Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, January 21, 2010

Hadiah vs Hidayah

Saya masih dalam mood bercerita tentang hadiah. Mentang-mentanglah baru saja anjurkan giveaway dan minggu ni sibuk mengepos hadiah kepada pemenang. Satu lagi berita baik minggu ni, saya pulak bertuah kerana nama naik untuk luck draw anjuran GenkiMomma. *Alhamdulillah*. Untuk pengetahun sahabat semua, GenkiMomma adalah independent distributor produk Shaklee dan sebenarnya blogger yang tidak asing lagi .Saya baru aje berjinak-jinak dalam pengambilan makanan tambahan yang selama ini tidak pernah saya hiraukan. Terima kasih GenkiMomma @ Arnie kerana membuatkan diri ini rasa cukup bertuah. :)

Berbalik kepada cerita hadiah, pagi tadi semasa saya mengepos hadiah cabutan bertuah untuk Ainey, saya dikerumuni kawan-kawan ofis ( saya pos melalui ofis) yang bertanyakan apa yang saya dok pos tu. Sorang kawan saya tolong menjawab kata,

“ Hidayah ni tak habis-habis dengan hadiah”

Hidayah vs hadiah..eh nak sama pulak nama dan ejaan..heheh..kalau nama saya dieja dalam jawi adalah Ha, dal, alif, Ya, Ha(هدايه )Bukan Ha, ya, Dal, Alif, Ya ,Ha, so kalau silap baca , Hidayah boleh pronouns as hadiah( هديه.). Beza takde alif ja...Heheheh

Sebenarnya kawan saya sorang ni boleh kata macam tu sebab dia selalu menemankan saya membeli hadiah.Amik tahun 2009 cukup la, dari awal tahun sampai hujung tahun ada ja hadiah yang saya pi beli.Selalunya saya akan gunakan masa lunch time utk shopping hadiah.

Sudah menjadi kelaziman kawan saya sorang ni akan call husband dia untuk update lunch kat mana. Selalu dia nanti kata,
“ Hari ni ikut Dayah pi xxxx sebab dia nak cari hadiah”

Sampai suami dia kata Dayah tu tak habis-habis beli hadiah ka. Padahal bukan selalu kecuali pada bulan-bulan tertentu seperti cuti sekolah yang penuh dengan undangan perkahwinan. Dan saya juga adalah tukang beli hadiah untuk dept saya kalau ada apa-apa event.

Kawan saya kata
“ Dayah cuba buat list dah berapa banyak Dayah spend untuk hadiah sepanjang tahun ni. Kak xxx nak tengok. Mesti dah beratus”- Sebab dia rajin ikut saya p cari hadiah, so dia dapat agak.

Tidak pernah pun saya mengira berapa banyak yang saya keluarkan untuk hadiah sahaja. Memang tiap-tiap bulan saya buat spending summary tapi disebabkan saya memang ada peruntukan untuk Contingency untuk ‘unforeseen event’ atau nama lain yang saya istilahkan sebagai Peruntukkan untuk Melayan Nafsu .Huahuahua... Masih within budget, sebab itu saya tidaklah ambil kisah. Dan kalau untuk hujung tahun yang pasti banyak majlis, saya memang peruntukkan siap2 untuk hadiah. Tapi kalau nak dihitung balik semua, ya mungkin dah beratus.

Jangan pulak sahabat-sahabat ingat saya mahupun kawan saya ni bekira tentang duit ringgit . Kawan saya ni pun orang yang suka berbelanja, tapi mungkin disebabkan factor umur ( 40-an) yang dah meningkatkan, so event yang memerlukan dia memberi hadiah sudah agak berkurangan berbanding saya..

