan reti nak bagi tau...

Selamat menjalani/mengharungi Ramadhan dayah...

Ummi Salsabila said...

siannya mursyid..mmg risaukan if baby xsihat.kita pun xtentu arah jdnya.hope dayah be strong,nnt mursyid will recover.ameen.:)