Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Sunday, September 27, 2009

Shukrina berhari raya!

Semua orang menulis tentang sambutan raya,makanya saya pun nak share jugakla raya kami kali ini.

Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana tetapi meriah.Walaupun family kami kecik tambah pulak ketiadaan arwah mama, itu bukan penghalang untuk kami terus mensyukuri nikmat berhari raya. Memang lain benar beraya tanpa mama. Tahun ni raya ke-3 tanpa mama di sisi.Apapun sebagai anak sulung, saya cuba sehabis baik menggembirakan hati keluarga. Walaupun tidak la sehebat arwah mama memasak hidangan pagi raya..saya cuba jugak buat. Tahun ni saya buat rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Ketupat palas, macam biasa..diimport dari mak-mak sedara yang memang tiap-tiap tahun kasi sebab tau anak menakan depa sorang ni tak pass-pass balut ketupat.Dari arwah mama ada, sampaila dapat mak mertua handal membalut dan menerima tempahan ketupat palas, saya masih terkial-kial belajar.Apatah lagi kalau disuruh balut sorang-sorang..memang fail. Almaklumla..jarang praktis.nak harap setahun sekali balut..

Yang membuatkan kami sekeluarga teruja dengan sambutan Syawal kali ini adalah sebab SI dah semakin bijak dan banyak keletah. Terhibur hati walaupun rasa kekurangan berhari raya.Tahun ni dapatlah SI melaram dengan baju kurung sebab tahun lepas tak buat pun untuk dia..kecik lagi masa tu. Tahun ni tak sempat kami sekeluraga nak bergaya sedondon. Sebab abi last minit cari baju, memang susah nak dapat yang sedondon, yang berkenan di hati...Cuma saya dah SI je sama kaler.Tapi SI ni tak suka pakai aksesori rambut, tudung pun tak lekat, pakai barang kemas pun sat saja,dah suruh buang. tengokla..macam ni la gaya rambut SI di hari raya*Inilah gaya SI yang selamba berhari raya*
Tarikh kamera silap..tak pebetui2 lagi


*SI bersama tokba kesayangan.Tokba tak sempat nak pakai sampin, SI dah nak berposing.Kain terselak tingginya anak dara sorang ni*

Raya pertama memang di rumah saya. Dah tiga kali raya sebagai suami isteri, belum lagi menyambut pagi raya di rumah mertua. Terima kasih buat abi yang sentiasa memahami tanggungjawab saya sebagai anak sulung dan perempuan tunggal. Saya sajalah yang diharapkan untuk menyediakan juadah, menghias rumah , membuat persiapan raya selepas ketiadaan arwah mama.

Lepas seisi bersalam-salaman dan solat raya, kami terus menuju ke kampung mama di Padang Serai, Kedah ( dalam 45 minit perjalanan)..pusara mama yang memang wajib kami ziarahi di pagi raya. kemudian menuju ke rumah Long, Lang.. mak-mak menakan pupu, tok menakan yang ada di kampung tu..

Tengahari lunch kami di rumah Ngah..heheh..tahun ni saya tak masak nasi macam tahun-tahun sebelumnya.. maka kena lunch di rumah orang la... Memang dah dijemput pun sebab tu cancel plan masak nasi tomato.

Petang lepas asar, baru kami bertolak ke rumah mertua di Pendang, Kedah.Tinggallah papa dan adik saya yang meneruskan raya mereka dengan adik beradik papa di Penang.Nasik baik la family papa saya besar, tidaklah sunyi sangat papa saya di hari raya ni.

Dah panjang menaip, banyak lagi nak dikongsi.Cukup kot setakat ni.. Hari-hari raya seterusnya, biasalah, rutin menzirahi sanak saudara. Raya ke-4, kami menghadiri kenduri kawin sahabat sekolah menengah. Raya ke -5, kawan sekolah lagi sorang akad nikah. Pukul 2 pagi saya masih berjaga menyiapkan hantaran yang saya janjikan untuk dia.. Siang ligat beraya. Tengah malam baru ada masa nak buat. Itu pun jenoh fikirberminggu-minggu, nak buat apa la untuk hantaran

Saya dok bloghopping baca cerita raya kawan-kawan.meriah !!

p/s: Sebenarnya setiap kali tiba Syawal, sayu hati saya.Bukan tidak gembira, tapi saya sungguh tidak dapat menahan rasa sedih kerana ketiadaan mama disisi. walaupun dah tahun ke-3, saya masih begini.Memang kehilangan mama telah meragut kemeriahan Eidulfitri saya, namun demi anak,suami, adik dan papa..saya lakarkan senyuman, meriahkan suasana. Saya tau , adik saya juga berperasaan sama. Kami sama-sama tau apa yang ada di hati kami. Bila menziarahi sanak saudara, masing-masing akan memandang anak saya dan berkata" Kalau mama hang ada, mesti dia paling seronok raya dengan cucu" dan akan mengimbas kenangan depa beraya dengan arwah mama. Moga roh mama terus dicucuri rahmatNya.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, September 18, 2009

:: Salam Eidulfitri ::


Dalam kemeriahan sahabat-sahabat blogger mengucapkan salam lebaran, saya juga tidak mahu ketinggalan walaupun hari ini, jumaat masih lagi bekerja.Ofis sungguh lenggang dan tiada mood untuk bekerja.

Di kesempatan ini, Shukrina Imtiyaz, Ummi dan Abi ingin mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua sahabat yang mengenali diri kami.

Ampun dan maaf dipinta atas segala salah dan khilaf

Moga sahabat -sahabat menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran atas nikmat kemenangan, kembali kepada fitrah dan saling mengeratkan silaturrahim antara kita.

