Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Monday, July 13, 2009

Lagi isu Bahasa

Saya berharap tidak terlalu lewat untuk memperkatakan tentang Pemansuhan PPSMI baru-baru ini.

Ramai orang yang gembira dan meyokong keputusan kerajaan ini. Keputusan berani yang disifatkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Yalah..berani satu kerana menukar sistem yang telah dilaksana diperingkat kebangsaan selama 6 tahun dan kedua berani kerana ‘engkar’ pada Tun M. hehehe. Pandangan saya mengatakan Tun M agak ‘kiciwa’ dengan keputusan ini.

Walaupun secara peribadi saya saya menyokong pelaksanaan PPSMi ini , (saya bukanlah golongan yang berada dalam kelompok murid, guru, alam pendidikan tapi sokongan saya adalah kerana merasakan ia adalah satu idea yang baik ) tapi hakikat yang saya sedar bahawa kita dan anak-anak kita belum bersedia untuk itu. Malah ada pendapat mengatakan seolah-olah kita meminggirkan bahasa kebangsaan sendiri. PPSMI adalah satu usaha yang baik, yang boleh dikategorikan sebagai perancangan jangka masa panjang tapi tidak ada gunanya jika kajian membuktikan ia belum lagi relevan buat masa ini.

Saya sedar tidak semua pelajar kita dilahirkan genius dan dari latar belakang keluarga yang berpendidikan tinggi, maka ini adalah salah satu faktor mengapa system ini tidak berjalan dengan baik dan hasil keputusan yang tidak seperti yang diharapkan. Selain itu factor persedian guru juga perlu diambil kira. Walaupun telah banyak program diaturkan oleh kementerian untuk guru yang khusus mengajar Sains dan matematik dalam bahasa Ingeeris ini, namun masih ada kesukarannya. Insentif yang diberikan mungkin sebagai pemangkin namun jika hati tidak diletakkan sepenuhnya kerana beberapa sebab (e.g factor murid yang kurang faham), mana mungkin pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan efektif. Saya tidak menyalahkan guru kerana kita masing-masing cuba untuk menjalankan amanah ini namun kita juga sedih apabila anak murid tidak faham disamping kita juga ‘struggle’ menuturkannya dalam bahasa inggeris dan keputusan semakin merosot.

Banyak lagi faktor mengapa ia tidak perlu diteruskan.

Profesional dan pakar dalam bidang pendidikan / sastera juga menentang. Lihat saja beberapa siri demonstrasi dijalankan, forum-forum di media yang berhujah tentang isu yang sama, tidak kurang sumbangan blogger yang menulis tentang isu ini . Lebih ramai yang menentang dari menerimanya.Sebab kita tahu tahap mana kemampuan anak-anak kita.

Saya tidaklah berniat untuk mengulas lebih lanjut kerana saya bukanlah wartawan dewan masyrakat mahupun journalist dari mana –mana media. Saya tiada kajian menarik ingn diketengahkan , yang ada hanya adalah pengamatan atas pengalaman guru-guru, ibu bapa yang terlibat secara lansung dengan PPSMI ini. Tapi keputusan telah dibuat. Saya yakin, jemaah menteri dan orang-orang di ‘atas’ sana telah fikir semasak-masaknya tentang perkara ini dan tampil mengumumkan keputusan yang kita harapkan terbaik untuk watan kita.

Walaupu saya antara yang menyokong ppsmi, janganla sidang pembaca sekalian menyisihkan saya walaupun kita berbeza ideologi. Kita masih kawan kan!hehe... Saya juga turut merasa gembira tentang perkhabaran pemansuhan ppsmi ini keraan seperti yang saya katakan tadi, walaupun saya suka idea ini namun ia belum relevan buat masa ini. Saya juga ingin dikenali sebagai antara yang memartabatkan bahasa jiwa bangsa, tapi blog saya yang ditulih kebanyakan dalam bahasa penjajah ini, bukanla saya ingin memartabatkan bahasa mereka, ia lebih kepada "personal language improvement” ..heheh

Saya merasaka seperti aktivis bahasa apabila menulis ‘entry’ kali ini, kalau tidakpun seperti journalis untuk majalah bahasa, kalau tidakpun seperti seorang pelajar yang menyiapkan karangan bahasa….

p/s :apa yang aku merepek nih..??

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 sharing:

Sue.Aleen said...

PPSMI tak ajar anak² kita bab grammar. Dia ajar istilah sc/m3 dalam BI je. Istilah ni boleh dipelajari sendiri.

Perkasakan BI/BM. Bila pelajar kuasai kedua ni tak de masalah untuk mereka menguasai sc/m3 walo diajar dalam bahasa BI/BM sekali pun.


p.s. : Akak score BI dari BM, malah score jugak fizik, kimia, bio, maths. Sedangkan akak belajar dalam BM je. Masuk IPT tak de masalah. Sebab dah faham BI.

Dayah @ Real Ummu said...

kaksue..terima kasih kerana mengomen..ya..kita kena perkasakan kedua-2nya..

mamashasha said...

pendapat aku...penguasaan BI perlu ditingkatkan...langkah utk PPSMI bukan idea yg baik sekiranya anak2 kita masih lemah dlm BI...ianya hanya memburukkan keadaan...contohnya yg diluarbandar...bukan sahaja kurang paham grammar..tapi self confidence utk berckp dlm BI pun kurang...perkara ini yg sepatutnya jadi perhatian...wijd tak payah nak mintak maaf kita berhak utk suarakan pendapat kitakan? maaf juga andai komen aku buat korang tersinggung...aku bercakap dr apa yg aku nampak...coz aku pun budak kampung!

fieza said...

saya jumpe juge org yg sokong PPSMI ni..pada saya, de baik buruk.. lau blaja dlm BM, mmg kite lh score, saya pun gitu..cuma, kite tidaklah boleh mjadi ahli sains terkemuka di dunia.. itu saya rasa yg Tun M mahukan.. yelah, lau tgk journal kt prgkt global, xde dlm BM..
jgn takut BM akan dilupakan, sebab selagi budaya kita amalkan, bahsa tetap xhilang..ini pndapat saya.. tpi, mgkin kajian lebih mdalam perlu dilkasanakn jika benar2 mahukan PPSMI.. (tp dh dimansuhkan..cmner tu..hihihi..)

Unknown said...

pada kakyong lah, baik belajar sains & math dlm bhs ibunda kerana mudah utk diterapkan pemahaman anak2 tentang peripenting nyer sains & math.



tapi pd masa yg sama harus subjek BI diajar dgn cara yg kreatif, yg boleh buat anak2/pelajar sek rendah suka bila belajar BI.

Dayah @ Real Ummu said...

bed,Fieza and KakYong
komen anda semua amat saya hargai...

yup..kita kena perkasakan kedua2 bahasa kerana both pun penting