Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Tuesday, February 9, 2010

Jenuh Makan Limau Mandarin


Minggu ni ofis kami meriah dengan limau mandarin. Biasalah, nak dekat-dekat raya cina, tiap-tiap tahun bersepah limau boleh dijumpai. Yang best, waktu ni boleh makan limau free. Boleh dikatakan hampir setiap individu berbangsa TiongHua kat sini akan bagi sekotak limau untuk diagih-agihkan.Selalulunya limau yang gred A la . Saiz L dan ke atas. Kalau bawak size S , memang kena kutuk la..:)

Memang puas makan limau minggu ni. P mana-mana saja, ada orang offer limau, berkotak-kotak atas meja. Kadang-kadang tak mintak izin pun kira halal la..sebab memang untuk dimakan bersama…

Kalau di supermarket, kotak-kotak limau ni dah jadi macam bangunan pencakar langit.Dari harga serendah RM7 boleh didapati.Bukan bangsa cina saja, bangsa lain pun sibuk-sibuk membeli. Sebab bermusim kan.Kalau nak dapat musim lain dengan harga macam ni mungkin susah. Tiap-tiap tahun jugak saya tak melepaskan peluang beli sekotak buat habuan makan di rumah.

Tapi kan, limau mandarin ni bukan boleh makan banyak-banyak.Sebab panas.Memang cari penyakit la kalau melantak tak hengat. Ingat lagi dalam 2 tahun lepas, saya memang makan betul-betul., pastu mula la batuk, sakit tekak dan macam-macam lagi.Mula-mula saya tak percaya ni angkara limau yang sedap ni.Tapi semua orang kata macam tu. Betui lahh...So tahun ni saya makan berpada-pada

Antara sebab lain ialah kerana limau ini tidak dibiarkan masak secara semulajadi mengikut tabii’nya. Macam ayat masa belajar Alam dan Manusia je dulu :) Bayangkan masa raya cina ja kita tengok berjuta-juta limau. Banyak sungguh ke pokoknya yang dapat supply ke seluruh dunia kalau nak harap sekali tanam? Yang saya dengar orang-orang cakap, limau ni dipetik masa belum masak, kemudian macam diperam gitu, atau dibubuh la ubat apa -apa , macam kita nak bagi betik cepat masak boh kabat. Saya taktau secara spesifik proses meranumkan buah ni di luar pokok.

Tapi secara ringkasnya, ia memang tidak masak secara semulajadi di pokok. Ini gara-gara ingin memenuhi tuntutan pasaran dunia ketika musim perayaan. Pulak tu dari info-info yang belum disahihkan, katanya tahun ni 'heavy snow' , maka keadaan itu tidak elok untuk akar pokok limau. Maka, buah yang dihasilkan tidak sedap berbanding tahun-tahun sebelumnya..Entahla..saya rasa sama saja. Oleh kerana itu, orang kata, sebab itu kita mudah sakit bila makan limau ni banyak-banyak. Eh, sepatutnya limau la baguskan.Wallahu’alam.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 sharing:

mamashasha said...

Dayah..sakan hang no dok angkut limau ari2..
Mcm tula tradisi menjelang CNY.limau mandarin
Ni mmg tak elok blh jd sakit tekak & batuk
Tapi kalau makan limau sunkist tu takdak apa
Ok..maybe ubat kurang kot..yang utk cny ni
Bln 12 org dah start import just imagine
Bulan 10 org dah petik..pastu packed..
Sampai kat kita ada yg masih elok tak kurang
Jugak yg lemau..

Ummi Hanie said...

wah wah..sakan kak dayah melimaukan diri yer..hmm,baiklah berpada2..thanx bagitau pasal limau ni.aah,patutnye bagus la makan limau,vitamin C you ! ahakss~

nome said...

wahhhhh...byknyer dpt limau preee...nak gak..nak gak...tp limau ni x bleh mkn byk2 tau..nnt demam plak..sbb org ckp limau ni panas..x taulah betui ke idak...

ummikhayra said...

wahhh... banyaknya limau... :) cuma kalau kat umah saya, limau jarang dibeli. Salah satu sebab, makan limau ni boleh jadi batuk dan segalanya la.. lagi satu, Khayra memang tak leh makan limau, sebab dia boleh initiated phlegm dia.. huhuhu

bos saya pun ada bagitahu pasal limau skrg ni tak elok di makan sebab dia balut dengan plastik. then bila kena panas semua, heat tu turun kat plastik and plastik akan lepaskan bahan kimia. Bila fikir betul jugak.. :)

Dayah @ Real Ummu said...

Bed
tu la..sbb beringat la aku slow down makan limau kali ni..kami satu family hantu limau, tak kira limau apa, tolka yg masam bedengung saja...SI nanti kata " nak buah mau..buah mau... "

Dayah @ Real Ummu said...

Hanie
tu la..taktau la pslpa limau cina ni tak sihat..hehehe..tapi sedap kan..kan..

Dayah @ Real Ummu said...

Nome
mmg tak salah lagi..mmg panas..tapi benda free kan..bedal aje..sakit nanti pandai la cari obat..hahah

Dayah @ Real Ummu said...

UK
ada asasnya bos awak kata tu...

kat umah saya Sunkist tu sedia ada dlm fridge..cuma limau yang kena kupas dgn tangan ni ja jrg ada...

Nur said...

akak x leh mkn limau byk...hr tu mkn, hazeem berak2 huhuhu..

Ibu Mifzal said...

wah..dpt free tu yg best tu..

Dayah @ Real Ummu said...

Kak Nur...
mak menyusu macam tu le . :)

Ainey
tu la..hari ni pun ada 2 kotak letak kat cub saya..smua tak larat nak makan dah..

fazilzura said...

daku pun bau limau jek rs nak munth dh .. thn ni dak x bape bnyk makan limau, cz dh terbau melambak2 limau... naik lemau dh

Hana Seman said...

Patutla Hana dok batuk2 sekarang ni. Dok bantai limau mandarin la ni. Ingatkan boleh prevent selesema, kena selesema lagi tu.
Tapi cam Dayah gak, Hana pun mewah limau mandarin ni. Tiap2 hari medical company hantar sekotak dua kat klinik, tak campur medical rep dept hubby lagi. Balik rumah plak jiran2 bagi. Jiran2 memang ramai chinese.

Dayah @ Real Ummu said...

Zura..awatpulak bau dah nak muntah ??


Hana
tu la kan..jenoh makan..tapi makan limau ni ralit.pas satu nak lagi...

Anonymous said...

It's appropriate time to make some plans for the future and it'ѕ time to be happy.
I've read this post and if I could I desire to suggest you few interesting things or advice. Perhaps you can write next articles referring to this article. I desire to read even more things about it!

Here is my homepage :: www.massagechair-reviews.Org
My web page: dreambox 7025

Anonymous said...

Havе you ever cοnsidered writing an е-booκ or guest authогing on other blogѕ?
I hаνe a blog сentered on thе same subjects уou disсuss and ωould lоve to have you sharе some ѕtorieѕ/іnfοrmation.
I know my viewers ωοuld еnjoy your ωork.

If you're even remotely interested, feel free to shoot me an e mail.

Also visit my weblog ... dreambox 7025

Anonymous said...

you're in reality a just right webmaster. The website loading pace is incredible. It sort of feels that you are doing any unique trick. Also, The contents are masterpiece. you've performed а magnificent јob on this matter!


Also visit mу page :: card sharing cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing| cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing| cccam server|server cardsharing|skybox f3 cardsharing|cccam|cardsharing anbieter|cccam pay server|cccam server premium|dreambox|server dreambox|buy cardsharing|cardsharing|cardsharing server|dreambox 800|free card sharing server|satellite cardsharing kings|test line cccam|card sharing|card sharing servers|cardsharing canalsat|cccam line|cccam test line|free cccam server|sat keys|satellite cardsharing|

Anonymous said...

If you want to obtain a good deal from this paragraph then you have
to apply such methods to your won web site.

My website ... cccam server premium