Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Monday, February 15, 2010

Mencari Baju Untuk Kenduri Kahwin

Saya tengah mencari baju kaler kuning. Susah betui rasanya. Kenapa beriya-iya nak cari baju kaler kuning. Alkisah, cuti sekolah bulan Mac ni, sepupu saya sebelah ayah akan melangsungkan pernikahan, so kaler tema adalah kuning. Dah lama rasanya, keluarga rapat kami tak ada kenduri kahwin.Seingat saya yang last sekali saya la..dah 3 tahun pun..

So rasa teruja la nak berkenduri kali ini. Walaupun dengan perut memboyot ( dah 7 bulan masa tu ), mak bunting ni tak mahu kalah. Melilau saya cari jubah kaler kuning. Memang ada, tapi tak berkenan pulak..Saya rasa kuning ni bukan kaler faveret sangat kot. Kalau baju kurung banyak la.Jubah kureng sikit. Kaler yang sering ada, merah, pink, biru, hijau, ungu.

Minggu ni, saya dah jumpa satu yang berkenan walaupun harganya di luar bajet saya. ID Perempuan punya brand yang sekarang tengah nak famous untuk keluaran busana muslimah.Tinggal 2 size aje.44 dan 40. Kalau ikutkan saiz saya 42 dah muat, tapi kalau 44 besar skit la.molek dgn keadaan berbadan dua ni. Saya pun cuba la pakai.. Alahai muat-muat aja. Takut nanti masa bln Mac, perut saya semakin besar dan tak ‘celuih’ (kata orang utara bermaksud muat ) . So kansel..tak jadi beli. Tengok kedai lain kot-kot ada jubah yang sama tapi saiz 46 ke 48, tak jumpa pulak. Sayang pulak nak beli yang terlalu besar sebab nanti lepas dah bersalin dan badan slim balik ( harapnya la), tak cantik dah pakai . Keciwa sungguh hari tu. Pastu merajuk taknak fikir pasal baju kaler kuning dah.nanti nak dekat majllis baru nak p cari. Masa tu, ada , adalah..kalau tak, saya sorang saja akan pakai baju kaler lain.huhuh

Ada orang yang setiap kali kenduri mesti nak buat baju baru. Adakah kawan-kawan tergolong dalam golongan itu atau ada kenalan/sedara yang sedemikian rupa. Bagi saya , tak kisah, tak salah pun, kalau dia mampu nak buat, apa salahnya.Arwah mama dulu pun kadang-kadang angin tadak rebut tadak, ajak saya p beli kain ela, nak buat baju.Katanya boleh pakai masa kenduri sapa-sapa ka. Masatu saya masih belajar, merasakan itu bukan satu kepentingan.

Sekarang pun, walaupun dah kerja, masih lagi merasakan bukan satu kemestian. Sebab saya jarang berbaju kurung, maka koleksi baju kurung / baju yang dikhaskan untuk ke majlis, masih elok lagi. Cuma kadang-kadang mai angin tu nak jugak la baju baru untuk ke kenduri macam kes sepupu yang nak kahwin ni kan.

Seorang teman saya memang suka buat baju baru bila nak menghadiri kenduri. Seronok kadang-kadang kami mengusik dia. Last-last minit pun sanggup bersengkang mata jahit manik, janji baju mesti grand , lip lap anak mami gitu. Tak salah la sebab memang dia anak mami. Pernah tak kawan-kawan menghadiri kenduri anak mami? Bila dah attend, akan tau bagaimana kemeriahannya. Dari busana pengantin, mak pengantin, dekorasi,barang kemas, lagu-lagu berkumandang ( kalau Hindustan memang rasa macam nak p menari sama..hahahah ) sampai la hadirin yang datang, memang grand yoouu… Kami di Penang ni merasalah macam tu. Seronok bila attend kenduri depa ni. Rasa meriah sangat.

Saya rasa orang yang tiap-tiap hari p kerja pakai baju kurung mesti rajin buat/beli baju baru kan. Macam cikgu ke orang gomen ke...Teringat dulu masa saya nak sedekahkan baju2 kurung arwah mama kat sedara sebelah suami, suami siap kata, baju-baju arwah mak mertua elok-elok lagi sebab jarang pakai.Tiap2 hari p kerja pakai uniform kan walaupun orang gomen..Baju kurung untuk hujung minggu dan menghadiri majlis-majlis je la.Tapi memandangkan arwah mama menjahit sendiri banyak la baju dia.Dok tak dok, siap sepasang. Anak dia ni la, yang terpaksa tempah. Sebab tu tak sakan sangat tempah baju.


Saya rasa patut start dah cari kain untuk baju raya sebab nanti tailor takmau terima.Baju raya saya memang jenis siap awal.Last year, bulan April dah siap..Poyonye...Kain/fesyen outdated belakang kira.Janji ada baju baru.pastu nak dekat2 raya, rembat satu yang ready made yang latest punya kain/design.ok le kan.Kelas menjahit pun belum khatam lagi.Alamat tahun ni kena tempah jugak la.

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 sharing:

Ibu Mifzal said...

hehe..rajin dayah cari bj utk gi kemduri..

mamashasha said...

Senyum aku baca dayah..hehe kalau lama tak kenduri among sedaramara kita
Jadi excited sikit.super dgn aku kenduri kawen kazen aku baru ni pun after 3 years weeding
Aku..hehe selalunya org skrg ade theme kaler pasai tu dok kalut
Matching kan jugak.hehe selalunye kalau kenduri kat kg aku just weared baju2 yg aku pakai kat sini.
Tapi kalau weeding kat sini kene cari baju baru jugak especially weeding kengkawan or bdk2 opis.
Kalau ade jemputan kat hotel lagi la gediks nk melaram
Takmo kalah jugak..hehe tapi bukan la selalu sebabnye baju2 yg ade manik bagai
Mmg aku tak pakai g opis hanya tuk mejelis2 tertentu.
So masih blh dpakai lagi..

Dayah @ Real Ummu said...

Ainey
kali ni je sbb sepupu rapat punya pasal.kalau kenduri org lain takdenye poyo camni..hihih

Dayah @ Real Ummu said...

Bed.
tu la tengok majlis jugak kan..kalau majlis kat kg, aku pun baju biasa2 ja..aku ni lagila tak reti bergaya..bagi aku dah grand dah tapi kalau org len tengok aku, mesti kata besa ja ..huhuhuh

Ibu Mifzal said...

ha ah..kalau kenduri keluarga ni..semangat sket nak ce bj baru..

Dayah @ Real Ummu said...

Ainey
itu le...baru nampak skit tuan rumah...

Lady Qay said...

aku smlm sbuk g sopping sakan ngan umi aku utk kndri kauthar jun ni...hihihi...nk pki ikut tema kannnn..so harus la....smpt ka hng mai nnti agknyerr

Am said...

am semenjak masuk gomen ni mmg agak banyak bj kurung...dedulu xdak pun...harapkan raya je la... ikut dan je la..kalau nmpak readymade cantik, beli...kalo x, tempah kat tailor (tp tailor kat shh alam mahai taww) kalau kenduri kat sini, org pakai lawa2 p kenduri...xtau mana satu datin. mana yg bukan datin hahaha...kdg2, nk selamat, pakai la bj batik...

Dayah @ Real Ummu said...

Qay..owhh..Kauthar dah nak nikah...bln Jun..mmmmm...mungkin tgh dalam pantang or hujung2 pantang ms tu...

Dayah @ Real Ummu said...

Am
kalau di sana mmg grand la kan..kalau kita kat penang -kedah ni kureng skit...kecuali yg betui2 datin.heheh