Kandungan saya sudah berada dalam minggu ke -33 . Lagi 3 minggu ke 36 dan seterusnya menghitung untuk cukup hari.
Alhamdulillah kesihatan baik, cuma letih tu biasalah. Baby dalan perut ni pun bukan main kuat tendangannya. Terutama waktu malam, tengah kita nyenyak tidur. Masa tu la dia aktif ‘main bola’. Main bola sepak ye, bukan bola jaring…sebab baby ni insyaAllah, boy…(menurut apa yang doctor ‘nampak’ masa scan). Saya dan suami tak kisah, tapi kalau boy excited lebih sikit la.
Preparation… boleh dikatakan hampir lengkap.Ada la 2,3 barang yang tak beli lagi. Barut dan cadar tilam baby masih kat rumah makngah, mintak tolong dia jahitkan.Tengok blogger expecting mom yang lain bukan main update list. Saya pun ada list jugak, tapi kali ni tak panjang sangat sebab recycle barang kakak SI.Kekadang tengok list orang lain, saya pulak jadi gubra sebab apsal list aku pendek je?
Memandang kali ni insyaAllah nak berpantang di rumah lain pulak ( macam ni la orang takde mak) mulanya ingat nak pantang sendiri, tapi makchaq saya ( kakak papa) yang jaga saya dari kecik yang saya panggil mak offer nak jaga. tapi senang kalau dok di rumah dia sebab biasala orang-orang tua ni.selesa lagi di rumah sendiri, lagipun suasana kampong, senang nak cari daun ka, mak bidan ka.. masa pantang SI dulu, walaupun saya pantang di rumah makngah ( kakak arwah mama ), makchaq ni jugak datang jaga selama 2 minggu.
So bakul kena ada 2 la.Satu utk perkakas saya dan satu untuk baby. Baju2 yang bersesuaian untuk pantang,stoking dan kain batik semua dah ready. Untuk baby pun. Nanti bila bersalin, suami angkat je bakul tu bawak p rumah makchaq.
Sekarang ni, saya lebih menumpu kepada persedian untuk menyusu.Baca balik ilmu-ilmu penyusuan, mengepam dan sebagainya, untuk refresher untuk diri sendiri dan kegunaan dalam tugas2 sampingan sebagai Peer Counselor . Saya juga membaca tentang menyusu bagi yang c-zer.Walaupun sangat berharap dapat bersalin normal lagi kali ini, tapi kita tak tahu kan. So better prepare sedikit sebanyak ilmu menyusu untuk org c-zer ni.
Spectra saya dah diservis , minggu ni saya akan p amik. Sekarang ni pantang nampak baju nursing atau berbutang depan, nak beli aje kejanya. ‘Nursing baju raya’ dah ditempah ( wah…bukan main, saya memang jenis buat baju raya awal, lagipun bulan 5-7 ni dah berkurung berpantang,masa bila nak p beli kain, hantar tempah ( apa dah jadi dengan skill menjahit saya ? nampak gaya tahun ni tempah lagi). Cuma freezer dalam waiting list. Saya nak lihat keupayaan saya menyediakan stok dulu. Kalau peti ais yang dok ada tu tak dapat menampung, maka akan di rembat satu. Dah survey cuma tunggu dulu. Masalah nya nak letak di mana? Dapur ku dah tak muat.
Cuma beg yang di bawak ke hospital belum lagi masuk dalam bonet kereta. Tengah dok cari diaper beg yang bersesuaian. Saya rasa minggu depan dah patut ada dah. Almaklumlah, keja diseberang laut, suami di tanah besar..kalau emergency, kawan2 ofis la nak kena hantaq.
Terasa berdebar pulak menanti kelahiran anak kedua ni. Macamana pulak pengalaman kali ni. Doa-doakan moga saya dipermudahkan ketika bersalin kelak..
Tuesday, March 23, 2010
33 minggu dan persiapan terakhir
Wednesday, March 17, 2010
"Contest Aksi Menarik Si Comel Bersama Floater" Sempena 1st Birthday HNI
Kali ini nak masuk satu lagi contest. Rajin le pulak..sebab senang je, letak gambaq ..kebetulan ada gambaq yang sesuai...so jom tengok apa contest kali ni
Sempena 1st Birthday HNI
Contest ini anjuran Iz-Ann sempena 1st birthday anak bujangnya
Syarat Penyertaan:Mudah sahaja
1. Terbuka kepada kesemua blogger yang mengetahui atau terjumpa atau terbaca atau terikut atau sebagainya mengenai blog ini
2. Sudi menjadi FOLLOWER di blog ini (sukarela ye...dah jadi cam kebiasaan plak, kalu wat contest mesti jadi follower..bukan per, senang nak review blog peserta nanti...)
3. Add kan LINK blog ini pada blog memasing.
4. Add LINK contest ini di entry memasing
5. Add kan banner contest di side bar blog memasing.
************************
Cara-cara untuk menyertainya ialah:-
1. Sila uploadkan SEKEPING gambar aksi menarik si comel anda bersama floater. Si comel hendaklah berumur kurang dari 4 tahun semasa gambar itu di ambil.
2. Nyatakan nama anak anda dan umur beliau pada ketika itu
3. Sila tinggalkan link penyertaan anda di entry ini agar mudah untuk saya buat semakan.
.
.
.
.
.
.
Maka, inilah gambar SI bersama floater
Sunday, March 14, 2010
The Honeybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever
Masih ada beberapa jam sebelum The HoneyBunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever ditutup. Giveaway pertama anjuran Hanz untuk tahun 2010 ini adalah bersempena dengan kelahiran Hambali, anak sulung Hanz yang ke-6 dan suami Hanz sendiri.
Saya harap penyertaan kali ini diterima sebab memang dah last minute sangat.Mula-mula terfikir apa yang nak ditulih kerana sambutan hari jadi SI setakat ni biasa-biasa saja.
Untuk The HoneyBunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever , saya mempertaruhkan sambutan hari jadi SI yang ke-2 pada bulan Dec 2009 yang lalu.
Sedikit maklumat tentang sambutan hari jadi ini bagi memenuhi syarat contest :
Nama anak : Shukrina Imtiyaz
Tarikh Lahir : 31 Disember 2007
Tarikh sambutan : 11 Disember 2009 ( sempena ulang tahun ke-2.)
Konsep majlis : Outdoor Green and Natural Style
( konsep yang direka sendiri, hentam kromo je ni )
Gambar yang sama yang pernah saya letak di blog ini dulu.Kalau dilihat ada 4 tangan yang memegang sebilah pisau untuk memotong sebiji kek kan ( kek tak berapa nak nampak sebab ramai sangat nak enteprem masuk dlm gambar ni *wink* ) ! Sambutan hari jadi SI kali ke-2 ini unik kerana ia bukan saja meraikan hari jadi SI tetapi 3 generasi dari sebelah keluarga arwah maktok SI ( arwah mama saya ) yang kesemuanya lahir di bulan Disember.
Dilihat dari kiri adalah tangan TokNgah SI (muka half je dapat) yang menyambut tahun kelahiran yang ke 59, disebelahnya ialah SI ( 2 tahun ) , kemudian disebelah SI adalah TokLong SI ( 62 tahun ) dan akhir sekali sepupu saya, Alang panggilannya, 9 tahun ( kalau dengan SI adalah pak sedara sepupu ) . Ada 2 nenek saudara, bapa saudara dan cucu..kan 3 generasi tu.
Dan uniknya sambutan yang memang dirancang ini disambut 'outdoor’ di Air Terjun Ulu Paip, Kulim. Memang seronok sebab dapat mandi-manda, buat BBQ, bakar ayam dan ikan. Dan setiap birthday boy/girl/grandma pulang dengan hadiah daripada setiap keluarga.
Walaupun ia disambut dalam kalangan sanak-saudara saja, itu sudah cukup meriah dan bermakna.Lari dari tipikal kita menyambut hari jadi di rumah atau di restoran, kami memilih air terjun sebagai destinasi dan menyambutnya untuk 4 orang sekaligus. Selain ’save cost’, masing-masing pakat bawak makanan, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim, saling kita mengingati hari lahir sedara mara. Biarpun tiada hiasan, tiada goody bag , tiada belon, tiada ramai hadirin yang datang tetapi pastinya ia menjadi kenangan buat keluarga kecil kami. Terima kasih kepada saudara-mara yang menjadikan sambutan hari lahir SI kali ini cukup bermakna.
**********************************************************************************
Itulah serba sedikit cerita tentang sambutan hari jadi SI untuk Hanz Giveaway kali ini. Menariknya Giveaway ini, banyaaakkk sangat hadiah yang disponsor oleh tokey-tokey kedai ternama. Jom kita tengok senarai penaja di bawah ni.
Saturday, March 13, 2010
SPM 2009 Result
SPM result is already out !!
Congratulations to all the students. You deserve the result. Good or bad, excellent or poor, only Allah knows why He gave u such result . There is always a ‘hikmah’ or reason . Sometimes you think you have been studying so hard to get straight A’s but Allah knows what is the best for you. Some of us, just study so-so but the result is superb ! Well, probably he / she is gifted and genius smart student which requires less effort compare normal people like us . Yes, there are cases/students in this category. I think we are use to hear this kind of comment
“ Ala.. si X ni, baca sat saja dah masuk..Aku ni baca p la sepuluh kali payah nak masuk”
“ Si A ni aku tengok, study relax ja, tak pun stay up sampai pagi tapi result gempak"
Let us look at this year result . The best student is Galdys Tan Yee Kim from SMK Green Road,Kuching, S’wk. The best school is Sekolah Menengah Sains Seremban, NS
Another 9 among the best are Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) and Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).
Whereas another 9 best schools are Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor and Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, KISAS is in. Albeit is already 10 years I am far apart from SPM fever, but every year without fail, I am so thrilled to know the result and to see where is my school's rank this year.
But still I am sooo outdated about the SPM format. I just got to know they have this kind of A+, A and A- . Wow !! This shows that our students are getting smarter. Merely, A is not notably describe how smart he/she is.
Let’s us imagine when the time my daughter & your children sit for SPM. Probably we will have A-, A, A+, A++, A+++. Ooohhhh… More and more moms will be more kiasu.
I mean that is the system we have in place. Like it or not, we have to follow unless you have a power to change it or you never bother about other moms who busy sending their children to tuition, pushing their children to study...study..study to make sure they get straight A's for instant, while you can sit back and say "A is not important for me, as long as my child acquire a living skill for future" or for whatever reason and etc.
Indeed I agree A at school can never promise our future. But this A is a measureable unit we inherit for yearsssss. So as of now, go along with it...who know one day the system might change. Are you ready for that ?
Thursday, March 11, 2010
M'sian Breastfeeding Peer Counselor Program
I am not in the mood of writing blog these few days due to the busyness and tiredness but for the sake of sharing and hope that this entry will not be ‘basi’ , I forced myself to.
Just to story about what happen over the last weekend . I had the opportunity to attend Malaysian BreastFeeding Peer Counselor Program for Northern Region from 5-7 Mar 2010. What is the programis all about ? Well, is about being a peer support in breastfeeding to our community , sound so nice huh..! but is not easy actually.
We learnt about basic of breastfeeding, benefits, human anatomy, communication skill, handle a support group meeting and many more informative module. If I were to describe each and every activity, I don’t think I have time and this will be lengthy. So let’s us look at some photos snapped during the course.
Overall, I feel great to be part of the team. Thank you to the organizer MBfPC Administrator especially our trainer for the days ( Kak Kamariah owner of SusuIbu, KakShida SlingMeMama, Dr. Kak Faridah and Yusrina Hata, Ibu Az shoppe) for all the taughts , guide and friendship. To my dear participants frens , Afni,Hana,Lina,Zah,KakNida,Syu and Akin ( from Hosp Pantai Mutiara), Dr. Nazrah (from Manjung Hospital who check on my false labor contraction during the course because I was suffering from bad stomach ache ), MeiFern ( munbaby ), PeeChing and Annie ( our nutrition experts), Sara,Aida,Revathi ( from WABA), MMPS frens Sabrina and Vasu- is such a wonderful moment to get to know all of u.
The program is not ended there. We brought back a huge responsibility to be in our community, to support BF . Is not an easy task. If this has been easy, we don't need to a have a support group and everyone will BF since day one.I 'd like to mentione here, is not about getting a training/ 'licience' then only u'll become a peer counselor. Anybody can be one now. And I believe many of us has been supporting BF to another person even without 'peer counselor program'. Hey..look ! Your already a peer counselor !
I do hope to keep the spirit strong in promoting BF especially to my nearest community. I know, you also can be one.
Lama pulak tak menulih dalam bahasa Inggeris, so layan je la ye apa yang saya tulih kat atas tu. Lama-lama tinggai kang, menambahkan karat yang sedia ada pada Bahasa Inggeris saya.
Wednesday, March 3, 2010
Tangan Yang Tidak Lagi Menghayun Buaian, Adakah Tidak akan Dapat Menggoncang Dunia?
Bukan main lagi tajuk….Bunyi macam berat saja perbincangan..
Sebenarnya saya mendapat ilham untuk menulis tentang ini kerana rentetan daripada entri saya yang bertajuk Wanita Kuasai Sektor Awam, Salah ke ..baru –baru ini.
Dan tajuk di atas juga diambil daripada kenyataan seorang pendengar Forum Rakyat Nur Pagi di IKIM.fm. Pendengar tersebut mengaitkan tentang fenomena sekarang di mana ramai wanita berkerjaya ( tidak kiralah menguasai sector awam atau swasta ) tidak lagi ‘menghayun buaian’, maka adakah natijahnya, kita tidak lagi melahirkan insan yang akan menggegar dunia?
‘Menghayun buaian’ di sini bukanlah bermaksud betui2 ayun ndoi ( buaian) tetapi ia lebih kepada menjaga, mendidik anak sepenuh masa. Bagi kita yang bekerja,sudah pasti tugas ‘menghayun buaian’ sepeninggalan kita keluar bekerja terletak pada pengasuh, taska, mahupun bibik. Ketika ini saya teringatkan permintaan pengasuh SI yang mahukan buaian di rumahnya apabila saya ingin meletakkan SI di bawah asuhannya. Senng katanya..
Dan pastinya cara mereka ‘ menghayun buaian’ tidak akan sama seperti kita ibubapa, kalau lebih baik dari kita, Alhamdulillah, kalau sebaliknya, pasti kita sebagai ibubapa perlu melakukan apa yang sepatutnya
Apabila saya mendengar komen pendengar pada pagi Selasa lalu , terus saya cuba mengkoreksi diri ini, sejauh mana/ selaju mana telah saya ‘hayunkan buaian’ untuk SI. Ketika itu perasaan bersalah muncul kerana saya tahu, banyak yang saya tidak buat untuk puteri kesayangan kami. Sudahlah siang hari di tempat kerja, malam pula bukan 100% masa diperuntukkan untuknya. Malu pada diri kerana saya sedar kesungguhan dan usaha itu sangat sedikit. Dan rasa bersalah sangat pada SI kerana takut dia ketinggalan dalam serba serbi hanya kerana ummi pulang dengan alasan ‘penat’ bekerja di siang hari. Semua itu adalah alasan.
Ingin sekali berada di sisi , mendidik sepenuh masa, buat homeschool, tetapi jika saya mendapat peluang sedemikian, adakah saya mampu betul-betul 100% mendidiknya kerana saya tahu cabaran sebagai SAHM bukannya mudah.
