Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Wednesday, January 27, 2010

20 Sekolah Hebat

Ohh..tajuknya macam gempak tapi tajuk ini yang digunapakai dalam Berita Harian. Bukan saya yang reka..

Mulanya saya hanya mendengar berita ini melalui berita radio semasa dalam perjalanan ke ofis pagi semalam. Masa tu penyampai hanya menyenaraikan setakat 4 buah sekolah. Yang sempat saya dengar ialah Sekolah (P) Sri Aman, MCKK, STF dan SDAR. So dalam hati agak-agak sekolah saya ada tak ? Sebab banyak SBP ( Sekolah Berasrama Penuh) dan sekolah harian kat Malaysia ni. Saya terus melupakan topic ini sehingga la saya baca di blog Arnie malam tadi. Baru saya dapat lihat senarai penuh sekolah-sekolah SBT ni.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

1) Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
2) Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
4) Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
5) Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
6) Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
7) Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
8) Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
9) Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
10) SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

1) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
2) SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
3) SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
4) SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:
1) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
2) SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
3) SK Bukit Damansara (KL)
4) SK Zainab (2) (Kota Bharu)
5) SK Convent Kota (Taiping)
6) SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:
* Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
* Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
* Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
* Memanjangkan waktu persekolahan.
* Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal
(seperti kelas lompat).
* Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
* Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
* Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
* Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
* Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
* Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
* Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

lagi berita penuh di sini
**************************************************************************************
Fewwwitttt…Qay, sekolah kita ada la!! Hehehe. ‘Sekolah Tak Jadi’ saya pun ada no 4 tu. Saya tolak tawaran ke Form1 kerana hasrat arwah mama mahu saya menyambung pelajaran ke SMKA dan SSP sgt jauh bagi mak saya melepaskan anak perempuan sorang dia ni pada usia 13tahun. Masa tu takde perasaan sangat pun nak pilih-pilih sekolah.


Malam tadi saja saya sembang topic ni dengan suami. Macam Arnie dan suami dia. Saya pro SBP tapi suami pro MRSM. Suami kata, ala kerajaan buat macam ni sebab SBP dah tak glamer. Sekarang ni parents kan banyak suka MRSM. So macam nak naikkan balik nama la SBP ni. Dan suami juga kata, kelebihan bila disenaraikan ni bukan apa. Sebab sekolah-sekolah ini akan dapat peruntukkan yang sangat banyak. Itu yang sebenarnya syok bagi warga sekolah tu. Dengan duit yang banyak, macam-macam agenda dapat dijalankan, macam-macam prasarana dapat diadakan. Whatever la abang ooi…


Pagi ni pulak Forum rakyat di IKIM.fm masih lagi mengupas isu SBT ni. Maka banyak la pendengar yang memberikan komen.Rata-rata tidak setuju dengan apa yang Kementerian buat. Antara komen yang sempat saya dengar ialah :


-Kenapa nak melebihkan sekolah yang dah memang murid2 dia dianugerahkan kelebihan dan
terpilih. Kerajaan sepatutnya focus juga pada yang lemah supaya gap tidak la besar.

-Sekolah kat mana pun sama aja, SBP ka harian ka. Yang penting individu itu sendiri. Kalau nak
berjaya, kat sekolah mana pun boleh ( sambil merujuk dirinya yang hanya sempat sekejap saja
di Mozac dan beralih ke sekolah kampong, dan masih juga cemerlang)

-Buat studi /survey, berapa banyak keluaran SBP yang berjaya, baru pertimbangkn nak bagi
title ni. Adakah mereka ini hanya cemerlang masa di sekolah atau berterusan cemerlang bila
memasuki alam kerjaya. ( Kalau tak depa rasa rugi la kot bagi peruntukan berjuta-juta end up
tidak sukses?? )

-Masih banyak sekolah-sekolah luar bandar/pendalaman misalnya yang lebih memerlukan peruntukkan ini untuk membaiki taraf P&P ( Pembelajaran dan Pengajaran ).