Contohnya,

Dalam 2 tahun kebelakangan ini :

- Ramai kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan .Kadang-kadang hadiah pengganti diri andai tak dapat hadir sebab faktor jarak.
- Ramai kawan-kawan yang beranak, bukan setakat 1st baby, 2nd, 3rd pun ramai
- Ramai kawan-kawan buat 1st , 2nd birthday anak-anak depa. Kadang-kadang birthday depa pun.Walaupun tanpa majlis, kita just bagi sebagai ingatan

Dan macam-macam lagi la.. so zaman kawan saya yang berpangkat kakak ni dah berlalu.Kalau ada pun sikit saja la.. Tapi turn anak dia yang sekolah rendah tu pulak yang suka nak bagi hadiah.Birthday kawan la, hari guru la, tukar-tukar hadiah la. Dia kata anak dia pun dah macam saya..Hihihi.

Tapi tidak dinafikan , saya memang suka menerima dan memberi hadiah dari kecil lagi. Saya rasa bukan saya sorang, orang lain pun macam itu terutama tang menerima hadiah.Tambah-tambah kita perempuan ni kan.

Suami pun kadang-kadang tidak faham dengan saya. Ada saja majlis , saya mesti kalut nak cari hadiah. Pastu dia tegur saya nampak excited bila dok balut hadiah. Dia kata bagi duit sudahlah, kenapa nak susah-susah. Sebab saya suka susahkan dia untuk cari kotak la, pembalut la, selotep la, gunting la..

Saya cuma katakan apa salahnya bagi.Antara alasan saya :
1) Ni majlis kawan baik ( atau anak kawan) saya
2) Masa majlis kita hari tu dia bagi, molekla balas balik..
3) Dan kalau saya malas nak layan, saya cuma kata Nabi suka tau kita bagi hadiah.


"Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai (kerana Allah).”
[al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]


Saya salu quotekan hadith ni untuk suami. Bukan dia tak suka bagi hadiah, dia pun tak pernah miss bagi hadiah untuk saya dan anak sempena birthday ka, anniversary ka, tapi kebanyakkan saya yang pilih sendiri, dia tukang keluar duit saja. So bukan surprise la kan. Tak kisah la, janji dapat hadiah. Cuma excited dia tu lain dari kita perempuan ni. Dan kadang-kala mereka tak treat hadiah sebagai sesuatu yang sangat penting, Saya ni melebih-lebih. Kadang-kadang bila kenduri kawan dia yang saya tak kenal, saya pulak excited. Takmau beli hadiah ka..??

Saya rasa apa yang penting ialah keikhlasan kita dalam memberi sesuatu. Kalau beli hadiah mahal-mahal pun kalau niat tu dah lari, ada pulak unsur-unsur riya’, kan dah rugi tang situ. Kadang-kadang kita manusia ni, bila nak pilih hadiah, mesti nak yang grand-grand kan.. Nanti kalau bagi yang murah, apa orang kata. Maka jenoh la poket berlubang. Kita yang menerima ni, jangan pulak banyak songeh. Dah orang bagi tu, patutnya berterima kasih. Ingat tak filem Ahmad Albab masa P.Ramlee dan Saloma bagi hadiah capati, garam dan gula pada bapak depa..Bukan main mengomen dan compare dengan menantu yang bagi emas

Bertindaklah ikut kemampuan kita. Hadiah yang bernilai RM10 adalah lebih bernilai jika kita ikhlas berbanding RM100 jika ingin menunjuk. Keikhlasan itu antara kita dengan Tuhan. Bukan orang ke-3 yang menjadi perantara


Bagi sapa-sapa yang taktau trademark Penang yang saya bagi masa Imtiyaz Giveaway ritu, nah, tengok kat sini.Saya cilok( dengan kebenaran ) gambaq ni dari blog MamaShasha ( Bed)


:: buah pala kering ::


Kata Hati : Kalau saya dapat hadiah mahal, saya sangat suka. Orang tu ikhlas ke tak ke, itu dia punya hal…Huhuhu..patutkah??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

15 sharing:

el said...

dayah..ada balance x adiah ko tu..kasi kat aku..kahhh kita kan kwn2..hiksss

mamashasha said...

dayah vs hadiah...mmg buleh tersasul dibuatnye....haha syukur rezeki....mungkin tuhan balas dek kemurahan hatimu dayah menghadiahkan kami bertiga...syukur sapa tau kan? sebut pasal tukang belii hadiah aku pun mcm tu bkn takat p cari hadiah lucky draw tuk family day or dinner clint mahupun utk co sendiri...malah tahun lepas aku jugak la yg dipertanggung jawapkan membeli hadiah kalau ade staff yg dpt bb, kawen or resign!!!aku pun mcm hang suka bg hadiah dan dpt hadiah..price doesn't matter for me....masa aku kawen dulu adalah saat paling indah coz dapat hadiah paling byk seumur hidupku...yg kedua terbanyak masa aku jadi cikgu ganti dulu.....aku suke bg souvenier kalau opismate pompuan nk resign...makna kata kalau staff pompuan mesti dpt xtra 1 co bg 1 lagi aku bg....selalunya aku akan beli brooch tuk pompuan...tak tau la kenapa mungkin gak sebab brooch tu sebati dgn pompuan kan?utk mak,adik2 & mil aku pun aku suka belikan brooch....so aku mmg suka hang bg brooch hari tu....hahah panjang berjela aku komen ni...

Mommy Harith Hannah said...

Dayah,

Saya pon jenis over-excited kalau cari & nak belikan hadiah untuk orang, sejak high-school rasanya. Sumtimes, rege tue blakang kira dah, esp kalau jumpa hadiah yg cantek, menarik, tertarik. Huhuhu.

Betul tue, sometimes org mungkin akan judge pada harga/ brand etc, tapi pada saya, yg penting keikhlasan kita nak bagi tue. Si penerima nak fikir macam mana, terpulang laa. Hihihi.

Terima kasih di atas "special perenggan" untuk saya. Hihi. Dayah nie mmg sgt2 baik lah! *hugs*

Hope u like the pressie, which is currently on the way~! ;)

Rozy said...

Dayaaaaaaaaaaahhhhh,

Nak adiah gakss.. hehehehhe

Hamizah said...

dayah,
kirim utk akak jg..

Dayah @ Real Ummu said...

el,
mana ada balance.budget cukup2..oo..masa nak hadiah baru ngaku kawan..heheheh..

Dayah @ Real Ummu said...

Bed
jgn tersasul nak panggil nama aku p paggil hadiah sudahhh..oo..hang mmg suka brooch la..baguih la..rajin sungguh hang dok bagi kat org hadiah no...amalan yg baik, baik diteruskan

Dayah @ Real Ummu said...

Hanie..
amboi.amboi...pandai reka ayat noo...

mmg teringin nak p nibong tebal jumpa HAnie..tapi tu la..takdan masa..insyaAllah satu hari kita jumpa

Dayah @ Real Ummu said...

Arnie
hadiah utk saya dah sampia..trima aksih byk2..suka sgt..nanti nak kena studi apa kelebihan ostero...apa ke nama tah..susah nak sebut..

mg kita perempuan over-excited bab memilih hadiah..rasa sgt itu sgt indah..ahaks..

Dayah @ Real Ummu said...

Rozy and kakMizah
insyaAllah, ada rezeki lebih lagi, kita bagi hadiah lagi ok

ibu_Arifa said...

saya pun suka nk bg hadiah kak org.. utk kawan2 blog skrg ni, teringin sgt nk buat giveaway..tp takut tak ter'handle' plak, risau pun ada gak dgn kabar2 angin yg sdg hangat skrg ni..tp insyaallah--akan cuba luang kan masa nk buat giveaway/contest kgk nnt :)-- dayah join gak tau nnt.

Dayah @ Real Ummu said...

Ibu Arifa..
kabar angin apa ek? dayah ni bukan blgger tegar pun, so taktau sgt crita criti ni..

Ibu Mifzal said...

hehe..ha ah..mcm dekat2 jer sebutan hadiah n hidayah tu..

sesungguhnya tangan yg memberi lagi baik dr tangan yg menerima...thanks ya dayah..hadiah dayah dah sampai semalam, sgt cute n cantik..buah pala pun sedap..tq very2 much...

Dayah @ Real Ummu said...

Ainey
dah sampai ye..bagusla..saja tanya..kot2 tersangkut kat mana..terima kasih kembali

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.