Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Friday, February 26, 2010

Wanita Kuasai Sektor Awam. Salah ke?

SELAMAT MENGHAYATI PERISTIWA PENTING SEMPENA MAULIDUR RASUL, KAWAN-KAWAN!!

Mari kita ke entri seterusnya

Saya ada terbaca issu penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan kerajaan terutama dalam sector pembuat keputusan yang meningkat sekarang dan ia juga diulas semasa Forum Rakyat di Radio Selasa lalu.

Sebelum sahabat-sahabat terus membaca entri saya ni, saya rasa lebih baik membaca 2 keratan dari Utusan dan Berita Harian dahulu.

Apa komen sahabat semua ? Nampak ada baur-baur diskriminasi tak ? Walaupun ditegaskan oleh wakil CU*PACS yang mereka bukan ingin membangkitkan isu diskriminasi gender tapi lebih risau kesan jangka panjang kepada fenomena ini. Mereka juga mengakui keupayaan kita wanita dalam sektor pekerjaan. Beberapa aktivis wanita juga menentang issu yang cuba CU*PACS bangkitkan ini.

Secara peribadi, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan CU*PACS. Kita kaum wanita sekarang semakin hebat dan boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan lelaki dalam sesetengah sektor. Bukan semua sektor kita hebat. Tidak dinafikan. Kita ada kekangan yang kita sendiri mengakuinya. Bagi bidang yang memang serasi dengan naluri kita sebagai wanita, tidak salah kalau populasi kita tinggi

Tapi ada asasnya kenyataan mereka. Kita tidak akan dapat menjadi ketua/ pembuat keputusan dalam semua aspek. Tetapi kelebihan yang kita miliki perlu untuk menyeimbangkan kekurangan yang mungkin ada pada pembuat keputusan dari kaum lelaki. Bagi saya 30% kuota yang diberikan untuk kaum wanita menjadi pembuat keputusan dalam sektor kerajaan adalah sedikit. Perlu dinaikkan kepda 45 atau 50 atau 60 pun lagi bagus. Daripada tidak ada kaum lelaki yang berkelayakan baik bagi dekat kita kan..Hehehe. Marah kaum Adam nanti.


"Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah berkenaan, beliau menyarankan sistem pengambilan penjawat awam diperbetulkan secara serius, iaitu tidak terikat kepada sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan akademik kerana ia hanya memihak kepada calon wanita yang memang tidak dinafikan tekun belajar."


Memetik kenyataan di atas ni, oleh kerana kita wanita tekun belajar dan keputusan pun baik dan sistem komputer yang memfokus kepada merit kelulusan menyebabkan kita ramai terpilih. Well..sapa suruh lelaki tanak tekun belajar.Kita perempuan bukannya nak bercita-cita jadi Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera . Kalau berangan nak jadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Ma syarakat tu pun rasanya macam-macam yang harus dikorbankan . Kita rajin belajar, dapat result baik, dapat kerja yang sesuai is good enough. Lelaki yang harus fikir, jawatan-jawatan yang saya sebutkan tu utk mereka. So pandai-pandai la . Kena mulakan dari zaman belajar


Nak cakap lebih-lebih pun saya bukan penjawat awam. Tapi fenomena saya di sektor swasta , memang kaum Adam melebihi kaum Hawa terutama dalam pembuat keputusan dalam bidang-bidang kritikal. Saya juga tidaklah mengidam kedudukan mereka kerana bukan sedikit pengorbanan yang harus dibayar. Office tu macam rumah kedua. Silap-silap ofis boleh jadi isteri pertama..Hehehe.. Dan kehidupan mereka diseimbangkan dengan kedudukan isteri yang tidak sibuk sangat/gomen atau kalau dua-dua jadi boss, anak pun takle ramai mana . 1-2 je.


Ke sebab ramai kaum Adam pergi ke swasta dan kurang yang menyertai sektor awam, maka kaum Hawa yang mendominasi ? Sebab orang kata, kalau perempuan tu baik keja cikgu/ gomen banyak masa kat rumah dengan anak-anak. Lelaki tak apalah nak keja swasta. Make sense jugak kan !

Tapi sekarang saya rasa baik lelaki mahupun wanita, asal ada saja tawaran dari gomen, memang jarang yang tolak. Rugi kalau tolak. Lelaki pun walaupun naluri itu tidak mahu menjadi guru tapi dek kerana kepayahan mendapat pekerjaan di luar sana, ramai jugak yang join KPLI/DPLI dan sebagainya. Kecuali lelaki-lelaki yang memang Degree in Education , dan ada jugak yang sanggup quit dari kedudukan selesa di sector swasta kerana sifat ‘murabbi’ yang ada pada diri mereka. Itu saya salute. !! Mau ada yang perasan nanti

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 sharing:

fazilzura said...

tu ler kan .. nape kalau pempuan lebih di sektor awam >
dh lelaki xnak apply ..

Hamizah said...

diorg dengki tu, Dayah..sbb org2 besar dalam CU*PECS tu pun semua kuli bwhan gomen..sbb eksekutif gomen mana boleh berpersatuan..mesti tercabar bila berada di bawah pimpinan pompuan..

mamashasha said...

Issue yg cuepacs ketengahkn ni aku bangkang.
Sebabnye.dah mmg jelas lagi nyata kaum hawa
Ramai di IPTA maka usahlah dsangkal kenapa kaum HAWA
Yg byk pegang jawatan penting kat sektor awam.
Persoalannye :
Tidak layak ke kaum HAWA ni utk jawatan itu?
Keputusan yg keluar dr mulut kaum HAWA ni tak
Boleh pakai ke?
Org kata perempuan dikuasai emosi. Tapi dlm membuat
Keputusan perempuan yg berjawatan tinggi tu rational
Pada saya mengambil kira pelbagai aspek.
Mungkin kaum hawa ni surirumah kot pasal tu
Diorg kata tak layak. Abih kalau pompuan
Dok umah ramai sgt ke kaum adam yg berkelayakkan?
Kenapa dizaman yg moden ini masih lg dbangkitkn
Isu skeptikal ini org dulu2 je yg beranggapan
Perempuan tempatnya didapur!

Dayah @ Real Ummu said...

Zura
tu la kan..kan..kan...

Kmizah
dengki..?? hehhe..munngkin jugak...

Bed
apa yg hang ckp aku sokong 100%..pandai2 depa dok pelekeh kita noo...