Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Sunday, September 27, 2009

Shukrina berhari raya!

Semua orang menulis tentang sambutan raya,makanya saya pun nak share jugakla raya kami kali ini.

Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana tetapi meriah.Walaupun family kami kecik tambah pulak ketiadaan arwah mama, itu bukan penghalang untuk kami terus mensyukuri nikmat berhari raya. Memang lain benar beraya tanpa mama. Tahun ni raya ke-3 tanpa mama di sisi.Apapun sebagai anak sulung, saya cuba sehabis baik menggembirakan hati keluarga. Walaupun tidak la sehebat arwah mama memasak hidangan pagi raya..saya cuba jugak buat. Tahun ni saya buat rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang. Ketupat palas, macam biasa..diimport dari mak-mak sedara yang memang tiap-tiap tahun kasi sebab tau anak menakan depa sorang ni tak pass-pass balut ketupat.Dari arwah mama ada, sampaila dapat mak mertua handal membalut dan menerima tempahan ketupat palas, saya masih terkial-kial belajar.Apatah lagi kalau disuruh balut sorang-sorang..memang fail. Almaklumla..jarang praktis.nak harap setahun sekali balut..

Yang membuatkan kami sekeluarga teruja dengan sambutan Syawal kali ini adalah sebab SI dah semakin bijak dan banyak keletah. Terhibur hati walaupun rasa kekurangan berhari raya.Tahun ni dapatlah SI melaram dengan baju kurung sebab tahun lepas tak buat pun untuk dia..kecik lagi masa tu. Tahun ni tak sempat kami sekeluraga nak bergaya sedondon. Sebab abi last minit cari baju, memang susah nak dapat yang sedondon, yang berkenan di hati...Cuma saya dah SI je sama kaler.Tapi SI ni tak suka pakai aksesori rambut, tudung pun tak lekat, pakai barang kemas pun sat saja,dah suruh buang. tengokla..macam ni la gaya rambut SI di hari raya*Inilah gaya SI yang selamba berhari raya*
Tarikh kamera silap..tak pebetui2 lagi


*SI bersama tokba kesayangan.Tokba tak sempat nak pakai sampin, SI dah nak berposing.Kain terselak tingginya anak dara sorang ni*

Raya pertama memang di rumah saya. Dah tiga kali raya sebagai suami isteri, belum lagi menyambut pagi raya di rumah mertua. Terima kasih buat abi yang sentiasa memahami tanggungjawab saya sebagai anak sulung dan perempuan tunggal. Saya sajalah yang diharapkan untuk menyediakan juadah, menghias rumah , membuat persiapan raya selepas ketiadaan arwah mama.

Lepas seisi bersalam-salaman dan solat raya, kami terus menuju ke kampung mama di Padang Serai, Kedah ( dalam 45 minit perjalanan)..pusara mama yang memang wajib kami ziarahi di pagi raya. kemudian menuju ke rumah Long, Lang.. mak-mak menakan pupu, tok menakan yang ada di kampung tu..

Tengahari lunch kami di rumah Ngah..heheh..tahun ni saya tak masak nasi macam tahun-tahun sebelumnya.. maka kena lunch di rumah orang la... Memang dah dijemput pun sebab tu cancel plan masak nasi tomato.

Petang lepas asar, baru kami bertolak ke rumah mertua di Pendang, Kedah.Tinggallah papa dan adik saya yang meneruskan raya mereka dengan adik beradik papa di Penang.Nasik baik la family papa saya besar, tidaklah sunyi sangat papa saya di hari raya ni.

Dah panjang menaip, banyak lagi nak dikongsi.Cukup kot setakat ni.. Hari-hari raya seterusnya, biasalah, rutin menzirahi sanak saudara. Raya ke-4, kami menghadiri kenduri kawin sahabat sekolah menengah. Raya ke -5, kawan sekolah lagi sorang akad nikah. Pukul 2 pagi saya masih berjaga menyiapkan hantaran yang saya janjikan untuk dia.. Siang ligat beraya. Tengah malam baru ada masa nak buat. Itu pun jenoh fikirberminggu-minggu, nak buat apa la untuk hantaran

Saya dok bloghopping baca cerita raya kawan-kawan.meriah !!

p/s: Sebenarnya setiap kali tiba Syawal, sayu hati saya.Bukan tidak gembira, tapi saya sungguh tidak dapat menahan rasa sedih kerana ketiadaan mama disisi. walaupun dah tahun ke-3, saya masih begini.Memang kehilangan mama telah meragut kemeriahan Eidulfitri saya, namun demi anak,suami, adik dan papa..saya lakarkan senyuman, meriahkan suasana. Saya tau , adik saya juga berperasaan sama. Kami sama-sama tau apa yang ada di hati kami. Bila menziarahi sanak saudara, masing-masing akan memandang anak saya dan berkata" Kalau mama hang ada, mesti dia paling seronok raya dengan cucu" dan akan mengimbas kenangan depa beraya dengan arwah mama. Moga roh mama terus dicucuri rahmatNya.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, September 18, 2009

:: Salam Eidulfitri ::


Dalam kemeriahan sahabat-sahabat blogger mengucapkan salam lebaran, saya juga tidak mahu ketinggalan walaupun hari ini, jumaat masih lagi bekerja.Ofis sungguh lenggang dan tiada mood untuk bekerja.

Di kesempatan ini, Shukrina Imtiyaz, Ummi dan Abi ingin mengucapkan Salam Eidulfitri buat semua sahabat yang mengenali diri kami.

Ampun dan maaf dipinta atas segala salah dan khilaf

Moga sahabat -sahabat menyambut hari lebaran dengan penuh kesyukuran atas nikmat kemenangan, kembali kepada fitrah dan saling mengeratkan silaturrahim antara kita.

Maaflah, takde kad raya dari kami.Saya sungguh takdan memerah kreativiti menghasilkan kad raya. Tapi doa saya sentiasa disampaikan buat pengganti diri kami sekeluarga untuk sahabat semua.

Sempat tampal beberapa kak raya yang diterima..mungkin ada lagi tapi tak perasan.Maaf dipinta. Terima kasih banyak-banyak atas ingatan.





KakYong


Ainey & Mifzal



Ummie Hanie


p/a : berhati-hati di jalan raya. bertemu kita lepas cuti

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, September 16, 2009

A Year Older, A Year Wiser

Today mark another year added to my age. I turn 27 today. Alhamdulilah, praise to Allah for the nikmat Iman & Islam for the past 27 years

Time flies so fast. What I have been doing for 27 years in earth? Do I really make use of the years wisely ?

There are lots of questions suddenly pop-up in my mind when it comes to 16 Sep

1. I am 27 today, am I behave like one?

2. What have I achieve by the age of 27 vs what should I achieve by the age of 27?

3. Have I done a good job in my career, where am I in my career life?

4. How bout nurturing my beloved girl? Am I a good mother to her and a good wife to my husband ? Is the service to my husband is getting better as our marriage year grows

5. The most important question that I should ask myself is, how about my preparation to hereafter. Am I getting nearer or farther from Allah. My amal ibadah is getting more or lesser? How many have I helped around. Does my charity works continues..??

At this age,no hard feeling if no cake cutting, party and receive gifts to speak of. I just want to take a little time to look insight of my life,my future


My 27th birth day is only today but I have another 364 days to determine what/where would I be on my next 28th birthday. I want my next 28th birthday is more meaningful whereby I may get a good answers for all the questions that I posted above.

Am I ‘celebrating’ my birthday today seriously with heavy thought ??. Do you think so..?? Heyy, am I suppose to be happy, enjoy this day. Happy Birthday to me!! :)

Thanks abang for the lovely and meaningful present. Can I ask more next year??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monday, September 14, 2009

Hasil Tangan Sulung

Sungguh tidak menyangka…tangan saya tidaklah sekeras mana. Akhirnya saya dapat menyiapkan jugak baju raya hasil jahitan saya sendiri… Tiada niat riyak, tapi sekadar melahirkan rasa puas sebab bukan senang sebenarnya apatah lagi untuk budak baru belajar macam saya. Padanlah tukang jahit sekarang letak harga mahal-mahal .

Alkisahnya, baju ni bukan la untuk baju raya saya. Malu nak cakap… heheh.Sebenarnya saya kini melanjutkan pelajaran dalam bidang jahitan..chewwahhh.. macamla ambik Master. Untuk fesyen pertama adalah jahit jubah, setelah bertungkus lumus dengan tunjuk ajar Cikgu saya, akhirnya jubah ini siap sebelum Syawal.So saya kira bonus la untuk baju raya saya. Takde la cantik mana pun. Tapi ia menepati jubah yang mengikut syariat pemakaian dan yang penting selesa untuk saya.bukan jubah moden sekarang yang kain chiffon lembut yang jatuh kain tu mengikut bentuk tubuh, jarang kekadang. Sebab memang beli kain utk kelas jahitan, bukan nak melaram pakai raya. Tengok tu tang poket dan cekak tangan, kain oren tu tangkap muat aje..


*nampak ketat skit kan sebab saya sarung kot atas je.ada baju dan tudung kat dalam tu-kat ofis ni..sempat lagi*
*butang belum dijahit,tadi baru gi hantar untuk jahit butang balut*


Saya pun tak sangka, saya ‘terjebak’ dalam alam jahitan.Satu motivasi yang membuatkan saya usaha jugak untuk ikuti kelas ini adalah sebab mesin jahit dan mesin jahit tepi yang tersadai di rumah sepeninggalan arwah mama. Rasa rugi sangat. Masa arwah mama ada, tak pernah pun nak amik kisah.Yang tau setiap tahun baju raya 5-6 pasang. Penah jugak mencecah 10 pasang. Almaklumlah anak perempuan sorang.

Kain langsir hampir setiap tahun berganti sebab arwah mama jahit sendiri.Maka, kos nya kecil berrbanding upah langsir di kedai.Sekarang langsir rumah saya dah nk masuk 3 tahun tak berganti. Asyik recyle je kaedahnya..

Itulah akibatnya bila mak ada, anak ‘take things for granted’ Bila dah takde , terpaksa cari ilmu itu sendiri dari orang luar. Alat-alat jahitan yang saya dok belajar ni, semua peninggalan arwah mama.Tak satu pun yang saya beli baru. Cikgu jahit kata, bertambah pahala mak saya sebab alat-alat jahit dia dapat menyambung jariah dia .Ameen

Baju raya SI tahun ni pun Alhamdulillah,tokngah dan pengasuh SI bagi. Sebab ummi belum mula course jahit baju kurung.*wink*. Tokngah SI buat macam2 untuk SI dari lahir, jahitkan cadar tilam,bantal,jahit barut, buat majlis berendoi dan cukur jambul. Sebab Tokngah kata, kalau maktok ( arwah mama saya ) ada, pasti maktok akan buat macam-macam untuk cucu sulung dia.So tokngah takmau kami rasa kehilangan. Saya dapat bayangkan kalau arwah mama saya ada..tentu dia paling sibuk-sibuk menyediakan persiapan raya untuk cucu sorang ni.

Macamana baju raya sahabat-sahabat..?
Pssttt..Bed, aku tau hang leh jahit sendiri. berapa pasang dah ??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Friday, September 11, 2009

Pahala Si Pemberi Makanan

Seperti entri yang baru-baru ini saya tulis,bila ditenung-tenung kembali , memang kita akui, SALE, POINTS yang Allah gandakan di bulan mulia adalah ‘uncountable’. Maka berbahagia dan beruntunglah bagi sesiapa yang merebutnya .

Bagi sahabat-sahabat saya yang memang istiqomah melakukan ibadah khusus , maksud saya di sini seperti solat tarawikh, solat sunat, qiyam, tadarus dan sebagainya, pastinya Allah telah creditkan POINTS yang hanya DIA yang tahu jumlahnya ke dalam akaun amalan mereka.Mabruk!

Bagi saya dan mungkin juga sesetangah daripada kita ( cehh, nak jugak cari geng...) yang amal ibadat yang ala-ala, ter’skip’ itu ini, teralpa sekejap namun berusaha untuk merebutnya, moga amalan yang sedikit namun tulus itu dipandang olehNya.

Sepeti komen Mirah, bila suami tinggalkan kita dirumah untuk menunaikan tarawikh di masjid, bagi kita pahala juga walaupun kita tak bersama berjamaah di masjid. Ini yang kita namakan pahala yang intangible..heheh..memandai pulak saya mereka. Menurut pemahaman saya , walaupun kita tak solat bersama di masjid, tapi dek menjaga anak2 sepeninggalan suami jugak beroleh pahala..senang kan. Jangan pulak ditinggalkan kat atuk/nenek/bibik yang jaga sedangkan maknya baeekk punya melayan drama NurKasih tapi nak jugak pahala jaga anak tu… mana aci.. tettttt…

Satu lagi kan sahabat-sahabat.. pahala yang senang untuk kita perolehi dan dah berhari-hari kita perolehi insyaAllah adalah bilamana kita tunggang terbalik menyiapkan juadah untuk berbuka.. Haa..ni mesti semua orang buat kan ! Cuba lihat Hadith Nabi ni

Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi).

Bukan aje bagi mereka-mereka yang masak, saya kira bagi mereka-mereka yang terkejar-kejar balik dari ofis terus singgah di PARAM sebab dah tak sempat masak pun dikira jugak la kan.. Dah namapun memberi makanan berbuka untuk orang berpuasa.

Nahh ! Senangkan..kot mana pun memang kita sebagai mak, penat ke tak sempat ke malas ke, mesti sediakan jugak hidangan untuk berbuka ( masak atau beli )…walaupun yang simple-dimple.Lain la masa bujang dulu. Kita kira diri kita je…

Itu dalam keluarga kecil kita. Kalau ada rezeki lebih atau nak lebih pahala, hantar makanan kat masjid-masjid yang anjurkan iftar..Ha…berganda2 pahala. Takpun bagi aje kurma, kurma mesti orang salu makan masa nak bukak kan.

Kami kat ofis ni meriah dengan kurma Yussof Taiyob sbb kilangnya dekat je. So amik pukal harga kilang la..heheh. Ada yang buat bisnes , dapat jugak untung buat duit raya .Ada yang sedekahkan pada orang. Macam- macam la..

Tolong menghidang pun saya kira pahala jugak la.. Nadiah Sidek,berganda2 la pahala masa dulu ek. Hari-hari jadi tukang hidang. Nak tau kisah lanjut Nadia, leh baca kat sini.

Kat rumah, kekadang bila penat masak segala ( saya ni masak ala-ala super sonic sbb peruntukan waktu yang terhad)... saya dah malas nak siap meja..setakat hidangkan apa yang masak atas meja. Masa tu jugak la si kecik ni nak berdokong , nak susu sebab masa masak, saya tak berapa nak layan dia.. ( kesian SI, ummi punya la concentrate nak masak bagi cepat ). Jadinya tugas tuang air, potong buah-buahan, bukak bungkusan dari PARAM kalau ada, kadangkala di ambil alih oleh suami atau adik..Aci tak..? Moga mereka juga dapat share .

Yang kita bincangkan pasal tukaq-tukaq juadah tu sebenarnya pahala jugak. Sbb kita bagi makanan berbuka untuk orang berpuasa. Ia bukan sekadar adat kita 1Malaysia, malah ia juga adalah ibadah..

Senangkan peroleh pahala yang tanpa kita sedar. Itulah untung kita jadi mak , byk pahalanya.Ayah pun dpt share jugak sebab duit beli ikan, ayam, sayur tu semua mai dari depa jugak kan..Nak Jugak!!

Eh, dah panjang bebelan saya..Moga ia bermanfaat untuk semua

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuesday, September 8, 2009

Nak Bertukar Makanan?

It has been more than a week after my last entry. Hope that u guys can still remember me.. Kot la lama tak update, satgi lupa kawan sorang ni. Huhuh

We have less than 2 weeks to leave Ramadhan and to celebrate Syawal. Are you happy?Alim people cry to enter Syawal and leave Ramadhan. Because they want to grab more points that we cannot find in any other month.But we normal people , tak sabaq-sabaq nak tunggu Syawal kan? Dok ingat, bila la nak habis posa ni.

Renung-renungkan


Last weekend, we went back to MIL’s house for bukak puasa. As usual, MIL yang akan sibok-sibok preparing this and that. Cook and feed SI for lunch. While this menantu bertuah merely helping bit here and there. I love to bukak puasa at kampong because of the environment and feel. I remember when I was small, I used to be a transport to bring food to neighbour’s house. Sometimes have to wait for them to ‘salin bekas’ and exchange with their dishes. Food that normally been exchanged are kuih, bubur, whatever that we call dessert is likely to be exchanged .People don’t give fruits ( very rare except for unusual fruits) . and lauk ( again except for very special lauk)

My MIL’s kampong is still practicing this, Since their house is quite near to each to each other, each house just prepare one kuih/ dessert/bihun/mee/etc. Then they distribute to nearby. 3 houses is enough. They will get 3 different dishes back and total have 4 types of side dishes . and it happen everyday. Not once a week. On Sunday, our family prepare moreh to be distributed to jemaah kampong after tarawikh. –jenoh jugak dok prepare bahan-bahan untuk 70orang.

For me, the side dishes like kuih/murtabak is always from PARAM. Only main dishes like nasi ,lauk-pauk is cooked by me. Compulsory to have a big container of mix fruits.( everyday must have papaya,watermelon, honeydew, and some other fruits like banana, apple ) and I will decorated with kurma all over the bowl..heheh..very nice and colourful looking. – This is my papa style since we were small. Now,very seldom to receive /tukaq-tukar juadah with neighbour but still have. not that frequent. Ye la..masing-masing sibok keje, sampai umah dah pukul 6, nak masuk untuk family lagi..takdan nak buat side dishes ni.

Unless is weekend, sometimes I goreng bihun/mee or do taukua sumbat with kuah kacang ( our peberet) for extra dishes and give some to others. And I like to have variety of kuih muih during bukak posa..) oohh... sungguh bernafsu diriku ini…

OK, enough mentioning about food during day time.

Besides all the good food goes into our tummy, how bout spiritual , heart’s food dan bekalan for hereafter. Sia dah bertingkat ke .??? Jangan jadi sia-sia udah le..MOga sama-sama kita manfaatkan baki Ramadhan ini...

p/s: Bila dah start baca doa qunut masa witri tu, dah rasa semakin singkatnya Ramadhan kali ini.

*Sia- mangkuk tingkat*

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wednesday, September 2, 2009

Di Mana Ramadhan Ku??

Sungguh saya tiada mood untuk menulis, tapi masih tetap berkunjung ke rumah rakan2 dan meninggalkan jejak walaupun belum hari raya dan tak dijemput pun.

Walaupun banyak jugak idea malangnya ia tidak dapat diterjemahkan di sini. Entah kenapa..

Mungkin kepenatan menguruskan aktiviti harian ( almaklumla, tak boleh pam minyak kan).

Dengan jadual baru yang setiap hari pukul 6 lebih baru nak sampai rumah dan terus bersilat di dapur. Saya berangan-angan agar ada siapa-siapa nak jemput kami anak beranak berbuka di luar untuk skip rutin memasak. Tapi papa saya agak cerewet bila tiba bulan Ramadhan kerana dia hanya mahu makan masakan rumah dan pastinya ikan, ayam, udang ,daging yang fresh ( bukan yang terperap dlm freeze). Dan kadar minyak, gula, garam, no MSG yang pastinya lebih terkawal di rumah berbanding di PARAM (papa saya ni ada diabetes,darah tinggi skit) .

Arwah mama dulu setiap hari ke pasar selepas waktu kerja, balik trus bersilat masak. Tapi Alhamdulillah, papa memahami keaadan puterinya ini yang kerja diseberang laut dan anak kecil yang semakin banyak keletah. Maka ayam, ikan , bahan mentah bermukim di dlm freeze selama jangka hayat seminggu dan ikut turn untuk dikeluarkan

Itu bab masakan untuk iftar. Tak tengok lagi apakah ‘jualan murah’ yang sempat saya rebut utk bekalan di SANA . Kalau SALE di mall, bukan main cepat kaki melangkah, cepat tangan jolok kad, tekan pin # untuk kuarkan $$.

Tapi SALE yang lebih berbaloi –baloi yang ALLAH janjikan ini, adakah saya telah borong semuanya.Adakah point member card saya untuk dibawa ke SANA setanding atau lebih dengan point member card yang telah berjaya dikutip di gedung-gedung membeli belah ?

Baju raya berpasang-pasang, kuih berbalang-balang, duit raya beratus-ratus dah disediakan , tapi qiyam berapa kali dilaksanakan, rantaian tarawikh tak pernah putus ,Quran berapa juzuk dah dihabiskan, zikir , tahmid, tasbih, berapa ribu dah saya lafazkan , ? Atapun setakat ‘hot-hot chicken shit’. Taik ayam tu pun dah sejuk masuk minggu ke-2 Ramadhan .

Astagfirullah…cepat sungguh saya lalai. Saya ingatkan bila saya dah sediakan semuanya ( baju raya dah lama siap, baju raya SI dah lama beli ), saya dapat mengalihkan tumpuan saya dari semua SALE (padahal bukan nak beli sangat pun, syok jamu mata) ni, dan lebih menumpukan perkara sepatutnya yang kita buat di bulan mulia ni , tapi nampaknya, banyak lagi baja yang perlu ditaburkan supaya hati saya sentiasa subur, sentiasa alert /sensitive akan mission di bulan penuh barokah ni, tidak cepat pusing stereng bilamana kawan2 ajak shopping raya diwaktu lunch .

Biarpun setiap apa yang kita lakukan itu ibadah bila kita niatkan ( takut selama ni tak niat le), tapi bila Allah kasi diskaun lebih sket bulan Ramadhan ni, rugi besar kalau tak rebut terutama yang jarang –jarang kita dapat buat dalam bulan lain. Ala-ala, one day SALE for members gitu

Bagaimana Ramadhan anda minggu ke-2 ni..Saya mendoakan kawan-kawan akan cemerlang, gemilang , terbilang dan sentiasa istiqomah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS