Welcome to Imtiyaz Blog. The place for sharing ideas and experience, expressing feeling and thought and building a relationship . Hope you enjoy it !
RSS

Thursday, January 14, 2010

Hadiah Hari Jadi bernilai RM40k.


Siapa ada terbaca Kosmo 2 hari lepas. Maksud saya hari Selasa lepas. Selain tajuk utama muka depan yang saya pun tak berapa ingat apakah tajuknya, saya rasa ramai yang lebih tertarik kepada tajuk kedua besar selepas ‘headline’ tu. Pasal apa??




Sebabnya Dato’ CT dapat tas tangan edisi terhad kegemarannya LV yang bernilai RM40,000.00 ( jenuh tangan saya menaip angka kosong yang berderet tu, tapi kalau di ofis kitorang tak main la tulih kosong banyak-banyak . 40k dah memadai. Dan selalu bab-bab duit ni kami lebih selesa tukarkannya kepada USD.Lagi sikit. Nampak la cost saving. Huhuhu) …


Tapi di negara kita bila beli beg tangan RM40k, harus ditulis la berapa kosong yang ada. Sat lagi takut sesetengah orang kira tak cukup


Eh, apa motif sebenarnya saya menulis ni? Tetiba-tiba ala-ala blogger Beautiful*ara pulak. Sebenarnya bila saya terbaca akhbar tu semalam, dan dilihat muka ke-2 akhbar tersebut masih berkisar kepada cerita hadiah –hadiah Dato’ CT dari tahun pertama perkahwinan hingga terkini. Kita sedikit sebanyak sebagai rakyat jelata turut nak key-po la.. Alhamdulillah, murah rezeki merek a pasangan suami isteri.Kita pun tumpang bahagia dan mendoakan kesejahteraan mereka. Bangga sebab ada jugak orang kita yg mampu memiliki semua ini. Semua ini berkat kerja keras dan usaha mereka memajukan diri dalm lapangan masing-masing. Kalau nak harap saya , dalam mimpi pun belum tentu muncul beg LV ni. ( bila baca statement ni ada berbaur ka bau ka tercium jeles tak..hahaha )


Kita tinggalkan kisah beg LV. Yang lebih menarik perhatian saya adalah, dalam muka surat yang sama yang mana dibahagian atasnya berkisar tentang pasangan popular ini, halaman bawah ‘diserikan’ dengan berita –berita yang mengiringi tajuk utama. 2 tajuk yang menarik perhatian ialah “ Lelaki Melayu Kurang Romantik “ dan “ Hadiah Hari Jadi kepada Pasangan”. Lebih kurang gitu la tajuknya..saya ingat2 lupa. Cari balik kat Kosmo online, tadak pulak tajuk kecik ni.


Saya kurang memberi perhatian kepada penulisan “ Lelaki Melayu Kurang Romantik “ ni sebab rasa asyik-asyik cakap macam tu. Mungkin satu sudut bagus untuk suami-suami yang selama ni tidak romantic supaya ‘improve’ , tapi romantik itu satu yang subjektif bagi saya. Mungkin cara suami saya tidak romantik pada pandangan orang lain, tapi bagi saya ia dah cukup romantik. Atau kita masih mahu mengatakan selagi tak bagi bunga atau hadiah mahal masa hari jadi isteri itu kurang romantik. Kadang-kadang kasihan jugak pada suami-suami yang dilahirkan tidak begitu romantik atau tidak pandai mempersembahkannya. Lain padang lain belalang kan.

Lain orang lain ragam. Sebagai isteri saya rasa jika kita nak juga suami kita yang tak romantik tu jadi romantik , bawak-bawak la berbincang dari hati ke hati ( jangan sampai menguris hatis uami hanya kerana pada kita dia tidak cukup romantik , kita juga banyak kelemahannya) atau mungkin ia perlu dimulakan dari kita, tidak salah rasanya untuk kita yang mencetuskan mood romantik.


Tajuk kedua adalah tentang beberapa pasangan realiti yang dalam kalangan rakyat jelata yang beruang eh.,silap eja..berwang. Bagaimana mereka menyambut harijadi isteri mereka. Apakah hadiah yang diberikan. Ada yang bagi set beg & kasut jenama Christian Dior yang bernilai lebih RM1,000. Ada yang dapat cincin emas putih bertakhtakan berlian (koman-koman after 70% less pun more than RM1k). Ada yang bawa ke restoran mewah, atau pusat karaoke untuk berpesta. Masing-masing dengan cara dan mengikut kemampuan tersendiri. Isteri mana yang tidak gembira apabila menerima hadiah seumpama itu daripada suami tercinta. Tambah-tambah nama dan gambar terpampang di suratkhabar.


Alhamdulillah , rakyat kita semakin makmur. Tapi hairan jugak tajuk sebegini boleh jadi hot di muka surat ke-dua akhbar tempatan hanya kerana birthday ‘orang tu’.Pencari berita pun pandai nooo.. maka cari la orang –orang yang sambut birthday bini depa bulan ni, korek la apa hadiah yang depa bagi… Nanti bulan 9, jangan lupa mai tanya saya pulak nooo..apa hadiah besday saya dapat.Satgi dapat yang ‘kureng’ tu tak masuk paper pulak. *wink*


Saja nak hilitekan statement Datuk K dalam paper tu. Ayat tak 100% sebab saya tak ingat sangat .Katanya ..

" Suami-suami di luar sana marahkan saya kerana memberikan hadiah ini kepada CT, kerana isteri mereka pun menuntut beg yang sama"


Eh, saya rasa suami-suami yang dimaksudkan itu adalah sewaktu dengannya kot. Kena perbetulkan statement tu. Kena sebut 'kawan-kawan’ saya. Kalau saya bagi suami saya baca, ada dia kisah ?? huhuh. Abang, ketahuilah, isterimu ini juga mengidam beg LV yang ori untuk hadiah hari jadi !?*%?

Terlintas juga difikiran saya untuk tahu apakah ‘hadiah’ harijadi untuk isteri yang diberikan oleh bukan geng beruang ...eh silap eja lagi...berwang..Tidak pernah ka pencari berita nak godek-godek...mungkin dari awal depa dah tahu, tiada yang menarik untuk dipaparkan. So takpayahlah.. Atau sebenarnya ‘hadiah’ yang mereka dapat sebenarnya lebih bernilai cuma tidak dikongsikan . Wallah’ualam.


Nampaknya saya dah mula bergosip. cukuplah setakat itu. Nak tau lebih lanjut tengok sini


p/s 2: Hadiah harijadi yang saya harapkan setiap tahun. Doa dan redho suami untuk saya. Kalau ada hadiah extra tu ‘menggedik’ la mak ni. Walaupu nilainya tak seberapa. Mak tahu kemampuan laki mak. Tapi tang doa tu kalau boleh tiap-tiap hari la. Bukan nak tunggu setahun sekali. Tapi doa tahunan pastinya yang lebih BOMM and special la konon. Nak extra lagi, Sujud syukur ( kerana dipanjangkan usia isteri untuk terus mendampingi si suami ) dan solat hajat ( menghajatkan yang terbaik utk si isteri) sempena besday isteri.Hahaha..baru la suami soleh!

Saya suka tanya kat suami saya, kalau boleh hari-hari tanya kalau teringat. "Abg doa apa utk ayang hari ni?” Buleh tak camtu ?? Bukan apa takut dia lupa, nak soh dia specifikan doa utk saya jugak…demanding sungguh

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

23 sharing:

KiKie said...

bestnye dapat laki yg BERUANG.. dpt brg sumer branded2. tp bila kenangkan datuk K yang menceraikan isteri pertama & anak2 demi si cantik manis.. huhuhu.. fobia gue!! biarlah tak dpt laki beruang, asal cukup makan pakai udah la.. hati senang, keluarga bahagia.

Salwa said...

Dayah i setuju ttg statement 'nanti suami2 luar sana marah saya pulak'
sepatutnya dia sebut nanti kawan2 saya marah pulak

mcm my hubby tak de la beli barang mahal2 for my birthday tapi dia punya surprise yg dia plan dgn anak2 cukup berkesan dekat hati ni, sampai org yg tengok pun turut terpegun...ada perkara yg tidak boleh diperolehi dgn wang, contohnya kreativiti utk menjadikan sambutan birthday tu sgt ebrmakna

btw borthday saya dah dekat sgt
26 january ni
hehehe

el said...

perghhh dasat sggh
baik bg derma kat org yg ssh lg byk pahala kan...beruntung cik ct kita

Athirah Rahim said...

ish, rasanya kalau RM40,000 tu dh cukup utk wat surau atau rumah PPRT. tapi yelah, duit orang kan. biarlah diorg nak buat apa. hasil titik peluh depa jugak..

saya suka sangat bila Imtiyaz tanya suami doakan apa setiap hari. rasanya tu yang paling afdal dan paling sweet. nanti dah kawin saya pun nak tanya camtu jugak.