Maaflah, takde kad raya dari kami.Saya sungguh takdan memerah kreativiti menghasilkan kad raya. Tapi doa saya sentiasa disampaikan buat pengganti diri kami sekeluarga untuk sahabat semua.

Sempat tampal beberapa kak raya yang diterima..mungkin ada lagi tapi tak perasan.Maaf dipinta. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan.





KakYong


Ainey & Mifzal



Ummie Hanie


p/a : berhati-hati di jalan raya. bertemu kita lepas cuti

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, September 16, 2009

A Year Older, A Year Wiser

Today mark another year added to my age. I turn 27 today. Alhamdulilah, praise to Allah for the nikmat Iman & Islam for the past 27 years

Time flies so fast. What I have been doing for 27 years in earth? Do I really make use of the years wisely ?

There are lots of questions suddenly pop-up in my mind when it comes to 16 Sep

1. I am 27 today, am I behave like one?

2. What have I achieve by the age of 27 vs what should I achieve by the age of 27?

3. Have I done a good job in my career, where am I in my career life?

4. How bout nurturing my beloved girl? Am I a good mother to her and a good wife to my husband ? Is the service to my husband is getting better as our marriage year grows

5. The most important question that I should ask myself is, how about my preparation to hereafter. Am I getting nearer or farther from Allah. My amal ibadah is getting more or lesser? How many have I helped around. Does my charity works continues..??

At this age,no hard feeling if no cake cutting, party and receive gifts to speak of. I just want to take a little time to look insight of my life,my future


My 27th birth day is only today but I have another 364 days to determine what/where would I be on my next 28th birthday. I want my next 28th birthday is more meaningful whereby I may get a good answers for all the questions that I posted above.

Am I ‘celebrating’ my birthday today seriously with heavy thought ??. Do you think so..?? Heyy, am I suppose to be happy, enjoy this day. Happy Birthday to me!! :)

Thanks abang for the lovely and meaningful present. Can I ask more next year??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, September 14, 2009

Hasil Tangan Sulung

Sungguh tidak menyangka…tangan saya tidaklah sekeras mana. Akhirnya saya dapat menyiapkan jugak baju raya hasil jahitan saya sendiri… Tiada niat riyak, tapi sekadar melahirkan rasa puas sebab bukan senang sebenarnya apatah lagi untuk budak baru belajar macam saya. Padanlah tukang jahit sekarang letak harga mahal-mahal .

Alkisahnya, baju ni bukan la untuk baju raya saya. Malu nak cakap… heheh.Sebenarnya saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang jahitan..chewwahhh.. macamla ambik Master. Untuk fesyen pertama adalah jahit jubah, setelah bertungkus lumus dengan tunjuk ajar Cikgu saya, akhirnya jubah ini siap sebelum Syawal.So saya kira bonus la untuk baju raya saya. Takde la cantik mana pun. Tapi ia menepati jubah yang mengikut syariat pemakaian dan yang penting selesa untuk saya.bukan jubah moden sekarang yang kain chiffon lembut yang jatuh kain tu mengikut bentuk tubuh, jarang kekadang. Sebab memang beli kain utk kelas jahitan, bukan nak melaram pakai raya. Tengok tu tang poket dan cekak tangan, kain oren tu tangkap muat aje..


*nampak ketat skit kan sebab saya sarung kot atas je.ada baju dan tudung kat dalam tu-kat ofis ni..sempat lagi*
*butang belum dijahit,tadi baru gi hantar untuk jahit butang balut*


Saya pun tak sangka, saya ‘terjebak’ dalam alam jahitan.Satu motivasi yang membuatkan saya usaha jugak untuk ikuti kelas ini adalah sebab mesin jahit dan mesin jahit tepi yang tersadai di rumah sepeninggalan arwah mama. Rasa rugi sangat. Masa arwah mama ada, tak pernah pun nak amik kisah.Yang tau setiap tahun baju raya 5-6 pasang. Penah jugak mencecah 10 pasang. Almaklumlah anak perempuan sorang.

Kain langsir hampir setiap tahun berganti sebab arwah mama jahit sendiri.Maka, kos nya kecil berrbanding upah langsir di kedai.Sekarang langsir rumah saya dah nk masuk 3 tahun tak berganti. Asyik recyle je kaedahnya..

Itulah akibatnya bila mak ada, anak ‘take things for granted’ Bila dah takde , terpaksa cari ilmu itu sendiri dari orang luar. Alat-alat jahitan yang saya dok belajar ni, semua peninggalan arwah mama.Tak satu pun yang saya beli baru. Cikgu jahit kata, bertambah pahala mak saya sebab alat-alat jahit dia dapat menyambung jariah dia .Ameen

Baju raya SI tahun ni pun Alhamdulillah,tokngah dan pengasuh SI bagi. Sebab ummi belum mula course jahit baju kurung.*wink*. Tokngah SI buat macam2 untuk SI dari lahir, jahitkan cadar tilam,bantal,jahit barut, buat majlis berendoi dan cukur jambul. Sebab Tokngah kata, kalau maktok ( arwah mama saya ) ada, pasti maktok akan buat macam-macam untuk cucu sulung dia.So tokngah takmau kami rasa kehilangan. Saya dapat bayangkan kalau arwah mama saya ada..tentu dia paling sibuk-sibuk menyediakan persiapan raya untuk cucu sorang ni.

Macamana baju raya sahabat-sahabat..?
Pssttt..Bed, aku tau hang leh jahit sendiri. berapa pasang dah ??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS