Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Wednesday, September 2, 2009

Di Mana Ramadhan Ku??

Sungguh saya tiada mood untuk menulis, tapi masih tetap berkunjung ke rumah rakan2 dan meninggalkan jejak walaupun belum hari raya dan tak dijemput pun.

Walaupun banyak jugak idea malangnya ia tidak dapat diterjemahkan di sini. Entah kenapa..

Mungkin kepenatan menguruskan aktiviti harian ( almaklumla, tak boleh pam minyak kan).

Dengan jadual baru yang setiap hari pukul 6 lebih baru nak sampai rumah dan terus bersilat di dapur. Saya berangan-angan agar ada siapa-siapa nak jemput kami anak beranak berbuka di luar untuk skip rutin memasak. Tapi papa saya agak cerewet bila tiba bulan Ramadhan kerana dia hanya mahu makan masakan rumah dan pastinya ikan, ayam, udang ,daging yang fresh ( bukan yang terperap dlm freeze). Dan kadar minyak, gula, garam, no MSG yang pastinya lebih terkawal di rumah berbanding di PARAM (papa saya ni ada diabetes,darah tinggi skit) .

Arwah mama dulu setiap hari ke pasar selepas waktu kerja, balik trus bersilat masak. Tapi Alhamdulillah, papa memahami keaadan puterinya ini yang kerja diseberang laut dan anak kecil yang semakin banyak keletah. Maka ayam, ikan , bahan mentah bermukim di dlm freeze selama jangka hayat seminggu dan ikut turn untuk dikeluarkan

Itu bab masakan untuk iftar. Tak tengok lagi apakah ‘jualan murah’ yang sempat saya rebut utk bekalan di SANA . Kalau SALE di mall, bukan main cepat kaki melangkah, cepat tangan jolok kad, tekan pin # untuk kuarkan $$.

Tapi SALE yang lebih berbaloi –baloi yang ALLAH janjikan ini, adakah saya telah borong semuanya.Adakah point member card saya untuk dibawa ke SANA setanding atau lebih dengan point member card yang telah berjaya dikutip di gedung-gedung membeli belah ?

Baju raya berpasang-pasang, kuih berbalang-balang, duit raya beratus-ratus dah disediakan , tapi qiyam berapa kali dilaksanakan, rantaian tarawikh tak pernah putus ,Quran berapa juzuk dah dihabiskan, zikir , tahmid, tasbih, berapa ribu dah saya lafazkan , ? Atapun setakat ‘hot-hot chicken shit’. Taik ayam tu pun dah sejuk masuk minggu ke-2 Ramadhan .

Astagfirullah…cepat sungguh saya lalai. Saya ingatkan bila saya dah sediakan semuanya ( baju raya dah lama siap, baju raya SI dah lama beli ), saya dapat mengalihkan tumpuan saya dari semua SALE (padahal bukan nak beli sangat pun, syok jamu mata) ni, dan lebih menumpukan perkara sepatutnya yang kita buat di bulan mulia ni , tapi nampaknya, banyak lagi baja yang perlu ditaburkan supaya hati saya sentiasa subur, sentiasa alert /sensitive akan mission di bulan penuh barokah ni, tidak cepat pusing stereng bilamana kawan2 ajak shopping raya diwaktu lunch .

Biarpun setiap apa yang kita lakukan itu ibadah bila kita niatkan ( takut selama ni tak niat le), tapi bila Allah kasi diskaun lebih sket bulan Ramadhan ni, rugi besar kalau tak rebut terutama yang jarang –jarang kita dapat buat dalam bulan lain. Ala-ala, one day SALE for members gitu

Bagaimana Ramadhan anda minggu ke-2 ni..Saya mendoakan kawan-kawan akan cemerlang, gemilang , terbilang dan sentiasa istiqomah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 sharing:

Rozy said...

salam dayah,

ramadan rozy tahun nih entahlaa...
sampy umah dah pukul 7, amik hadiff kat umah pengasuh terus taim berbuka.. masak pun xsempat apa yg dan sambaq kat pasar ramadan sejemput dan mahal kat masjid tinggi ja... terawikh xpernah pergi pun, nak wat kat umah pun dah flat..dengan umah tunggang langgang sebb baru masuk umah baru...

persediaan raya ala kadar jaa.. xpi sopin mana pun.. kalau nak kuaq taim lunch bukannya ada shopping complex best pun kat kamunting nih.. lainlah kat bayan lepas..sempat gak kan pi sunshine or queensbay.. feel raya pun xterasa sangat..puasa pun xterasa sangat sebab sini memanjang ujan so cabaran dia kurang laa sikit..

alamak..terluah perasaan lak kat sini.. xpa naa dayah.. rozy sempat lagi kan ucap selamat menjalani ibadah puasa, semoga kita diberkati selalu.. raya ni jemput mailaa umah kat penaga..

mirah said...

Dayah, yang berlalu takde apa nak dikenang. Yang penting, baki yang ada ini harus dijayakan sebaik mungkin. Betullah tu, Allah bagi sale sepanjang bulan ni, berganda2 pulak points Dia bagi, rugilah kita jika tidak berusaha mengumpulkannya. Biar penat sedikit, namun terasa aman jiwa. kan itu lebih baik. Allah kira tiap apa yg kita buat, hatta suami yg keluar berterawikh di masjid pun, kita beroleh pahala sama dgn menjaga anak di rumah.

Ingatan untuk diri sendiri juga, moga baki yang ada ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. InsyaAllah.

fazilzura said...

Ramadhan ???

rs nye sama cm thn leps.. x leh nk join TERAWIH Waaaaaaaaaaaaaaaaaa ..
nk wat cmner akil kecik lg x leh nk join.. kang 1 surau dia terjah ...

dan jugak dok wat busines kuih2 as thn leps jgk .. cume thn ni kurg bilangan jenis yg di jual mama ku x sihat

el said...

aku thn ni sama gak thn2 lepas
ala kadar
so thn ni byk beli tuk anak2 jerk
tu pun rs hepi sgt tgk anak2 beraya sakan hehehehehe tu yg paling bahagia sekali...

Mommy Harith Hannah said...

Thanks Dayah atas 'peringatan' ini. Sejuk hati. :)

ummu_abdullah said...

ramadhan, bulan yang sangat menguji keimanan. Syaitan telah diikat... tinggal nafsu yang menggoda...

Ibadah itu banyak... amalkan agar kita terlatih untuk sentiasa beribadah kelak...

Thanks atas peringatan ini...

Hanz Jamaludin said...

dayah...me since berumah-tangga, xder ler excited maner shopping sakan time nak raya..brapa kali sambut raya, kami xder baju raya pun & pernah skali, kami buat hari raya pertama macam bukan hari raya...masa tu kami susah sangat2...mugkin sebab dah terbiasa suasana camtu, even tahun ni pun me takder excited nak gi shopping2, seriously, kuih raya, satu pun x order / beli...last minute preps mana yg mampulah...

Dayah @ Real Ummu said...

Rozy..
mmg kita sentiasa tak berkesempatan terutama dlm bulan ni.mana nak keja, amik anak, sediakan juadah iftar..

takpa Rozy..tabahkan hati..moga setiap yg kita lakukan, niat ikhlas LillahiTaala..moga Allah akan memandangnya...

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah
terima kasih..saya cuma takut jadi hot2 chicken shit tu la..nak istiqomah tu lagi susah sebenarnya kan..

takut di hujung ramadhan, lagi sejuk..moga sentiasa meraiakn Ramadhan

Dayah @ Real Ummu said...

Zura.
dayah pun tak p surau lagi..semua wat katumah je...tapi satu hari, nak try p jugak bwk budak kecik ni..tengok apa jadi... lain feel kat umah dgn msjod ni kan

Dayah @ Real Ummu said...

el..
btul, utk anak byk..hang mesti lagi happy sbb ada Awen, mesti bergaya sakan minah sorang tu..

Dayah @ Real Ummu said...

Arnie..
sama2 kita memperingati..moga sama2 peroleh manfaat :)

Dayah @ Real Ummu said...

Hanz..
sepatutnya ala kadar je la ...me too...lepas arwah mama tadak.rasa hilang seri nak beraya..apapun life must go on.. anak kita perlu gembira mcmna mak kita pernah gembirakan kita ms beraya kecik2 dulu..

bukan baju baru, kuih berbalang2 jadi ukuran..yang penting manisnya Syawal selepas Ramadhan yang terisi

Dayah @ Real Ummu said...

Ummu Abdullah,
betui..bukan hanya merebut ketika Ramadhan,kesannya apakah kita mampu meneruskna selepas Ramadhan..itu kayu ukurnya...

Sue.Aleen said...

Isk Dayah.. penyakit malas update blog walo pun idea mencurah-curah tu memang melekat kat akak sekang ni. Tak tau nak wat camna.

Ibadah puasa? Toksah ceritalah. Malu kat diri sendiri.

Dayah @ Real Ummu said...

kaksue...takpa..paham2.ibu beranak 3, mesti lagi kalut ramadhan ni...moga Syafiyyah dan adik beradiknya sentiasa sihat n ceria

Precious said...

Waah .. jeles. U seorang anak yg baik. U do everything! Teringat zaman I muda2 dulu when nak cari saat utk melabuhkan punggung releks kejap pun tak dapat!
Now dah tua dah malas bersilat2 lagi. Anak2 dah besar dan reti jaga diri. Mak die nak rileks now ...

Dayah @ Real Ummu said...

Precious..bukan baik tapi dah tanggungjawab..since arwah mama takde, I just fulfil the responsibility yng mana termampu so that papa and adik tak rasa kehilanagn sgt..