Tetapi harus diingat, mendidik anak bukan hanya terletak pada waktu khas yang kita peruntukkan untuknya belajar setiap hari. Kerana anak-anak sebesar SI, mendapat perhatiannya selama 10minit untuk sesuatu perkara pun dah cukup bagus. SI cepat rasa bosan dan akan berpindah kepada activity yang lain. Masa itu memang mencabar kesabaran sungguh.
Kita patut betul-betul menggunakan waktu bersama dalam apa jua activity seperti memasak, membasuh baju, membuat kerja rumah dan sebagainya. Kerana di situ juga proses pendidikan berlaku. Ketika itu kita dapat terapkan nilai-nilai murni, cara membuat kerja yang betul, banyakkan berinteraksi.Ya Saya lebih suka cara itu kerana jika diminta SI tolong potong/petik sayur, dia akan buat sepenuh hati dan perhatian. Sampai hancur sayurku.
Saya juga sangat menghargai saat kami dalam kereta kerana waktu itu tumpuan SI tidak terlalu mencapah. Penerokaannya terbatas.Masa itu saya akan berinteraksi, mengajarnya sama-sama berzikir, apa saja pendidikan yang 100% menggunakan lisan. Andai abi yang memandu, ada sedikit kelebihan bilamana saya dapat buka buku atau permainan untuk diterokai bersama.
Semalam, saya mengajaknya mewarna kerana saya lihat anak-anak lain suka mewarna, suka bermain dengan pensel warna, menconteng sana sini ( saya ibu yang sungguh kiasu !) . Anak saya belum lagi diasah bakat mewarnanya . Namun, nampaknya SI tiada minat dalam seni, instead mewarna, dia sibuk mengasah pensel-pensel warna yang telah dia patahkan sebelum ini. Hatta, dah tajam pun nak diasah lagi.Mewarna tu sekejap sangat, mengasah itu lebih menarik perhatiannya. Dinding di rumah saya pun masih bersih kerana belum ada yang dicontengnya. Nampak sama macam ummi, tak minat seni…:)
Lalu bagaimana kita ibu-ibu yang bekerja ‘menghayun buaian’. Mungkin sahabat-sahabat ada cara yang lebih baik dan berkesan yang dapat dikongsikan bersama. Moga dengan perkongsian ini, kita dapat melahirkan insan-insan yang dapat menggoncang dunia. Kerana saya membayangkan masa depan anak-anak kita akan lebih rancak, maka harus anak kita dipersiapkan diri . Sebelum dunia menggoncang mereka, mereka dahulu yang patut menggegar dunia.
Satu yang ingin saya memperingati diri saya yang sering alpa dan sahabat-sahabat untuk tidak lupa berdoa buat anak-anak kesayangan kita. Doa tidak kira waktu, selepas solat dan di luar waktu solat, ketika memasak, ketika meyuapkan makanan dan sebagainya. Kerana doa itu senjata kita.andai kita tiada kesempatan waktu , doa sebagai pengganti diri. Kita di ofis, anak di rumah, berdoalah untuk mereka.Apa lagi yang mampu kerana jarak dan tempat memisahkan kita, namun doa kita moga tiada hijabnya dengan Allah. Moga Allah mendengar dan menerima doa kudus dari insan yang bergelar ibu ini.
Wallahu'alam.
Kata hati 1 : Majalah Anis keluaran Mac berfokus kepada mendidik anak. Dapatkan segera untuk tips yang berguna.
Kata hati 2: Kak Sara, mungkin baba 3 heroes tu leh kongsi childhood education yang sepatutnya untuk ibu-ibu baru macam saya.
Monday, March 1, 2010
Bulan Kain Batik
Adakah anda seorang pemakai kain batik yang tegar? Uh..ada ka istilah pemakai kain batik tegar? Saya hanya menjadi pemakai kain batik tegar semasa 60 hari cuti bersalin dan sewaktu berada di rumah mentua. Di luar waktu itu, 1-2x seminggu saja kot. Hehehe
Tiba-tiba saya menulis pasal kain batik ni bukannya apa. Bulan ni saja , saya dapat 3 kain batik free.Satu officemate hadiahkan semasa dia melancong ke Bandung baru-baru ini.Satu lagi adik ipar yang ke Langkawi dan satu lagi tak pasti dari mana cuma kawan yang bagi ni baru pulang dari Sabah. Eh, Sabah pun terkenal dengan kain batik ka..?? itu saya kurang periksa.
Memang kena la waktunya kot. Mentang-mentang la saya akan berkain batik dua bulan dari sekarang, pakat-pakat nak hadiahkan kain batik.. Offismate saya bagi memang dia suruh saya pakai masa pantang. Adik ipar saya pulak suruh buat baju untuk dipadankan dengan kain yang dia bagi tu. Corak dia cantik. Yang kawan balik Sabah tu pun, sesuai kalau di buat dengan baju.
Bila sahabat-sahabat mula pakai kain batik ? Saya..? masa sekolah rendah saya ada 2 kain. Jenis utk budak kecik punya. Tu pun bukan pakai sangat.Almaklumlah, waktu tu aktif main, bersukan.Selalu sarung tracksuit je la. Betui-betui pakai masa dok asrama F.1. Masa tu belajar cara pakai yang betul. Tambah pulak di SASIC, memang kain batik tu jadi pakaian harian di asrama, sebab kitorg takleh pakai seluar ( track ke slack ke). So either opt for baju kelawaq ( kaftan ) atau kain batik. Kenapa? Panjang pulak critanya. Nanti kita buat satu n3 khas. Tapi yang psti ia bukan undang-undang yang pelik bahkan memberi kebaikan.
So tradisi berkain batik diteruskan hingga ke saat ini.Walaupun tidaklah dipakai setiap hari ( kecuali di rumah mentua, memang tiap2 hari berkain batik, macam menantu Melayu terakhir gitu..hahha )namun saya banyak jugak lah kain batik dalam almari.Dicampur saya + arwah mama punya.Kalau travel ke mana-mana, pastinya sehelai dua kain batik mesti diusung sama.Senang buat salin-menyalin baju . Selalu kalau orang datang rumah kan, kita offer kain batik kalau dia nak mandi, solat dan sebagainya.
Pesan arwah mama, kain batik lepas ( tidak dijahit ) bersama tuala baru/elok perlu ada di rumah , buat standby kalau ada kematian.Khusus untuk tujuan itu.Memang arwah dah sediakan kelengkapan itu lama sebelum arwah meninggal lagi dan ditunjukkan saya tempatnya. Masa arwah meninggal dulu, terus saya capai yang itu walaupun di kampung tempat arwah dikapankan, mak-mak sedara memang dah standby semua itu sebab memang arwah tokwan pesan macam tu. Tidaklah kita kelam kabut amik kain yang kita dok pakai hari-hari. Makngah saya punya kain batik lepas yang khusus untuk mandi mayat dah digunakan untuk beberapa jenazah keluarga yang kami uruskan.
Kalau masa belajar dulu, kain batik selalu dijadikan lapik di atas cadar di tengah-tengah katil di asrama.Mula-mula saya tak faham jugak kenapa orang letak macam tu.Bila dah ‘besar’, baru saya mengerti..hihihi
Kalau di rumah yang tidak ada kain batik ( orang Melayu ) ,saya rasa moden la orang tu. Tak reti pakai tak apa lagi, janji ada. Kawan saya dulu mak dia jahitkan siap2 kain batik untuk dipakai kat asrama sebab dah semua orang pakai, kita pun nak pakai sama tapi tak reti . Senang sarung ja, boh getah..hehehe..
Saya pun pakai kain batik bukannya kemas sangat.Mula-mula cantik la..lepas buat kerja, bangun duduk ulang kali..dah lari alignment dia. Berapa kali nak kena loose kan dan ikat balik .Tambah-tambah kalau bersilat buat kerja rumah, mau tinggi kain batik diikat macam orang nak ke sawah. Asalkan jangan macam mamak roti canai angkat kain pelikat sudah la...
Kata Hati : saya pakai kain batik dari kanan ke kiri. Kawan-kawan macamana?