Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Saturday, February 27, 2010

Keluarga Mifzal Arsyad Giveaway

Oooh..saya hampir terlupa. Saya belum buat entri tentang Keluarga Mifzal Arsyad Giveaway lagi ni...28 feb dah tarikh tutup..

Ok, here we go...



Keluarga Mifzal Arsyad berbesar hati mengadakan GiveAway sempena nama baru domain blog dia.Tuan rumah ialah Ainey yang saya kenali di m.com dan anaknya Mifzal Arsyad ( yang dalam gambar di banner tu) .

Haidah ditentukan melalui cabutan bertuah oleh si cilik Mifzal dan abahnya.

Jom kita tengok apa hadiahnya..Best tau..

Hadiah-hadiahnya ialah :


Kalau ada luck, ada la rezeki..tapi kalau takde, tak kisah..janji dpat memeriahkan giveaway kawan-kawan...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, February 26, 2010

Wanita Kuasai Sektor Awam. Salah ke?

SELAMAT MENGHAYATI PERISTIWA PENTING SEMPENA MAULIDUR RASUL, KAWAN-KAWAN!!

Mari kita ke entri seterusnya

Saya ada terbaca issu penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan kerajaan terutama dalam sector pembuat keputusan yang meningkat sekarang dan ia juga diulas semasa Forum Rakyat di Radio Selasa lalu.

Sebelum sahabat-sahabat terus membaca entri saya ni, saya rasa lebih baik membaca 2 keratan dari Utusan dan Berita Harian dahulu.

Apa komen sahabat semua ? Nampak ada baur-baur diskriminasi tak ? Walaupun ditegaskan oleh wakil CU*PACS yang mereka bukan ingin membangkitkan isu diskriminasi gender tapi lebih risau kesan jangka panjang kepada fenomena ini. Mereka juga mengakui keupayaan kita wanita dalam sektor pekerjaan. Beberapa aktivis wanita juga menentang issu yang cuba CU*PACS bangkitkan ini.

Secara peribadi, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan CU*PACS. Kita kaum wanita sekarang semakin hebat dan boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki dalam sesetengah sektor. Bukan semua sektor kita hebat. Tidak dinafikan. Kita ada kekangan yang kita sendiri mengakuinya. Bagi bidang yang memang serasi dengan naluri kita sebagai wanita, tidak salah kalau populasi kita tinggi

Tapi ada asasnya kenyataan mereka. Kita tidak akan dapat menjadi ketua/ pembuat keputusan dalam semua aspek. Tetapi kelebihan yang kita miliki perlu untuk menyeimbangkan kekurangan yang mungkin ada pada pembuat keputusan dari kaum lelaki. Bagi saya 30% kuota yang diberikan untuk kaum wanita menjadi pembuat keputusan dalam sektor kerajaan adalah sedikit. Perlu dinaikkan kepda 45 atau 50 atau 60 pun lagi bagus. Daripada tidak ada kaum lelaki yang berkelayakan baik bagi dekat kita kan..Hehehe. Marah kaum Adam nanti.


"Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar."


Memetik kenyataan di atas ni, oleh kerana kita wanita tekun belajar dan keputusan pun baik dan sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan menyebabkan kita ramai terpilih. Well..sapa suruh lelaki tanak tekun belajar.Kita perempuan bukannya nak bercita-cita jadi Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera . Kalau berangan nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ma syarakat tu pun rasanya macam-macam yang harus dikorbankan . Kita rajin belajar, dapat result baik, dapat kerja yang sesuai is good enough. Lelaki yang harus fikir, jawatan-jawatan yang saya sebutkan tu utk mereka. So pandai-pandai la . Kena mulakan dari zaman belajar


Nak cakap lebih-lebih pun saya bukan penjawat awam. Tapi fenomena saya di sektor swasta , memang kaum Adam melebihi kaum Hawa terutama dalam pembuat keputusan dalam bidang-bidang kritikal. Saya juga tidaklah mengidam kedudukan mereka kerana bukan sedikit pengorbanan yang harus dibayar. Office tu macam rumah kedua. Silap-silap ofis boleh jadi isteri pertama..Hehehe.. Dan kehidupan mereka diseimbangkan dengan kedudukan isteri yang tidak sibuk sangat/gomen atau kalau dua-dua jadi boss, anak pun takle ramai mana . 1-2 je.


Ke sebab ramai kaum Adam pergi ke swasta dan kurang yang menyertai sektor awam, maka kaum Hawa yang mendominasi ? Sebab orang kata, kalau perempuan tu baik keja cikgu/ gomen banyak masa kat rumah dengan anak-anak. Lelaki tak apalah nak keja swasta. Make sense jugak kan !

Tapi sekarang saya rasa baik lelaki mahupun wanita, asal ada saja tawaran dari gomen, memang jarang yang tolak. Rugi kalau tolak. Lelaki pun walaupun naluri itu tidak mahu menjadi guru tapi dek kerana kepayahan mendapat pekerjaan di luar sana, ramai jugak yang join KPLI/DPLI dan sebagainya. Kecuali lelaki-lelaki yang memang Degree in Education , dan ada jugak yang sanggup quit dari kedudukan selesa di sector swasta kerana sifat ‘murabbi’ yang ada pada diri mereka. Itu saya salute. !! Mau ada yang perasan nanti

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, February 23, 2010

Bengkung Apa Nak Pakai ni?

Saya tengah survey nak beli bengkung untuk dipakai masa pantang nanti. Ada yang bagus untuk direkemenkan. Masa pantangkan SI dulu, saya guna yang maksedara punya. Lepas saya pakai, sepupu punya turn pulak. Sebelum saya pun ada sepupu lain yang dah guna. Baru-baru ni tanya, dah ke mana perginya. Dah bergenerasi bengkung tu berbakti. Dah lusuh pun. Tapi sedap pakai sebab dah banyak kali basuh kot. Dia lembut je. Senang dipakai. Jenis bertali yang bersilang zigzag macam gambar kat bawah ni.Saya pakai sendiri je sambil berbaring.Kalau emergency nak ke toilet pun tak susah. Takyah bukak sampai habis..Selak ke atas sikit je.


::gambar dari hpa website::


Saya bincang dengan husband, beli baru la. Boleh pakai untuk anak ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya....wahh !!. Cuma tu la, taktau yang mana best. Jenis velcro macam bengkungmodern tu ok tak ? Tapi saya lagi prefer tali sebab rasa macam kejap sikit

Sembang dengan kawan baru-baru ni, dia kata, dia punya, mak dia buatkan.amik kain yang dah pakai . Dia punya bengkung , mak dia amik kain baju sekolah dulu. Sebab lagi banyak kali basuh, lagi lembut dan sejuk. Wah..gigihnya cari baju sekolah lama.Tak dapat saya bayang macamana mak dia buat.

Beberapa gambar bengkung yang ada di pasaran


:: gambar dari bengkungmoden.com::

::belly bandit ::

Sahabat-sahabat pakai yang jenis mana ye ? Kongsilah...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, February 22, 2010

Cerita Gathering SusuIbu.com dan RatuHati.com

Alhamdulillah...
Gathering Bersama SusuIbu.com dan RatuHati.com telah pun dilaksanakan dengan jayanya hari Sabtu lalu.

Excited berhari-hari sebelum, dok fikir hadiah apa nak bagi untuk kategori baby dan ibu. Pusing p pusing mai, akhirnya dapat jugak sediakan hadiah. Tak sempat disnap hadiah yang saya sediakan. Yang saya tau, 1 hadiah dpt kat Hana, satu lagi kat Aishah. Hope hangpa suka la nooo.

So, kita cerita hari kejadian.Kami sekeluarga sampai lebih kurang 10.20am . Masa tu ramai jugak yang dah mai.Semua muka -muka baru. Yang muka lama masa 1st gath ritu hanya KShida, Hana, Aishah,Kikie, Ain dan saya.

Kami bermula dengan ice-breaking.Since organizer Rozy tak dapat hadir, maka tugas diambil alih oleh Kshida. Ramai ...yang sempat saya ingat dan berkenal-kenalan ialah Ija,Mamanoa,Rini,Sara,Dura ( junior sekolah rendah, tak sangka jumpa di situ), Izzah,IbuArifa (Min),Syira,Fika.ada lagi saya tak ingat.Maaf la ye.

Rini,Izzah,Dura dan lupa lak pulak lagi sorang nama apa..
Eh,AbdRahman (anak Kikie) pun terselit jugak



Selepas sessi suai kenal, kami teruskan dengan briefing tentang BabyWearing (BW) oleh Kshida jugak.
BW talk by KakShida

Masa ni half way saya dah lari ke kolam sebab SI sampai saja situ, nampak kolam terus nak mandi. Saja nak tengok apa dia dok buat walaupun abi ada. Then dia terus nak p main kat taman permainan. Sambil request nak nasik lemak. So abi dia temankan SI makan kat situ sebelum terus p taman permainan untuk bermain.

Nak mandi..nak mandi...aksi memberontak nak mandi

Then saya kembali ke tempat gath.Masa tu BW dah nak habis dan semua nampak macam dah nak menjamu selera. Dah nak menghampiri pukul 12. Mesti perut semua berkeroncong. Macam-macam makanan ada.Saya sendiri bawak nasi lemak,ada macaroni goreng,nasi himpit kuah kacang Dura, kuih-muih yang berjenis-jenis, lontong ( sungguh sedap. Saya makan 3 pinggan) Bihun goreng, kek cekelat dan cheese cake dari AloqStaq (thanks Rini -sedap, balik rumah pun dok pulun lagi), pudding dan rojak Hana, kerepek pelbagai dan macam-macam lagi la.


Pas makan, kami sambung dengan penerangan tentang kecemasan dan kecederaan yang boleh berlaku di rumah dan langkah-langkah mengatasinya. Ni sapa lagi kalau bukan Speaker import dari Hospital Sultanah Bahiyah, abiFarish ( suami Hana ). Siap dengan hand-out lagi untk rujukan. Memang satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

AbiFarish kepanasan memberi talk

mak-mak lari setempat untuk bertdeuh sambil dengar talk AbiFarish

Saya tak pasti masa bila sessi Cloth Diaper (CD) diadakan. Yang saya perasan, ada sekumpulan ibu-ibu dah berkumpul setempat dan kshida dok bagi penerangan. Kami-kami yang dah pakaikan anak CD ni dok relaks sambil makan-makan.Ada jugak yang dok melayan karenah anak-anak yang pelbagai.Sementara menunggu Lactation Counselor (LC) sampai, kami agihkan nombor untuk cabutan bertuah.

Dalam 1.30ptg, Dr.Balkees, LC dan Paed dari Pantai Hosp pun sampai. Tajuk kali ini..apa ye..Low Weight Gain for BF baby..macam tu ka...? saya pun tak pasti dan saya pun actually tak dengaq sangat sebab dok layan SI. Nasib baik abi memberikan perhatian, so balik tu, dia yang cerita balik kat saya. Sessi soal jawab pun mendapat sambutan. Dr.Balkees sungguh baik melayan setiap persoalan.
lihatlah..khusyuk mendengar penerangan dari LC
kelihatan Sara,Syira,IbuArifa, dua lagi tak ingat ( maaf) & 1/2 Kikie dan anak-anak


Selesai sessi bersama LC, kami memberikan sedikit cenderahati buat Dr.Balkees.Walaupun diajak untuk makan, dia takmau.Nak bungkus pun takmau. Katanya, dia dah rasa happy dapat bersama untuk sekian kali. Makan bukan agenda utama ( padahal dia baru habis klinik pukul 1 dan terus meluru datang) .Sempat juga dia berkata yang kita yang memperjuangkan BF ni macam alien dalam masyarakat sendiri kerana benda yang dulu-dulu tok nenek kita buat sekarang nak kena berkempen bagai, nak kena memberi kesedaraan dan tarik perhatian , seolah-olah benda baru. Sempat dia bertanya adakah majikan saya support BF dengan menyediakan sekurang-kurangnya nursing room.Dia kata kebanyakan private menyokong cuma sesetengah macam bank.Dan dia baru selesai 'menang kes' untuk HS*C membina sebuah nursing room masa proses renovation bank berkenaan.
Dr.Balkees

Aishah juga sempat buat birthday celebration untuk hero no-2nya..Apa ka nama..Hadiff Syahmi ka..?? Budak-budak semua happy dapat tiup belon yang bunyi tu..
Acara potong kek birthday Anak Aishah

Acara terakhir pastinya lucky draw kelolaan Aishah.Hadiah banyak sangat sampai cabutan kena buat 2x. Pun ada lebih dekat 10. Terpaksa buat pop kuiz sampai Kshida dah tak larat nak fikir nak bagi soalan apa.

Sebelum pulang kami bergambar kenangan.
Hingga berjumpa lagi....
dalam ni baru ada gambaq saya..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.Seronok sangat dapat berkenal-kenalan dengan kalian. Lain kali ada rezeki insyaAllah, kita jumpa lagi.

Bilangan ahli gath dah bertambah lebih dua kali ganda..Moga tahun depan lebih ramai yang akan join. Untuk n3 gath tahun lalu, sila baca sini

Buat abi, terima kasih kerana memahami dan sudi menemakan ummi dan SI ke sini sehingga sanggup membatalkan hal kerja. Last year pun abi tak join sebab kena kerja. This year ummi paksa sebab ummi nak SI seronok boleh bermain dan mandi kolam, ummi boleh senang lenang bergath. Kalau kami berdua saja alamat SI tak dapat main/mandi atau ummi tak dapat concentrate pada program.

Akhir sekali..nak enteprem jugak..khas buat Hana, balik tu terus dayah gedik try tudung yang ditempah khas dari AloqStaq. Suami dah malas nak layan tolong tangkap gambaq. Letih ... Anak bapak terus zzzz. So terpaksa la amik gambaq syok sendiri. Suka sangat.... terima kasih daun keladi..lain kali nak tempah lagi..boleh noo Hana...
29 weeks expecting

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS