Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Friday, September 11, 2009

Pahala Si Pemberi Makanan

Seperti entri yang baru-baru ini saya tulis,bila ditenung-tenung kembali , memang kita akui, SALE, POINTS yang Allah gandakan di bulan mulia adalah ‘uncountable’. Maka berbahagia dan beruntunglah bagi sesiapa yang merebutnya .

Bagi sahabat-sahabat saya yang memang istiqomah melakukan ibadah khusus , maksud saya di sini seperti solat tarawikh, solat sunat, qiyam, tadarus dan sebagainya, pastinya Allah telah creditkan POINTS yang hanya DIA yang tahu jumlahnya ke dalam akaun amalan mereka.Mabruk!

Bagi saya dan mungkin juga sesetangah daripada kita ( cehh, nak jugak cari geng...) yang amal ibadat yang ala-ala, ter’skip’ itu ini, teralpa sekejap namun berusaha untuk merebutnya, moga amalan yang sedikit namun tulus itu dipandang olehNya.

Sepeti komen Mirah, bila suami tinggalkan kita dirumah untuk menunaikan tarawikh di masjid, bagi kita pahala juga walaupun kita tak bersama berjamaah di masjid. Ini yang kita namakan pahala yang intangible..heheh..memandai pulak saya mereka. Menurut pemahaman saya , walaupun kita tak solat bersama di masjid, tapi dek menjaga anak2 sepeninggalan suami jugak beroleh pahala..senang kan. Jangan pulak ditinggalkan kat atuk/nenek/bibik yang jaga sedangkan maknya baeekk punya melayan drama NurKasih tapi nak jugak pahala jaga anak tu… mana aci.. tettttt…

Satu lagi kan sahabat-sahabat.. pahala yang senang untuk kita perolehi dan dah berhari-hari kita perolehi insyaAllah adalah bilamana kita tunggang terbalik menyiapkan juadah untuk berbuka.. Haa..ni mesti semua orang buat kan ! Cuba lihat Hadith Nabi ni

Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmidzi).

Bukan aje bagi mereka-mereka yang masak, saya kira bagi mereka-mereka yang terkejar-kejar balik dari ofis terus singgah di PARAM sebab dah tak sempat masak pun dikira jugak la kan.. Dah namapun memberi makanan berbuka untuk orang berpuasa.

Nahh ! Senangkan..kot mana pun memang kita sebagai mak, penat ke tak sempat ke malas ke, mesti sediakan jugak hidangan untuk berbuka ( masak atau beli )…walaupun yang simple-dimple.Lain la masa bujang dulu. Kita kira diri kita je…

Itu dalam keluarga kecil kita. Kalau ada rezeki lebih atau nak lebih pahala, hantar makanan kat masjid-masjid yang anjurkan iftar..Ha…berganda2 pahala. Takpun bagi aje kurma, kurma mesti orang salu makan masa nak bukak kan.

Kami kat ofis ni meriah dengan kurma Yussof Taiyob sbb kilangnya dekat je. So amik pukal harga kilang la..heheh. Ada yang buat bisnes , dapat jugak untung buat duit raya .Ada yang sedekahkan pada orang. Macam- macam la..

Tolong menghidang pun saya kira pahala jugak la.. Nadiah Sidek,berganda2 la pahala masa dulu ek. Hari-hari jadi tukang hidang. Nak tau kisah lanjut Nadia, leh baca kat sini.

Kat rumah, kekadang bila penat masak segala ( saya ni masak ala-ala super sonic sbb peruntukan waktu yang terhad)... saya dah malas nak siap meja..setakat hidangkan apa yang masak atas meja. Masa tu jugak la si kecik ni nak berdokong , nak susu sebab masa masak, saya tak berapa nak layan dia.. ( kesian SI, ummi punya la concentrate nak masak bagi cepat ). Jadinya tugas tuang air, potong buah-buahan, bukak bungkusan dari PARAM kalau ada, kadangkala di ambil alih oleh suami atau adik..Aci tak..? Moga mereka juga dapat share .

Yang kita bincangkan pasal tukaq-tukaq juadah tu sebenarnya pahala jugak. Sbb kita bagi makanan berbuka untuk orang berpuasa. Ia bukan sekadar adat kita 1Malaysia, malah ia juga adalah ibadah..

Senangkan peroleh pahala yang tanpa kita sedar. Itulah untung kita jadi mak , byk pahalanya.Ayah pun dpt share jugak sebab duit beli ikan, ayam, sayur tu semua mai dari depa jugak kan..Nak Jugak!!

Eh, dah panjang bebelan saya..Moga ia bermanfaat untuk semua

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 sharing:

el said...

aku pun kira kategori "terskip" gak
kira dpt pahala la jaga anak2 kan..hehehehe lega skit rasanya
tulah hope ramadan ni apa yg aku buat byklah point nyer...coz byk gak lah yg aku termiss buat dolu2..huhu sedih tol
hope menjdi manusia yg lebih baik dr hari2 smlm...amin

nasz said...

ye la, bila fikir balik, mmg tak puas hati sbb tak dpt nak ke surau. tp bila kenangkan kita dok umah sbb jaga anak, insyaallah, ada pahala nye. yg pnting jgn merungut...

mirah said...

betul tu dayah. Kekadang kan mirah terasa juga hubby cepat2 makan sebab pastu nak pergi berjemaah maghrib kat masjid. Kekadang terfikir, ya Allah kita ni nak makan pun riuh rendah dgn dua anak tu kan. Tp dia macam fikir diri dia je (time tgh panas tuh) tp bila fikir semula, sebenarnya besar pahala mereka (org laki lah kan) yang berusaha sekurangnya solat maghrib, isyak dan subuh di masjid bulan puasa ni kan. Bila kenangkan tu, baru rasa redha, ingat kita pun turut dapat pahala bersusah payah ni. Heheh..

Sukar nak didik hati kan, tapi begitulah kekadang sering lupa. Mm.. dayah bukan mereka-mereka, mereka je k. :)

Dayah @ Real Ummu said...

el..kalau lagi byk anak hang,lagi nyk pahala...banak la lagi...heheh


Nas..yup, jgn merungut, tapi pompuan ni kan lamaklumlah..sedikit sebyk terlepas gak..heheh


Mirah
apa yg terbaik yg husband buat, pasti dia ingat ini semua utk keluarga jugak..

hahah,..mereka-mereka tu mmg dayah perasan bila baca balik tapi saja nak sedapkan ayat..heheh..thks sbb betulkan

mamashasha said...

aku setuju tu...dah lama tak dpt berjemaah solat terawih since ada shasha....aku miss sgt moment tu...nak buat mcmana kita ada tanggungjawab lain kan....merungut selalu terbabas aje....

Unknown said...

Dayah,
tu lah kakyong ni sejak kahwin rasanya mcm byk yg kurang bila mai Ramadhan ni.. uhukk.. bila dikenang2kan spjg 4 tahun ni, memang byk di rumah.. memnag byk ibadah yg miss.. Alhamdulillah, 2 tahun ni dpt lah bertukar2 juadah dgn jiran & adik-beradik.. cuma nak infaq lebih tu belum lagi.. walaupun kdg2 teringin nak sedekah kurma @ kuih-muih utk surau berdekatan taman kami ni..

bertuah lah ibu2 yg pandai uruskan masa antara anak & ibadah malam spjg Ramadhan ni..

Dayah @ Real Ummu said...

Bed..
anak tu kan tanggungjawab dan amanah..takpe..nanti Shasha besaq skit, hnag leh bwk dia seklai

Kyong
saya suka sgt sbb kyong suka tukaq2 juadah..mcm taman saya ni suram skit bab tukar juadah ni..infaq mcm2 cara kan..insyaAllah..sentiasa ada peluang utk kita

Ummi Hanie said...

salam...
adeh kak..sy ni lg laa terskip skip skipp nyerr...dpt laa seminggu pose dan tarawikh?ade gak terskip masa tu,mklumla tgh sarat...insyaAllah la diganti dgn pahala brsalin yer..amin..
masak ala super sonic?hehe..same laa gaya kita..sibuk dgn anak kecik , x dan nk layan mase masak,tau nk siap cepat jer...siann depa...(anak2 sayalah)