Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Monday, February 22, 2010

Cerita Gathering SusuIbu.com dan RatuHati.com

Alhamdulillah...
Gathering Bersama SusuIbu.com dan RatuHati.com telah pun dilaksanakan dengan jayanya hari Sabtu lalu.

Excited berhari-hari sebelum, dok fikir hadiah apa nak bagi untuk kategori baby dan ibu. Pusing p pusing mai, akhirnya dapat jugak sediakan hadiah. Tak sempat disnap hadiah yang saya sediakan. Yang saya tau, 1 hadiah dpt kat Hana, satu lagi kat Aishah. Hope hangpa suka la nooo.

So, kita cerita hari kejadian.Kami sekeluarga sampai lebih kurang 10.20am . Masa tu ramai jugak yang dah mai.Semua muka -muka baru. Yang muka lama masa 1st gath ritu hanya KShida, Hana, Aishah,Kikie, Ain dan saya.

Kami bermula dengan ice-breaking.Since organizer Rozy tak dapat hadir, maka tugas diambil alih oleh Kshida. Ramai ...yang sempat saya ingat dan berkenal-kenalan ialah Ija,Mamanoa,Rini,Sara,Dura ( junior sekolah rendah, tak sangka jumpa di situ), Izzah,IbuArifa (Min),Syira,Fika.ada lagi saya tak ingat.Maaf la ye.

Rini,Izzah,Dura dan lupa lak pulak lagi sorang nama apa..
Eh,AbdRahman (anak Kikie) pun terselit jugak



Selepas sessi suai kenal, kami teruskan dengan briefing tentang BabyWearing (BW) oleh Kshida jugak.
BW talk by KakShida

Masa ni half way saya dah lari ke kolam sebab SI sampai saja situ, nampak kolam terus nak mandi. Saja nak tengok apa dia dok buat walaupun abi ada. Then dia terus nak p main kat taman permainan. Sambil request nak nasik lemak. So abi dia temankan SI makan kat situ sebelum terus p taman permainan untuk bermain.

Nak mandi..nak mandi...aksi memberontak nak mandi

Then saya kembali ke tempat gath.Masa tu BW dah nak habis dan semua nampak macam dah nak menjamu selera. Dah nak menghampiri pukul 12. Mesti perut semua berkeroncong. Macam-macam makanan ada.Saya sendiri bawak nasi lemak,ada macaroni goreng,nasi himpit kuah kacang Dura, kuih-muih yang berjenis-jenis, lontong ( sungguh sedap. Saya makan 3 pinggan) Bihun goreng, kek cekelat dan cheese cake dari AloqStaq (thanks Rini -sedap, balik rumah pun dok pulun lagi), pudding dan rojak Hana, kerepek pelbagai dan macam-macam lagi la.


Pas makan, kami sambung dengan penerangan tentang kecemasan dan kecederaan yang boleh berlaku di rumah dan langkah-langkah mengatasinya. Ni sapa lagi kalau bukan Speaker import dari Hospital Sultanah Bahiyah, abiFarish ( suami Hana ). Siap dengan hand-out lagi untk rujukan. Memang satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

AbiFarish kepanasan memberi talk

mak-mak lari setempat untuk bertdeuh sambil dengar talk AbiFarish

Saya tak pasti masa bila sessi Cloth Diaper (CD) diadakan. Yang saya perasan, ada sekumpulan ibu-ibu dah berkumpul setempat dan kshida dok bagi penerangan. Kami-kami yang dah pakaikan anak CD ni dok relaks sambil makan-makan.Ada jugak yang dok melayan karenah anak-anak yang pelbagai.Sementara menunggu Lactation Counselor (LC) sampai, kami agihkan nombor untuk cabutan bertuah.

Dalam 1.30ptg, Dr.Balkees, LC dan Paed dari Pantai Hosp pun sampai. Tajuk kali ini..apa ye..Low Weight Gain for BF baby..macam tu ka...? saya pun tak pasti dan saya pun actually tak dengaq sangat sebab dok layan SI. Nasib baik abi memberikan perhatian, so balik tu, dia yang cerita balik kat saya. Sessi soal jawab pun mendapat sambutan. Dr.Balkees sungguh baik melayan setiap persoalan.
lihatlah..khusyuk mendengar penerangan dari LC
kelihatan Sara,Syira,IbuArifa, dua lagi tak ingat ( maaf) & 1/2 Kikie dan anak-anak


Selesai sessi bersama LC, kami memberikan sedikit cenderahati buat Dr.Balkees.Walaupun diajak untuk makan, dia takmau.Nak bungkus pun takmau. Katanya, dia dah rasa happy dapat bersama untuk sekian kali. Makan bukan agenda utama ( padahal dia baru habis klinik pukul 1 dan terus meluru datang) .Sempat juga dia berkata yang kita yang memperjuangkan BF ni macam alien dalam masyarakat sendiri kerana benda yang dulu-dulu tok nenek kita buat sekarang nak kena berkempen bagai, nak kena memberi kesedaraan dan tarik perhatian , seolah-olah benda baru. Sempat dia bertanya adakah majikan saya support BF dengan menyediakan sekurang-kurangnya nursing room.Dia kata kebanyakan private menyokong cuma sesetengah macam bank.Dan dia baru selesai 'menang kes' untuk HS*C membina sebuah nursing room masa proses renovation bank berkenaan.
Dr.Balkees

Aishah juga sempat buat birthday celebration untuk hero no-2nya..Apa ka nama..Hadiff Syahmi ka..?? Budak-budak semua happy dapat tiup belon yang bunyi tu..
Acara potong kek birthday Anak Aishah

Acara terakhir pastinya lucky draw kelolaan Aishah.Hadiah banyak sangat sampai cabutan kena buat 2x. Pun ada lebih dekat 10. Terpaksa buat pop kuiz sampai Kshida dah tak larat nak fikir nak bagi soalan apa.

Sebelum pulang kami bergambar kenangan.
Hingga berjumpa lagi....
dalam ni baru ada gambaq saya..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.Seronok sangat dapat berkenal-kenalan dengan kalian. Lain kali ada rezeki insyaAllah, kita jumpa lagi.

Bilangan ahli gath dah bertambah lebih dua kali ganda..Moga tahun depan lebih ramai yang akan join. Untuk n3 gath tahun lalu, sila baca sini

Buat abi, terima kasih kerana memahami dan sudi menemakan ummi dan SI ke sini sehingga sanggup membatalkan hal kerja. Last year pun abi tak join sebab kena kerja. This year ummi paksa sebab ummi nak SI seronok boleh bermain dan mandi kolam, ummi boleh senang lenang bergath. Kalau kami berdua saja alamat SI tak dapat main/mandi atau ummi tak dapat concentrate pada program.

Akhir sekali..nak enteprem jugak..khas buat Hana, balik tu terus dayah gedik try tudung yang ditempah khas dari AloqStaq. Suami dah malas nak layan tolong tangkap gambaq. Letih ... Anak bapak terus zzzz. So terpaksa la amik gambaq syok sendiri. Suka sangat.... terima kasih daun keladi..lain kali nak tempah lagi..boleh noo Hana...
29 weeks expecting

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 sharing:

saveme_zero said...

meriahnyaa! kat belah utara ke ni

Unknown said...

huhuhuu... panas nye... tang mana hampa duk ni????

Dayah @ Real Ummu said...

KakSue..
utagha la...Penang tapi Kedahan, Perakian pun turun..

Dayah @ Real Ummu said...

Lin..
kat tempat main chess tu la..terpaksa tarik tikaq mai tempat teduh skit lepaih tu..

Rozy said...

sedeyy sangat xleh join yg kali nih...
next year kita wat lagi naa....
memang cantik tudung tu... Hana, rozy nak tempah gak....

Dayah @ Real Ummu said...

Rozy..tu la.kalau buleh p amik rozy..p dah..

nest year kita buat len..kali ni kita dua bawak baby baru.. :)

tempah jgn tak tempah...mmg cantik..kain pun kualiti..

izzahazfar said...

salam kenal kak..tak sangka akak ingat nama zah..huhuhu..zah harap kenal muka ajer...

nanri zah wat entyr pasal ni...ade beberapa gambar zah amik yek!

Dayah @ Real Ummu said...

salam kenal Zah...senang cam sbb Zah pakai tudung cantik smlm...:)hijau pucuk pisang lagiii...

Hanz Jamaludin said...

Bestnyer! Dah lama x gi BF gathering camni...aritu yang kat KL pun x gi..

Dayah @ Real Ummu said...

Hanz
mmg best sekali sekala berkumpul..

Hana Seman said...

Wah! siap posing ngan tudung baru tu.. Tak tau la Dayah berkenan ke dak?

Gathering kali ni memang best sebab ahli dah ramai, cuma tulah tempat kurang sesuai.. panas...

Nanti kita cari tempat yang teduh sikit..

Ummi Salsabila said...

bestnye gather2..bile la spt jupe mommies kat utara plak yer..

ibu_Arifa said...

huhui..saya cam sedih sikit time dr.Balkees bagi talk tu..anak dok kacau/meragam nk tido & kepanasan pulak. tak sempat nk dgr sgt time tu..
waaa..waaa...

tp syok dapat jumpa ramai kawan2 blogger di alam maya kan..

Dayah @ Real Ummu said...

Hana
mmg berkenan sgt..terima kasih

US
kalau di zon tengah slau sgt korang bergather2..kami di utara setahun sekali..mmg harus pegi la..

IbuArifa
biasa la..SI pun meragam sbb time tido dia + panas...