Pada mulanya saya yang excited kerana SASIC terpilih terfikir jugak apa yang mereka katakan ini. Ada betulnya. Tidak dinafikan. Tapi saya bukan Menteri Pelajaran, so taknak komen lebih.Hehe..

Pasti ada kelebihan dan kekurangan, pro and cons apabila sesuatu keputusan diambil. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang . Sebagai rakyat, kita juga ada pandangan masing-masing. Samada menyokong atau sebaliknya. Harapnya pihak Kementerian juga dapat menerima pandangan-pandangan rakyat untuk dianalisa . Mungkin ada pandangan +ve yang boleh digunapakai.


Apapun , saya hanya ingin mengucapkan tahniah pada 20 sekolah yang tersenarai. Moga dapat digunakan kelebihan dan peruntukkan yang diberikan dengan sebaiknya dalam melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang berguna untuk agama, bangsa dan Negara.

Buat adik-adik SASIC ( kot la ada yang baca) dan ex-SASIC, moga terus mengharumkan nama SASIC kerana kita hanya satu-satunya sekolah agama yang terpilih dalam 20 sekolah ni. Saya harap sgt SASIC dapat mengekalkan ke’eksklusif’an tiada menengah rendah ( F.1 – F.3 ). Sekarang ni pun banyak MRSM dah mula bukak untuk F.1 . Tak macam dulu dah.

Kata hati 1 : Sangat merindu zaman tinggal di asrama

Kata Hati 2: Saya masih menyimpan semua surat tawaran dari SSP sampai ke Univ.Sampai dah kuning surat tawaran SSP sebab dah 15tahun berlalu. Sekali sekali jengok balik, imbas kenangan lalu..huhuh

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Contest Sweet Picture Anak bersama Ibu

Hari ini mood saya baik untuk join contest. Menang kalah letak tepi sebab senang saja syarat-syaratnya.

Lagipun masa saya menulis ni, dah ada 92 peserta.Bayangkan kebarangkalian untuk menang itu adalah 1/92. Tapi gedik nak masuk jugak la..

Ok contest kali ini adalah Contest Sweet Picture Anak bersama Ibu anjuran Eiya.

Apa langkah-langkahnya

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan..

Gambo kat bawah


2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir..
Nama Ummi : Noor Hidayah
Nama Anak : Shukrina Imtiyaz
Tarikh Lahir : 31 Dec 2007

3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri


4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg..

Semua gambar saya bersama SI adalah sweet kerana kami tidak banyak koleksi gambar. Maka, setiap gambar adalah sangat bermakna dan mempunyai nilai sentiment yang tersendiri. Ini gambar terbaru kami sempena birthday SI yang ke-2. Ummi memang suka tak sedar amik gambar sambil menayangkan gigi yang tak tersusun cantik itu, manakala SI pula macam control ayu gitu,sepatutnya mak yang control ayu, anak senyum ceria. terbalik kot :)


5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET
Dah

6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua
Dah

7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine
Dah

8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, January 25, 2010

Apa Kata Survey !

Saya ada dua soalan Apa Kata Survey !!

Soalan pertama

1) Berjawatan di tempat kerja dengan kerja yang berlambak, oncall pada weekend, mendapat perhatian, key person dengan reward yang sangat memuaskan hati ( increament /bonus/promotion )

2) ATAU biasa-biasa saja, suam kuku di tempat kerja, tidak mendapat perhatian keja tak berapa sibok macam orang lain ( boleh lepak jugak la, boleh balik ontime, kehidupan yang lebih balance antara rumah dan ofis , tapi still dapat reward ( bonus ) walaupun amount yang anda tidak la puas hati sgt (bagi yang tidak bersyukur ) . padanla dengan sumbangan



Soalan kedua

Haruskah ?

1) Terus menetap di kompeni anda yang tengah berdiri kukuh, buat profit sedangkan sumbangan anda tidaklah seberapa dan anda tidaklah menjadi orang penting. Tapi anda cukup selesa, gaji juga selesa walaupun ada rasa takut tiada masa depan

2) Cari tempat lain kerana anda merasakan tiada masa depan di sini walaupun sanggup meninggalkan kompeni yang benefit yang bagus, mempunyai masa depan yang cerah dan gaji anda yang selesa . Walaupun anda sudah merasa selesa di sini dan belum tahu lagi keadaan di tempat baru ( sama ada lebih teruk ) jika anda dapat.



Terima kasih bagi yang sudi memberikan pendapat

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Thursday, January 21, 2010

Hadiah vs Hidayah

Saya masih dalam mood bercerita tentang hadiah. Mentang-mentanglah baru saja anjurkan giveaway dan minggu ni sibuk mengepos hadiah kepada pemenang. Satu lagi berita baik minggu ni, saya pulak bertuah kerana nama naik untuk luck draw anjuran GenkiMomma. *Alhamdulillah*. Untuk pengetahun sahabat semua, GenkiMomma adalah independent distributor produk Shaklee dan sebenarnya blogger yang tidak asing lagi .Saya baru aje berjinak-jinak dalam pengambilan makanan tambahan yang selama ini tidak pernah saya hiraukan. Terima kasih GenkiMomma @ Arnie kerana membuatkan diri ini rasa cukup bertuah. :)

Berbalik kepada cerita hadiah, pagi tadi semasa saya mengepos hadiah cabutan bertuah untuk Ainey, saya dikerumuni kawan-kawan ofis ( saya pos melalui ofis) yang bertanyakan apa yang saya dok pos tu. Sorang kawan saya tolong menjawab kata,

“ Hidayah ni tak habis-habis dengan hadiah”

Hidayah vs hadiah..eh nak sama pulak nama dan ejaan..heheh..kalau nama saya dieja dalam jawi adalah Ha, dal, alif, Ya, Ha(هدايه )Bukan Ha, ya, Dal, Alif, Ya ,Ha, so kalau silap baca , Hidayah boleh pronouns as hadiah( هديه.). Beza takde alif ja...Heheheh

Sebenarnya kawan saya sorang ni boleh kata macam tu sebab dia selalu menemankan saya membeli hadiah.Amik tahun 2009 cukup la, dari awal tahun sampai hujung tahun ada ja hadiah yang saya pi beli.Selalunya saya akan gunakan masa lunch time utk shopping hadiah.

Sudah menjadi kelaziman kawan saya sorang ni akan call husband dia untuk update lunch kat mana. Selalu dia nanti kata,
“ Hari ni ikut Dayah pi xxxx sebab dia nak cari hadiah”

Sampai suami dia kata Dayah tu tak habis-habis beli hadiah ka. Padahal bukan selalu kecuali pada bulan-bulan tertentu seperti cuti sekolah yang penuh dengan undangan perkahwinan. Dan saya juga adalah tukang beli hadiah untuk dept saya kalau ada apa-apa event.

Kawan saya kata
“ Dayah cuba buat list dah berapa banyak Dayah spend untuk hadiah sepanjang tahun ni. Kak xxx nak tengok. Mesti dah beratus”- Sebab dia rajin ikut saya p cari hadiah, so dia dapat agak.

Tidak pernah pun saya mengira berapa banyak yang saya keluarkan untuk hadiah sahaja. Memang tiap-tiap bulan saya buat spending summary tapi disebabkan saya memang ada peruntukan untuk Contingency untuk ‘unforeseen event’ atau nama lain yang saya istilahkan sebagai Peruntukkan untuk Melayan Nafsu .Huahuahua... Masih within budget, sebab itu saya tidaklah ambil kisah. Dan kalau untuk hujung tahun yang pasti banyak majlis, saya memang peruntukkan siap2 untuk hadiah. Tapi kalau nak dihitung balik semua, ya mungkin dah beratus.

Jangan pulak sahabat-sahabat ingat saya mahupun kawan saya ni bekira tentang duit ringgit . Kawan saya ni pun orang yang suka berbelanja, tapi mungkin disebabkan factor umur ( 40-an) yang dah meningkatkan, so event yang memerlukan dia memberi hadiah sudah agak berkurangan berbanding saya..

Contohnya,

Dalam 2 tahun kebelakangan ini :

- Ramai kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan .Kadang-kadang hadiah pengganti diri andai tak dapat hadir sebab faktor jarak.
- Ramai kawan-kawan yang beranak, bukan setakat 1st baby, 2nd, 3rd pun ramai
- Ramai kawan-kawan buat 1st , 2nd birthday anak-anak depa. Kadang-kadang birthday depa pun.Walaupun tanpa majlis, kita just bagi sebagai ingatan

Dan macam-macam lagi la.. so zaman kawan saya yang berpangkat kakak ni dah berlalu.Kalau ada pun sikit saja la.. Tapi turn anak dia yang sekolah rendah tu pulak yang suka nak bagi hadiah.Birthday kawan la, hari guru la, tukar-tukar hadiah la. Dia kata anak dia pun dah macam saya..Hihihi.

Tapi tidak dinafikan , saya memang suka menerima dan memberi hadiah dari kecil lagi. Saya rasa bukan saya sorang, orang lain pun macam itu terutama tang menerima hadiah.Tambah-tambah kita perempuan ni kan.

Suami pun kadang-kadang tidak faham dengan saya. Ada saja majlis , saya mesti kalut nak cari hadiah. Pastu dia tegur saya nampak excited bila dok balut hadiah. Dia kata bagi duit sudahlah, kenapa nak susah-susah. Sebab saya suka susahkan dia untuk cari kotak la, pembalut la, selotep la, gunting la..

Saya cuma katakan apa salahnya bagi.Antara alasan saya :
1) Ni majlis kawan baik ( atau anak kawan) saya
2) Masa majlis kita hari tu dia bagi, molekla balas balik..
3) Dan kalau saya malas nak layan, saya cuma kata Nabi suka tau kita bagi hadiah.


"Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).”
[al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]


Saya salu quotekan hadith ni untuk suami. Bukan dia tak suka bagi hadiah, dia pun tak pernah miss bagi hadiah untuk saya dan anak sempena birthday ka, anniversary ka, tapi kebanyakkan saya yang pilih sendiri, dia tukang keluar duit saja. So bukan surprise la kan. Tak kisah la, janji dapat hadiah. Cuma excited dia tu lain dari kita perempuan ni. Dan kadang-kala mereka tak treat hadiah sebagai sesuatu yang sangat penting, Saya ni melebih-lebih. Kadang-kadang bila kenduri kawan dia yang saya tak kenal, saya pulak excited. Takmau beli hadiah ka..??

Saya rasa apa yang penting ialah keikhlasan kita dalam memberi sesuatu. Kalau beli hadiah mahal-mahal pun kalau niat tu dah lari, ada pulak unsur-unsur riya’, kan dah rugi tang situ. Kadang-kadang kita manusia ni, bila nak pilih hadiah, mesti nak yang grand-grand kan.. Nanti kalau bagi yang murah, apa orang kata. Maka jenoh la poket berlubang. Kita yang menerima ni, jangan pulak banyak songeh. Dah orang bagi tu, patutnya berterima kasih. Ingat tak filem Ahmad Albab masa P.Ramlee dan Saloma bagi hadiah capati, garam dan gula pada bapak depa..Bukan main mengomen dan compare dengan menantu yang bagi emas

Bertindaklah ikut kemampuan kita. Hadiah yang bernilai RM10 adalah lebih bernilai jika kita ikhlas berbanding RM100 jika ingin menunjuk. Keikhlasan itu antara kita dengan Tuhan. Bukan orang ke-3 yang menjadi perantara


Bagi sapa-sapa yang taktau trademark Penang yang saya bagi masa Imtiyaz Giveaway ritu, nah, tengok kat sini.Saya cilok( dengan kebenaran ) gambaq ni dari blog MamaShasha ( Bed)


:: buah pala kering ::


Kata Hati : Kalau saya dapat hadiah mahal, saya sangat suka. Orang tu ikhlas ke tak ke, itu dia punya hal…Huhuhu..patutkah??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS