Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Monday, April 5, 2010

Survey sebelum beli

Adakah anda seorang yang suka survey dulu sebelum membeli sesuatu ? Jika ya, apakah selalunya yang akan di'survey’ ? Harga, brand, kualiti dan lagi ?

Dahulu saya seorang yang jarang survey. Saya lebih mengikut arwah mama yang tak berapa nak survey. Berlainan dengan papa yang suka survey. Ada pro and cons nya cara masing-masing

Sekarang setelah berkahwin dan sama-sama menguruskan kewangan keluarga bersama suami, saya kini merasakan saya sudah jadi 'Surveyor'. Tapi bukan semua benda yang hendak dibeli saya akan survey, tengok barang jugak la.

Akhir-akhir ini, saya tengah men’survey’ 2 -3 barang. So memang ligat ke sana kemari.Salah satu nya ialah deep freezer sebagai persediaan untuk stok menyusu.Mula-mula pergi bersama suami ke 2 kedai di sebelah petang. Disebabkan suami penat bekerja di siang hari, dia dah give up. Dia kata hari lain kita pergi.Saya ni pulak tengah semangat. Kalau boleh nak settlekan hari ini jugak sebab rasa malas nak pergi hari lain. Lepas drop suami kat rumah dengan anak, saya pun p la ke pekan Bukit Mertajam ( BM) dan menjelajah lagi 5 buah kedai lewat petang itu. Saya park keta satu tempat dan berjalan. Kalau dah semangat, tak kira penat ke apa, dari satu kedai ke satu kedai , lokasi bukan dekat jugak. Masa berjalan tu tak rasa, balik rumah baru rasa penatnya. Lagipun saya memang jenis suka shopping sorang-sorang. So tak kisah dan tadak masalah.

Saya puas, sebab saya tau kat pekan BM tu saya akan boleh dapat lebih murah daripada kedai2 elektrik yang mahsyur. Memang betul pun firasat saya.Harga jauh berbeza.Ini pun berkat tunjuk ajar dan pengalaman Rozy membeli DF ni

Bila sampai rumah terus saya lukis peta kedudukan kedai-kedai yang telah saya jelajahi, nama kedai, brand-brand yang ada di kedai itu, berserta harga asal dan harga selepas ditawar.Padahal bukan nak beli lagi..Saya rekemen sekian-sekian kedai bila jadi nak beli.So, saya bagi dekat suami, soh dia simpan. Sebab kalau nak cerita pun, takut dia lupa nanti.Lagipun suami tak familiar sangat dengan pekan lama BM tu.Kalau orang tak biasa mesti kata leceh. Almaklum, pekan lama, jalan sempit, parking susah, kereta banyak tapi still ramai orang. Mana tau masa dalam pantang, saya memerlukan DF ni, suami tau nak dapatkan di mana . Poyo je kan..

Apa baik buruknya survey sebelum beli ni.

Pro
1) Boleh membandingkan harga,kualiti di antara satu kedai dengan kedai yang lain

2) Dengan ini kita dapat membuat pilihan yang bijak (baik dari segi harga, kualiti etc )

3) Kepuasan kerana tidak ralat apabila survey sudah dijalankan dan apabila keputusan akhir
dibuat

4) Boleh jamu mata, jalan-jalan


Cons
1) Makan masa kerana menjelajah dari satu kedai ke satu kedai

2) Makan minyak , duit , tenaga ( tidak untuk online shopping )

3) Kadang-kadang bila dah survey 4-5 kedai , tengok2 kedai yang pertama itu yang lebih
kompetetif, so patah balik ke kedai pertama

4) Akan lebih keliru atau rambang mata untuk memilih sebab banyak sangat yang di ‘survey’

5) Kadang-kadang boleh terlepas bargain yang baik pada awal-awal survey

6) Kadang-kadang hasil survey yang sama, buat penat aje

Kenapa pro sikit je..kawan-kawan, apa lagi pro and cons daripada tabiat suka men'survey' ni. Apa yang saya list kan ni setakat yang dapat difikirkan dalam masa yang singkat.Apa pulak pengalaman kawan-kawan. Jom share..

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

14 sharing:

mirah said...

wah rajinnya dayah g survey. Sorang2 lak tu.
Bagus juga kalau dpt survey, tp mirah prefer kalau nak beli terus survey dan beli terus. Senang nak bargain harga dsb.

Nur Sakinah Ahmad said...

smbl survey, leh jln2..mudah nak beranak tuh!aku tau, kedai kt bm mmg ada brg letrik murah..tp nk parking yg agak leceh tu,kan..

mamashasha said...

dayah, rajin hang survey no....aku bayangkan betapa ligatnya mak buyung nih...hehe utk kebaikan bersama kan...

pada aku cuma certain things sahaja aku akan survey selalunya barang2 yang mahal harganya sahaja tapi kalau setakat baju shasha tu aku redah je sebab blh ingat dah range price ikut brand....

tapi kalau mcm susu & pampers itu aku particular...kenapa perlunya survey sebab nanti kalau tak berhati2 leh menyesal sebab rege kat tempat lain lebih murah...huhu

Anonymous said...

wahhhh rajin & detail nye survey ..

kalau daku le, survey jgk , tp gitu2 jeler... just ingt kedai and price jek ..

Hamizah said...

best tuh dpt survey..sambil cuci mata..saya pon suka..hehehe

Diarihatiku1976 said...

ee saya pun jenis yg servey dulu sebelum beli... lantaklah org nak kata per kn...janji puas hati...

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah..
certain benda saja rajin..mmg dayah ejnis suka shopping sorang2..lebih senang rasanya.tapi tu la..lebih baik dok2 survey2 terus beli..tentang DF ni sbb tanak beli lagi, tapi survey dlu..

Dayah @ Real Ummu said...

kinah...itula natara tujuan nya aku berjalan sana sini...hanya org Penang saja tau mcmna BM tu..

Dayah @ Real Ummu said...

Bed,
kalau aku dah suka, mmg rajin,....cuba kalau tak suka, takdenya...


aku pun survey utk pampers..salu tengok pamplet Giant, tesco, c4 yang dok sampai kat umah..

Dayah @ Real Ummu said...

Zura
tu la..mcm poyo je kan..siap lukis peta...

Kmizah
tang cuci mata tu yg best tu...kkdg lain yg nak disurvey, lain pulak yg dibeli..

Diarihatiku..
kepuasan hanya kita yag tahu..biar la org nak kata apa kan..

Sue said...

btl..btol.. btol..
kedai elektrik biasa lagi dari kedai letrik besar2 nih! Dah nk bersalin ek? Semoga dayah ngan baby slmt dan sehat nanti yer

nora said...

erm..bagus kalau ada habit..survey dulu baru beli'...esp. utk barang2 yg mahal le...:)..nanti dayah bersalin kat ne?

Dayah @ Real Ummu said...

Mirah
bila dah suka, rajin la jadinya..hehehe..tapi tu la sbb tak beli lagi kan..window shoping je dulu

Kinah,
itu la antara tujuan aku p bjln ni..hanya org Penang saja tau mcmna BM tuh

Bed,
kalau pampers aku pun particular..salu tengok pamplet tesco, giant, c4 yg sampai umah utk compare

Zura,
bukan semua survey ku serajin itu

Dayah @ Real Ummu said...

KMizah
tang cuci mata tu yg best tu..

Diarihatiku
kepuasan after survey hanya kita yg tau...


Sue..betui..betui..betui..sokong, thx ya

KNora
saya insyaAllah bersalin kat GH