Alhamdulillah...
Gathering Bersama SusuIbu.com dan RatuHati.com telah pun dilaksanakan dengan jayanya hari Sabtu lalu.
Excited berhari-hari sebelum, dok fikir hadiah apa nak bagi untuk kategori baby dan ibu. Pusing p pusing mai, akhirnya dapat jugak sediakan hadiah. Tak sempat disnap hadiah yang saya sediakan. Yang saya tau, 1 hadiah dpt kat Hana, satu lagi kat Aishah. Hope hangpa suka la nooo.
So, kita cerita hari kejadian.Kami sekeluarga sampai lebih kurang 10.20am . Masa tu ramai jugak yang dah mai.Semua muka -muka baru. Yang muka lama masa 1st gath ritu hanya KShida, Hana, Aishah,Kikie, Ain dan saya.
Kami bermula dengan ice-breaking.Since organizer Rozy tak dapat hadir, maka tugas diambil alih oleh Kshida. Ramai ...yang sempat saya ingat dan berkenal-kenalan ialah Ija,Mamanoa,Rini,Sara,Dura ( junior sekolah rendah, tak sangka jumpa di situ), Izzah,IbuArifa (Min),Syira,Fika.ada lagi saya tak ingat.Maaf la ye.
Rini,Izzah,Dura dan lupa lak pulak lagi sorang nama apa..
Eh,AbdRahman (anak Kikie) pun terselit jugak Selepas sessi suai kenal, kami teruskan dengan briefing tentang
BabyWearing (BW) oleh
Kshida jugak.
BW talk by KakShida Masa ni half way saya dah lari ke kolam sebab
SI sampai saja situ, nampak kolam terus nak mandi. Saja nak tengok apa dia dok buat walaupun
abi ada. Then dia terus nak p main kat taman permainan. Sambil request nak nasik lemak. So
abi dia temankan
SI makan kat situ sebelum terus p taman permainan untuk bermain.
Nak mandi..nak mandi...aksi memberontak nak mandi Then saya kembali ke tempat gath.Masa tu
BW dah nak habis dan semua nampak macam dah nak menjamu selera. Dah nak menghampiri pukul 12. Mesti perut semua berkeroncong. Macam-macam makanan ada.Saya sendiri bawak nasi lemak,ada macaroni goreng,nasi himpit kuah kacang
Dura, kuih-muih yang berjenis-jenis, lontong ( sungguh sedap. Saya makan 3 pinggan) Bihun goreng, kek cekelat dan cheese cake dari AloqStaq (thanks
Rini -sedap, balik rumah pun dok pulun lagi), pudding dan rojak
Hana, kerepek pelbagai dan macam-macam lagi la.
Pas makan, kami sambung dengan penerangan tentang kecemasan dan kecederaan yang boleh berlaku di rumah dan langkah-langkah mengatasinya. Ni sapa lagi kalau bukan Speaker import dari Hospital Sultanah Bahiyah,
abiFarish ( suami Hana ). Siap dengan hand-out lagi untk rujukan. Memang satu perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
AbiFarish kepanasan memberi talk mak-mak lari setempat untuk bertdeuh sambil dengar talk AbiFarish Saya tak pasti masa bila sessi
Cloth Diaper (CD) diadakan. Yang saya perasan, ada sekumpulan ibu-ibu dah berkumpul setempat dan
kshida dok bagi penerangan. Kami-kami yang dah pakaikan anak CD ni dok relaks sambil makan-makan.Ada jugak yang dok melayan karenah anak-anak yang pelbagai.Sementara menunggu
Lactation Counselor (LC) sampai, kami agihkan nombor untuk cabutan bertuah.
Dalam 1.30ptg,
Dr.Balkees,
LC dan
Paed dari Pantai Hosp pun sampai. Tajuk kali ini..apa ye..Low Weight Gain for BF baby..macam tu ka...? saya pun tak pasti dan saya pun actually tak dengaq sangat sebab dok layan
SI. Nasib baik
abi memberikan perhatian, so balik tu, dia yang cerita balik kat saya. Sessi soal jawab pun mendapat sambutan. Dr.Balkees sungguh baik melayan setiap persoalan.
lihatlah..khusyuk mendengar penerangan dari LCkelihatan Sara,Syira,IbuArifa, dua lagi tak ingat ( maaf) & 1/2 Kikie dan anak-anak Selesai sessi bersama
LC, kami memberikan sedikit cenderahati buat
Dr.Balkees.Walaupun diajak untuk makan, dia takmau.Nak bungkus pun takmau. Katanya, dia dah rasa happy dapat bersama untuk sekian kali. Makan bukan agenda utama ( padahal dia baru habis klinik pukul 1 dan terus meluru datang) .Sempat juga dia berkata yang kita yang memperjuangkan
BF ni macam alien dalam masyarakat sendiri kerana benda yang dulu-dulu tok nenek kita buat sekarang nak kena berkempen bagai, nak kena memberi kesedaraan dan tarik perhatian , seolah-olah benda baru. Sempat dia bertanya adakah majikan saya support BF dengan menyediakan sekurang-kurangnya nursing room.Dia kata kebanyakan private menyokong cuma sesetengah macam bank.Dan dia baru selesai 'menang kes' untuk HS*C membina sebuah nursing room masa proses renovation bank berkenaan.
Dr.Balkees Aishah juga sempat buat birthday celebration untuk hero no-2nya..Apa ka nama..Hadiff Syahmi ka..?? Budak-budak semua happy dapat tiup belon yang bunyi tu..
Acara potong kek birthday Anak Aishah Acara terakhir pastinya lucky draw kelolaan
Aishah.Hadiah banyak sangat sampai cabutan kena buat 2x. Pun ada lebih dekat 10. Terpaksa buat pop kuiz sampai
Kshida dah tak larat nak fikir nak bagi soalan apa.
Sebelum pulang kami bergambar kenangan.
Hingga berjumpa lagi....dalam ni baru ada gambaq saya.. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir.Seronok sangat dapat berkenal-kenalan dengan kalian. Lain kali ada rezeki insyaAllah, kita jumpa lagi.
Bilangan ahli gath dah bertambah lebih dua kali ganda..Moga tahun depan lebih ramai yang akan join. Untuk n3 gath tahun lalu, sila baca
siniBuat
abi, terima kasih kerana memahami dan sudi menemakan
ummi dan
SI ke sini sehingga sanggup membatalkan hal kerja. Last year pun
abi tak join sebab kena kerja. This year
ummi paksa sebab
ummi nak
SI seronok boleh bermain dan mandi kolam,
ummi boleh senang lenang bergath. Kalau kami berdua saja alamat
SI tak dapat main/mandi atau ummi tak dapat concentrate pada program.
Akhir sekali..nak enteprem jugak..khas buat Hana, balik tu terus dayah
gedik try tudung yang ditempah khas dari AloqStaq. Suami dah malas nak
layan tolong tangkap gambaq. Letih ... Anak bapak terus
zzzz. So terpaksa la amik gambaq
syok sendiri. Suka sangat.... terima kasih daun keladi..lain kali nak tempah lagi..boleh noo Hana...
29 weeks expecting