Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Sunday, November 15, 2009

Ragam si kecil

Lama tak bercerita tentang anak dara saya SI ni. Hujung tahun ni genap 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. Lepas tu nak jadi kak long dah. Sekarang ni SI pandai cakap sikit-sikit. Macam perkara-perkara biasa, nak acik ( nak nasik), nak andi ( mandi), kalau nak tido atau naik buai, dia kata nak ya iya ha iyallah..( La ilahaillah), p lalan ( jalan ), nak lalik ( nak balik), dan banyak lagi perkataan yang dapat disebut walaupun sebutan nya tak jelas..Alhamdulillah. SI pun dah mula faham apa yg kami kata


Dia pun dah tau, dalam perut umi ada baby.Kalau Tanya kat mana baby, dia pegang perut saya. Dia ni suka main loncat2 atas perut saya, makanya selalu kena ingatkan ada baby dalam ni, kalau tak sakan dia dok naik turun.


Antara kegemaran dia kini ialah pakai stoking .bukan stoking dia, tapi stoking saya . Pantang dia Nampak ja, dia mula nak pakai. Stoking saya jenis panjang kalau dia pakai mau sampai ke paha. Kelakar pulak tengok, macam Pua Chu Kang pakai kasut but tu.Kat dalam trouser, kat luar stoking sampai lutut.


Sekarang pun dah pandai pilih nak pakai baju apa.nak pakai seluar sendiri


Nak p berjalan nombor satu.Kekadang kena acah dia kalau dia tanak pakai diaper, kata umi nak p jalan, dan dan mai nak pakai diaper. Abi salu tegur saya , tak baik bohong anak macam tu. Tapi , kadang-kadang nak pakaikan diaper dia bukan senang…jenoh pujuk rayu segala


Sekarang pun dah mula mau kat orang sikit-sikit, tu pun certain orang yang saya salu bawak jumpa. Dan orang yangrajin melayan dia, terutama mak menakan pupu dia Kakak Aisyah yang disebut Aikah.


Tapi yang paling tak larat, ‘meghap’ dia tu.orang kata kalau dia tahu dia nak dapat adik, ‘meghap’ dia tu lebih sikit. Kalau saya takde, pandai pulak bawak diri, kalau saya ada , mula la..macam tu la anak ummi kan !


Masih menyusu. Tapi saya tau dia tak puas sebab kejap2 belah kanan,sat ja tukar belah kiri. Atau mungkin susu saya dah nak tukar rasa dia kot. Dah nak masuk 2 trimester nik an. Saya mula mix feeding masa SI umur 1 tahun 6 bulan ( akibat stok takde and daya menegpam yang kurang). Mix pun hanya di umah pengasuh dan 2 kali EBM , 2 kali FM.


Sejak 1 thun 10 bulan ni, bila dah start ngandung dan saya pun dah tinggalkan aktiviti mengepam, saya mixkan FM kat rumah bila saya cuti.saja nak latih sbb saya dah tak daya nak BF kan dia skg ni..letih sangat rasa. Tapi night feeding still direct feeding sb saya malas bangun nak bancuh. Sebelum tido, saya bancuh dulu 7-8 oz susu, agar dia kenyang dn tak kerap bagun, tapi sama ja. Kekadang dia tak minum pun FM, brp kali membazir je. Geram jugak saya sebab tak pernah berhadapan terpaksa buang susu mcm tu je, kalau EBM free tak rasa sangat.


Saya pun taktau sampai bila SI nak menyusu. Saya biarkan saja dulu.tunggu la .lagipun lagi sebulan lebih ja dia nak 2 tahun. Yang letih skit tu sbb tgh2 malam bila dia habis menyusu, dia tanak lepas. Actually bila ngandung ni*ple akan terasa sakit bila menyusukan, tahan je la..kekadang kalau tak tahan, saya tarik perlahan-lahan.mula la dia nak nangis. Kesian pulak..

Tak sabaq tunggu SI terus membesar, petah berkata-kata.Moga anak ummi membesar bagai johan okie!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

12 sharing:

mamashasha said...

dayah...sekejap je kan...rase baru je SI lahir ari tu...ni dah dekat 2 tahunn tak lama lagu dah jd kak long..normal la tu kalau nk dpt adik dia wat perangai tp org kata esok lusa dia paham sendiri....jgn risau k SI akan jadi anak yg baik, memahami & mengerti situasi diri dia....

Nadiah Sidek said...

dh nk 2 thn dh syukrina ye. sat je. dulu kecik je lg...skrg ni nk dpt adik dh pun :)

mirah said...

Dayah, betul anak 1st boleh rasa dia nak dapat adik. Masa pregnant kan khadijah dulu, aisyah pun bukan main manja lagi. Tapi cakap elok2 kat dia ada baby semua, dia mcm faham. Pastu bila adik lahir, kan 2 bulan di wad, jadi bila adik balik rumah, dia takdelah nak kacau sgt, lagi pula adik dia dah besar sket. Heheh..btw, dayah, shukrina minum susu fm apa ya? Mirah belum jumpa susu yg serasi dgn khadijah ni.. huhu..

Anonymous said...

wah ni la ragam anak sulung yg masih dahagakan susu ibu ye? ye la kan, its not just nyusu. its also time nak manja & bond kan?

i pun dok terpikir, camne la miya nnt katakan i pregnant. time i sakit ni susu kurang pun dia dok bergayut aje nyonyot isap susu skit2. di bancuh FM, dia minum sekadar nak hilang lapar susu tu aje, pastu dia buang.

i cadang2 nak pregnant, tp nnt pregnant tak tau la apa citernye. takut kesian dia nak susu aje.

tp i rasa, anak kita ni nnt dia paham2 la kot.

Miya ni walaupun i bg dia pediasure 5 oz setiap hati, sometimes it takes 1 whole day nak habiskan. susu mama dia jugak bertahta dihati.

el said...

danish pun dah pndi gak bercakap
pling pjg pun 3 patah...tu pun hjg2 jer...hehehehe..
skrg ni mmg leh arap danish ni..kalo aku tgh sibuk buat keje aku suh jer..danish g men ngan adek..danishhhh jaga adek jap mama nak masak...hehehehe...mmg dulu pun ms aku peknen arwen.meghap jer lah danish tu...

Dayah @ Real Ummu said...

Bed...tu la..aku pun rasa sat...dah nak 2 tahun dah anak dara aku..dulu2 masa kat m.com anak kita msg2 baru bbrp bulan kan...

Dayah @ Real Ummu said...

Nadiah..how fast time flies...

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah..
kat umah BS, SI minum Dugro, kat umah ni minum Dutch Lady..hehe.. mcm2 brand pulak...so far alhamdulilah...

Dayah @ Real Ummu said...

Mama-Miya...
itula anak mama...susa maknye jugak yg dia nak...ha.come on, join us for 2 nd baby.Miya pun dah besaq...

Dayah @ Real Ummu said...

El...untung anak terona hang dah pandai tolong mak dia...lega skit la hang

SlingMeMama said...

susah betul nak wean anis....

still bf her till my pregancy cecah 8 bulan.

that was the climax coz she lebih mengada ngada at that point. nak cradle carry! coz syok with the colustrum yg byk masa third trimester.

after discuz with hubby, we think its already time to wean anis 100%.

put some tamarind juice over latching area.... after 2 days, walla completely wean. didint ask at all.but tdo tak lelap la. nangis je. bg susu lain pun takmo. kuis kuis baju mcm nak bf tapi tak berani sbb tau at the end dapat taste masam asam jawa. LOL.

rasanya lg susah nak wean dr nak start bf/nak kumpul stok/nak pumping....etc. hehehehe.

take care dayah. u can do it.

Dayah @ Real Ummu said...

kakshida,
sya pun boh asam jawa, kkdg letak serbuk kopi..heheh..dia mmg takmau, tapi the next day, nak lagi..jenoh setiap kali dia nak, saya kena lari ke dapor boh segala perencah kat latching area tuh..hehehe..

tapi tgh malam, tak kuasa, saya sua je la..