*tengah tunggu mr tunang balik dari mkn. tak sabar nk tanya apa dia doa untuk saya arini, sebab saya doakan sesuatu yg spesel untuk dia.wink*

Nadiah Sidek said...

agak2 kalau mntk belas ihsan kat datuk tu utk byrkn hutang ptptn kite, dia mau tak? ahaha!

Farah said...

hahaha btul dayah..kalau laki saya pon ade die kisah??

kite je yang tahu menilai kasih sayang suami kite dan tahap keromantikannye..kite sebagai isteri pon takdela perfect mane so takyahla demanding sgt..give n take la kan

duit memang penting..tipula kalau cakap duit tu tak penting kan..but still nak buktikan kasih sayang tu byk lagi cara lain.

Lady Qay said...

kalau ada wang 40K utk diberi sbgi hadiah..aku mau diberi dlm bntuk duduk sebulan dua d mekah untk beribadat buat umrah bagai...sb tak tntu lg thun dpnnya ada lg ke tidak utk aku..ihihi

bazir je bli beg LV..lps ni nak beg lain plak..baik la bli tnah wakafkan aats nama istri ke buat surau msjd, rmh ak yatim...dpt pahala berterusan

Salwa said...

qay, very well said
couldnt agree more!
sayangnya hanya kita2 je yg pkkir camtu
mereka yg kaya raya ada pikir camtu?
nan ado
hehehehe

fazilzura said...

HEHEHEHEH ... normal ler..
dh agak dh psl CT ni ..
konon2 nye dia syg betui ler.. mcm2 benda mahal dia kasi ... BUT

ANAK ??? ado dia kasi kat ct ker .. kahhhh

mamashasha said...

hahaha bertuah ct dpt merc 800k, dpt jam 200k...tahun ni dpt hbag rege 40k pulak.....apapun aku pun jeles gak tp aku masih sedar diri....siapalah aku utk dpt sumer tu...begitu jua suami ku...syukur atas apa yg dah aku dpt....dan bahagia bersama suami & anak...betul ckp ko dayah..mencari keredhaan suami lebih tinggi nilainye...saham akhirat tu.....

fiezaradzi said...

betul la.. bagi kita yang tidak beruang ini, eh, berwang banyak ini, cukup sekadar doa & ingatan, nak harapkan hadiah mahal2 nih, kita pulak kesian kat suami kita kan..

en_me said...

bestnyerr dapat LV kannns.. ehehe, salamm akak tewww

Dayah @ Real Ummu said...

Kikie..mmg best kalau dpt laki beruang..hehehe..syukur la dgn apa yg kita ada..tapi kalau dah takdirnye beruang..tak tolak eh..

Dayah @ Real Ummu said...

Salwa
kkdg surprise yang tak payah guna duit lebih bermakna saya rasa..tambah pulak bila anak2 join sama..

Dayah @ Real Ummu said...

el..
depa pun dah byk kot menderma..dah duit dok belambak lagi..nak wat camno....

Dayah @ Real Ummu said...

Thirah
kalau suami dah doa yg general pun dah ok..tapi kita ni la ngade..heheh..selamat menempuh alam rumahtangga nanti

Dayah @ Real Ummu said...

Nadiah..
cuma p daftar kat YAyasan Nurjiwa..mana tau

Dayah @ Real Ummu said...

Farah
mmg laki kita tak amik kisah....RM40k tu gaji setahun tuuu...kalau nak beli hadiah..tak makan la kita setahun..hehehe

Dayah @ Real Ummu said...

Qay,
depa kan tiap2 tahun p mekah..duit dok mai lagi..nakwat camna..

Zura,
anak ?? itu je blum dia kasi ek..?? insyaAllah...kita doakan la..

Dayah @ Real Ummu said...

Bed,kalau tak jeles, bukan nama wanita la kan kita ni..hehehe.tapi yg penting kita sedaq diri...

Fieza
tu la..nak demand pon tgk laki gaji byk mana la..

Dayah @ Real Ummu said...

en_me
semua org mau LV..kat pasar mlm pun ada..:)

Hamizah said...

kasih sayang bukan boleh diukur dgn wang ringgit..

Dayah @ Real Ummu said...

tapi wang ringgit la yg dok beli kasih syang, bag mereka yang tak reti menilai..huhuh