Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Sunday, August 23, 2009

Yatie Chomeyl's Give Away-Kisses Of Love

Bila tau saja Yatie Chomeyl buat giveaway pasal Kisses Of Love, di mana meletakkan gambaq cium pipi, lantas saya teringat beberapa gambar SI yang dicium pipinya oleh abi.Malangnya bila digodek-godek, takde pulak gambar ummi yang cium SI.

Berangan nak slowly buat entry pasal contest ni sbb due dia lambat lagi .tapi bila online malam ni, tengok-tengok si Yatie ni dah percepatkan tarikh tutup pulak atas sebab-sebab tertentu. boleh baca update terbaru Yatie di sini.

Makanya saya terpaksa rempit mengodek gambar berkenaan dan otak saya ligat berfikir apa yang akan saya ceritakan tentang gambar itu.

Godek punya godek, ada la gambaq SI yang dicium pipi oleh abi tercinta ketika menjengah usia 2 bulan. Ummi masih lagi dalam pantang.
*Arrggghh..geli la misai abi*

Bila ditenung kembali gambaq lama ni, apa yang membuatkan ummi suka ialah gambaq ini ditangkap pada suatu hari, selepas asar, bilamana abi dan SI bersantai di laman rumah TokNgah..Abi tak habis-habis 'kiss' SI .ni baru satu, ada lagi 5 keping waktu yang sama.Kira sessi possing cium anak je la. Abi punya la feeling kiss anak. Tengok la reaksi SI masa abi kiss dia.Sampai ternganga mulut dengan kepala yang bersih bercukur. Licin!

Ummi ingat lagi waktu tu, abi sangat excited.Almaklumlah anak pertama kan.Asyik dukung SI ke sana ke mari, asyik kiss SI setiap waktu. Pernah ummi tunjuk gambaq ni kat ofismate ummi, depa katanya.. excitement anak pertama..hehehe.

Saya harap dengan entry ini melayakkan saya join contest Pn Yatie kita. Peserta dah ramai giler..Sebab jarang menang contest,so ingin memeriahkan suasana dan membina ukhuwwah dengan Yatie...Walaupun kesuntukan masa menulis, harapnya saya dah memenuhi semua syarat agar penyertaan diterima ye Yatie...

Visit more to Yatie's update here http://yatiechomeyl.blogspot.com/

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 sharing:

Nadiah Sidek said...

hehe..good luck dayah! untung2 dpt buah tgn dr jepun ;)

yatie chomeyl said...

salam kenal..dah terjah, good luck :)

Naza Sulaiman a.k.a Ajasu said...

wahhh...comel sgt... gud Luck.

err... mesti SI takut terkena misai abi SI kan? ;)

Dayah @ Real Ummu said...

aja..tak menang pun..tapi tak kisah , happy join contest