Harus saya menulis entry kali ini sebelum kita berpuasa ( ada beberapa jam lagi sebelum imsa’) dan jangan risau, tidak ada gambaq makanan yang difokuskan secara dekat untuk membuatkan anda terliur di bulan puasa ni.
Alhamdulillah, sepanjang 2 minggu sebelum berpuasa ni, ada saja jamuan dan orang belanja saya makan. Orang kita kan selalu kata, makan puas2 dekat puasa ni, nanti puasa tak boleh makan… tapi bab ibadat, kita nak tunggu Ramadhan baru nak buat ibadat banyak-banyak..di luar Ramadhan biasa2 saja…sebelum tu biasa-biasa saja kan !
Makan-makan marathon ni bermula pada
1)5 Aug 2009 (Rabu)
Hari yang saya menghadiri grooming kelas. Ada saya updatekan di sini. Mmg sedap sangat makan nak hujan pansa dengna lauk pauk ynag sedap
2) 8 Aug 2008 (Sabtu)
Hari raptai sempenan kedatangan Gabenor ke tempat kami. Kali ni kami makan apa yang akan dihidangkan masa lunch dhn Tun Yang Terutama (TYT). Kira trial la tu.
3) 10 Aug(Isnin)
Jamuan makan tengahari bersama TYT. Beriani kambing..kari ayam , daging, ayam ros, kerabu timun and kuah kacang..tak campur la pencuci mulut.Fuhhhh! Cerita pasal acara ni di sini
*khusyu'nya depa dok baca tahlil*
Dept makan2. Boss belanja sempena bonus baru2 ni. Lokasi PakHussin Tomyam . Menu tomyam campur,Ayam gajus, Ayam mango, kerabu pelam, Kalan ikan masin, Siakap tiga rasa ( Dilla wajib tau ni, dekat umah ja..)
Saya pulang ke kampong sebab mak-mak menakan buat kenduri baacan yassin and tahlil & sambut puasa kat rumah peninggalan arwah tok. Menu : Gulai nangka, ayam masak merah,ikan talang masin, daging masak hitam, ulam-ulaman
7) 19 Aug (Rabu)
8) 20 Aug (Khamis)
Makan besar with lunchmate..Kali ni my treat. Kami pekena Kari Kepala Ikan kat Pen Mutiara..perggghhh… kepala ikan, tinggal tadak kepala. Siakap tiga rasa and kerabu pelam
Ooo..cukupla setakat itu kisah makan-makan saya…
2 sharing:
amboi..byknya acara mkn2..
tu la..rezeki murah pulak tahun ni..ada ja acara makan2...mau kena check kolestrol, BP segala...alhamdulillah
Post a Comment