Bukan main lagi tajuk….Bunyi macam berat saja perbincangan..
Sebenarnya saya mendapat ilham untuk menulis tentang ini kerana rentetan daripada entri saya yang bertajuk Wanita Kuasai Sektor Awam, Salah ke ..baru –baru ini.
Dan tajuk di atas juga diambil daripada kenyataan seorang pendengar Forum Rakyat Nur Pagi di IKIM.fm. Pendengar tersebut mengaitkan tentang fenomena sekarang di mana ramai wanita berkerjaya ( tidak kiralah menguasai sector awam atau swasta ) tidak lagi ‘menghayun buaian’, maka adakah natijahnya, kita tidak lagi melahirkan insan yang akan menggegar dunia?
‘Menghayun buaian’ di sini bukanlah bermaksud betui2 ayun ndoi ( buaian) tetapi ia lebih kepada menjaga, mendidik anak sepenuh masa. Bagi kita yang bekerja,sudah pasti tugas ‘menghayun buaian’ sepeninggalan kita keluar bekerja terletak pada pengasuh, taska, mahupun bibik. Ketika ini saya teringatkan permintaan pengasuh SI yang mahukan buaian di rumahnya apabila saya ingin meletakkan SI di bawah asuhannya. Senng katanya..
Dan pastinya cara mereka ‘ menghayun buaian’ tidak akan sama seperti kita ibubapa, kalau lebih baik dari kita, Alhamdulillah, kalau sebaliknya, pasti kita sebagai ibubapa perlu melakukan apa yang sepatutnya
Apabila saya mendengar komen pendengar pada pagi Selasa lalu , terus saya cuba mengkoreksi diri ini, sejauh mana/ selaju mana telah saya ‘hayunkan buaian’ untuk SI. Ketika itu perasaan bersalah muncul kerana saya tahu, banyak yang saya tidak buat untuk puteri kesayangan kami. Sudahlah siang hari di tempat kerja, malam pula bukan 100% masa diperuntukkan untuknya. Malu pada diri kerana saya sedar kesungguhan dan usaha itu sangat sedikit. Dan rasa bersalah sangat pada SI kerana takut dia ketinggalan dalam serba serbi hanya kerana ummi pulang dengan alasan ‘penat’ bekerja di siang hari. Semua itu adalah alasan.
Ingin sekali berada di sisi , mendidik sepenuh masa, buat homeschool, tetapi jika saya mendapat peluang sedemikian, adakah saya mampu betul-betul 100% mendidiknya kerana saya tahu cabaran sebagai SAHM bukannya mudah.
Tetapi harus diingat, mendidik anak bukan hanya terletak pada waktu khas yang kita peruntukkan untuknya belajar setiap hari. Kerana anak-anak sebesar SI, mendapat perhatiannya selama 10minit untuk sesuatu perkara pun dah cukup bagus. SI cepat rasa bosan dan akan berpindah kepada activity yang lain. Masa itu memang mencabar kesabaran sungguh.
Kita patut betul-betul menggunakan waktu bersama dalam apa jua activity seperti memasak, membasuh baju, membuat kerja rumah dan sebagainya. Kerana di situ juga proses pendidikan berlaku. Ketika itu kita dapat terapkan nilai-nilai murni, cara membuat kerja yang betul, banyakkan berinteraksi.Ya Saya lebih suka cara itu kerana jika diminta SI tolong potong/petik sayur, dia akan buat sepenuh hati dan perhatian. Sampai hancur sayurku.
Saya juga sangat menghargai saat kami dalam kereta kerana waktu itu tumpuan SI tidak terlalu mencapah. Penerokaannya terbatas.Masa itu saya akan berinteraksi, mengajarnya sama-sama berzikir, apa saja pendidikan yang 100% menggunakan lisan. Andai abi yang memandu, ada sedikit kelebihan bilamana saya dapat buka buku atau permainan untuk diterokai bersama.
Semalam, saya mengajaknya mewarna kerana saya lihat anak-anak lain suka mewarna, suka bermain dengan pensel warna, menconteng sana sini ( saya ibu yang sungguh kiasu !) . Anak saya belum lagi diasah bakat mewarnanya . Namun, nampaknya SI tiada minat dalam seni, instead mewarna, dia sibuk mengasah pensel-pensel warna yang telah dia patahkan sebelum ini. Hatta, dah tajam pun nak diasah lagi.Mewarna tu sekejap sangat, mengasah itu lebih menarik perhatiannya. Dinding di rumah saya pun masih bersih kerana belum ada yang dicontengnya. Nampak sama macam ummi, tak minat seni…:)
Lalu bagaimana kita ibu-ibu yang bekerja ‘menghayun buaian’. Mungkin sahabat-sahabat ada cara yang lebih baik dan berkesan yang dapat dikongsikan bersama. Moga dengan perkongsian ini, kita dapat melahirkan insan-insan yang dapat menggoncang dunia. Kerana saya membayangkan masa depan anak-anak kita akan lebih rancak, maka harus anak kita dipersiapkan diri . Sebelum dunia menggoncang mereka, mereka dahulu yang patut menggegar dunia.
Satu yang ingin saya memperingati diri saya yang sering alpa dan sahabat-sahabat untuk tidak lupa berdoa buat anak-anak kesayangan kita. Doa tidak kira waktu, selepas solat dan di luar waktu solat, ketika memasak, ketika meyuapkan makanan dan sebagainya. Kerana doa itu senjata kita.andai kita tiada kesempatan waktu , doa sebagai pengganti diri. Kita di ofis, anak di rumah, berdoalah untuk mereka.Apa lagi yang mampu kerana jarak dan tempat memisahkan kita, namun doa kita moga tiada hijabnya dengan Allah. Moga Allah mendengar dan menerima doa kudus dari insan yang bergelar ibu ini.
Wallahu'alam.
Kata hati 1 : Majalah Anis keluaran Mac berfokus kepada mendidik anak. Dapatkan segera untuk tips yang berguna.
Kata hati 2: Kak Sara, mungkin baba 3 heroes tu leh kongsi childhood education yang sepatutnya untuk ibu-ibu baru macam saya.
Wednesday, March 3, 2010
Tangan Yang Tidak Lagi Menghayun Buaian, Adakah Tidak akan Dapat Menggoncang Dunia?
Category:
Imtiyaz,
My thought
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 sharing:
educating bukan cam belajar kat sekolah aje..education ni start dr celik mata til tido. so moms yg bekerja still play a huge role dlm educating anak eventho dia spend half of the day away dr anak, kan?
jgn la kata SAHM mom aje lucky coz dpt concentrate on anak. SAHM mom pun ada kerja lain. kerja rumah, kerja jaga suami, kerja utk diri sendiri....kerja jd tukang shopping brg rumah...i dulu slalu pikir it would be good kalo i jd SAHM & concentrate on anak. bila dah exp sendiri, its not that simple. ;)
betul dayah...aku kadang2 terdiam bile memikirkan amanat utk menjaga shasha tidak dilaksanakan sebaik mungkin...masa utk anak cukup terbatas....seharian shasha bersama pengasuh...balik umah...dah terkejar2 nk memasak,membasuh,mengemas semua tu pun asyik gaduuh je bile masa dia dtg mengacau or mintak didokong....then pkul 10 baru luangkan masa dgn dia sama2 layan cd.....kadang tak sampai 1 episod aku dah zzzzzzzzzz.....dengar2 shasha ckp kat papa...mama tu berdengkur!!!zzzz....sedih sgt....weekend akan kami habiskan bersama masak sesama....kekadang aku akan pasti dia rasa dihargai contohnya bila nk masuk kan kain dlm washing machine mintak dia tolong....angkat kain dijemuran ke.....dia sgt hepi bila disuruh...paling best dia ckp...rajinkan adik.....heheee belum dipuji dah angkat bakul sendiri...
mmg kdg2 rs gak x puas hati kat diri sbb x leh jg anak sendri..tp kdg2 benda2 cam ni kita x leh elakkan sbg ibu yg berkerjaya..apa pun..kita perlu gak main peranan bila anak2 ada nga kita..x boleh lepaskan tgjwb tu kp pengasuh semata2..
Mama-miya
love to learn lots of creative things from u in educating ur Miya..
mmg SAHM lagi hebat cabaran..
Bed..
alahai kesian Shasha..budak2 tara nak faham apa yng mak dia dok buat selama ni..
Ainey
mmg tak leh lepaskan kepada pengasuh..so kita kena la keja keras skit kan..
saya suke entry ini....zah paling ralat biler balik keje akmal nak tido cepat2...huhuhu...sejak sebulan ni..akmal ada sindrom tido awal...tak sempat nak main...so apa yg zah buat..utk masa senggang yg ada zah akan buat semua aktiviti ngan akmal...mandi,cuci kain...masak...sambil2 cakap ngan akmal...masa solat zah letak akmal kat tepi dan bgtau...yg zah nak solat..alhamdulillah...akmal ok jerk..tambah g klu time mandi..duker nor dia ngan air tu...hehehe..
dan hubby zah selalu ajak akmal tengok pc...mainkan lagu kanak2 dan menari bersama akmal...kami dah mula ajar akmal benda2 simple...
Dayah,
sebenarnye SAHM & working mom masing2 ada pros & cons nya (pd experience kak sara lah coz kak sara dah alami both world).
InsyaAllah dlm masa terdekat ni kak sara nak buat entry mengenai ni thru my personal experience lah bkn secara am.
tgh interview baba 3 heroes ni, nk tanya pendapat dia..tunggu..:)
takpela dayah..maybe kite rase tak cukup bg perhatian kat anak sebab kite takde disisi die 24 jam..tp kite dah bagi yg terbaik dengan bagi perlindungan,security,kasih sayang ,the best food and milk kepada anak2 kite.
dayah, aku tgh pk nk berenti keje sbb nk fokus kt anak2..ank hg dok ngn pengasuh mungkin ok dia jg. anak aku dok nursery, 1 pengasuh jg seploh org budak..camno tu?
apa2pon,yg penting bkn kuantiti masa yg kita peruntukkan kt dia tp kualiti time..jgn terlalu sibuk bekerja smp terabai anak udah la..
mmg sedikit susah utk ibu2 yg bkerja.. tapi bukan alasan utk tdk mhayunkan buaian.. yg ptg, masa bersama anak tu.. saya agak beruntung krna pagi, sempat mandikan anak, bual2 dulu dgn die, balik kerja main2 dgn anak hingga die tidur.. dan rasanya anak saya tak kurang perhatian, kerana die lebih suka de kat rumah bbanding kt taska.. agaknye la.. sbb die tak faham nak cakap pe.. hihi..
tapi tu la, yg ptg kualiti bersama anak perlu ditekankan..
Post a Comment