Masih ada beberapa jam sebelum The HoneyBunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever ditutup. Giveaway pertama anjuran Hanz untuk tahun 2010 ini adalah bersempena dengan kelahiran Hambali, anak sulung Hanz yang ke-6 dan suami Hanz sendiri.
Saya harap penyertaan kali ini diterima sebab memang dah last minute sangat.Mula-mula terfikir apa yang nak ditulih kerana sambutan hari jadi SI setakat ni biasa-biasa saja.
Untuk The HoneyBunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever , saya mempertaruhkan sambutan hari jadi SI yang ke-2 pada bulan Dec 2009 yang lalu.
Sedikit maklumat tentang sambutan hari jadi ini bagi memenuhi syarat contest :
Nama anak : Shukrina Imtiyaz
Tarikh Lahir : 31 Disember 2007
Tarikh sambutan : 11 Disember 2009 ( sempena ulang tahun ke-2.)
Konsep majlis : Outdoor Green and Natural Style
( konsep yang direka sendiri, hentam kromo je ni )
Gambar yang sama yang pernah saya letak di blog ini dulu.Kalau dilihat ada 4 tangan yang memegang sebilah pisau untuk memotong sebiji kek kan ( kek tak berapa nak nampak sebab ramai sangat nak enteprem masuk dlm gambar ni *wink* ) ! Sambutan hari jadi SI kali ke-2 ini unik kerana ia bukan saja meraikan hari jadi SI tetapi 3 generasi dari sebelah keluarga arwah maktok SI ( arwah mama saya ) yang kesemuanya lahir di bulan Disember.
Dilihat dari kiri adalah tangan TokNgah SI (muka half je dapat) yang menyambut tahun kelahiran yang ke 59, disebelahnya ialah SI ( 2 tahun ) , kemudian disebelah SI adalah TokLong SI ( 62 tahun ) dan akhir sekali sepupu saya, Alang panggilannya, 9 tahun ( kalau dengan SI adalah pak sedara sepupu ) . Ada 2 nenek saudara, bapa saudara dan cucu..kan 3 generasi tu.
Dan uniknya sambutan yang memang dirancang ini disambut 'outdoor’ di Air Terjun Ulu Paip, Kulim. Memang seronok sebab dapat mandi-manda, buat BBQ, bakar ayam dan ikan. Dan setiap birthday boy/girl/grandma pulang dengan hadiah daripada setiap keluarga.
Walaupun ia disambut dalam kalangan sanak-saudara saja, itu sudah cukup meriah dan bermakna.Lari dari tipikal kita menyambut hari jadi di rumah atau di restoran, kami memilih air terjun sebagai destinasi dan menyambutnya untuk 4 orang sekaligus. Selain ’save cost’, masing-masing pakat bawak makanan, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim, saling kita mengingati hari lahir sedara mara. Biarpun tiada hiasan, tiada goody bag , tiada belon, tiada ramai hadirin yang datang tetapi pastinya ia menjadi kenangan buat keluarga kecil kami. Terima kasih kepada saudara-mara yang menjadikan sambutan hari lahir SI kali ini cukup bermakna.
**********************************************************************************
Itulah serba sedikit cerita tentang sambutan hari jadi SI untuk Hanz Giveaway kali ini. Menariknya Giveaway ini, banyaaakkk sangat hadiah yang disponsor oleh tokey-tokey kedai ternama. Jom kita tengok senarai penaja di bawah ni.
Sunday, March 14, 2010
The Honeybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 sharing:
Gud luck dayah..hang pun panggey maktok no?
Shasha pun sama!hehe
Salam kenal..
gd luck ye!
Salam Dayah.Thanks for joining.Noted & Good Luck! :>
Post a Comment